Wednesday, October 12, 2005

Kecurian Laptop

Aduh rasa sesak nafas bila dengar kisah sahabat kehilangan laptop. Biasa sangat dengar kisah laptop hilang dari kereta. Kisah pecah kereta untuk curi laptop sangat-sangat biasa. Sampai ada yang suggest pencuri ni dia ada device khas untuk kesan ada atau tidak laptop di dalam sesebuah kereta. Tak tahu pula saya begitu. Ada seorang pakar kecurian (bukan pakar mencuri) laptop berkata tidak ada peralatan begitu. Mungkin juga ada kerana terlalu obvious pencuri tahu kereta mana berisi laptop dan kereta mana tidak, walaupun laptop disimpan di dalam boot. Pada saya, bagaimana pencuri boleh tahu kereta kita ada komputer riba atau tidak, ia kembali ke kaedah lama dan ortodok. Buat homework. Mengkaji pattern, masa, tempat dan meneliti segala butiran. Peluang dinanti dengan penuh sabar. Dengan risiko yang sangat kurang, seorang pencuri dapat mengagak peratusan berjaya menyambar satu notebook sejak kita keluar dari kereta. Pihak polis juga dah ingatkan orang ramai. Ini sudah tentu bukan polis yang pukul budak UIA pasal nak beli wiper ketika awal Ramadhan.

Aduh kesian sahabat saya tu. Sesak nafas. Nafas sesak. Bukan murah tu laptop. Bertahun kumpul duit. Guna khas untuk mengemban.
Tambah sesak bila mengetahui komputer ribanya sarat dengan segala macam rahsia syarikat. Perlu ada semacam kod istilah di dalam perjalanan pengurusan sesebuah syarikat, supaya maklumat tidak sampai ke pihak yang tidak sepatutnya. Mungkin kebanyakan notebook dicuri kerana pasaran gelap notebook yang permintaannya tinggi. Namun tidak dinafikan juga kemungkinan laptop dicuri kerana maklumat di dalamnya. Merbahaya betul. Ranap sesuatu organisasi dan sistem syarikat itu kalau rahsianya jatuh ke tangan orang lain. Mungkin boleh difikirkan penggunaan kod istilah yang hanya difahami oleh organisasi berkenaan. Penggunaan terma-terma ataupun 'short form' boleh digunakan untuk dokumen yang sangat stategik. Contohnya banyak, orang faham tentu boleh bayang-bayangkan. Istilah mengemban di atas?
Tetapi perlu diingatkan ia bukan dokumen untuk tontonan pelanggan atau syarikat competitor. Susah pula nak dapat customer nanti. Langkah ini mengurangkan risiko kebocoran maklumat berharga ke tangan orang lain atau kakitangan bawahan yang susah nak jaga amanah. Hmm pihak Kastam mesti dah mula berkira-kira nak laksanakan kaedah sebegini. Selain itu penggunaan password pada dokumen-dokumen penting seperti word document ataupun spreadsheet mungkin berupaya mengurangkan risiko yang sama, bergantung kepada tahap kesewelan jiwa hackers dan crackersnya pencuri berkenaan.
Apapun, semoga sahabat saya OK. Relakanlah pemergian Vaiomu itu. Kelak kan berganti dengan Toshiba Tablet insya Allah.

Lloh! Kaya Embanget!

AT: Astronya aja ada dua! Mentedarah dengan hiburan 24 (X 2) jam.
Parmin: Eleh, biasalah tu. Hujung minggu mak nak tengok AF. Papa nak tengok EPL.
AT: Dah tu bila masa nak baca Quran?
Parmin: Mana ko tau dia tak baca Quran? Entah-entah dah khatam sekali Ramadhan ni.




Perhatian Parmin. Aku saja tangkap gambar rumah Cina tu. Saja nak menyakat ko heheh.

Sifat Mukmin yang Baik Semasa Ramadhan

Semalam sebelum berbuka saya mengikuti tazkirah seorang ustaz. Saya kongsikan bersama bloggers di sini tentang beberapa sifat yang baik bagi seorang mukmin sempena Ramadhan.

1. Berdoa ketika berbuka - Kadang-kala memang tak sempat. Terlupa.

2. Sebut AlhamduLillah - Pun kekadang termiss. Memang rezeki kita di tanganNya. Hatta sebiji beraspun biar di atas pinggan, kalau ditakdirkan tak masuk ke mulut tetapi jatuh atas lantai, memang maknanya bukan rezeki kita.

3. Solat paling afdal selepas solat fardhu ialah solat terawih. Ada hadisnya.

4. Bangun malam dengan penuh pengharapan. Kalau kita bangun tiap-tiap malampun, tak ikhlas, tahajud kita sia-sia. Sempurnakanlah tahajud itu dengan keikhlasan.

5. Bersahur selewat mungkin - Lebih afdal. Ada hadisnya.

6. Berulang-alik ke masjid - Yang bujang sebaiknya berkampung di masjid. Yang dah kahwin, kalau ada isteri di rumah boleh imbangkan antara terawih di rumah dan masjid. Kalau tak fitnah ada unsur-unsur, boleh bawa sekali isteri ke masjid.

7. Menjaga solat dhuha - Banyak rupa-rupanya amalan boleh dibuat. Bukan setakat terawih dan bertilawah.

8. Baca Quran - Sebaiknya bertadarus beramai-ramai supaya boleh dibetulkan. Sunnahnya Nabi juga bertadarus dengan Jibril.

8. Meninggalkan berbohong - Cubalah sebaiknya.

9. Beriktikaf di masjid - tak semestinya 10 malam terakhir

10. Bersedia untuk berpuasa sepanjang masa dengan memanfaatkan Puasa 6.

Banyak lagi. Tapi tak terkejar. Ustaz laju semacam, nak kejar berbuka kot. Salin mana yang sempat. Yang betul tu main point. Comment tu ayat tambahan dari 'ustaz' tak bertauliah. WAllahua'lam.

Sunday, October 09, 2005

Gempa Bumi Asia Selatan: Mencecah 30k nyawa

Berita semalam menyatakan jumlah terkini yang terkorban (kebanyakan saudara Muslim) di Utara India, Kashmir, Pakistan dan Timur Afghanistan sudah hampir 30,000 nyawa. Di mana-mana sahaja bencana, di bahagian mana bumipun sudah tidak selamat. Giliran Malaysia mungkin akan tiba, itu tidak mustahil. Dah sedia ke belum agaknya kita ni?

Tambang murah ke Bali?

Oleh kerana business kurang baik di Bali, AirAsia tawarkan ticket free (tapi tax tetapi kena bayar ler). Lepak dengan boss, dia tunjukkan harga ticket pergi balik Bali untuk bulan Oktober RM0.00. Tambah taxes adalah dalam RM145. Hai godaan tu. Peluang jumpa pengguna barangan I cawangan Bali dan Medan. Niat lain nak jalan-jalan tengok negeri orang. Tapi possibilities mati katak dek bom agak besar. Ala takpe, tawakal aje. Tu pun boleh consider tawakal ke?

Wednesday, October 05, 2005

Lagi letupan di Bali?

3 lagi letupan di Bali. 19 orang kebanyakan pelancong asing dilaporkan mati. Kebanyakan orang Australia. Belumpun polis memberi sebarang kenyataan, umat Islam sudah dijatuhkan hukuman. Untuk kaitkan mudah sahaja. Keluarkan cerita dua bekas pensyarah yang pandai buat bom. Tulis cerita mereka buat keluar dari JI dan buat satu kumpulan baru. Pandai betul depa ni kaitakan dengan Muslim. Dah tentu mereka berdua tidak mewakili umat Islam, walau apa tindakan mereka. Kemudian JI itu sendiripun masih belum dapat dibuktikan, hanya pengakuan pak turut-pak turut yang hanya tahu perkara-parkara permukaan suatu organisasi yang tidak jelas. Dari mana pula mereka dapat tahu dua orang ni keluar dan buat kumpulan baru? Kesahihannya tidak penting dikaji, asalkan sensasi dan nampak cantik di dada akhbar. Tipikal penulis pojok (tak layak dipanggil wartawan) yang membosankan.

Bila nak belajar dari musibah?

Katrina ke Texas, Rita menjenguk Lousiana, Kebakaran hutan di California, apa lagi musibah tuhan ke atas US? Masih lagi ada nafsu memerangi Arab Saudi atas nama kebebasan beragama? Kalau memang laknAtullah tu, begitulah. Pintu hati tak terbuka menerima ikhtibar. Rakyat nak makan pun susah, masih tak insaf-insaf. Paling bodoh rakyat Amerika yang sekarang sudah terhantuk baru tergadah. Pilih Presiden yang pandai bergaduh sahaja tapi tak mampu mempercepat proses kemanusiaan. Kena gelak aje dengan rakyat Fidel Castro. Pentadbiran yang paing teruk dalam sejarah US. Tak reti reti nak guna otak.

Komen Impian Ilyana dan Trio

Satu SMS yang dihantar kepada Kosmo berbunyi lebih kurang begini
"Pakaian pelakon Trio dan Impian Ilyana seksi. Memakai skirt dan baju tanpa lengan. bla bla bla"

Tak tengok cerita tu, tapi dari gazet dia, memang berasas pandangan penghantar SMS. Banyak lagi yang sealiran. Contohnya Puteri (pakai baju dan seluar ketat) dan 3R (layan sekali-sekala, pasal banyak agenda dan pemikiran pendokongnya yang porak peranda). Ini semua ada unsur-unsur ghazwul fikri (serangan pemikiran) supaya kita berfikiran bahawa "Berpakaian begitu tiada salahnya, sesuai dengan trend dan suasana". Nak harapkan pelakon dan selebriti TV pakai tudung memang semi mustahil. Sekurang-kurangnya bersopan dan longgar sikit. Simpan mana-mana yang patut tu untuk suami masing-masing.

Episod Sensasi: Aku dan Tayar

Semalam terpaksa balik cepat ke rumah kerana kontraktor plumbing nak detect di mana bocor sambungan paip. Dalam perjalanan balik singgah belikan pisang goreng untuk Tha dan mama, tayar motor pulak pancit. Bertolak kira-kira 2km ke kedai berhampiran. Alang-alang sampai kedai motor, tukar brek belakang sekali. Kopak 20. Seat koyak entah bila nak repair. Sedih tengok motor yang sudah berusia 10 tahun. Pelbagai kenangan pahit manis sebagai student dan executive cikai. Banyak dah jasanya. Kata motor cari makan, tapi liat betul nak buat maintenance. Biasalah, budget tak berapa boleh nak disalurkan.
Malam tadi, malam pertama Ramadhan 1426 H, balik dari jumpa anak-anak buah bertadarus, undur punya undur kereta... prak. Alamak bunyi apa pulak tu. Rupanya tayar (lagi?) belakang termasuk longkang. Kantoi. Alhamdulillah anak-anak buah datang tolong. Haru betul. Tayar belakang tu dah la pernah bocor sebelum ni. Tampal dua kali baru melekat anginnya. Kalau tukar dah makan 105 Goodyear. Memanglah Sime Tyre baru 85, tapi bunyi dia bising dan cepat kurang angin. Lagipun bunga cantik lagi. Siap alignment. Tampal jelah baru RM5 sekali tampal. Kata kereta nak buat tugas yang berat, tapi liat nak buat maintenance. Biasalah, alasan yang sama.
Tayar-tayar ni semua komplot menentang kezalimanku jarang menyelenggara...

Monday, October 03, 2005

Never Walk Alone Even When You Badly Lost

There is nothing to be ashamed of. As far as the game is concerned, the side is showing a solid performance. They put a lot of effort and a lot of wonderful display and attacking variation. The question now is when those chances can be converted to points. The runaway opposition escaped for now, but not forever.
Don't have to be sad about it. Chill it.

20051003-linux-ipv6-router

IPv6 Linux based Router HOWTO

References:
http://www.linux-ipv6.org/
http://www.gentoo.org/doc/en/ipv6.xml
http://www.tldp.org/HOWTO/Linux+IPv6-HOWTO/index.html
http://staff.csc.fi/~psavola/ipv6/rhl71/

KERNEL RECOMPILATION/CHECK

VERIFY THAT THE IPV6 MODULE EXIST
[root@policy2850 Desktop]# cat /proc/net/if_inet6
fe80000000000000021143fffee4fe5b 02 40 20 80 eth0
00000000000000000000000000000001 01 80 10 80 lo
fe80000000000000021143fffee4fe5c 03 40 20 80 eth1
fe80000000000000020423fffeb71ad2 04 40 20 80 eth2

To make sure that the running kernel is IPv6 ready
[root@policy2850 Desktop]# test -f /proc/net/if_inet6 && echo "Running kernel is IPv6 ready"

To make sure IPv6 module successfully loaded
[root@policy2850 Desktop]# modprobe ipv6
[root@policy2850 Desktop]# lsmod |grep -w 'ipv6' && echo "IPv6 module successfully loaded"
ipv6 269505 10

Optional: To load IPv6 module automatically

[root@policy2850 Desktop]# #Automatically loading of module

FOR 2.5 AND ABOVE KERNEL, IT IS AT /etc/modprobe.conf

[root@policy2850 Desktop]# vi /etc/modprobe.conf
[root@policy2850 Desktop]# cat /etc/modprobe.conf
alias eth0 e1000
alias eth1 e1000
alias eth2 e1000
alias eth3 e1000
alias eth4 e100
alias scsi_hostadapter mptbase
alias scsi_hostadapter1 mptscsih
alias usb-controller ehci-hcd
alias usb-controller1 uhci-hcd
alias net-pf-10 ipv6 # automatically load ipv6 on demand; modified on 20051003 by HA


CHECK IFCONFIG AND ROUTE IN IPV6

[root@policy2850 Desktop]# /sbin/ifconfig -? 2>& 1|grep -qw 'inet6' && echo "utility 'ifconfig' is
> ¬ IPv6-ready"
utility 'ifconfig' is
¬ IPv6-ready
[root@policy2850 Desktop]#

[root@policy2850 Desktop]# /sbin/route -? 2>& 1|grep -qw 'inet6' && echo "utility 'route' is IPv6-ready"
utility 'route' is IPv6-ready
[root@policy2850 Desktop]#


CHECK iproute package

[root@policy2850 Desktop]# /sbin/ip 2>&1 |grep -qw 'inet6' && echo "utility 'ip' is IPv6-ready"
utility 'ip' is IPv6-ready

PING MYSELF USING LOCAL
[root@policy2850 Desktop]# ping6 -c 1 ::1
PING ::1(::1) 56 data bytes
64 bytes from ::1: icmp_seq=0 ttl=64 time=0.066 ms

--- ::1 ping statistics ---
1 packets transmitted, 1 received, 0% packet loss, time 0ms
rtt min/avg/max/mdev = 0.066/0.066/0.066/0.000 ms, pipe 2


PING MYSELF USING MY IPV6

[root@policy2850 Desktop]# ping6 -I eth0 -c 1 fe80::211:43ff:fee4:fe5b
PING fe80::211:43ff:fee4:fe5b(fe80::211:43ff:fee4:fe5b) from fe80::211:43ff:fee4:fe5b eth0: 56 data bytes
64 bytes from fe80::211:43ff:fee4:fe5b: icmp_seq=0 ttl=64 time=0.101 ms

--- fe80::211:43ff:fee4:fe5b ping statistics ---
1 packets transmitted, 1 received, 0% packet loss, time 0ms
rtt min/avg/max/mdev = 0.101/0.101/0.101/0.000 ms, pipe 2
[root@policy2850 Desktop]#


PING MAC MINI IP = fe80::020D:93FF:FE4F:2948

[root@policy2850 Desktop]# ping6 -I eth0 -c 1 fe80::020D:93FF:FE4F:2948 -c 10 -s 256
PING fe80::020D:93FF:FE4F:2948(fe80::20d:93ff:fe4f:2948) from fe80::211:43ff:fee4:fe5b eth0: 256 data bytes
264 bytes from fe80::20d:93ff:fe4f:2948: icmp_seq=0 ttl=64 time=0.881 ms
264 bytes from fe80::20d:93ff:fe4f:2948: icmp_seq=1 ttl=64 time=0.857 ms
264 bytes from fe80::20d:93ff:fe4f:2948: icmp_seq=2 ttl=64 time=0.901 ms
...
264 bytes from fe80::20d:93ff:fe4f:2948: icmp_seq=9 ttl=64 time=0.856 ms

--- fe80::020D:93FF:FE4F:2948 ping statistics ---
10 packets transmitted, 10 received, 0% packet loss, time 9003ms
rtt min/avg/max/mdev = 0.793/0.852/0.901/0.042 ms, pipe 2
[root@policy2850 Desktop]

PING6 RESULT
See the 20051003-linux-ipv6-test1.jpg for more details.



Same interest? Let me know!

Friday, September 30, 2005

Hujan Sebagai Rahmat


Hujan yang turun bagaikan mutiara, ia pemberi rahmat dan pengejuk suasana

Catuan air yang berlaku di Negeri Sembilan berlarutan lantaran keringnya kawasan tadahan air. Kesian makcik tua kat Taman Alamanda terkena penangan Ops Kering. Tak larat nak mengangkat air berat-berat. Dengar khabar di setengah-setengah tempat di Johorpun berlaku semacam catuan air. Namun usah risau kerana janji Allah tetap dikotakan. Hujan tetap akan turun, cuma kuasa Allah yang menentukan bila.

Firman Allah "Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati" ..Surah Zukhruf;11

Alhamdulillah hujan agak lebat dan konsisten kebelakangan ini. Semoga dapat memenuhkan tempat takungan air dan melancarkan semula segala urusan kita.

Panduan Bertudung

Email dari sahabat untuk tatapan bloggers sekelian.



Kemelut di Selatan Thailand: Siapakah yang mahu ambil peduli?

Sabda Nabi " Sesiapa yang tidak memperhatikan urusan umat Islam, maka ia bukan tergolong di kalangannya". Namun apakan daya, umat Islam dibunuh oleh penyerang ala gerila yang tidak jelas identitinya. Media Thailand pula hanya memburukkan keadaan dengan menyebut ketakutan orang Buddha yang minoriti di keempat-empat wilayah terbabit. Seolah-olah mereka diancam oleh orang Islam, sedangkan pengganas, sebenar entah siapa. Sekiranya mereka (pengganas) itu orang Islampun, mereka bukan mewakili orang Islam. Tindakan media ini umpama melagakan umat Islam dengan Buddha. Tidak ada rasa percaya walaupun entah siapa-siapa yang baling batu sembunyi tangan.
Bila Thaksin mengumumkan akan terus bertegas memerangi umat Islam, ia mengeruhkan lagi keadaan. Tambahan pula dia mencabar rakyat supaya menyingkirkannya sekiranya gagal memerangi keganasan di selatan. Ketika itu rasanya tidak berguna lagi kerana ketika Thaksin bakal disingkirkan, sudah tiada lagi airmata untuk menangisi yang telah pergi. Selatan Thai sudah dibanjiri darah Muslim. Mudah baginya untuk meminta disingkir sekiranya gagal. Apa dia ingat berurusan dengan nyawa ni macam main CM4 ke?
Perkembangan terbaru juga tidak memihak umat Islam. Tentera marin dan darat dibunuh. Tidak dapat dipastikan siapa punya angkara tetapi umat Islam sudah dijatuhkan hukuman. Siapa yang bunuh tentera dicari, tetapi fakta umat Islam yang dibunuh terlebih dahulu oleh askar terbabit seolah-olah tidak penting. Paling terbaru akan dibuat kad pengenalan khas dengan cap jari untuk umat Islam dengan alasan menjejaki kemungkinan rakyat selatan Thailand terlibat dengan pengganas. Cukuplah dengan perkembangan yang tidak pernah positif untuk umat Islam.
Ada satu kemungkinan yang boleh merubah keadaan di Selatan Thai. Dua institusi. Pertama Thaksin boleh diseimbangkan oleh kuasa tentera. Mereka agak dominan dan boleh mengambilalih kuasa sekiranya kedegilan Thaksin menyebabkan rakyat Thailand melakukan apa yang rakan mereka di Filipina buat terhadap Presiden mereka, atau apa yang rakyat Indonesia lakukan sekitar 1998. Namun kuasa tentera tidak boleh diharapkan sangat, kadangkala lebih teruk dari Thaksin. General-general yang sekolah tinggi tetapi tidak pakai otak lebih bersifat merosak. Mana mungkin berpuluh-puluh manusia ditindih di dalam satu lori pickup?
Institusi kedua adalah Bhumibol. Situasi terbaru menunjukkan ada semacam protes secara dingin, apabila Raja Thailand masih belum meluluskan pemilihan senat untuk auditor-general walaupun sudah 90 hari berlalu. Sebagai salah satu institusi beraja tertua di dunia, monarki masih dianggap relevan di Thailand. Tindakan tidak meluluskanpemilihan senat ini dianggap satu tamparan kepada Thaksin, dan ia bukan pertama kali dibuat oleh Bhumibol. Maka mungkin ada sesuatu yang boleh diharapkan dari pewaris takhta Siam ini di Selatan Thai. (Boleh rujuk A. Asohan di Asia News Network).

Pengajian Master, Realiti Cari Kerja dan Merapu bah I

Alhamdulillah setelah hampir dua tahun kemelut pembayaran pengajian, akhirnya selesai sudah. Esok lusa atau minggu depan, dengan bangga, riak, takabbur dan sombongnya (untuk tontonan di blog sahaja, jangan cuba amalkan tanpa pengawasan pakar & don't do this at home) aku akan melangkah kembali ke tempat mengaji. Mengambil transkrip dan ijazah dan benda-benda lain yang difikirkan perlu. Selesai sudah semua keributan tentang master. Aku sudah benar-benar bergelar sarjana.
Eleh Abu T zaman sekarang orang ada master berlambak, macam bilangan orang ada SPM zaman 60oan
Betul juga, ish apalah sangat master ni. Depan Tuhan sama sahaja kita, tahap pengajian bukan kriteria, yang ada tahap ketakwaan.

Bukan tak bagus melanjutkan pelajaran, cuma niat kena jaga. Ada setengah orang mahu gaji lebih besar, ada orang tak mahu kerja, terus sambung jadi student lepas degree. Ada juga yang minat di dalam sesuatu ilmu. Orang biasa dan tak berapa hensem macam aku juga begitu. Cuma bezanya masa tamat degree ekonomi sedang meleset. Masa tu sangat susah mencari kerja.
Ada kawan yang terpaksa bekerja technician di kilang walaupun supervisor dia ada diploma sahaja. Bila kami jumpa sedang pakai uniform kilang, skrudriver tersemat rapi di poket bahu. Jealous juga tengok. "Cantik pulak uniform ko ni Alban?" Tiap-tiap hari cerita pasal technology dengan line leader. Pening mamat line leader tu. "Apasal ler ambik budak degree jadi technician aku?".
Satu lagi cerita tiga sekawanku merayau di sekitar kawasan industri mencari kerja. Jumpa satu walk-in interview. Nak pakai fresh graduate. Peluang la tu. Yang pertama dia tanya nak berapa gaji? Dengan bangga dia menjawab "RM1600 tak termasuk elaun". Kawan kedua pula masuk. Ditanya soalan yang sama dia menjawab "RM1500 dah kira OK" . Yang ketiga pula masuk. Bila ditanya, dengan rasa rendah diri, ditambah pula dengan penat ke hulu hilir mencari kerja, dia menjawab "RM1200 cukuplah Encik". Esok kawan ketiga itulah yang dipanggil masuk berkerja. Kureng betul kilang tu.

Seorang lagi kawanku sampai berbulan-bulan tak dapat kerja. Dia tetap bersabar, mak ayah support (moral dan fulus) baik dari kampung. Kecewa dan rasa rendah diri menguasai. Bila kawan nak belanja gaji pertama dia rasa macam nak menangis pasal sedih tak dapat kerja lagi. Lama dia menanam anggur berhiaskan rumpun dan lalang di rumah sewa kami. Kesian si Alesandro. Namun alhamdulillah dia dapat satu kerja yang baik. Pengalaman dia yang singkat menyebabkan dia dipancing oleh company lain. Sebelum aku menamatkan pengajian, aku dengar dia melompat lagi ke satu company lain. Dalam proses lompatan-lompatan itu, gajinya semakin meningkat. Alhamdulillah sekarang dia sudah stabil dan lebih mewah dari kebanyakan kami. Namun dia tak pernah lupa zaman-zaman perit itu.

Pengajian Master, Realiti Cari Kerja dan Merapu bah II

Macam tulah susahnya ketika itu. Maka aku, dengan rasa penuh tanggungjawab, mengambil keputusan untuk sambung belajar. Antara sebabnya nak bagi peluang kawan-kawan lain dapat kerja.
"Ceh! Alasan tu. Sebenarnya malas nak cari kerja. Aparaa"
"Okey okey, mungkin aku ada agenda lain jadi student. Tapi sudah ada peluang depan mata, ambillah"

Tapi aku bersyukur, kerana mulanya tak yakin boleh buat. Zaman itu amat jarang orang ambil master. Proses nak apply juga sangat mudah. Nak membuatnya yang tetap tak berubah, susah dan sakit. Bagai nak rak. Sengal otak dan jiwa berontak. Kalau tension, masa present paper di conference pun boleh cari pasal dengan audiens. Tambah tekanan bila ada kawan-kawan yang memulakan senarai penghantar kad wangi; kahwin, ada yang mula berkenderaan kaki empat (kereta) dan sebagainya.
Aku ada rakan-rakan yang sama-sama buat research di fakulti yang sama tetapi berlainan bidang. Kalau tiba-tiba dia datang ziarah lab, itu maknanya dia tengah stuck dalam experiment atau tengah tension project tiada progress atau due date submit write up sudah dekat dan sebagainya. Menjadi kawan yang baik ialah mendengar walaupun tidak faham. Lending your ears. Ada masanya kita pula perlu bercerita. Jadilah seperti ayam bercakap dengan itik.

Ramai junior tanya susah tak ambil master? Aku jawab "Mudah sahaja kalau kita mahu fikir mudah. tapi kena ingat. Jalan mesti ke depan bukan ke belakang. Ops itu iklan Petronas. Mudah sahaja, tapi kena ingat kalau apa yang you buat tu nampak tidak ada masalah, maknanya kekuatan thesis kita untuk dianugerahkan master pasti bermasalah. Master tu resamnya susah dan mencabar".
Kalau orang tanya apa persediaan pula, aku lebih suka cerita tentang persediaan jiwa dan mental. Research methodology penting, tetapi ia boleh diperolehi melalui kursus dan pengalaman sendiri. Persediaan dalaman ketika buntu, stres ataupun frust. Aku selalu ibaratkan seperti berperang. Bila barisan pertama sudah ramai yang tumbang, ketika itu barisan kedua perlu menyusul untuk cover. Persediaan dalaman bermaksud bersedia untuk masalah yang bertimpa-timpa. Belum kita pulih dari masalah A, akan menyusul masalah B. Kalau tidak diselesaikan perlu diluahkan kepada sesiapa walaupun dia tak faham apa-apa tentang research area kita.

Namun akhirnya aku dapat submit thesis dengan jayanya walaupun sebelum itu selalu menghadapi stress dan frust yang bertimpa-timpa. Namun aku percaya ada hikmahnya ambil master. Ia mengajar aku tentang realiti sebenar penyelidikan. Macam nak pecah kepala memikirkan cara nak apply suatu teori di dalam system yang cuba dibangunkan. Namun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ilmuan Islam seperti yang ditunjukkan dalam Ilmuan Islam (sayang tak dapat tengok kerana masa tu ada liqo). Cukuplah merapu di situ. Sambung topik lain pula.

Thursday, September 29, 2005

Pilihanraya Kampus Dan Malaysian Idol

Apa signifikannya pilihanraya kampus?
Semalam saya sempat menonton berita selepas berbuka bersama-sama. Pastinya menarik bila bercakap tentang pilihanraya kampus. Dari 17 IPTA, 11 sudah dikuasai pada hari penamaan calon. Petanda pilihanraya kampus sudah tiada jiwa kompetetif, atau berlaku boikot atau para pelajar sudah tidak mahu ambil pusing? Namun, di sebalik kemasukan parti politik ke dalam kampus, di sebalik isu berat sebelah di kalangan pro-aspirasi dan pemimpin idealistik pelajar, di sebalik kempen oleh para pensyarah dan banyak lagi korupsi pilihanraya kampus, adalah lebih baik kita menilai apakah pentingnya pilihanraya kampus kepada para pelajar dan karier mereka.



Kontroversi lumrah dalam pilihanraya kampus. Gambar dari Website UPM.

Suatu jawapan yang agak skema dari para siswa-siswi dari sesi temuramah:
" Melatih bakal pemimpin negara".
"Bagus kerana kita berpeluang kenal dengan perwakilan pelajar kita di Universiti"
"Kita boleh tahu apa yang hendak dilaksanakan sekiranya calon yang kita undi menang"

Saya tidak arif zaman sekarang, tetapi zaman saya mengaji dahulu keadaan sangat tidak produktif dan pilihanraya berstatus mengabehkan boreh. Bukan bukan menjadi rahsia pilihanraya kampus tidak ada erti sangat kepada para siswa-siswi. Para calon pula, dari parti yang sama atau berbeza, sudah ada agenda sendiri di peringkat fakulti atau Universiti, tidak perlu dikaji adakah sama dengan manifesto kempen ataupun tidak. Kadangkala dua parti berbeza, tetapi cara kempen, pandangan, pendekatan dan kadangkala lebih teruk, wording untuk banner dan penanda buku, lebih kurang sama. Budaya cut N paste. Takkanlah siswa-siswi yang bijak tak terfikir kebetulan-kebetulan yang sangat tidak munasabah. Itu menunjukkan apa? Takpelah. Kita tengok aspek lain pula.

Mengapa setengah-setengah pelajar tidak peduli tentang pilihanraya kampus? Mudah sahaja, kerana pilih A, atau pilih B, atau tidak pilih langsung, tiada bezanya. Sumbangan pimpinan pelajar tidak sampai kepada para pelajar. Saya sendiri tujuh tahun di kampus. Saya ada simpan manifesto pilihanraya kedua-dua calon fakulti untuk suatu penggal dalam pengajian saya. Namun selepas pilihanraya tidak ada satupun yang ditunaikan. Tak kiralah siapa yang menang, kerana saya pegang janji-janji mereka. Dari pemimpin pelajar baru daftar (masuk sebagai pelajar) sehingga dia grad, saya masih di situ, tetapi tiada apa perubahan. Janji tinggal janji. Jumpa ketika kempen sahaja. Masa-masa lain entah di mana?

Itu dulu kata siswa siswi sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan persoalan pemilihan calon? Dahulu justifikasi untuk memilih dan menimbangkan calon yang layak juga sangat terbatas. Tidak banyak ruang untuk kita yakin atau berupaya membezakan calon berdasarkan ketokohan atau rekod kerjanya. Sampai peringkat setengah kawan mengundi calon yang nampak hensem atau calon siswi yang nampak cantik. Oleh kerana kita tidak tahu bakat kepimpinannya, kita mengundi hanya berdasarkan luaran. Bak "kata orang" (saya quote kerana saya nak ulas tentangnya kalau ada peluang), kalau tak pandai menaripun, sekurang-kurangnya penarinya cantik dan pakaiannya cantik dan sudah tentu lantainya nampak cantik. Penyanyipun begitu, yang berjaya selalunya ada pakej lengkap, rupa ada, body ada dan suara so and so. Dia akan lebih berjaya dari penyanyi suara sedap tetapi tak berapa comel. Begitulah juga yang terpaksa dilalui oleh pelajar bila mengundi di pilihanraya kampus. Tak ubah macam orang mengundi Malaysian Idol.

Wednesday, September 28, 2005

Pilihanraya Kampus dan Lain-lain

Mungkin benar undang-undang menghalang para pemimpin ideal pelajar (maksud ideal di sini pemimpin seperti zaman 70an 80an) pergi dengan lebih jauh. Tetapi sejauh mana pemimpin pelajar asyik menyalahkan keadaan tanpa cuba memanipulasi situasi yang ada sekarang untuk pergi lebih jauh? Masa untuk mengumpul bukti berlaku penyelewengan AUKU mahupun pelanggaran tatatertib mahupun penipuan undi. Perlu bukti bukan kenyataan akhbar di Harakah!

Beberapa perkara yang perlu diperjuangkan oleh pimpinan pelajar:
1. Proses pengagihan duit biasiswa dan pinjaman. Diperap terlalu lama kadangkala untuk dipusing dan diambil bunganya oleh pihak Universiti.
2. Memastikan setiap kelab dan persatuan pelajar berdaftar mendapat budget tahunan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
3. Sistem laporan online terhadap mana-mana kakitangan yang melayan pelajar seperti pengemis. Banyak cerita yang saya kutip dari rakan-rakan. Kena marah depan khayalak ramai tu biasa. Tu yang dengan selamba kodok Adlin belah. Besok datang balik bawa borang dengan harapan akak semalam tak jaga kaunter.
4. Tempat parking yang lebih untuk pelajar dan pedestrian walk yang lengkap. Kalau hujan tak boleh pergi library. Hampeh betul.
5. Kalau ada function penting di peringkat apa sekalipun, minta dihantar wakil pelajar yang dipilih supaya nampak batang hidungnya.

Adakalanya rasional sekiranya setengah siswa-siswi bersikap acuh tidak acuh terhadap pilihanraya kampus. Seperti seorang pelajar Cina memakai helmet tipikal student U. Helmet paling popular di Malaysia untuk sepanjang minggu lepas kerana menjadi satu-satunya helmet yang keluar TV. Bila ditanya, dengan selamba dia memberi pandangan ikhlas tetapi sinis "Ia perlu tetapi perhatian utama sepatutnya terhadap studi".

Tuesday, September 27, 2005

Bathol sudah 2 Tahun

2 tahun lalu Mama bersusah payah melahirkan engkau. Berhari-hari menahan sakit sebelum engkau menjengah dunia ini buat pertama kali sebagai seorang insan, seorang rijal dan seorang muslim. Ketika itu tatkala aku menatap wajahmu, terasa hati ini berbunga-bunga gembira. Perasaan seorang bapa yang tidak pernah tergambar dengan perkataan, dan tidak pernah terasa sedemikian sebelum ini.
Jangkamasa dua tahun terasa berlalu dengan cepat. Walaupun engkau membesar di hadapan mata ini, namun sesekali aku terasa hari-hari yang dilalui, terasa kurang kita dapat berinteraksi. Walaupun kucuba peruntukkan masa hujung minggu bersama, namun seperti hari-hari lain, beban dan tuntutan yang lebih utama menghimpit dan menagih masaku. Maafkan aku nak. Namun kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatanmu. Itu yang paling penting. Jangan sekali-kali engkau lupa.
Kini sudah meningkat usiamu 2 tahun, kau sudah semakin dewasa. Tiket AirAsiapun tak boleh guna title infant lagi. Semakin kacak dan comel. Tapi kadangkala semakin manja dan mengada. Ingat nak kau sudah besar, dah nak kena jadi abang, tak boleh asyik nak berteman kalau nak main. Sudah sepatutnya bercerai susu badan, sudah sepatutnya tidur asing. Kalau kau sudah besar, sudah boleh membaca dan memahami, sentiasalah ingat pesan kami. Kita adalah entiti yang sentiasa berjuang. Sentiasalah berazam untuk menjadi soleh dan menjadi lebih baik dari hari atau tahun yang sebelum. Sentiasa jadikan perjuangan dalam apa bentuk dan ruang sekalipun untuk menjadi insan yang mantap dan kental. Kerana itu ada kalanya kami memanggilmu Bathol, bermaksud pahlawan atau perwira. Jumpa lagi di catatan 3 tahun insya Allah.

Friday, September 23, 2005

Hikmah Kembara


Berdiri di Redang (siapa yang tak hensem tu?)


Di sini kau berdiri
Berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir
Alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa



Bathol dan Anis berjalan 'dan bermusafir' ke padang permainan bersama Mama.



Berjalan, bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir
Dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaanNya
Nilai harganya,iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan

Fikirkanlah..di mana arah kita
Renungilah..hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita..
KepadaNya..

Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaanNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia


Tahniah Mirwana di atas kejayaan merangkul trofi Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan di Anugerah Era 2004. Sejak zaman sekolah sampai dah besar panjang, baru sekarang dapat pengiktirafan. Kajang Rules!

Selamat Hari Jadi Emak

Hari ini genap 58 tahun umur emak. Alhamdulillah masih sihat walafiat, tak ada sakit-sakit yang kronik. Semoga diperkuatkan iman dan badan untuk terus mengharungi Ramadhan. Buyutana fi Ramadhan.

Salam and Hello Packet

Boss saya seorang yang banyak idea. Saya suka juga dengar walaupun bersifat borak-borak kosong. Dia juga berupaya kaitkan realiti teknologi maklumat dengan amalan harian Muslim. Satu contoh yang dikongsi adalah konsep acknowledgement packet. Camana ye nak cakap dalam bahasa mudah?

Put it this way. You have two machines; one as client and one as server. If you want to send a file for example, you have to establish connection between the machines. So the client will create something like (they call this in OSPF) Hello Packet to the server and any other machine. The server now acknowledge the client interest, and send Reply Packet to let it know that it is ready to receive packet. Then only the transaction happen and the file is sent to the server.

Maksudnya sebelum hantar file, client kena maklumkan server. Server menyahut, baru boleh hantar file. Begitu juga dengan kita orang Islam, ada konsep bagi salam. Kalau masuk rumah orang tak bagi salam, tentu dihambat atau tidak dilayan dan sebagainya. Begitu juga kalau di luar, bagi salam dan menjawab, mengukuhkan rasa silaturrahim dan buka possibility untuk berbicara banyak lagi urusan dan perkara.

Boss cakap sikit aje, saya yang melebih-lebih. Takpelah, yang penting sampai maksud nak kata bahawa salam adalah sangat penting dan sangat tabii dalam memulakan atau membina hubungan sesama Muslim. Bangganya jadi Muslim!

Thursday, September 22, 2005

Islam dan Demokrasi

Selalunya saya tidur dulu sebelum pergi solat Jumaat. Bukan apa, kalau masjid 'skema' pasti mengantuk. Alhamdulillah hari ini saya dapat mengikuti khutbah dengar khusyuk walaupun tak betul-betul sampai menyentuh ke hati. Kan khutbah tu bertujuan memberi peringatan?
Saya petik kata-kata khatib hari ini "...Syura adalah satu aspek penting yang ada di dalam Islam. Seorang sahabat (Rasulullah) menyerahkan kembali tugas khalifah supaya keputusan siapa patut menjadi khalifah ditentukan oleh rakyat. Rasulullah sendiri merupakan seorang yang banyak bersyura; menunjukkan betapa demokratiknya baginda..."

Aduhai... saya terus jadi tercengang-cengang. Lalu saya menoleh ke arah jemaah lain yang berdekatan. Selamba, poyo dan tertidur, selain yang khusyuk dan menganguk-angguk mendengar khutbah. Tidak pula dapat saya pastikan saya seorang yang terkejut dengan kandungan khutbah itu atau ada orang lain yang berperasaan sama.

Pertamanya memang benar, mengikut sirah (saya bukanlah orangnya kalau mahu mengkaji matan dan sanad serta kesahihan kitab sirah yang dirujuk, boleh buat kajian sendiri insya Allah) perkara itu memang berlaku. Tetapi bukan rakyat yang melantik kembali beliau. Bahkan para sahabat yang memiliki tasawwur dan fikrah jelas hasil tarbiyyah Rasulullah. Maka bukan rakyat kerana rakyat itu boleh jadi orang biasa yang tiada ilmu siasah dan pendetailan sahsiah pemimpin.

Keduanya memang benar Rasulullah bersyura dengan para sahabatnya. Tetapi itu bukan petanda rasulullah berfikiran dan mendokong demokrasi. Kalau kita lihat falsafah dan pelaksanaan demokrasi; ia bermakna di dalam membuat keputusan atau membina negara, semua orang mempunyai suara dan undi. Dan undi demokrasi bersifat kuantiti. Ini bermakna undi seorang penagih dadah sama dengan seorang professor di universiti. Ini bukan konsep Islam kerana di dalam Islam syura memilih pemimpin berlaku di kalangan individu yang ahli sahaja. Mereka faham tentang kepentingan memilih pemimpin yang benar-benar layak dan tiada kepentingan diri. Kemudian ada konsep baiah hasil dari persetujuan syura tadi. Ahli syura akan membaiah dan ia semacam suatu persetiaan dan ikrar dari pemimpin dan syura yang melantiknya. Begitulah kontradiknya demokrasi dengan syura.

Terasa agak lucu bagaimana engineer cabuk seperti saya boleh merasa sangsi terhadap kandungan khutbah yang sudah barang tentu ditulis oleh tok guru yang belajar agama. Saya yang tak faham ke atau bagaimana?

Monday, September 19, 2005

Dua Minggu Menjelang Ramadhan

Sepatutnya bulan Syaaban menjadi medan terbaik memanaskan badan bagi menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Mungkin kerana itulah hikmahnya Rasulullah, selain Ramadhan, berpuasa paling banyak di bulan Syaaban. Selain perut, turut perlu kita persiapkan adalah mental. Mungkin secara psikologinya puasa Ramadhan di persekitaran yang majoriti umat Islam agak mudah berbanding dengan berRamadhan di Swiss atau Germany. Juga godaan ajak pekena teh tarik mahupun rezeki makan hotel ketika kursus; agak kurang di bulan Ramadhan. Namun ketahanan mental sepanjang bulan sangat penting ketika fizikal terasa kurang sihat. Mulalah berkira-kira tak nak berpuasa. Kalau puasa sunat, mudah sangat nak berbuka kalau perut main lagu ghazal pukul 10 pagi. Atau lepas subuh mula terasa tekak kering. Wahai diri sendiri yang manja ketika berpuasa sunat, serius sikit, kita dah nak masuk Ramadhan ni. Semoga Ramadhan kali ini prestasi kita lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Sunday, September 18, 2005

Kebiasaan Drama Melayu


Gambar hiasan dari cattv.com

Malam tadi saya tidak ke mana, berehat bersama family di rumah. Spending the quality time 'kata orang'. Kami menonton TV bersama. Oleh kerana TV penuh dengan rancangan hiburan nyanyian atau siaran langsung bolasepak, kami memilih untuk menonton drama. TV2 drama Melayu dan NTV7 filem lama Kantonis. Rasanya dah lama tak menonton drama Melayu, maka saya pilih TV2. Adegan seorang bapa dengan dua anak perempuannya.
Anita: Ayah jangan manjakan sangat Liya
Ayah: Takpelah dia baru dapat lesen, bagilah peluang dia nak bawa kereta. Apa salahnya ayah belikan dia kereta?
Anita: Saya masa belajar dulu mana ada dapat kereta.
Ayah: Kan Ayah hantar Anita pergi belajar US dulu. Dengan perbelanjaannya yang tinggi tentu lebih banyak dari kereta yang ayah beli untuk Aliya.
Anita: Jadi Ayah nak ungkitlah semua yang Ayah bagi selama ini?
Nota: Anak yang sorang lagi Alita, tengah sibuk makan aiskrim.

Berhenti sahajalah di situ. Malas rasanya nak terus follow. Situasi yang tipikal. Cemburu-perselisihan-bertengkar. Itulah resam drama Melayu. Betullah kata FINAS "Filem Kita Wajah Kita". Rasanya ramai blogger kongsi perasaan yang sama bila tengok drama/filem Melayu yang stereotaip, tanpa menidakkan karyawan yang cuba mencari kelainan dan keluarbiasaan. Kita cuba bincang dari aspek yang lain iaitu skrip. Memang remeh, tetapi skrip sebenarnya memainkan peranan penting dalam membina minda berfikir masyarakat. Sebab itu cerita kartun Jepun seperti Detective Conan dan Doremon, tidak hanya sebagai kartun; tetapi ia juga berkesan dari aspek menyuruh penonton berfikir dan menjana kreativiti. Ini merupakan elemen penting yang diketengahkan kepada penonton. Seringkali kita muak mendengar di dalam cerita Melayu tentang:
1. Kalau belajar, mesti belajar oversea. Tempatnya kalau bukan US pasti UK. Student kita ramai di Russia. Bidang Nuklear Fizik dan Biotechnology. Mengapa kita tidak cuba buat skrip yang boleh memberi pengetahuan baru?
2. (Dari Blogger Rashidi) Kalau outstation mesti London atau Paris. Tak boleh ke kata buat business trip ke Parma, Itali untuk promote perisa tempe dalam pizza? Lagi satu yang melucukan ialah; kalau outstation, tempatnya pasti jauh-jauh. Pergi Surabayapun oversea juga kan?
3. Kalau kerja engineer mesti kat site, jadi civil engineer, architect atau Quantity Surveyor. Pakai topi kuning macam blogger PC selalu pakai tu. Kalau engineer asyik duduk kat site, baik pecat aje. Site supervisorpun boleh buat kerja tu. Kerana apa? Kerana malas nak kaji bagaimana mechanical engineer atau network engineer bekerja. Kalau tengok cerita Jepun, susah nak jumpa dua watak utama dari dua JDorama yang mempunyai karier yang sama.

Persoalan lapuknya ialah: Tak boleh ke fikir skrip yang membina minda atau canggih sikit?

Sebelum saya dapat banyak lagi idea untuk mengutuk drama Melayu, Zaujati minta ditukar ke saluran lain. Selamat sebentar drama itu dari kutukan berterusan.

Bagaimana menghasilkan skrip yang berbeza dan lari dari kebiasaan? Saya bukan pakar tetapi sekurang-kurangnya tahu guna common-sense. Untuk mendapatkan yang berbeza mudah. Fikirkan begini. Skrip yang dihasilkan di rumah berbeza dengan skrip yang dihasilkan oleh orang yang mengembara. Juga berbeza dengan penulis skrip yang buat homework di Google mahupun di perpustakaan. Penulis skrip yang baik mempunyai tanggungjawab moral untuk membangun dan mencorak pemikiran masyarakat. Itu yang membezakan cerita CSI atau The Apprentice dengan Mencari Cinta atau Cerekarama. Masih sangat kurang karyawan beraliran melawan arus sebegini. Tetapi wajarkah dipersalahkan penulis skrip semata-mata, yang menulis bagi memenuhi selera penonton? Ke mana kita? Akhirnya kita jadi penonton yang sentiasa dibuai perasaan ortodoks Melayu, lantaran karyawan yang malas merencah budaya informasi dan berfikir di dalam karya-karyanya, dan juga kerana mungkin kita sendiri yang tidak mahu berfikir ketika menonton.

Thursday, September 15, 2005

Blog Search

Google memperkenalkan satu lagi product yang canggih, tidak secanggih EarthGoogle, tetapi berguna untuk bloggers. Rujuk ke http://blogsearch.google.com/.
Masih di beta version.

Wednesday, September 14, 2005

Cuti-cuti di Terengganu

Aduhai lamanya tak mengadap PC dan internet. Bila nak beli notebook + Streamyx ni? Banyak betul program. Setelah seminggu 'lepak-lepak' dengan Prof. dari Swiss, dua minggu pening kepala nak adapt accent German masa brainstorming dengan Prof. dari Rostock, kena pergi meeting ke Terengganu pula. Argh... program dan agenda lain terbengkalai.



Biasalah kalau buat-buat faham padahal tengah tidur. Training dalam hotel.

Alhamdulillah atas urusan kerja, dapat ber 'anniversary' yang ketiga tahun. Terengganu, really feels like home. Keindahan Terengganu dan kesedapan keropok menjadikan aku semacam sudah jatuh cinta dengan negeri Penyu ni. JazakumAllah Mama dan Bathol kerana temankan. Kalau tak boringnya lah pergi meeting outstation ni.


Pemandangan dari bilik hotel.


Perkampungan di tengah bandar, diapit oleh dua hotel besar.




Urusan kerja di Terengganu juga success, tambahan pula berjumpa kawan lama ketika sama-sama mengemban beban di Johor. Tak sangka boleh berjumpa lagi setelah sekian lama tidak berjumpa. Masih istiqamah walaupun tidak sepadat dulu.


Boss sibuk explain kat depan, cameraman sibuk cari angle di belakang.

Tuesday, September 13, 2005

Thank you

A memorable moment for all of us
When you handed me
That precious gift
It is not Zhullian gold, diamond necklace or high profile jewel
It is not a bungalow house, a villa with spa or an apartment with jacuzzi
Of course not Toyota Wish, Audi or Da Bomb
Or Seiko, Alba or G-Shock
Lifedrive, ibook or K750i
None of these can be compared
With that lovely art
That sweet and touching.... picture

Thanks again. For being strong. For your patient. For your love and happiness. For your willingness to be the one when I need. Thanks... for this flowing tears. Thank you.



Inspired by Ma, partly done by Tha :-)

Tuesday, September 06, 2005

Ada apa dengan cinta?

Mencintaimu seluruh hidupku
Setiap waktu, di mana jua
Walau diri ini sering membelakangi
Namun hati kecil kau tetap kupuja...

Ungkapan-ungkapan begini adalah kebiasaan bait-bait yang terkandung di dalam lagu bertemakan cinta. Perasaan cinta adalah suatu rasa yang sangat agung. Ia satu perasaan yang sangat sukar dicapai. Kebiasaan kita adalah perasaan sesama lelaki-perempuan, itu dipanggil cinta. Sekiranya kita mengetahui ciri-ciri cinta yang sebenarnya, pasti kita dapat rasakan bahawa manusia yang ada kalanya boleh membuatkan hati kita sakit, robek, punah, hancur berderai, remuk redam dan entah apa lagi; bukanlah pemilik cinta. Kita tidak layak. Sesama manusia, kepada suami isteri itu sebenarnya bukanlah cinta. Ia adalah sayang. Pedulikan apa masyarakat kontemporari lihat tentang cinta, sepatutnya mereka yang benar-benar memahami perlu percaya bahawa cinta manusia itu adalah kepada dan adalah milik Tuhannya. Tidak seperti cinta yang kita biasa fahami, cinta kepada Tuhan tidak memungkinkan kita mendapat trauma, kenangan pahit atau hati yang terluka. Cintakan Tuhan adalah bersifat kekal dan sejati.
Ciri-ciri cinta itu ada beberapa tanda:
1. Sekiranya kita sering teringat kepadaNya. Di dalam solat, di luar solat. Di pejabat dan di rumah. Ketika beribadat atau ketika dihampiri maksiat.
2. Sekiranya kita mengkagumiNya, setiap kali kita melihat sesuatu ciptaan atau sesuatu kejadian di atas kekuasaanNya. Lidah kita terkeluar kalimah Subhanallah, Masya Allah dan Allahu Akbar.
3. Sekiranya kita rela dan redha atas kehendakNya dan apa sahaja yang dilakukan terhadap kita. Kita tetap syukur walaupun Dia boleh berbuat apa sahaja terhadap kita.
4. Sekiranya kita bersedia berkorban untukNya. Harta, keringat, anak isteri, darah dan nyawa sekalipun.
5. Sekiranya kita takut kepadaNya. Konsep takut kepada perkara yang dicintai adalah lambang betapa kita menyedari betapa lemah dan rendah serta kecilnya kita bila berhadapan denganNya.
6. Sekiranya kita mengharap dan menagih belasNya. Setiap kala mengadapNya, kita akan berdoa, berharap dan merayu. Cinta ini menyebabkan kita terasa tiada lagi tempat untuk kita bergantung dan berserah. Kita tidak mungkin dapat mencintai sesuatu yang lain. Natijahnya, Dia juga akan mencintai kita.
7. Sekiranya kita taat dan mahu mengikut segala perintah dan laranganNya. Kita merasakan cinta ini seumpama mengabdikan diri kepadaNya, maka apa sahaja yang diperintahkan maka tanpa sebarang mencongak dan mendongak kita akan segera melakukan.

Itulah hebatnya tahap cinta kepada Tuhan. Bukan calang-calang manusia di sisi Tuhan yang mampu mencintai dan dicintaiNya. Cermin diri kita berapa peratuskah nilai cinta kita kepada Allah?

Masihkah kita ragu cinta itu, mengikut definisinya, hanya kepunyaan Allah? Mari kita congak ciri-ciri cinta tadi dengan menjadikan manusia sebagai subjek.

1. Kita memang selalu teringat-ingatkan isteri kita yang comel tu. Mungkin kita sampai peringkat menyebut-nyebut namanya selalu. Masih boleh di'argue'. Takpe.
2. Kita mengkagumi kehebatan sidia. Namun oleh kerana dia juga manusia punya kelemahan, sedikit sebanyak pasti terdetik rasa yang berkaitan dengan kelemahannya.
3. Adakalanya kita tidak rela perlakuan dia terhadap kita. Kita memberontak demi ego dan prinsip. Kerelaan kita bersifat bersyarat dan tidak absolute.
4. You jump I jump? Adakalanya kita tidak mampu berkorban demi manusia yang kita sayang. Harta mungkin, maruah bagaimana? Darah dan nyawa pula?
Darah? Eii takutnya. Honey, taknak ler tengok Medik TV ni...
Ala camana nak temankan saya kat bilik bersalin?
5. Hampir pasti konsep takut tiada di dalam perhubungan manusia bercinta.
6. Berlainan dengan bercinta dengan Allah, berharap dengan manusia adakalanya umpama menanti buah yang tidak gugur. Sifat manusia yang lemah tidak memungkinkan ia mengotakan setiap yang dijanjikan. Di saat kita berserah dan menagih cintanya kerana hanya dia yang kita cinta, dia pula mungkin sebenarnya mencintai orang lain.
7. Pastilah kita banyak berkira-kira dari terus mentaati kemahuan orang yang kita sayang.

Cinta manusia melibatkan komitmen dua pihak yang sering punya kemahuan dan perkiraan yang berbeza dan punya rasional sendiri, sedangkan cinta Allah adalah pasti. Itulah perbezaan cinta Allah yang agung dan perasaan sayang manusia sesama sendiri.

Friday, September 02, 2005

Signifikan Jalur Gemilang kepada Pengibarnya

Sambungan Merdeka

Sejak seminggu lalu, negara kita menyambut kemerdekaan. Di sebalik kekecohan pertemuan Rafidah-Mahathir, di sebalik pemandangan yang menunjukkan artis tak tahu nyanyi lagu patriotik (Kena buat Patriotik Idol atau Akademi Bumi Nyata), di sebalik kekecohan model majalah yang menutup tubuh dengan hanya Jalur Gemilang, juga di sebalik kegelimpangan botol-botol arak remaja meraikan Kemerdekaan (kerana Tahun Baru tak sempat sambut, tsunami, bertaubat kejap), ada suatu realiti yang nampak remeh tetapi membangkitkan persoalan jatidiri rakyat Malaysia yang sebenarnya.
Pak Mat Shadow bukan nama sebenar (memangler... mana ada orang nak letak nama sebenar, pastu Shadow pulak tuh) merupakan salah seorang pekerja pembersih bahu jalan di Lebuhraya Elite. Bukan Pak Mat digelar Shadow kerana dia menguasai Hikmat Tanpa Bayang Penjejak Badai. Dia tak minat Naruto, oleh itu masakan pula dia tahu apa-apa tentang Shadow Replication. Tetapi Pak Mat digelar begitu kerana dia memiliki sebuah motorsikal berkuasa besar bernama Shadow (jenama apa tak ingat, mungkin Honda, kena check balik). Hebat tapi Pak Mat yang dapat harta pusaka berekar-ekar memang tak reti business atau kerjakan tanahnya. Maka dia jual seekar dua, bagi anak bini, beli semi-D kat Bukit Beruntung dan Mercedes zaman dulu yang dulu hanya mimpi memegang lampu belakangnya. Panjang lagi cerita Pak Mat Shadow ni kalau nak mengarut, tapi tak pelah. So Pak Mat bekerja di Elite bukan nak jadi Skuad Elit, sekadar mengisi masa lapang. Exercise katanya. Saya berjumpa dia ketika sedang sibuk hias Shadownya dengan bendera Malaysia Jalur Gemilang (JG).

Saya: Banyaknya bendera? Kilang bendera sebelah rumah ke?
PMS: Lebih kurang macam tulah. Wah sekarang ni banyak kerja.
Saya: Nape Pak Mat? Orang banyak buang sampah?
PMS: Bukan sampah, tapi bendera.
Sambil berlalu dengan poyonya. (Patut la banyak bendera)

Itulah realiti masyarakat kita. Penghayatan kita kepada bendera sekadar bangga melihat ia dikibarkan. Tetapi bila ia terjatuh atau tercicir, kita buat tak endah dan berlalu. Mengibarkan bukan salah, tetapi lebih salah dari membiarkan ia menjadi lecekan roda-roda di jalanan. Di mana jatidiri kita? Orang macam Pak Mat lah yang boleh buat kita insaf, kerana mengutip JG yang bersepah di bahu-bahu jalan bukan setakat tugas, tetapi disertai kesediaan mempertahankan kedaulatannya. Kalau kibarkan JG, pastikan kita bersedia kutip kalau tercicir. Selamat Hari Merdeka.

Monday, August 22, 2005

Buat Saufy dan Najwa

Assalamu'laikum
Kepada Pengantin Baru Saufy dan Najwa
Tahniah kerana sudah bergelar suami dan isteri
Selamat menempuh alam yang sangat-sangat berbeza

Aku teringat pesan Ayah Johor sebelum walimah
Sentiasalah sabar dalam apa jua tindakan dan perasaan
Aku ambil ringan kata-katanya
Kerana aku yakin aku orang yang sabar dan lambat marah
Tetapi benarlah perkahwinan alam yang serba berbeza
Secara tidak disedari mudah hilang sabar dan cepat nak marah
Sekiranya kalian berada di dalam situasi itu
Maka sentiasalah ingat pesan Ayahku tadi

Semoga dapat menjalani hidup yang stabil
Boleh concentrate kepada kerja-kerja yang belum dibereskan
Selamat Selamat Selamat

A&U T


Apa kena-mengena branding dalam ini event. Ada penaja ke?



Welcome to the club!

Doakan kepada mereka:
Barakallahu lakuma
Wabaraka A'laikuma
Wajamikna bainakuma bil khair
(betul ke wording rumi dia ni?)

Takziah kepada Najwa sekeluarga atas pemergian ayah tercinta Rabu 24 Ogos 2005. Kuat hati dan tabahkan diri

Palestin: Pengunduran yang 'bermakna'

Pandangan umat Islam dari dulu sehingga kini adalah jelas, bahawa di Palestin, bumi Baitul Maqdis dan seluruh negara yang kini diduduki pendatang Yahudi adalah milik orang Islam dan wajib dipertahankan. Ia adalah kenyataan yang amat-amat jelas. Maka, apabila ditanya kepada para pelajar IPT, pasti mereka juga jelas mengenai perkara ini, walaupun latarbelakang tempat wawancara semacam di bilik mesyuarat PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) dan PMI generic (seakan-akan PMI). Mustahil mereka tidak tahu. Namun ia sepatutnya suatu kesedaran umum di kalangan para pelajar IPT Muslim tentang situasi di Palestin. Kerana kadang-kala kita tidak berharap sangat masyarakat umum boleh faham tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin. Tetapi kita harapkan para pelajar IPT celik akal dan boleh membezakan fakta surat khabar dan isu pokok; bahkan juga analisis di sebalik yang tersirat di sebalik akhbar utama yang jelas dikuasai oleh pembenci Islam.
Yang tersurat di dada-dada akhbar dan media elektronik adalah berlaku pengunduran, arahan kerajaan untuk meninggalkan penempatan Yahudi. Rumah-rumah pendatang Yahudi dirobohkan. Berlaku demonstrasi & tunjuk perasaan menentang kerajaan. Berlinanglah air mata pendatang Yahudi yang dihalau dari rumah sendiri; yang dulunya dipujuk memenuhi tanah yang dirampas dari umat Islam. Wajah-wajah sedih yang membuat jiwa kemanusiaan kita terasa terpanggil untuk meluah rasa simpati, walaupun mereka (dan kerajaan yang mengusir mereka) adalah Yahudi yang merampas, menyamun, merogol, menyembelih dan menzalimi ratusan ribu umat Islam sejak dahulu lagi.



Dimana Netzarim? Gambar hiasan dari CNN

Air mata dan kesedihan itu bukanlah palsu. Tetapi ia dimanipulasi dan menjadi kosmetik musuh-musuh orang Islam yang masih menyimpan blueprint Israel Raya yang meliputi sebahagian besar tanah Arab. Pengusiran pendatang Yahudi adalah agenda untuk mengaburi mata dunia kerana yang dipaksa pindah adalah di Netzarim, sebuah kawasan terpencil. Ia tidak strategik dan tidak ada potensi untuk dibangunkan. Sedangkan yang berhampiran kawasan utama Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis masih berdiri gagah tembok penghalang. Agenda menguasai Baitul Maqdis akan terus berjalan lancar. Tidak berlaku pengusiran, perobohan mahupun kesedihan. Yang ada masih lagi penghinaan terhadap orang Islam yang solat di hadapan tentera Israel yang lengkap memakai boot dan bersenjata. Tetapi di depan lensa kamera, siapalah yang tahu dan mengerti. Yang pasti, kita seolah-olah terlupa isu sebenar.

Jangan lupa isu asal: Tanah yg diduduki tetap milik orang Islam. Tangisan umat Islam ketika dihalau dulu tidak dirakam di lensa kamera, tetapi tetap terpahat di hati mereka yang tahu dan mengalami. Semoga Allah bersama orang-orang yang sabar.

Palestin, you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin

Thursday, August 18, 2005

Nabi Palsu: Agenda Orang Sesat Lagi Menyesatkan

Pendedahan NTV7 Sabtu 2 minggu lepas mengenai seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai nabi sangat-sangat menyayat hati saya. Walaupun tumpuan banyak dibuat kepada Ayah Pin (slot sebelumnya), tetapi situasi Pakcik Kahar dan para pengikutnya adalah lebih merbahaya dari aspek pemikiran orang yang belajar agama. Bukan mengambil mudah, tetapi sekiranya ada sedikit ilmu Islam di dada, insya Allah tidak mudah terpengaruh dengan Ayah Pin. Tetapi orang yang mengikut Pakcik Kahar biarpun sedikit dan baru, tetapi 'berpotensi'. Ini kerana Kahar percaya Allah dan Rasul. Cuma Muhammad itu bukan yang terakhir. Itu sahaja. Dengan penyelewengan yang halus ini percubaan Kahar sangat-sangat berjaya. Sekiranya kita keluarkan hadis mutawatir mengenai pengakuan rasulullah tentang dia nabi dan rasul terakhir, maka dengan mudah mereka (para pengikutnya) mempertikai pula kesahihan hadis tersebut. Sekiranya periwayat seperti Bukhari dan Muslimpun disanggah, hendak ikut siapa lagi. Tidak ubah seperti anti hadis.


Para periwayat hadis; kisahnya panjang dan jelas; ilmunya; penilaiannya terhadap sanad yang mendengar dari rasul - sangat tersusun dan sangat disiplin. Apalah sangat ilmu Nabi Malaysia berbanding mereka? Kenapa kita boleh yakin orang yang datang kemudian?

Tambah menyedihkan pula bila ada seorang makcik mengakui dirinya dijanjikan syurga oleh 'Nabi' Kahar. Inilah yang terjadi sekiranya tidak berlaku tarbiyyah di dalam masyarakat. Di mana para guru agama dan para asatizah?
Tambah menyebabkan saya termenung, ialah antara satu soalan terakhir Wan Kamaruddin; "Ke mana pergi pendakwah kita?"
Kalau nak jadi pejuang Islam, inilah yang perlu kita buat. Menjalankan kerja sebagai pendakwah, profession yang paling mulia di muka bumi ini, kerana itulah salah satu kerja idola kita sepanjang kariernya sebagai kekasih Allah. Menung apa lagi?

Wednesday, August 17, 2005

Kepada Zaujati

Alhamdulillah esok genap seminggu kita tidak bersua. Namun aku sudah tidak berupaya menahan diriku dari selalu mengingatimu. Aku cuba sibukkan diri dengan liqo bersama anak buah, meeting program dan pertemuan dengan adik-adik di program. Namun sekilas mata terlihat si anak kecil berlari girang mengelilingi ibunya di taman permainan di RnR ini, serta-merta persekitaranku hening sekali.


Gambar hiasan


Tiada suara hiruk-pikuk penjual, tiada suara bising orang yang lalu lalang, tiada lalakan radio yang menusuk telinga. Semuanya menjadi tenang, suasananya seakan kabur dan masa seolah-olah terhenti. Yang terus berjalan hanyalah ingatan terhadapmu. Ingatan dan perasaan yang sama; seperti ketika kita baru bertemu. Sekiranya engkau membaca coretan ini, pandanglah ke kiri dan kanan terlebih dahulu, takut Tok Ayah dan Tok Ma ada dekat-dekat situ, malu kalau satu kampung tahu rahsia keromantisanku. Gurauan yang tak sesuai langsung. OK sambung.
Aku sudah pulih dari demam dan sakit tekak. Syukur kerana masih berupaya mengemban beban di saat kudrat seakan tidak mampu diperah, lantaran badan minta diberikan hak berehat. Langkahku berat dan lambat. Aku mahu berjihad dalam segala yang aku lakukan. Namun apalah sangat jihad ini berbanding jihad seorang permaisuri mengasuh putera yang meragam, sedang dirinya sendiri kurang sihat dan tidak bermaya hari-hari yang dilalui. Pengorbananmu menjadikan aku kagum dan mencintaimu. Kesabaranmu menjadikan aku sebak. Suaramu menjadikan aku gagahkan diri bangun dari kamar beradu empuk. Doamu adalah sebab aku masih terus berkobar-kobar. Zaujati, maafkan aku kerana tidak dapat bersama ketika engkau menghadapi saat-saat yang sukar ini. Sama-samalah kita berdoa; semoga kita dapat berjumpa kembali secepat mungkin.

Abatathomu

Apa khabar para sahabat? (Soalan sahaja)

Assalamu'alaikum para sahabat...
Apa khabar kita? Apa khabar sahabat-sahabat kita yang lain? Apa khabar anak-anak? Apa khabar anak-anak buah? Apa khabar ibu-bapa kita di kampung? Sudahkah kita telefon ibu kita minggu ini? Sekiranya belum mengapa? Ibu tiada handphonekah? Sibukkah? Seperti sibuknya dia ketika mengandungkan kita dan melahirkan dan mendidik kita?
Apa khabar kerja-kerja kita? Masihkah berstatus planning atau KIV? Surf internet sahaja bolehkah selesaikan kerja? Baca (dan tulis?) blog sentiasa, mampukah menpercepatkan kerja kita? Apakah prioriti kita?


(Taken from http://images.scripting.com/archiveScriptingCom/2005/02/16/Troops,Weblog.jpg)

Semua sepatutnya balik rumah dan start blog masing-masing? Gambar Hiasan.

Apa khabar masalah-masalah kita? Masih boleh difikirkan ataukah sudah bercelaru? Mampukah kita bersendirian menyelesaikannya? Sudikah kita kongsi masalah ini dengan sahabat dan teman-teman? Sudikah mereka yang kita panggil buddy menjadi pendengar yang baik? Bukankah sahabat itu umpama cermin yang menjadi kayu pengukur dan tempat mencari penyelesaian?
Apa khabar iman kita? Masih liatkah menghabiskan lembaran-lembaran Quran setiap hari? Masih peritkah untuk bangun qiyam ketika sahabat lain masih dibuai lena? Masihkah lemah keazaman puasa sunat setiap kali diajak makan free?
Apa khabar diri kita? Sudahkah terjumpa apa ertinya hidup ini? Sudah tahukah tujuan hidup ini? Ya Tuhan, salahkah aku mengingati diri dengan melemparkan soalan-soalan begini? Sudahkah kita bersedia untuk bertemu denganNya nanti? Masihkah ada iman ini ketika itu?

Tuesday, August 16, 2005

Ahmad Deedat

Semasa saya mula-mula mengetahui kisah dan kehebatan seorang daie bernama Ahmad Deedat kira-kira 9 tahun lalu, saya tak ambil pusing sangat tentangnya. Selepas mendengar rakaman audio perdebatannya dengan para misionaris Kristian, terus saya download audio2 lain dan mula meminati penyampaiannya. Ketika itu sekitar 2000. Beliau bukan sahaja menguasai Quran, tetapi kitab2 4 famous narrator Bible dan sebarang yang berkaitan. Pernah sekali saya mendengar dia menegur seorang Kristian yang bertanya soalan kerana tidak quote Bible dengan betul. Awal tahun ini saya membaca buku tulisannya, "Bible: Word of God?". Banyak persoalan yang berupaya mempersiapkan seorang daie ketika berhadapan dengan para misionaris. Pemergian beliau pastinya tidak dikenang seperti Pope oleh setengah-setengah masyarakat dunia termasuk muslim. Tetapi dialah yang perlu dikenang, diingat dan disedihkan.
Semoga dirahmati Allah wahai pejuang!

Sg. Siput dalam kenangan

Zhafri, Amyrul, Fazlan, Khalil, Sham, Ashraf dan Mior...
Semoga kalian semua berjaya di dalam hidup ini. Jangan lupa Allah & rasul dan ibu bapa. Doaku sentiasa bersama kalian insya Allah.

Friday, August 12, 2005

Darurat dek Jerebu

Tepat menjelang 20 hari sebelum tanggal 31 Ogos, kerajaan mengumumkan darurat di Kuala Selangor (API 531) dan Pelabuhan Kelang (529). Dijangka banyak lagi kawasan akan melepasi tahap 500. Kalau tak pergi kerja projek tak siap. Trilemma betul isk isk. Jom pergi jalan ke Tganu!.

Thursday, August 11, 2005

Jerebu ni memberi kesan

20050811
Jerebu ini benar-benar memberi kesan kepada aku, Zaujati dan Bathol. Aku memang mudah sakit tekak, memang suffer sejak 9hb lalu. Namun terpaksa kuatkan semangat dan badan untuk terus datang ke tempat training. Bathol pula batuk-batuk dan demam. Batuknya macam orang tua. Zaujati antara yang agak ampuh. Semalam baru dia mengadu sakit tekak. Langsung tak boleh keluar rumah kerana tahap 500 API bermakna jerebu ini sudah sampai ke tahap beracun (?) dan berbahaya.

Wednesday, August 10, 2005

Bathol dapat sepupu

Semalam Tuk Ayah dapat seorang lagi cucu. Cucu lelaki lagi. Kawan Bathol. Tahniah kepada ipar dan biras. Sekarang aku tidak perlu risau kalau Bathol tak dapat adik lelaki. Mama nak adik perempuan. So sekarang tak kisah, moga-moga ia menjadi waris yang kuat.

Tuesday, August 09, 2005

Jerebu: Fakta dari sumber yang bolehkah dipercayai?

Sewaktu kawasan sekitar Lembah Kelang mengalami indeks pencemaran yang memaksa sekolah-sekolah ditutup, kawasan-kawasan lain agak ok dan ada yang sangat OK. Contoh keluarga di selatan tanahair memberitahu keadaan cuaca agak baik, bahkan baru lepas hujan.

Sewaktu saya membeli makan malam (tiada siapa memasak di rumah isk isk isk) di sebuah restoran, saya menjenguk ke kedai runcit sebelah untuk mencari rakan lawan borak sementara menunggu nasi ayam masak kunyit siap. Tiada siapa, maka saya tegur pekedai yang saya tak berapa nak sembang pasal dia lebih hensem dari saya. Perbualan menjadi menarik pula kerana dia bercerita tentang jerebu. "Muka terasa berpasir walaupun baru lepas basuh muka", ujarnya. Saya mengangguk-angguk separuh percaya. Namun beliau setiap waktu di kedainya, oleh itu mungkin memang benar jerebu yang nipispun boleh meninggalkan pasir di muka.

Sebenarnya di akhbar tidak didedahkan kebakaran-kebakaran hutan di negara kita. Menurut rakan yang tinggal di sekitar MMU, berlaku kebakaran-kebakaran kecil di sekitar Cyberjaya.

Monday, August 08, 2005

Jerebu dan penjajahan alaf baru?

Jangan terkejut. Ia bukan tuduhan, bukan provokasi, sekadar lintasan yang tercetus dek kegatalan minda. Suasana muram akibat jerebu sudah cukup menyeksakan. Ia mungkin sekadar usikan, kerana sesiapa sahaja yang cuba menggambarkan kebakaran hutan di negara jiran sebagai propaganda politik menjelang hari terpenting bagi sesebuah negara, sebagai sesuatu yang tidak munasabah. Ia mungkin secara kebetulan. Apa yang pasti, Jalur Gemilang pasti akan ditenggelami oleh jerebu.

Tuesday, August 02, 2005

Marah tapi malas nak fikir

Minggu lepas kawan saya mengamuk besar. Saya ingatkan ada masalah dengan bos dia. Rupanya tidak. Mungkin ada masalah kat rumah. Tidak juga. Rumah bujang dengan kawan-kawan masa di U. Kamcing g***. Sekepala habis. Habis tu apa? Rupanya pasal harga minyak naik. Yelah, dulu masa student peduli apa kalau nak naik. Pergi kampus jalan kaki. Kalau pergi town dengan housemate, paling kuat pakat bayar minyak motor yang tak seberapa. Bila dah berjinak-jinak dengan Wira yang tangki minyaknya berkali ganda lebih besar dari motor RXZ, barulah terasa mahalnya seliter minyak petrol.
Cerita harga minyak naik dari internet:
Google List

Namun semalam dia lebih tenang, mungkin itulah resam orang kita. Cepat marah, tapi cepat pula sejuk. Bagus begitu, tetapi di dalam situasi yang melibatkan komitmen jangkamasa panjang, tentunya dia akan menyumpah setiap kali memikirkan perbezaan harga yang perlu dibayar sekiranya dibandingkan dengan harga petrol setahun lepas. Masih rasa tidak puas hati tetapi sudah bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Syabas geng! Itulah sebahagian dari kisah yang kebanyakan kita lalui. Secara positifnya saya lihat masyarakat kita positif dengan perubahan-perubahan yang bolehlah dianggap berstatus negatif dari aspek penipisan poket dan dompet. Tetapi sayang, masyarakat kita terlalu positif! Kita tidak boleh menerima bulat-bulat tanpa menyuarakan rasa tidak setuju. Sedikit sebanyak kita perlu contohi setengah-setengah pengirim surat ke editor surat khabar dan majalah yang menyampaikan suara tidak puas hati. Mungkin kita tidak dapat mengubah apa-apa tetapi ia petanda kita peka dan responsif. Sindrom anak dara nak kahwin, diam sahaja. Diam tanda setuju. Setujukah kita?

Saya tanyakan kepada kawan saya mengapa dia sudah seolah-olah tidak ambil pusing tentang kenaikan harga minyak. Mudah katanya. Bukankah telah ditunjukkan perangkaan tentang harga minyak serantau, subsidi dan kerugian kerajaan? Itu semua menunjukkan betapa kerajaan kita perlu menaikkan harga minyak. Ketika ini saya sudah kurang setuju dengan rakan saya. Inilah masalah masyarakat kita, malas berfikir dan mencari maklumat. Menanti maklumat disuap dan disogok ke dalam otak tanpa menggunakannya. Bila kita disogokkan dengan perangkaan dan statistik, serta-merta kita jadi pandai. Walhal kita tidak nampak sesuatu yang lain selain apa yang diberitahu oleh perangkaan tersebut. Budaya malas berfikir. Serta-merta marah hilang apabila otak malas menterjemah dan mengira.

Statistik menunjukkan Malaysia harga minyaknya antara termurah iaitu kedua selepas Brunei. Memang benar. Persoalannya mengapa bandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak? Yang berada di bawah Malaysia semuanya negara pengguna kecuali Indonesia, yang sudah tentu masih di dalam kemelut ekonomi jangka masa panjang. Persoalan kerugian akibat subsidi adalah kerana kita mengimport minyak berkualiti rendah dari negara-negara Arab dan mengeksport minyak sendiri yang ternyata berkualiti tinggi ke pasaran antarabangsa. Ini satu fakta yang diakui sendiri oleh orang Petronas, kalau kita borak-borak dengan depa. Kalau harga minyak naik, sepatutnya Malaysia di dalam konteks pengeluar juga mendapat keuntungan. Kerana itu ketika di dada akhbar pernah berlaku, berita kecoh harga minyak (tetapi sebenarnya tidak berlaku ketika itu) diletakkan bersebelahan dengan berita Petronas mengaut keuntungan berbilion. Mengapa Petronas tetap untung sedangkan kita terus rugi? Mungkin kepala kita botak kerana terlalu banyak berfikir, namun ia membantu kita memahami dengan lebih berkesan mengapa kita perlu marah.

Monday, August 01, 2005

Ayah Pin & Keluarga

Entah siapa yang tinggalkan image ini di dalam desktop. Kureng betul....terkena sekali.

Thursday, July 28, 2005

Penting sangat ke nama kuih itu?

Pagi tadi, sebelum bergegas ke tempat kerja, saya sempat singgah ke makcik jual nasi lemak tepi jalan. Walaupun tak berapa sedap nasi lemak dia, tapi bolehler sekadar mengisi perut. Makcik LontongSedap tak berniaga hari ini. Esok saya pula ada program dan sarapan di rumah, lusapun, maka sepanjang minggu ini akan merindui lontong Makcik LontongSedap. Walaupun tak sesedap lontong Mummy dan Zaujati, tapi tak hassle nak makan. Keluar RM1-2, dah boleh makan, tak payah buang kulit kacang, tak payah basuh kuali. Ok la cerita lontong. Semasa menunggu ada sorang gadis nak beli kuih. Ada macam-macam kuih, dari tradisional ke moden, origin utara ke origin pantai timur, dari monchrome ke 24000 dpi color, dari yang nampak sedap, nampak sahaja sedap sehinggalah kepada yang memang nampak rupapun memang tak sedap. Namun ada satu kuih yang menarik hati gadis ni. Memang nampak cantik, berbentuk kun, basenya membentuk bulatan, dibalut dengan daun palas (ye ke palas?, tapi hijau warnanya). Rasa ingin tahu menguasai fikiran gadis, lalu dia bertanya
"Kuih apa ni makcik?"
"Entahlah, tak reti makcik nak menyebutnya (Dengan kata lain tak tahu. Ler...dia tak tak tahu rupanya). Tapi tulah...isinya pulut, campur dengan kelapa, letak gula merah sikit, rasanya manis-manis gitu" kata makcik sambil menunjukkan sepotong kuih yang sama yang sudah dibuka tetapi tidak habis.

Rasanya bukan makcik tu sendiri buat, mungkin dia tempah. Kerana itu diapun buka satu untuk rasa. Ternyata tidak sedap, kerana dia pun tak habiskan kuih yang dibuka. Moral of the story:
1. Don't judge the book by it's cover? Kadang-kala betul, tetapi kadangkala ia perlu. Dunia hari ini melibatkan persaingan. Setiap aspek termasuk kulit buku adalah aspek yang perlu untuk menarik pembeli/pelanggan. Kita tidak boleh harapkan semua orang akan buka buku kita dan baca. Ada yang melihat kepada first impression. Maka dunia hari ini, if you are rejected base on people judgement at the cover, then you loose the market at the very first place. Tetapi ia bukan sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan sehingga kita terlupa isi buku yang lebih perlu dititikberatkan.
2. Selain kuih berbentuk kun tadi, kuih yang hampir spesifikasi (pulut, kelapa, gula merah) adalah bingka. Sedap tetapi lately orang buat artifical bingka dengan menggunakan pulut. Masih sedap. Makcik Goreng Pisang Tanduk ada jual, tapi sebelah petang lar.
3. Pastikan makcik jual kuih anda mengetahui kuih apa yang dijual. Tak tahu nama, sekurang-kurangnya dia rasa dulu supaya boleh explain sedikit produk yang dijual.
4. General rule-of-thumb kalau nak beli nasi lemak sekiranya anda sampai satu tempat baru, tak pernah rasa mana-mana nasi lemak, tetapi ada banyak pilihan. Mudah sahaja, ikut seperti saya. Pertama suami dia tidak merokok, kedua penjual memakai tudung dan ketiga makcik tu agak tua. Selalunya nasi lemak yang dihasilkan oleh orang-orang lama lebih halus imbangan santan, cili dan garamnya. Tapi tak semestinya betul selalu rule ni.
5. Apalah yang penting pada nama? Ia perlu ada, tetapi bukanlah sehingga kita terlupa ia adalah produk yang bagus. Teruskanlah melangkah, buat kerja kita sebaik mungkin, serahkan urusan prinsip kepada orang yang lebih arif dan lebih strategik peranannya. Yakin dengan apa yang kita jual, insya Allah akan dibeli oleh sesuatu yang lebih agung dari Agung. Tidak akan ditanya di akhirat nanti kita bergerak dan beramal guna nama apa, cuma apa usaha kita. Maka berikan prioriti kepada sesuatu yang lebih penting dari sekadar berbincang tentang nama atau label.

Impian Semi-D bakal tercapai?

Walaupun sibuk dengan presentation dengan bos-bos untuk projek baru, aku sempat ke plaza menjenguk ke Pusat Pameran Jualan Rumah. Hajat di hati membeli sebuah rumah untuk keluarga tercinta. Bosan pindah-randah dan membayar sewa yang tidak menguntungkan. Sejak 3 tahun lalu, sekiranya duit sewa kusimpan di dalam bank, rasanya aku sudah mampu menyediakan downpayment untuk rumah RM200k. Berbalik kepada impian tadi, masih di peringkat bayar downpayment. Akan datang nak uruskan loan, mana mampu beli cash. Tapi tak tahu loan boleh go through ke sangkut. Rumah dua tingkat semi-D 35x74" menjadi idaman buat Bathool bermain-main dan berlatih persediaan PLKN di luar rumah. Buat zaujati mengajar kakak-kakak jiran mengaji, biar sebutan dan makhrajnya lancar dan mantap, dimotivasi oleh kesegaran persekitaran. Kalau aku ada program, zaujati boleh duduk di atas dengan tenangnya bersama Bathool. Kalau zaujati pula ada program aku boleh duduk di bilik tetamu sebelah dapur sambil menggoreng keropok, sambil mengintai anak2 buah dia mengaji. Acah aje. Tak soleh betul abu t. Kalau buat daurah untuk anak-anak buah, boleh buka pintu tengah di dining room untuk adik-adik perempuan keluar masuk, selain conquer tingkat atas. Supaya tidak bertembung dengan adik-adik lelaki yang menggunakan pintu kayu dan sliding door ruang tamu. Kat atas adik2 perempuan bebas tak payah pakai tudung kalau tiada pengisian. Kecuali kalau segan dengan Bathool. Adik-adik lelaki (termasukler yang menulis) dilarang keras dengan lembut untuk naik atas, tapi mereka conquer bawah, termasuk dapur kerana depa yang kena masak dan serve, tarbiyyah dapur tuh. Slot pengisian umum, boleh jemput ustaz atau tok imam kampung, adik-adik perempuan penuhkan dining dan adik2 lelaki isi ruang tamu. Ada small area yang agak tersorok, cukup untuk adik2 lelaki salin baju dengan tabir. Islamic sungguh. Waktu santai, family area yang cukup luas untuk kami sekeluarga berkumpul di ruang tengah tingkat atas(, sambil pencuri boleh buat kerja dengan aman di tingkat bawah?). Kalau mak ayah Along Nang datang boleh barbeque di sisi rumah yang selebar 10 kaki. Kalau ayah dengan Mama pula datang boleh main nyorok-nyorok dengan Yusof. Mak dan Mama mesti seronok nak tanam pokok mangga dan buat sarang orkid di belakang dapur yang selebar 10 kaki, sebelum ia dilenyek dengan bersahaja oleh Bathool bagi menyudahkan operasi "Seek and Destroy". Mesti seronok kalau betul dapat rumah begitu. Tapi... tak boleh terlalu berangan. Kalau tak dapat pastinya frust 'menonggeng', kata budak sekolah menengah zaman 90an. Bak kata sahabat Mohd., "Doakan ana".

Tuesday, July 26, 2005

Untuk apa blog ini?

Suffian: Apa tujuan ko tulis blog ni? Ko tak bagipun orang komen.
Jusuh: Aku tulis untuk aku sendiri dan untuk mereka.
Suffian: Siapa mereka?
Jusuh: 20 tahun dari sekarang, bila aku bakal punya anak-anak yang akan belajar tentang hidup. Tapi aku sudah allow comment.
Suffian: OK. Cuma mengapa tidak engkau tuliskan diary dan ia akan menjadi khazanah peribadi yang bernilai untuk anak-anakmu.
Jusuh: Mungkin ramai lagi bapa-bapa yang mahu menulis untuk anak-anak mereka. Aku sekadar pencetus aspirasi (moga-moga).
Suffian: Kandungan blog ini mungkin sudah tidak relevan lagi 20 tahun dari sekarang.
Jusuh: Mungkin tidak relevan tetapi menghargai kisah silam adalah aspek pembelajaran yang sangat penting dan menyentuh. Mungkin aku ada agenda tersendiri tetapi ia perlukan lebih dari sekadar blog untuk disampaikan.

Kita tidak peduli suara ramai

"Walaupun engkau gunting dalam lipatan, namun sejak menemuimu aku bagaikan makan tak kenyang mandi tak basah, oleh itu jangan digundah kesudianku kerana ia ibarat kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Orang tua-tua memang pandai dalam bab merumuskan sesuatu dalam bentuk yang simple dan catchy. Sekurang-kurangnya itu sesuatu yang orang-orang tua lebih hebat dalam bab ini dari kita, yang sekadar berbangga dengan handphone, PDA, iPod dan digital camera. Saya tertarik apabila mendengar pandangan seorang syeikh yang saya temui di Hong Kong, apabila membincangkan tindakan 'panik' ramai orang yang berpusu-pusu mengisi minyak di stesen minyak lantaran masalah harga minyak yang digossipkan naik tidak lama dulu. Katanya "Budaya masyarakat kita adalah bak enau di celah belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Bila ada sesuatu masalah yang melibatkan kepentingan rakyat secara umum, daripada menyuarakan atau membangkang atau memboikot mahupun berdemonstrasi, masyarakat kita lebih senang memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri sendiri dan meneruskan hidup berdasarkan perubahan yang berlaku. Contoh bila harga tol naik, kita marah, tetapi hanya di kedai kopi. Kemudian kita merancang naik motorsikal pergi kerja. Kemudian kita mula cari jalan-jalan yang memudahkan kita mengelakkan tol. Perkara ini lumrah, semua orang termasuk saya buat benda ni. Bagaikan terkena batang hidung, saya mengangguk-angguk membenarkan kata-kata syeikh tadi. Memang kita tak merasakan bersatu suara dan menyuarakan adalah salah satu cara mendapatkan ruang yang lebih baik dalam hidup ini. Naluri kita adalah dalam apa jua situasi, keadaan yang berlaku memang sudah takdir atau tidak dapat dielakkan lagi. Maka sebaiknya kita cuba sesuaikan diri dengan situasi baru. Oleh itu kita tidak diajar untuk ramai-ramai bersuara dan memberi tekanan kepada pihak yang melakukan perubahan yang bakal menghimpit poket kita. Sedangkan mungkin suara-suara tidak puas hati ini sedikit sebanyak memberitahu orang lain bahawa kita tidak setuju, dan mungkin memberi tekanan yang menyebabkan mereka menangguhkan perubahan yang tidak memberi faedah kepada kita.

Monday, July 25, 2005

Agenda Melayu: Yang tersurat, tersirat dan terjerat

Tak perlu rasanya komen yang tersurat. Agenda orang Melayu akan diteruskan untuk membela nasib bumiputera. DEB bukan agenda perkauman, tetapi agenda nasional. Tak ada apa yang perlu dipertikai di situ walaupun masih banyak argument boleh berlaku dibelakangnya. Namun satu lagi semacam agenda, walaupun lebih kepada mencari peluang membela diri; yang menunjukkan belang manusia-manusia yang lebih melihat agenda kelompok di dalam bangsa Melayu dari agenda Melayu yang lebih menyeluruh, adalah isu AP. Menurut Rafidah Aziz (RA), AP adalh metod untuk menolong bangsa Melayu. Itulah yang tersurat. Yang tersirat adalah betapa mudahnya aktiviti kronisme di'neutralkan' oleh fahaman bahawa ia sebahagian dari agenda untuk membantu orang Melayu. Pelbagai soalan para perwakilan yang tidak puas hati terhadap jawapan RA, meminta diteluskan pemberian AP. Ada juga mempertikaikan kepada para AP King yang memasang komponen kereta di dalam negara seperti Naza, mengapa perlu diberi AP lagi? Kemudian ada daripada Pemuda sendiri, meminta Pemuda diperuntukkan sebilangan dari jumlah AP tersebut. Bukan menjadi rahsia jutawan Melayu di Malaysia kebanyakannya bukan jenis Donald Trump yang bermula dari bawah. Ramai yang kaya kerana projek kerajaan. Jutawan dan tycoon di Malaysia semacam jawatan, mereka boleh jatuh tersungkur sekiranya tidak dibantu kerajaan. Itu adalah perkara yang tidak dipersoalkan di sini. Yang tersiratnya mungkin begini, persoalan AP di luar dewan adalah mengapa mesti ada AP, adakah relevan dan telus? Mengapa tidak diberi AP kepada suatu badan kerajaan seperti MARA dan dipantau oleh kerajaan dan persatuan peniaga Muslim atau Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya? Agar ada audit pelbagai dimensi.

Sebaliknya di dalam dewan, yang sepatutnya agenda Melayu secara umum mendahului agenda diri dan peribadi; perbincangannya begini, mengapa dia dapat banyak AP aku tak dapat langsung? Kenapa tidak AP itu diberikan Pemuda UMNO, biar kami membahagi-bahagikan sesama kami? Wajarkah dia dapat AP sedangkan dia sudah dapat banyak AP? dan persoalan-persoalan yang menunjukkan bahawa tidak pedulinya perwakilan tentang agenda untuk Melayu umum. Betapa kecilnya skop perbincangan mereka dan ceteknya kefahaman mereka tentang agenda, hanya melihat AP sebagai kekayaan. Entah apa saranan yang baik yang keluar dari mulut perwakilan, yang dapat diberikan pujian. Bagaimana kita mahu anak-anak muda dari Puteri dan Putera mahu belajar apa itu agenda kalau yang lebih mudah diingati dan diriuh-rendahkan adalah AP? Kalau tanya balik anak-anak muda bertopi di PWTC tentang apa perkara yang mereka boleh ingat tentang PWTC Julai 2005, pastinya 90% akan kata AP.

Berbalik kepada isu agenda. Adakah memberikan AP yang ternyata mengkayakan hanya segelintir orang Melayu itu, akan menjadikan orang Melayu, termasuk yang setiap minggu muncul di rancangan Bersamamu TV3 itu, boleh keluar dari beban kemiskinan? Namun apakah pilihan kita, kerana inilah parti yang memperjuangkan agenda untuk orang Melayu. Menjadikan orang Melayu keluar dari belenggu kemiskinan adalah agenda Melayu, tetapi menjutawankan beberapa individu Melayu ternyata bukan agenda yang perlu disokong. Namun kita tiada pilihan, orang yang susah dan tidak pernah AP memberi kesan kepada hidupnya itu, tetap menyokong kerana tak sanggup lagi bersempit di suatu sudut di dalam rumah setiap kali hujan turun, lantaran semua bahagian rumah atapnya bocor. Akhirnya mereka tetap begitu, susah dan perit. Dan orang yang makan nasi dengan air garamlah yang menjadi orang yang terjerat.

Thursday, July 21, 2005

Harga Tambatan Ringgit

Beberapa persoalan timbul apabila Gabenor Bank Negara Dato' Zeti Ungku Aziz mengumumkan bahawa kerajaan akan mengikut China yang mengumumkan tidak lagi menambat yen kepada dollar.
Adakah seolah-olah tidak ada lagi risiko George Soros?
Mengapa menurut jeffooi ia dibuat satu jam selepas pengumuman kerajaan China? Kebetulan, atau memang dah pakat atau tak ada pendirian atau singkat fikiran?
Apa masalah kalau kita terus ditambat pada RM3.80? (walaupun penganalisis berpendapat nilai RM bertambah baik sekarang, iaitu RM3.20. Ada pendapat lain RM3.70)
Apakah dasar-dasar perdagangan dan ekonomi negara akan berubah berdasarkan pengumuman ini?

Masih belum diumumkan nilai RM kepada dollar yang baru. Seolah-olah statement yang agak tergantung dari Bank Negara. Berapa agaknya? Sama-sama kita seperti biasa, tunggu dan lihat.

Tuesday, July 19, 2005

AP Lagi

Pendedahan senarai penerima AP semalam menunjukkan betapa parahnya kronisme di Malaysia. Ada satu item/produknya kalau kita perasan, pemiliknya merupakan satu siri Siti atau mudahnya the Sitis. Yang bestnya ia bukan kebetulan kerana nama mereka, tak kiralah Siti Jarum ke Siti Joran ke berbintikan orang yang sama. Rasanya bukan benar-benar satu family itu semuanya hebat dan 'really deserve the APs' sehingga Rafidah Aziz sampai menangis-nangis mempertahankan mereka ini. Ia mungkin kaedah budaya filem P. Ramlee Nujum Pak Belalang, "Satu untuk kau, satu untuk aku". Meletakkan nama diri sendiri untuk business A dan nama isteri untuk business B mungkin idea yang biasa, kerana sudah tentu suami isteri bekerja keras di atas kedua-dua business tadi. Tetapi kalau nama adik-beradik, bukankah kurang pintar dan terlalu 'obvious' apabila didedahkan di dada akhbar? Bak kata pensyarah saya di universiti, jangan nampak sangat gobloknya.

Sementara satu lagi artikel mendedahkan betapa ramainya golongan-golongan yang dirinya atau keluarganya terlibat atau pernah terlibat di dalam kerajaan, menjadi penerima atau pemegang AP. Menteripun ada, anak bekas PM pun ada, macam-macam ada. Tak perlu nak pertikaikan mereka deserve or not deserve, belang yang tertonjol sekarang, seperti mana plot para pembangkang era 70-80an untuk menyedarkan orang kampung adalah, betapa kaya para menteri dan betapa berpeluangnya golongan-golongan ini untuk menjadi jutawan. Kalau akhbar arus perdana tidak dedahkan, masakan satu Malaya tahu, tak kiralah samada bekas PM ada agenda sendiri mendedahkan sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia.

Satu isu lain pula, sekiranya ia didedahkan oleh orang lain ketika bekas PM masih mengetuai kerajaan, adakah rentaknya sama. Mungkin, kerana ia untuk menunjukkan betapa pemberian AP yang banyak untuk kereta import menjadi penyebab Proton tidak kompetetif. Mungkin tidak, kerana beliau sendiri mungkin turut terlibat meluluskan. Tapi yang pasti, tangisan Rafidah tangisan orang yang sudah kenyang, kita pula mungkin tidak menangis, cuma sibuk dan pening kepala mengira harga minyak yang bakal naik.

Monday, July 18, 2005

AP tu sejenis Apam ke?

Dewasa ini semua orang, maksud saya semua orang, pekebun ke nelayan (ye ke ni?), driver teksi, orang gomen, UMNOian, non UMNO, yang miskin jiwa, yang miskin harta, yang besar, yang kecil, yang tua, yang muda, yang comel dan tak berapa sangat, cakap pasal AP. Apa benda AP ni? Saya hanya tahu ia berkaitan dengan permit jual kereta. Rupanya tidak. Menurut rakan kedai kopi, AP adalah Approved Permit yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warganegara yang memohon untuk menjual atau memperdagangkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tidak ada di dalam senarai yang boleh diperdagangkan. Definisi macam bagus. Harapnya kawan kita ni tak kelentong. Nanti kena hantar dia balik Pelentong, Masai baru tahu. So tak semestinya kereta. Tapi mengapa sehingga satu negara, hatta PM dan mantan PM tak senang duduk dibuatnya? Sayapun tak tahu sangat, kena buat homework dulu baru boleh ulas. URLnya (Raja Blog Malaysia)
http://www.jeffooi.com/archives/2005/07/loose_tongues_w.php.

Sunday, July 17, 2005

Rasuah Politik: Mencari Punca dan Menyelami Kesukarannya.

Dari petikan Utusan mengenai temubual dengan PM


Cabaran paling sukar -- Ubah sikap orang Melayu; Hapuskan rasuah politik


PUTRAJAYA 16 Julai - Setahun selepas mengetuai UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapati cabaran paling sukar yang perlu ditanganinya ialah mengubah sikap orang Melayu yang tidak serius dalam mengubah nasib mereka.

Kesukaran ini, tegas beliau, sangat ketara dalam bidang ekonomi dan perniagaan serta dalam usaha menghapuskan rasuah politik.



Ops... berhenti di situ. Saya berminat dengan isu rasuah ini. Terutama ayat ini. PM usah bimbang, kerana tiada negara di dunia ini yang berupaya menghapuskan rasuah politik sehapus-hapusnya. Negara yang rakyatnya tidak ada panduan agama dan menganggap rasuah kesalahan sivil semata-mata; tidak banyak yang kita boleh harapkan. Sudah tentu dari aspek ini Malaysia tanahairku berbeza. Di dalam situasi negara kita, rasuah yang berakar umbi datangnya dari parti yang memerintah. Bukan tuduhan, kerana manusia-manusia seperti Isa Samad dan yang melapor salah laku bukan dari Parti DAP atau PAS. Oleh itu sekiranya kata-kata PM benar-benar boleh kita hayati, kesukaran menghapuskan politik adalah berdasarkan dua perkara:
1. Sukar kerana pelakunya bukan kecil-kecil anak. Sekiranya rasuah politik peringkat bahagian, mudah sahaja didisiplinkan. Gantung keahlian dan benefit ahli selama 5 tahun, meranalah badan. Ini sang pelaku adalah orang besar, pengaruh besar, peranan besar, semuanya besar, handphone sahaja mahu yang sekecil mungkin. Itu yang menjadikan sukar.
2. Sukar kerana beliau bukan kuasa mutlak di parti pemerintah. Isu Proton menunjukkan bekas PM masih ada pengaruh dan masih mewarnai senario perjalanan PM. Jika tidak masakan seorang menteri diminta mengadap bekas PM untuk menjelaskan isu Proton. Sekiranya beliau mampu, pasti dibuang sahaja mereka-mereka yang didapati tidak relevan dengan misi dan visi baru. Ia bukan mustahil. Sebagaimana penyingkiran besar-besaran dan berani yang dilakukan oleh Dato' Wahid di TM, untuk memastikan 'new blood' ini senada dan selaras dengan aspirasi baru bawaan beliau.
Sukar. Memang sukar dan nampak sukar.

