Saturday, June 13, 2009

Takziah buat Keluarga Muhammad 'Ammar Zulkifli

Ketika sibuk-sibuk di sini, kita mendapat berita sedih tentang kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan kita di Mesir. Takziah buat keluarga Muhammad 'Ammar. Manakala kepada ahli keluarga 4 lagi mangsa terutama Saif yang kukenali, harap bersabar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Namun kita doakan agar Allahyarham diberi rahmat setimpal dengan usahanya yang gigih bekerja untuk agama. Amin.

Berita dari laman/blog:

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti

Jenazah pelajar Malaysia, Muhammad 'Ammar Zulkifli, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bertam Indah di sini, pagi ini.

Sumber: http://bkpppm.blogspot.com/2009/06/1-maut-2-cedera-parah-dalam-kemalangan.html

Lain-lain:

Dari kacamata sahabat medical student
http://lilynurlaily.blogspot.com/2009/06/tragedi-4-pelajar-mesir.html

Blog Persatuan Student
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=927:kemalangan-pelajar-kaherah&catid=142:benefits&Itemid=96

Update: 13 Jun 2009
Jenazah Muhammad 'Ammar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam tadi (waktu malaysia), dibawa dengan van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke rumah bapanya di Taman Bertam Indah, Seberang Perai.

http://www.bharian.com.my

Tribute untuk Allahyarham
http://kalampuncak.fotopages.com/ Photopages: Menyelami jiwa seorang pejuang
http://www.flickr.com/photos/baddo/3614791837/ Gambar-gambar dan pengakuan sahabat

No comments: