Thursday, August 20, 2009

Sunday, August 16, 2009

Orchid Rules: Tiger


Orkid Tiger memang unik. Bunganya agak berkilat. Dua kali pandang macam karekter Bakugan pun ada.

Wednesday, August 12, 2009

Puppy Linux: Set masa dan tarikh

Dalam terminal (Bukan terminal bas OK):

rxvt atau console dalam desktop
hwclock --set --date="9/6/2005 10:12:56"

Untuk set supaya masa desktop ikut masa hardware
hwclock --hctosys

Wednesday, August 05, 2009

Istilah-istilah maut sekarang

H1N1 - Virus selsema babi
A H1NI - Virus mutan dari H1N1. Sudah ada korban sekitar 4 orang
Pneumonia - Radang paru-paru yang boleh disebabkan oleh H1N1. Berlaku apabila bakteria atau virus dalam mulut, hidung atau tekak memasuki paru-paru.
Septisemia - keracunan darah, juga akibat H1N1.
kegagalan buah pinggang akut - kegagalan buah pinggang berfungsi seperti biasa?

Lu tinggal dulu wa dua tiang (Ops itu istilah rempit)

Sunday, July 05, 2009

My injured leg

Fell awkwardly during futsal session with officemates. Alhamdulillah, nothing serious, no broken, no crack just some twisted muscle and lari urat. Advised by MD to stay away from the field and any related activities at least 4 weeks. There goes my riadahah!

Tuesday, June 30, 2009

Piknik B. Sentosa


Layan roti canai lepas futsal. Kat tepi longkang, bawah pokok rendang, hirup teh o panas sambil peluh tersejat dek angin sepoi-sepoi bahasa. Memang klasik.


p/s Pakai kain sahaja? Jangan terpedaya dengan penampilan. Yang pakai kain tu left back of the day. Kalau dia takde dah banyak striker lawan score.

Monday, June 29, 2009

Significant Danger of Echelon

To read more g to http://whatreallyhappened.com/RANCHO/POLITICS/ECHELON/echelon.html

Wednesday, June 24, 2009

Great Wall of China vs Google

Great (Fire)Wall of China block Google related services including search engine. Interesting. To some underground IT nerd/hacker, Google not only information sucker, but among the worst outcome was, being private data/information/behaviour owner without user aware or realise. It is a new way to conquer civilization. Maybe it is quite orthodox to ban Google, but if local people can come out with their own local platform, then no need to use them anymore.
http://www.techcrunch.com/2009/06/24/censorship-20-china-blocks-google-search-apps-gmail-and-more/

H1N1: 16 kes dalam 24 jam

Sangat membimbangkan. Kalau tiada sebab, cubalah elakkan dari pergi ke khayalak ramai.

Saturday, June 20, 2009

Fw: Belajar hadis


Sent: ‎20-Jun‎-2009 10:52

To: go@blogger.com

Subject: Belajar hadis



Jenis-Jenis Hadis:

Shahih. Hasan. Dhaif. (Terdapat di dalamnya hadis Maudhuk)



Bolehkah kita guna hadis dhaif?
Boleh asal bukan akidah atau hukum halal haram.



"sammu lana rijalakum"



Definisi hadis dhaif: Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis makbul iaitu hadis shahih dan hadis hasan



Hadis mursal - rantaian perawi terputus di akhir sanad

Hadis muallaq - rantaian perawi terputus di awal sanad

Hadis mu'dal - dua gugur secara berturut2

Hadis muqatthik - mana2 perawi gugur di mana2 bahagian sanad



Kecacatan sanad kerana ada perawi tersembunyi

Hadis mudallas

Hadis mursal al-khafi



Hadis maudhuk - hadis yang dicipta dan disandarkan pada percakapan & perbuatan. Hukum meriwayat dan menggunakannya adalah haram.



Contohnya:

Fadhilat surah2 dlm quran

Fadhilat terawih

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina"

"Timun/terung sebagai penyembuh penyakit berdasarkan apa yang diniatkan"

""

--

Sent using a Sony Ericsson

Wednesday, June 17, 2009

Cikgu Puteh Zahrani kembali ke rahmatullah


Dia guru kesayangan, dia kakak saudara yang peramah, dia insan mulia. Semoga dirahmati Allah.

Sunday, June 14, 2009

Percubaan Untuk Mengerti Jiwa Bapa

Ketika kita kanak-kanak atau remaja, kadangkala kita tidak memahami mengapa bapa kita berbuat sesuatu yang kita tidak suka atau sesuatu yang kita rasa tiada manfaat untuk kita. Namun apabila beranjak usia dan punya anak sendiri, naluri bapa yang datang itu pasti membuat kita teringat bapa yang sudah tua atau telah pergi dijemput tuhan.

Ketika aku kanak-kanak beranjak remaja, persekitaran kampung tempat aku membesar memang sangat terbuka. Terbuka dari aspek 'capaian' terhadap aktiviti orang tua. Rokok daun atau rokok gulung mudah didapati atau dibuat sendiri. Ayah, Nenek dan bapa saudara penghisap tegar. Rakan remaja sudah ada yang mencuba. Aku juga pernah mencuba atas sebab ingin tahu. Apabila ayah tahu, mudah sahaja kata-katanya. "Kalau nak hisap rokok, hisaplah. Tapi kena beli guna duit sendiri, jangan minta dengan mak atau orang lain".

Di hujung kampung bapa membawa aku melihat orang main daun terup. Ada main duit. Bapa kata terup bagus untuk math, IQ dsb. Cuma ia tak bagus kerana ada main duit. Aku faham.

Memang aktiviti biasa main dam 7 lapis berpapan-papan. Ayahpun pandai main. Dia sanggup korbankan dua tiga buah. Apa salahnya, kerana lepas tu dia makan 4-5 buah serentak. Terus dapat haji. Ayah bagi aku main sekali-sekala, kena belasah dengan kelicikan PokSu. Namun kalau selalu sangat main, ayah tahu. Report Card tak pernah menipu. Ayah sesah sebagai amaran berpada-pada kalau nak main. Asyik belajar ayah tak pernah suruh. Asyik mainpun ayah tak suka. Berpada-pada.

Ketika menjelang hari raya 1988 ayah membawaku ke kedai kasut BATA. Kami mencari sepasang kasut untukku. Ketika itu aku telah memiliki seluar jean kanak-kanak yang cantik. Hitam dan straight-cut. Aku padankan dengan baju ala koboi. Bapa ingin membelikan aku sepasang kasut sneakers yang cantik. Harganya RM25.90. Memang agak mahal tetapi kualiti. Namun aku sebenarnya berkenan dengan satu kasut ala North Star berwarna hitam, yang kurasakan sangat sesuai dengan jean dan baju koboi tadi. Aku malu-malu separa sopan dan hormat dengan pilihan ayah, jadi aku turutkan sahaja. Di dalam perjalanan ibu nampak aku lain macam dan bertanya mengapa. Aku beritahu aku kurang berkenan kasut itu. Terus ayah berhenti dan berpusing balik ke kedai tadi. Kami beli kasut ala North Star tadi. Harganya cuma RM9.90. Ayah kata dia ingatkan aku tidak ada sebarang 'preference', maka dia tolong pilihkan. Aku senyum sahaja, di dalam hati melompat gembira dan puas.

Pada diri bapa selain dari sifat ingin memdidik anaknya, sebenarnya terdapat naluri risau. Oleh itu bapa kadangkala bersikap 'overprotected'. Walaupun anak itu sudah 7-8 tahun, masih susah untuk dibiarkan melintas jalan. Walaupun ayahku tidak sekolah tinggi, namun ayah belajar untuk mempercayai anaknya. Kepercayaan diberi sedikit demi sedikit, bertambah mengikut usia dan kematangan. Aku merasakan bahawa antara sumbangan ayah kepadaku adalah memberikan kepercayaan kepadaku untuk membuat keputusan sendiri.

Ketika aku remaja beranjak dewasa keputusan SPM aku agak baik. Aku diterima masuk ke sebuah universiti tempatan. Walaupun 'medical checkup' boleh sahaja dibuat di kampung, namun ayah berkeras membawa aku ke hospital tempat dia bekerja, di Kuala Lumpur yang jaraknya hampir 2 jam perjalanan. Alasannya dia kenal ramai pegawai di sana. Ke hulu ke hilir ceruk hospital aku dibawa. Setiap kali berjumpa rakan setugas atau kenalan, pasti dia akan memperkenalkan aku. "Ini anak aku ni, dia nak masuk universiti, nak buat checkup". Skrip yang sama diulang-ulang. Tidak cukup dengan itu, bapa membawa aku ke bilik-bilik Dr-Dr, yang nama jawatan di pintunya menggerunkan aku. Barangkali ketua-ketua jabatan dan sebagainya untuk memperkenalkan aku.

Ketika ini aku separuh mengerti bahawa seorang bapa itu walaupun dirinya tidak berpelajaran tinggi, tetapi hatinya besar. Hatinya besar, gembira dan bangga apabila anaknya sudah boleh membaca. Itu yang aku rasakan sekarang. Hatinya berbunga-bunga gembira apabila anaknya mencapai sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang mampu dia capai. Bak kata orang kampung " Kecik besor hatinya". Mungkin itulah perasaan bapa ketika itu.

Aku mungkin lelaki sederhana yang sudah merealisasikan impian-impian asas dalam hidup, masih punya impian-impian untuk dibuat, tetapi pada ayah pencapaianku sudah cukup baik buatnya. Al-fatihah, bapaku kini genap 2 tahun ke rahmatullah. Namun ingatan kepadanya masih segar alhamdulillah. Terima kasih kerana mendidik aku dan pada masa yang sama memberi ruang kepadaku untuk cuba menjadi insan yang lebih baik.

Urusan Walimah Ipar Selesai

Terima kasih kepada semua yang sama-sama memeriahkan.


--
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Ke Restoran Saba'


Meraikan habis cuti sekolah. Lamb kebab memang rock habis.

Thursday, June 11, 2009

Tempat Makan Yong Peng


Singgah 4.20 ptg. Makanan banyak. Operator muslim tapi tokey bukan. Berani order Ramly Cheese burger. 3 orang anak beranak yg sediakan.

Wednesday, June 10, 2009

Sampai Seremban


Sekitar 1.15. Dapat tiket jam 1.30 ptg harga RM28 tapi bas tak muncul2 lagi

Dah sampai Nilai


First time naik tren dari Bangi ke Seremban. Sekarang 12.48 tengahari.

Monday, June 08, 2009

Posting from Email

I'm sending this posting from my yahoo email. This prove that if you know the email address of the blog author, you can simply send posting to his blog. Wow!

Tuesday, May 26, 2009

Streamyx

Setelah sekian lama kebosanan dengan kelambatan dan on/off Celcom Broadband, saya beralih kepada Streamyx. Dengan 1Mbps, memang surf dengan lebih lancar dan pantas.



Dah takde alasan kalau taknak update blog ahaks.

Lepas ni kena dig semua unpublished blog untuk cathing up. Hopefully ada saki-baki posting, kena cari, bawah meja satu, dlm PDA satu, atas almari satu, atas kertas buat sendal pintu satu, bla bla bla

Sunday, May 10, 2009

Santai tha n kha


Main boling

Berakhirnya Agenda Zionis

9 Mei 2009

Temankan Ustaz Bakhtiar ke Konvensyen Berakhirnya Zionis. Bagus acaranya, cuma pengendaliannya agak kelam-kabut kerana kehadiran orang ramai melepasi jangkaan penganjur. Walaubagaimanapun ia berjaya ditutup dengan gahnya tempat berbicara soal palestin, di PWTC. Selama ini soal Palestin hanya dibincang di surau-surau, masjid-masjid atau di dewan yang sederhana.


Pengisi-pengisinya mantap-mantap belaka. Pensyarah dari UM kupasannya sekadar akademik yang biasa kita bincang di dalam majlis ilmu. Namun Prof. Syed Mohsen (aku memiliki beberapa bukunya) memberikan beberapa lontaran-lontaran yang membuatkan kita sentiasa berfikir walaupun ketika di dalam perjalanan pulang. Yang pasti Dr. Azzam Tamimi membuka mata dan minda kami. Pertama kali mendengar ceramahnya secara live, kami terpukau dengan fakta-fakta, tohmahan-tohmahan dan semangat watan Palestinnya. Memang mantap. Bak kata orang yang ditemuramah oleh TV ketika keluar panggung "Saya bagi 10 bintang!"

Friday, May 08, 2009

RAID


4 bay slot dari datatele

Blogspot Update Method

Several Ways to Update Blog Nowadays:

1. Web based. Direct. Straightforward. No need to explain. The only posting method that has the ability to change the posting date.

2. Email gateway. The email address is myname.sepuluhsen@blogger.com. you can send from your desktop or from your mobile phone (provided that it has email protocol/application). Exeperiment needed: Blogger.com will take the email title as the posting title and the content (with images) as content. Suppose I'm not sepuluhsen owner. If I know the email address, can I automatically post to sepuluhsen.blogspot.com?

Updated on 8 Jun 2009: Yes it can be done
Cons: Hard to include image properly in email content. As attachment yes, as content it will become rather clumsy.

3. Proprietary Sony Ericsson K850i (or other supported models) blog application. It is like a MMS. Select any picture you like, under option, select Send, select 'as blog' and write the title and content. Of course on first attempt, we will receive SMS from Blogger which state the password (as token) and your auto-generated blog. We have to claim the token at go.blogger.com and decide to choose the new auto created blog or stick to our old blogger account. Cons: have to include image.

Of course transmission rates apply. So make sure you have Celcom Broadband package or something like that, otherwise it will be painful for your pocket.

Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday Bapak!

Sempena ulangtahun ke 93, kami layan Restoran Saba'. Ramai kawan geng ikhwah bercerita tentangnya, daan kami memang terasa sangat terpanggil ke sana kerana:
1. Zaujati dah rindu masakan Arab. Walaupun ia bukan menu Jordan, tapi ia masih Arab secara umum.
2. Tempatnya menyebabkan orang selalu cakap begini "Kau/enta/You tak pernah pergi Saba'? Aspalela betul/Masya Allah/Come on man". Terletak berhampiran Stesen bas Cyberjaya, aku sepatutnya boleh lunch tiap-tiap hari di sini. (ada kerabat tiap-tiap hari selama dua minggu berulang dari Paya Jaras semata-mata nak pekana kat sini).

Makanannya memang sedap. Zaujati ambil Lamb Khabsyah. Memang terpancar ke'expert'an nya on first attempt, kerana aku dapat tahu kemudiannya menurut officemate yang regular dan waiter di situ, ia antara menu paling hot.

Lamb Kabsyah dalam RM15

Aku order menu yang membuat aku terbayang keindahan makan di Pakistan kerana menunya hampir sama, iaitu Chicken Kebab. Makan dengan roti Lubnan, memang sampai pintu kereta tersenyum memanjang kerana gembira dengan nikmat dunia ni. Memang tak sabar nak datang lagi.



Chicken Kebab dalam RM10

Thursday, April 09, 2009

Exora

Sekarang orang tengah kecoh pasal Exora. Proton Exora, MPV terbaru di Malaysia. Kebetulan ketika lunch dengan HSBB Testing Team depa tengah buat shooting untuk promotion. Walaupun kawan depan kena bagi warning pasal illegally shoot, aku sambil mengangguk faham sempat snap satu gambar.



Overall not bad, rumours internal Perodua kata X-boss depa diambil khas untuk production Exora ni. Cerah masa depan MPV ni nampaknya.

Thursday, March 26, 2009

Kisah Manusia Langit

Sahabat
Umar berasa kesal tertinggal solat Asar berjemaah di masjid kerana sibuk di kebunnya mengerjakan pohon-pohon tamar. Untuk memastikan dia tidak lagi lalai, Amirul Mukminin ini telah menginfakkan kebunnya.

At-Tabiin
Taimiyyah
"Di dunia ada satu syurga, sekiranya tidak masuk ke syurga ini maka tidak akan masuk ke syurga akhirat, iaitu kelazatan iman".

Itulah petanda walaknya beliau terhadap Allah.


Rasulullah kepada Umar:
Cintailah aku lebih dari engkau mencintai dirimu sendiri.
Umar kepada rasulullah:
Kalau begitu aku mencintaimu lebih dari diriku sendiri.

Memang hebat: Benarlah mereka bukan manusia dari dunia.


Kecintaan seorang hamba bernama Tsauban kepada Rasulullah
Selama ini aku berada di dalam kebimbangan, keresahan dan ketakutan terhadap sesuatu yang aku tidak pasti. Namun apabila bertemu denganmu rasulullah aku berasa tenang bahagia dan gembira. Aku amat mencintaimu ya rasulullah. Aku bimbang apabila akhirat kelak aku tidak dapat bertemu denganmu kerana engkau pasti berada di dalam syurga sedangkan aku tidak pasti. Sekiranya aku masuk syurga sekalipun, belum tentu aku dapat bertemu engkau seperti di dunia.

Ia menjadi asbabun nuzul surah An-Nisa' ayat 69.

Sunday, March 22, 2009

Play Around With Puppy?

Puppy Linux is the name. Super fast OS. Small distro with 128Mb RAM requirement. Imagine what you can do with your 1Gb RAM based netbook. A good rival to DSL or Linux Mint.

The apps also not a dissapointing factor. Feel bored with the Fedora/Ubuntu on old laptop? This OS has Seamonkey, the Modzilla based web browser. Other apps also looks OK to me. So?

Monday, March 09, 2009

Mega, Tera, Hexa and now ?

Dialogue of Ocean 13 from 2007 movie
Danny: Hexa Byte ?
Ramon: You know what’s a Tera Byte ?
Danny: Yeah, its uh hmm;
Rusty: Hexa Byte’s a million tera bytes


Petabyes
According to isoHunt, the total amount of bittorrent based shared content is currently more than 1.7 petabytes.
Source from Wiki

Palm Pre

Aduhai
Bila nak datang sini?
Berapa harganya? Kat US baru 200.
Betul ke dia iPhone killer?
Dia boleh support old PalmOS. Tapi WebOS dia boleh guna tak dalam otai Palm yang lain?


From Palm website

Sunday, March 08, 2009

Straight From the Heart

I could start dreamin' but it never ends
As long as you're gone we may as well pretend
I've been dreamin'
Straight from the heart

You say it's easy but who's to say
That we'd be able to keep it this way
But it's easier
Comin' straight from the heart

Oh Give it to me straight from the heart
Tell me we can make another start
You know I'll never go - as long as I know
It's comin' straight from the heart

Tuesday, February 24, 2009

Thursday, February 19, 2009

Main bola

Acara biasa selepas program Qiyamulail. Gambar Ustaz Zubir menggelecek dalam aksi perlahan.

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Azamin Amin Thu | Feb 19, 09 | 10:35:48 am MYT
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.



Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya. Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya. Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ. Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana." Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. "Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu. Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?" Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)! Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. "Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu. "Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira. Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah. Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Wednesday, January 21, 2009

Akhbar Alam Islami

Buka sempadan Gaza - Mesir
Ban tells Israel to open borders with Gaza Strip
By Anna Fifield in Gaza City
Published: January 21 2009 02:00 | Last updated: January 21 2009 02:00
The United Nations secretary-general called on Israel yesterday to reopen the borders with the Gaza Strip immediately to allow the free movement of Palestinian people and goods.

Ban Ki-moon said he was promoting the idea of a third party - perhaps the European Union or Turkey - to police the border crossing to ensure that weapons could not be smuggled to Hamas.

"I hope that all the parties can agree on the border situation, to prevent any smuggling of illegal arms and weapons into Gaza," Mr Ban told the Financial Times after visiting damaged areas and a bombed UN food storage centre in Gaza City.


Keputusan dan analisis pilihanraya kecil Kuala Terengganu
Taktik Propaganda zaman 70-an BN tidak menjadi.

Anak 6 bulan dibuang ke dalam tong sampah
Tak ada logika - campak anak dalam tong sampah selepas bergaduh suami isteri? Kononnya sebab isteri curang. Kenapa marah isteri buang anak? Kalau dia memang zuriat bagaimana? Ujian DNA kan ada.

Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor guna pesawat tambang murah untuk urusan rasmi

Now everyone can fly … with Selangor Exco - http://anwaribrahimblog.com
By Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, Jan 19 – Tan Sri Khalid Ibrahim and his exco members took frugality to new heights by flying to and from Alor Setar with Air Asia.

The Selangor delegation had flown to Kedah to attend the conference of Pakatan Rakyat (PR) chief ministers and leaders on Sunday and were spotted by The Malaysian Insider at the Sultan Abdul Halim Airport waiting to board the return flight this morning.

Sunday, January 11, 2009

Boikot


Ziarah Jenazah Tazkirah Terbaik

Pagi tadi aku terpinga-pinga dengan pemergian seorang saudara yang telah kukenal lama. Tanpa berfikir panjang kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung yang kebetulan berdekatan dengan rumah Allahyarham. Jenazah disolat dan dikebumikan selepas solat Asar.

Visit Khae_276 Photostream

Nyawa manusia memang sifatnya tidak kekal. Namun ia akan menjadi sesuatu yang tidak terduga, sekiranya seseorang yang meninggal dunia itu kita kenali sebagai seorang yang sangat sihat dan tiada tanda-tanda penyakit fizikal. Namun itulah tanda Tuhan itu punya kuasa yang tidak terbatas, sesiapa sahaja tidak dapat lari dari takdir. Kalau kita rasa sihat walafiat, belum tentu esok kita masih mampu melihat dunia yang sementara ini. Lantaran itu, sekiranya kita mati esok, apakah bekalan yang telah kita persiapkan untuk bertemu denganNya? Cukup besarkah rumah semi-D kita untuk ditunjukkan kepada Tuhan? Adakah Dia akan kagum dengan Sony Ericsson C902? Adakah laluan kita di titian siraj cukup laju dengan Honda City V-Tec? Mampukah Blackberry dan Macbook menemankan kita sepanjang masa di liang lahad sementara menanti hari kiamat?

Cukup kagumkah Dia dengan Sony Ericsson C902 yang canggih ini?


Taken from http://sefanboy.com/wp-content/uploads/2008/04/c902_1.jpg

Kerana itu hatiku tersentuh apabila mendengar doa Ustaz Hasan yang mengiringi jenazah seusai solat. Antara bait-bait menyentuh perasaan dalam doaa beliau yang panjang adalah
"Ya Allah, Engkau ampunkanlah saudara kami ini Ya Allah. Kami menjadi saksi bahawa beliau telah cuba menjadi seorang hambaMu yang terbaik. Beliau baru balik mengerjakan haji dan suka memperbanyakkan amal ibadah.
Ya Allah. Kami menjadi saksi bahawa beliau telah cuba menjadi seorang bapa dan suami yang baik. Beliau mendidik anak dengan penuh kasih sayang.....
Ya Allah kami menjadi saksi bahawa beliau telah cuba menjadi seorang Muslim yang berjuang di jalanMu. Beliau seorang dermawan yang banyak memperuntukkan hartanya di jalanMu. Beliau banyak memberikan perhatiannya kepada dakwah dan tarbiyyah ...."

Masya Allah, alangkah mendalamnya doa al-Ustaz. Ia doa kepada yang mati dan tazkirah kepada yang mendoakan. Seraya itu hati berkata-kata "Apakah apabila aku mati nanti, ada atau tidak keluarga, saudara-handai, jiran tetangga dan para sahabat yang boleh menjadi saksi untuk kita." Kalau nak cari saksi kekayaan kita, ia pasti mudah. Rumah tersergam indah, kereta besar, harta banyak. Namun adakah semua itu beerti di sisi Allah? Adakah semudah itu untuk mengumpulkan kekayaan yang benar-benar beerti di sisi Allah? Inilah masa menepuk dada dan bertanya iman.

Sunday, January 04, 2009

Muslim China

BEIJING (AFP) - China arrested almost 1,300 people for terrorism, religious extremism or other state security charges in the country's Muslim-majority western Xinjiang region last year, state press said Sunday.
The vast desert area bordering Central Asia is home to more than eight million members of China's ethnic Uighur population, Muslims who have complained for decades of political and religious repression.

More

Jumlah warga Muslim di barat China hampir sama atau mungkin lebih ramai dari rakyat Malaysia berketurunan Cina. Jadi terbukti Islam agama sejagat kerana setiap bangsa mempunyai Muslim.

Friday, January 02, 2009

Menyambut Tahun Baru dengan Parti Seks

Tahniah kerana mulakan tahun masihi dengan menempah HIV+. Nanti nak kahwin, cuba cari negeri yang tidak buat pemeriksaan AIDS. Kalau tak tiga kali malu, pertama masa kena cekup, kedua masa nak nikah ketiga masa mengadap tuhan

KUALA LUMPUR, Jan 1 (Bernama) -- Police arrested a female newscaster of a private television station, an actress and 24 others who took part in a sex party at a hotel room in Jalan P. Ramlee here today.

The two woman and seven others -- six men and a woman -- tested positive for drugs, said ASP Mahani Ahmad of the police's vice, gambling and secret society branch.

All those arrested during the 3.30am operation aged between 18 and 31 years, she said when contacted.

She said the police also found liquor and various drugs like ketamine, cocaine and syabu in the room on the 11th floor of the hotel and a 20-year-old student of a Kelana Jaya private college believed the drugs supplier was among those held.

During the raid, three couples were on the bed while the rest were entertaining themselves believed intoxicated, she said.

Monday, December 29, 2008

Zionis Laknatullah

Situasi di Semenanjung Gaza terus menyedihkan. Angka korban sudah lebih 300 orang. Menurut penganalisis ia merupakan siri kekejaman paling teruk sejak 1967, bermakna lebih teruk dari Sabra & Shatila 1984. Perang 6 Hari 1967 telah meragut nyawa berpuluh ribu orang tentera dan orang awam.

Tuesday, December 09, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa: Bencana ciptaan kita sendiri

Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat, baik dari yang kehilangan anggota keluarga mahupun yang kehilangan rumah ataupun yang terpaksa berpindah buat sementara.

Ironinya, yang meninggal adalah semacam 'wakil' masyarakat majmuk Malaysia, seorang wanita doktor haiwan, anak lelaki seorang Datuk dan seorang akauntan, juga pembantu rumah Indonesia dan dikhuatiri seorang lagi pembantu rumah Sri Lanka.

Tragedi Bukit Antarabangsa ini menyedihkan kerana ia meragut nyawa dan memberi impak secara lokal kepada kawasan setempat. Mungkin yang terlibat mencecah ribu sahaja, tetapi yang tidak lena malam memikirkan bukit di belakang rumah mungkin boleh runtuh bila-bila masa, mencecah ratusan ribu.

Itulah risiko memilih kediaman berhampiran tanah tinggi. Ketika kami sekeluarga sedang di dalam proses membeli rumah, kami 'terkunci' kepada dua pilihan dari senarai pendek yang ada.

Rumah pertama 40 x 115 semi-D setingkat harga RM249k di Sg. Merab dan satu lagi rumah yang akhirnya kami pilih. Kalau ikutkan memanglah besar dan selesa, tetapi kawasan perumahan itu agak rendah dari ketinggian biasa. Kalau dari jalan besar kereta akan menuruni bukit. Perkara pertama yang terlintas adalah banjir walaupun terdapat bukit di belakang kawasan perumahan tersebut. Namun jika difikirkan sekarang, bukan setakat banjir, kemungkinan untuk dihempap juga agak besar. Oleh itu kami bersyukur dengan rumah sedia ada, tidak begitu luas dan besar, tetapi sekurang-kurangnya tiada bukit di belakang mahupun kemungkinan banjir. Satu lagi ia berdekatan laluan grid elektrik nasional, maka tidak ada pembangunan yang boleh dibuat di situ. Alhamdulillah. Kurang risiko.

Berbalik kepada tragedi tadi, kita tidak mengambil ikhtibar dari Highland Towers dan beberapa kes terdahulu. Sementara kes di Ulu Yam boleh dikategorikan sebagai terpencil, kawasan banjaran kecil sekitar Bukit Antarabangsa dan Ulu Kelang amnya sudah menjadi kawasan yang sepatutnya digazet sebagai merbahaya diduduki dan dibangunkan. Namun hingga kini begitu banyak kondominium mewah dan banglo didirikan berhampiran. Kerajaan tempatan mengutip hasil segala macam, pemaju ingin mengaut keuntungan dan pembeli semacam rasa prestij menduduki kawasan sebegitu. Seolah-olah lupa bahaya yang menanti.

Secara saintifik dan akademiknya ia merbahaya di duduki, dibangunkan atau dimanipulasi seperti menarah, meratakan dan sebagainya. Menurut Quran, kawasan tanah tinggi atau gunung berfungsi sebagai pasak Bumi, sebagaimana yang diterangkan dalam Q.S. An-Nahl ayat 15: ”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”

Juga An Naba 78: 17-20. "Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (dipermukaan) bumi supaya bumi itu tidak mengoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang."

Sekiranya kita fikir secara logik, gunung sebagai pasak bumi adalah ciptaan Allah yang sangat penting dan maha hebat. Pernahkah kita terfikir untuk mendirikan rumah, menagapa kita perlu menanam pasak ke bumi? Mengapa rumah dua tingkat tidak sama ketinggian pasaknya berbanding rumah setingkat?

Tanah di kawasan tinggi yang telah diratakan menjadi tidak stabil kerana pasaknya tidak lagi menyokong bukit dan gunung yang ada sebelum ini. Oleh itu dengan aliran air sedia ada dan hujan, kestabilan yang longgar itu bertukar pula menjadi keruntuhan.

Kita mungkin tidak cukup arif untuk membincangkan perkara ini berbanding pakar geologi dan geografi, namun semoga kita mampu berfikir mudah selaras dengan panduan yang telah diberikan.