Matinya Seorang Patriot Jalanraya

Blog ini saya tujukan khas untuk pelajar Mohd. Noor Afifi, 19 yang terkorban ketika cuba menyelamatkan mangsa kemalangan. Kisahnya boleh dibaca di ruangan utama New Straits Times Isnin 18 Julai 2005. Seorang lagi yang terbunuh adalah mangsa kemalangan yang cuba dibantu Afifi, iaitu Koo Tian Foo, 24.

Santaian Terpaksa

Sejak awal minggu ini, tekak diserang virus. Oleh kerana terlalu sibuk menyiapkan proposal projek baru & dokumen2 susulan, hajat berjumpa Dr. terpaksa dilupakan. Namun selepas berjumpa Dr. T, aku diberi ubat dan diminta berehat di sepanjang hujung minggu. Selalunya aku tidak peduli nasihat doktor. Namun selalunya virus akan datang balik & aku akan datang semula meminta ubat. Mungkin benar kata Dr. T, mungkin kita rasa kuat untuk buat aktiviti tetapi hakikatnya badan kita perlukan masa & tidur yang cukup untuk pulih. Oleh itu, walaupun ada banyak program, demi kepulihan jangkamasa panjang, terpaksa aku dengar kata doktor supaya dapat benar2 sembuh.

Wednesday, July 13, 2005

Apa cerita mangsa tsunami kita?

Di sini saya translate tulisan Regina William (siapa tu? Cun ke?) dari thesundaily bertarikh 22 June 2005 yang bertajuk "Fisherman caught in tsunami aid tangle".

Sg. Petani: Sudah hampir enam bulan sejak gelombang tsunami melanda. Namun bagi kebanyakan mangsa, bantuan dan derma jutaan ringgit masih belum diterima. Para nelayan Pulau Sayak di Kota Kuala Muda berharap bantuan dapat disalurkan segera supaya mereka dapat meneruskan hidup. Mereka hanya dapat terus menanti, dan kini semakin terdesak dan kecewa. Walaupun dimaklumkan pinjaman untuk membeli peralatan baru telah diluluskan, mereka masih belum menerima wangnya. Dan seterusnya bla bla bla

Urlnya




Gambar Hiasan dari http://www.hotelperdana.com.my/

Kasihan saudara-saudara kita ni. Tentu berbunga-bunga gembira ketika melihat derma jutaan ringgit masuk ke dalam segala macam tabung yang nampaknya hanya gah di kaca TV dewan orang ramai penempatan sementara kira-kira 6 bulan yang lalu. Siapa yang hendak dengar rintihan nelayan yang menumpang bot kawan (yang selamat dari bencana) untuk menampung sesuap nasi anak di rumah (kalau masih ada rumah)? Siapa yang mendengar keluhan nelayan yang mendapat jaring dari Jabatan Perikanan tetapi tidak diberi pelampungnya? Siapa yang sudi mendengar cerita nelayan yang sudah mendapat enjin boat, tetapi botnya tiada? Dermanya berjuta, bantuannya bakal tiba walaupun tidak segah bunyi jutaan ringgit. Tetapi selepas enam atau tujuh bulan, ketika kita sudah tidak teringat bencana tsunami sekerap dulu, masih ada saudara-saudara kita terkesan secara psikologi dan material kerana 'kecekapan' kita mengagih-agihkan bantuan.

Monday, July 11, 2005

Neo Office on Mac

If you do think OpenOffice is the free and performed alternative to Microsoft Office in Windows environment, maybe you will appreciate this. It is quite hard for Open Office beginner to use it as they use Microsoft before. But one thing about OO in Win is that it is not so pretty if you didn't have the Java environment. However the Open Office is brilliantly efficient and pretty (and I must say, smooth) in Unix based system. I've seen it on both Linux based Red Hat and Fedora. However, when using my Mac Mini, I found it wierd (or should I say reluctant) to use AppleWorks. Therefore I turn to word processor and worksheet program in Mac. First I found Microsoft Office (as usual) Trial for 30 days. And guess what, I found Neo Office, the Open Office version for Mac! It is (in my opinion) brighter and prettier than OO in Linux. Look at the picture.



The biggest icon is the Neo Office icon. To Mac users, try it. Recommended.

Sunday, July 10, 2005

Pengeboman London: Propaganda Orang Sakit

Letupan di London memang mengejutkan. Sangat-sangat mengejutkan. Ramai manusia awam menjadi korban. Kejadian berlaku ketika rakyat Britain masih tersenyum gembira lantaran hak penganjuran Olimpik 2012 dimenangi oleh London. Letupan berlaku di sebuah negara yang agak terbuka dengan Islam. Malah Putera Charles sendiri pernah mengiktiraf Islam sebagai 'way of life'. Islam diamalkan dengan tenang dan hormat. Peribadi-peribadi Islam Asia sudah establish dan maju, tetapi komuniti Islam di sana tidak kurang dengan sikulit putih yang membaca al-Quran. Ramai. Terkejut. Terkejut kerana London menjadi sasaran orang yang benci keamanan.
Tetapi jalan cerita seterusnya terlalu stereotaip dan mudah dijangka. Pertama pengkaitan dengan al-Qaeda. Segala macam 'fakta' yang mendokong ia dibuat oleh orang Islam, dengan permulaan ayat dimulakan/diakhiri dengan "believed to be connected with al-Qaeda". Itulah media asing, cepat sangat sampai ke kesimpulan pengganas al-Qaeda. Bukan nak pertahankan al-Qaeda, kerana mereka bukanpun mewakili suara umat Islam. Tetapi integriti media dan bagaimana halusnya mereka membawa perasaan kebencian kepada umat Islam.
Kedua al-Qaeda Eropah mengaku bertanggungjawab. Satu lagi plot yang mudah dijangka. Apa jenis bukti yang tak boleh direka. Pengakuan di dalam website adalah sangat-sangat meragukan. Ingat IRA juga berminat dengan keganasan dan memang ada sejarah yang panjang dengan penjajah mereka. Mengapa berfikir terlalu mudah?

Friday, July 08, 2005

Palm Tungsten T

Palm Tungsten T atau nama timangannya TT adalah PDA yg saya idamkan. Sudah lama saya teringin PDA yg boleh dipanggil PDA. Zire 21 mudah, ringkas, power saving & usb ease, tetapi semuanya tinggal kenangan. Siapa punya angkara ni? Terpaksa saya ronda2 ebay, lelong.com & lowyatt.net untuk mencari penggantinya. Tungsten T ini saya dapat dari seorang businessman pada 27 Jun 2005. Dia beli 8 bulan lepas, tetapi jarang guna kerana ada Nokia Communicator. Memang under optimize, USB port pun macam nak karat, CD & packages ntah kat mana. Sementara grafiti & display masih macam baru, body luar ada 10 persen scratch. Tapi dia throw 128Mb MMC card, okla. RM 320. Thanks Abg Lan. Member ada TT2 so saya rasa tiada masalah untuk adapt TT family.
Yang paling penting ada bluetooth. Kemudian SD/MMC card slot in. Features lain kalau baca review TT user, banyak. Baru nak explore.

By default, tiada MP3 player. Tetapi boleh download Real Player. Untuk membaca ada Palm Reader, Adobe Reader & Doc To Go. Personally saya prefer .pdf kerana mudah didapati. Ebook perlu dibayar. Guna Photo Suite utk lihat gambar. Application video ada Kinoma Player, juga perlu didownload. Tapi masih tak diguna kerana tak tau formatnya.

Boleh tinggal bersama kekasih

...tetapi ada satu syarat: Kahwin (kalau Johor) dan nikah dahulu!

Berita: Kahwin dahulu, baru tinggal bersama, kata Susilo sempena Hari Keluarga Indonesia

Presiden Ajak Masyarakat Indonesia Tolak 'Hidup Bersama Tanpa Nikah'

JAKARTA--MIOL: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta masyarakat Indonesia tetap menjunjung tinggi prinsip dan nilai hidup berkeluarga, antara lain dengan terus menolak perilaku hidup bersama tanpa menikah dan menganggap perilaku tersebut sebagai perbuatan tercela.


Saat memberikan sambutan pada puncak peringatan Hari Keluarga Nasional ke-12 di Lapangan Silang Monas, Jakarta, Minggu pagi, Kepala Negara menyatakan dirinya merasa bersyukur bahwa di Indonesia, prinsip dan nilai hidup berkeluarga masih terpelihara dengan baik.


Ia melihat masyarakat Indonesia tetap menjunjung tinggi perkawinan sebagai dasar pembentukan sebuah keluarga harmonis.


"Hidup bersama tanpa nikah tetap dipandang sebagai perbuatan tercela yang melanggar norma agama dan hukum," kata Yudhoyono.


urlnya: http://www.media-indonesia.com/berita.asp?id=69264

Walaupun dianggap seorang yg sekular, Susilo ternyata praktikal, telus & mendokong fikrah Islami. Tidak seperti pemimpin2 di setengah2 negara orang Islam (bukan negara Islam kerana negara Islam menjadikan Quran & Sunnah sebagai sandaran utama), beliau
tidak kecoh melaung slogan Islam, tetapi tindakan seperti memusuhi Islam. Kelihatan pembenteras maksiat tak ubah seperti orang kolot yg menyalahguna kuasa. Bekas komander tentera, yang dikaitkan dengan pembantaian di Timor Timur, mengeluarkan kenyataan yang berkonsepkan amar maaruf nahi mungkar - di atas kesedaran beliau tentang parahnya situasi sosial umat. Para pemimpin tidak menyeru, hanya merespon, bahkan kadangkala usaha membenteras maksiat dipermudah & diperlekeh. Sesuatu yg perlu difahami & dihalusi oleh pemimpin yg sepatutnya Islam bersultan di hati & beraja di akal.

Handphone Sony Ericsson T610.

24 June merupakan satu tarikh yang agak penting. Dari forum lowyatt.net, secara tiba2 aku mendapat peluang membeli Sony Ericsson impianku dengan harga murah. Sebelum ini aku terbayang utk sekurang2nya dapat beli T290 atau T68i yg berharga sekitar 290. Tiba2 ada sorang Mamat ni nak jual T610 dia dengan harga RM300. Terus kami jumpa di Low Yatt untuk urusan jual beli. Sekarang impian kecil tercapai. Sejak T39 rosak, aku terpaksa menyertai pakatan Dark Side dan membeli handphone recon Nokia 3315. Sekarang SE T610 milikku.
Features paling utama di dalam kriteriaku adalah: Selain polyphonic & colour screen, adalah technology bluetooth. Aku sedang berusaha mencari pda murah yg juga ada bluetooth. Apabila dongle bluetooth sudah ada di Mac Mini, mudah bagiku untuk memindahkan data. Pengalaman bermain infrared telah kulalui ketika menghubungkan antara Palm Zire21 dengan SE T39. Bagus teknologinya tetapi kedua-dua device perlu diletakkan berdekatan. Kalau bluetooth, 10 meter masih tiada masalah.
Selain itu, bonus yg rasanya kurang bernilai padaku ialah kamera. Ia tidak sebaik Aiptek Pencam VGAku yang hilang bersama Zire 21, jauh sekali hendak dibanding dgn Panasonic NV GS15 atau Konica Minolta X31.
Tetapi bolehla.
Tambahan:
Sangat mudah untuk membuat connection bluetooth dengan TT.

Mamak United vs AP Kas-Kas

Urlnya: http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/Setempat/20050703102327/sun_artrevamp

Malas nak ulas, kita bukannya wartawan. Cuma nak guna common sense:
Ada ke orang yang tak PERNAH, diulang TAK PERNAH makan nasi beriyani dan kari mamak. Agak-agak dalam satu opis berapa persen yang makan kedai mamak?
Jika ada adakah opis yg staffnya mengambil nasi beriyani & kari tidak produktif? Mengapa persoalkan benda remeh-temeh begini. Alasan boleh diuji positif sangat tidak praktikal berbanding bahaya penggunaan MSG, kafein di dalam nescafe @ pelbagai makanan yg berupaya merosakkan badan. Banyak bahan yang masuk ke dalam badan kita adalah dadah, termasuk ubat-ubatan yang menyembuhkan penyakit dan demam.
http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,57304,00.html

Atas apa justifikasi untuk diketengahkan perkara ini? Kemashyuran?
Agak-agaknya bila Ahli Parlimen (AP) kita boleh keluarkan statement killer sebegini:
"Rangkaian pengedaran dadah dikesan. Ia dijangka dapat melumpuhkan bekalan dadah yang merosakkan anak2 Melayu dan sekaligus mengurangkan kesesakan di Pusat Serenti. Saya (AP yg tak hensem tu ler) akan membongkarkan sindiket ini dengan bantuan pihak polis dan kerajaan."
Tapi kas-kas?

Wednesday, July 06, 2005

PDA: Keperluan atau mengada-ngada?

Sementara tiada budget untuk berlaptop, nampaknya kena cekapkan tangan mencatit dalam PDA. Bukan apa, kadangkala gatal nak menulis, atau timbul idea nak mengutuk, susah kalau nak tunggu depan PC baru nak mengarang. Kadangkala ketika menunggu besi buruk diservis di bengkel, mahupun tatkala menyebarkan perfume percuma dari ketiak di LRT, dapat juga dipenuhi kekosongan dengan membuat sedikit catitan.
Di dalam masyarakat kita, penggunaan PDA masih di peringkat gadget bukan keperluan. Penggunaan juga berdasarkan tujuan masing-masing. Oleh itu sebelum membeli PDA pastikan kita sudah define fungsi PDA tersebut dalam kehidupan kita. Jika tidak ada kemungkinan menjadi penghuni tetap laci & akhirnya menjadi pembaziran. Ada yang sudah jadi seperti saya, hilang PDA macam tak boleh buat kerja. Percaya tak ada orang guna PDA semata-mata untuk alarm bangun subuh. Ini kisah benar. Minggu depan masuk TV hari Rabu TV3. Ada yang fully maximize: itulah alarm, itulah buku & pensel, itulah pengingat yang setia, itulah MP3 player, itulah dompet bergambar Intan binti Payung. Ada sorang kawan yang mahu dikenali sebagai ...., tapi saja saya malas tulis namanya (pergilah buat blog sendiri) membeli PDA hanya kerana seronok dengan infrared, bluetooth dan tayang surfing kat hotspot Starbuck. Beli secawan kopi harga RM10 heboh satu mailing list. Oleh itu, PDA... keperluan atau kehendak, atau kepuasan? Define ikut suka masing-masing.