Wednesday, December 03, 2008

Pukul Dada Sindir Hati

Bukan mudah menjadi lelaki
Harapan dan impian keluarga
Sudah menjadi tekanan yang berat

Bukan mudah menjadi suami
Meneman satu malam dalam seminggupun
Belum tentu

Bukan mudah menjadi bapa
Walau lima minit duduk mendengar si dia berceritapun
Kadang-kala tidak sempat

Bukan mudah menjadi pecinta
Yang mencipta, yang menjadikan, yang didambakan cinta
Tidak kelihatan

Bukan mudah menjadi mujahid
Bersila beberapa jam dalam sepekan sahaja
Sudah mencabar

Bukan mudah menjadi pendidik
Pelbagai beza latarbelakang, persepsi dan cara pandang
Sukar dilentur dan dibentuk sekelip mata

Semuanya bukan mudah
Namun suatu ketika, bila ia tiba pastinya semua menjadi mudah
Ketika itu
Berhenti jadi harapan keluarga
Berhenti jadi suami
Berhenti jadi bapa
Berhenti jadi pejuang
Berhenti jadi pendidik
Berhenti jadi semua
Ketika itu
Adalah ketika bertemu Tuhan

Monday, November 03, 2008

Mencari Bekas Mentor

Aku kenal dia
Ketika itu solat Jumaat di suatu hari dalam bulan Ramadhan
Seusai solat aku menjengah merata tempat
Namun kelibatnya sudah tiada

Aku kenal dia
Dia mentor di tempatku bekerja dahulu
Ya majikan pertama

Kami sudah lama terputus hubungan
Mungkin kerana masing-masing sibuk
Mungkin kerana aku sengaja tidak mahu berhubung

Namun ketika muda kita banyak melakukan kesilapan
Kita tidak boleh muda kembali untuk mengubah apa yang sudah lepas
Namun kita boleh memperbaiki keadaan dengan cuba memulakannya semula

Sekiranya kita ikhlas atas dasar silaturrahmi
Sekiranya kita yakin ia akan menjadikan keadaan pulih
Mungkin ia langkah yang baik
Mengelakkan kita dari terus melakukan kesilapan
Yang kita selalu kesalkan ketika muda dahulu

Friday, October 03, 2008

Memahami Keterbatasan

Sewaktu saya diberi tugasan di dalam projek baru, tugas yang diberi adalah bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Namun setelah projek berjalan selama beberapa bulan, saya akhirnya mendapati ia memerlukan kepada beberapa kemahiran/pengetahuan yang tidak pernah saya miliki. Solusi saya ketika itu mudah sahaja, ada bajetnya, maka saya meminta training supaya saya dapat menyelesaikan masalah di dalam tugasan saya. namun adakalanya bajet tiada peruntukannya, maka kita perlu mencari jalan penyelesaian. Antara yang boleh difikirkan adalah:
1. Memeinta pertolongan orang lain
2. Belajar sendiri
3. Sub kontrak kepada vendor
bersambung... ()

Wednesday, October 01, 2008

Tuesday, September 30, 2008

Prestasi Ramadhanku

Persembahan musim ini boleh dianggap turun naik. Naik mungkin tidak banyak, tetapi yang turun memang sangat banyak. Sepuluh malam terakhir tidak dapat dipulun sebaik mungkin kerana tiada orang di rumah. Tilawah juga nyaris-nyaris gagal. Hanya cukup makan. Hubungan dengan Khaliq juga hambar. Adus memang ini Ramadhan yang tidak begitu cemerlang.
Selamat hari Raya Idulfitri 1429H dari Abouti, Zaujati sekeluarga

Friday, September 26, 2008

Minyak turun harga barang?

Sudah dua kali, termasuk kelmarin kerajaan mengumumkan harga minyak turun sesuai dengan penurunan harga minyak dunia. Anehnya, harga barang dan makanan kekal mahal dan tinggi. Apa agaknya alasan para peniaga di dalam hal ini? Di mana tanggungjawab sosial sebagai ahli masyarakat? Sigh

Monday, September 08, 2008

Naik 30%

Kerajaan luluskan surcharge sebanyak 30% dikenakan kepada pengguna. Dengan kata lain menyebabkan kenaikan harga tiket sebanyak 1/3 dari harga asal. Ini bermakna jika harga tiket JB-KL sehala ialah RM30, harga baru adalah RM40. Seperti biasa kenaikan harga minyak menyebabkan semua pihak di dalam rantaian keperluan (?) atau supply chain menaikkan harga untukmengekalkan margin keuntungan. Hasilnya, pengusaha bas, penjual ikan dan penjual nasi lemak tetap untung, orang biasa atau pengguna yang bertambah sengkek. Tidak bolehkah semua pihak menanggung kerugian sedikit agar rakyat biasa tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga?

Sunday, August 31, 2008

Merdeka vs Ramadhan

Di dalam TV hambar. Pemimpin kerajaan sibuk dengan agenda negara sehingga nampak seolah tidak mengambil berat urusan Ramadhan.
Surau-surau dan masjid-masjid di Keramat penuh. Kalah solat Jumaat. Kehadiran Solat Raya sahaja yang boleh mengatasinya. Tetapi sepuluh hari dari sekarang separuh dari kedatangan hari ini mungkin tidak dapat dicapai. Bak kata shamRais di tukartiub "Raya lagi 29 hari".


Gambar dari website MPSepang

Thursday, August 28, 2008

Kemenangan Rakyat

Syukur setelah sekian lama sakit jiwa tengok berita TV3, akhirnya pilihanraya Permatang Pauh selesai. Memang jangkaannya DSAI akan menang, cuma 'kemenangan moral' di pihak moral yang ingin dicapai BN, iaitu mengurangkan majoriti terdahulu sekaligus memberi tanggapan yang pelbagai tentang kurangnya keyakinan pengundi terhadap DSAI. Namun ia gagal juga.

Bilalah BN mahu sedar bahawa propaganda dan fitnah hanya akan menaikkan populariti DSAI.

Saturday, August 23, 2008

Demam Ben 10



Anakku sedang dilanda demam Ben 10. Setiap Sabtu pukul 10 pasti dia berada di depan TV untuk menonton animasi kegemarannya itu. habis segala 10 karekter menjadi sebutan. Hanya T-Shirt Ben10 menjadi pilihannya. Negotiating skillnya juga bertambah baik, apabila pelbagai cerita didongengkan ke telingaku, dengan harapan kerekter Four Arms, Heatblast dan Upgrade menjadi miliknya. Nantilah nak, kalau bapak jumpa di mana-mana akan bapak cuba belikan. :)

Wednesday, July 30, 2008

Bumblebees: Triggering Research

The way bumblebees search for food could help detectives hunt down serial killers, scientists believe. Just as bees forage some distance away from their hives, so murderers avoid killing near their homes, says the University of London team. This "geographic profiling" works so well in bees, the scientists say future experiments on the animals could now be fed back to improve crime-solving' - The BBC Website.


Di dalam penyelidikan telekomunikasi, mengambil resmi (kebiasaan dan perangai) haiwan bukanlah sesuatu yang baru. Kajian terhadap cara semut bergerak dan berkomunikasi telah banyak membantu memperbaiki rangkaian telekomunikasi. Ia juga membuktikan robot dan sebarang mesin ciptaan manusia itu akan bertambah baik sekiranya ia mengikut sistem sosial dan kemasyarakatan serangga, haiwan atau manusia itu sendiri. Jadi masihkah ragu bahawa hebatnya ciptaan-ciptaan Allah?

Monday, July 28, 2008

Tak dengar. Boleh kuatkan suara?

Aku berada di Nilai bertemu sahabat-sahabat di sana. Bincang-bincang tentang iman. Agenda yang sederhana sahaja. Tatkala hangat berbincang, dinding surau bahagian belakang diketuk berulang kali. hairan kami kerana ruang di sini hanya kami yang ada. Terdapat sedikit elemen seram kerana di belakang surau agak gelap dan misteri. Seraya itu terlihat satu tangan kecil terkapai-kapai dengan satu kertas di hujungnya. Kami ambil suratnya. Surat berbunyi

"X Dengar. Boleh kuatkan suara penceramah? Kami di belakang nak dengar juga. Kami tiada nakibah"

Muslimah. Nak tumpang sekaki. Bila masa pula kita buat ceramah? Nakibah takde? Sini pun bukan nakib. Tapi atas permintaan nak berkongsi, kami dengan penuh machonya beranjak ke belakang surau. Bincang perkara baik, buat apa nak sorok. Bukannya buat tutorial tentang pembuatan bom.

Alhamdulillah ketika ramai remaja yang gagal membendung arus kejahilan, masih ada yang ingin mengikut fitrah manusia yang perlukan pemantapan ilmu dan iman dalam rangka menjaga diri supaya kekal jatidiri Islam. Masih banyak hati-hati yang belum terusik dan tersentuh dengan peringatan dan kesedaran. Suara-suara penyeru kearah kebaikan dan kebenaran serta mencegah kebatilan diperlukan di mana-mana. Tugas kita berat, marilah memikul beban ini bersama-sama.

Thursday, July 24, 2008

Akhbar Alam Islami

Pendirian Barrack Obama cenderung kepada Israel
Rakyat Amerika khususnya tidak mempunyai banyak pilihan. Walau siapa yang menjadi Presiden, dasar US tetap sama.

Pulau Batu Putih: Singapura membuat tuntutan perairan 200km
Ada kemungkinan Batam dan JB juga akan diserahkan ke Singapura. Betul2 macam Belanda dapat tanah

Konsert Inul dibatalkan
Kata Inul: Ini dugaan dari Allah. Walaupun di Indonesia gelek gerudi dianggap seni, seluruh dunia menganggap ia erotik. Alhamdulillah rakyat Malaysia selamat dari 'dugaan' dari Inul buat sementara

Tuesday, July 15, 2008

Komen Debat AgendaDaily TV9

Anwar memang superb, penuh fakta, berintonasi, serius berselang seli dengan lawak.
Pensyarah UUM memalukan orang UUM, tak faham industri petroleum, terpaksa dibetulkan oleh Anwar.
Tak pernah serang Shabery cuma ingatkan dia dulu S46
Lwak-lawak dan kritikan Anwar tajam dan segar, tak jumpa dalam ucapan terdahulu di Youtube

Shabery asyik lebih masa. Dia bankrap idea, asyik serang peribadi Anwar walaupun banyak kali Anwar kata tak nak jawab.
Jawapan kepada soalan Zulkifli tak dapat dijawab dengan baik.
Asyik ungkit tentang situasi 1980an yang sudah tentu tidak sama dengan keadaan sekarang.
Soalan Shabery kepada Anwar seolah-olah dah bocor kerana Anwar jawab penuh fakta dan bersahaja.
Sering kata Anwar ambil pendekatan populis, sedangkan dia tak mampu melawan fakta yang menunjukkan dia (Anwar) memang populis dan penuh hujah.

Ramai sangat orang tiga suku dalam dewan tu, benda takde fakta pun bersorak.
Agenda Anwar: Sampaikan mesej yang hampir sama dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dalam ruang massa yang lebih besar dalam masa yang singkat.
Agenda Shabery: Kritik Anwar habis-habisan. Tiada agenda memperbaiki kesusahan rakyat dan angkuh dengan kejayaan Petronas.


Image from Malaysiakini

Keseluruhan: 2.5 bintang kerana sangat berat sebelah, patutnya Shabery lawan Salahuddin Al-Ayyubi atau Mahfuz, baru sengit dan seronok dengar.

Tuesday, July 08, 2008

Joke: Kenapa Federer Kalah Wimbledon 2008


Image from www.tennis.com

Pertemuan ulangan tahun lepas. Gelanggang yang sama. Orang yang sama. Outfit yang hampir sama. Tapi juara sejak 4 tahun lepas Federer gagal kali ini. Setelah hampir-hampir menang dalam 5 set tahun lepas, kali ini Nadal dapat juga Grand Slam yang ini. Kenapa?
Umum memang tahu Nadal pakar tanah liat. Lihat sahaja 4 kejuaraan di French Open. Namun Wimbledon gelanggang rumput. Jadi kenapa Federer gagal di gelanggang kegemarannya?


Image from BBC

Mudah sahaja. Cuba lihat gelanggang akhir Wimbledon. Kawasan baseline sudah semakin terhakis rumputnya. Jadi yang tinggal tanah sahaja. Ia hampir-hampir menyerupai tanah liat. Selain faktor 'peralihan kuasa' dan hujan (thanks blogger Jasmy), Federer dan penonton ditipu oleh keadaan gelanggang yang sebenarnya sudah menjadi separa tanah liat.

Monday, July 07, 2008

Download the internet

Customer: "I want to download the Internet. Do I need a bigger hard disk?"





Jangan pikir banyak sangat tentang minyak. Hibur-hiburkan hati sikit.

Thursday, July 03, 2008

Lenguh Menuang Minyak

Memang teruk sekarang ni. Kalau isi minyak kat Satria, dalam tiga atau empat hari mesti mau RM50. Kalau sebulan dah tentu dalam RM500. Itu berulang ke tempat kerja dan rumah babysitter aje. Kalau pergi balik kampung ke, pergi kelas programming ke, pergi mengaji dsb, mencanak naik perbelanjaan mingguan. Lenguh tangan tuang minyak. Apa usaha secara individu sementara menunggu usaha kolektif yang masih samar-samar?

Rasanya kalau berterusan begini, mungkin tak mampu lagi ke tempat kerja guna kaki empat. Beberapa pilihan:
1. Guna kaki dua
Motor buruk di rumah tu agak memalukan kalau dibawa ke tempat kerja. Berapa agaknya upah membikin semula. Kalau tangkap design yang lebih baru OK juga cuma malas berhutang setiap bulan. Tapi kalau banding dengan RM500++, lebih berbaloi bayar ansuran RM150 sebulan + minyak tangki lebih kecil

2. Guna kaki empat bertabung
Ini yang mengharukan. Harga tangki gas NGV semakin mahal dan tidak berpatutan.

3. Car pool
Siapa-siapa kerja Cyberjaya angkat tangan?

4. Banyakkan cuti dan bekerja dari rumah sahaja
Boleh kalau bos anda Larry Page

5. Hydrofuel
Guna air? Company ni operate kat Banting. Jom singgah!

Hai, bilalah nak tukar kerajaan yang cukup berani turunkan harga minyak.

Tuesday, June 10, 2008

Hari Pertama di Cyberjaya

Hari ini dengan rasminya unit kami berpindah ke Cyberjaya. Tempat cantik menarik kau memang tembam. Dia punya Celcom Broadband coverage lagi solid. Dengan basic package, boleh pergi sampai 354kbps. OK dah tu, boleh layan youtube dengan kadar yang sederhana, sambil-sambil tunggu result experiment. Kalau laju sangat susah beb, nanti youtube yang simulate kita.



Cube baru. Belum apa-apa lagi dah bersepah. Camana nak buat azam baru cube yang bersih indah dan tenang ni?

Monday, June 09, 2008

Benzene vs NGV

Bukan. Bukan Benzema France lawan RVN Holland. Takde kena mengena. Nama keluarga CH petrol yang melambung itu ialah Benzene. Perkara yang menjadi persoalan ialah mengapa mentaliti kerajaan dalam menyenangkan hidup rakyat masih di tahap gaban. Mengapa pusat pengisian NGV masih sangat sedikit? Apakah wujud kawalan kerajaan? Kalau benar ia petanda subsidi hanyalah permainan mereka di dalam industri ini yang terus untung dan untung. Long live kapitalisme dan sekularisme!
Mengapa negara kelas ketiga yang porak peranda kestabilan politiknya dan sangat dhaif infrastrukturnya, masih punya sangat banyak petrol yang menawarkan NGV atau ringkasnya di sana, CNG?

Mengapa kos memasang tong NGV semakin mahal walaupun supply sudah banyak sesuai dengan permintaannya? Mengapa mesti mengambil kesempatan atas kesusahan dan penderitaan orang ramai? Semua ini melibatkan manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri dan terus-terus merendah-rendahkan intelektualiti rakyat dengan perbandingan-perbandingan dan fakta rekaan yang tidak munasabah. Tidak cukup dengan memberikan beban, diperbodohkan pula dengan cedokan kata-kata ahli akademik yang berhujah dangkal dan berstatus sekolah menengah.

Gesaan tukar cara hidup juga tidak masuk akal. Hello, selama ini kita hidup mewah ke? Tiap-tiap hari makan ikan salmon dan steak, bukan ikan bilis dan kembung?
Setiap bulan ke Bali, Paris dan Hong Kong, bukan ke Banting (balik kampung) atau KL (urusan kerja)?
Kereta harga sebiji rumah semi D bukan Kancil atau perlukah berkira-kira membeli Dream EX5?

Tidak cukupkah selama ini kita bersusah payah mengikat perut demi menampung beban hidup? Harga susu anak bukan semakin turun tidak kira gaji kekal atau naik. Harga beras bukan naik sedikit. Sekiranya inflasi mencapai 5% atau lebih, tidak guna membandingkan KDNK negara dengan negara lain yang KDNKnya lebih rendah. Ia ibarat bapa yang memberitahu anak dia tiada duit untuk membeli buku sekolah pada masa yang sama menukar sport rim kereta.

Ada seorang Menteri kata masa kecoh isu pusat ternak babi, "inilah hadiah kerana mengundi pembangkang, nak sangat perubahan, ambil lah pusat ternak babi" sedap aje dia cakap. Sekarang mari kita tanya dia ini hadiah apa pula dari kerajaan?

Sunday, June 01, 2008

Islam dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Lihat sahaja firman Allah dalam Al-Quran surah Ar-Rahman 7-9

Ternyata agama ini telah memberi peringatan kepada manusia tentang kepentingan menjaga keseimbangan dan keteraturan bumi ini. Kesan rumah hijau, penipisan ozon, kecairan kutub utara dan kenaikan suhu bumi adalah kerana manusia rakus meneroka bumi sehingga tidak melihat kepada usaha-usaha pemuliharaannya.



Side story: The melting ices

Wednesday, April 23, 2008

Usiaku semakin meningkat tua dewasa.

Ucapan yang kuterima:

Selepas solat subuh:
Zaujati: Happy birthday abang (baru kusedar hari ini 23 April)
Tha: Ooo Happy Birthday bapak. Happy Birthday bapak kat mana? (Aku: ???)
Kha: Bapak, nak Diego (???)

SMS yang kuterima:
Along: Selamat ulangtahun ke 32 23 along doakan semoga panjang umur dimurahkan rezeki seluas-luasnya dan afiat tubuh badan. amin

Nang: Selamat hari jadi. nang doakan angah panjang umur, dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik. Insya Allah
(Thanks sisters!)

Blogger Abu 'Umar of Brotherhood Arts: Khoirunnaas man tola 'umuruhu wa hasuna amaluhu (sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik2 amalannya_ - hadith. Hepi bsday ke 32 :). Moga terus tabah & sabar atas musibah & ujian yang melanda. Tentu ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah cinta kepada hamba yang berharap kepadaNya. Ini uhibbukum fillah :)
(semua tu dlm satu sms? hebat!)

Shout dalam forum Office:
kamarul: happy birthday utk hazly kallang rovers & ryan din... (jersey kegemaran)
khiru: Happy Besday John Arne Riise!!! (Ceh! sedara jauh, suku sakat Kops)
rose: haz happy birthday-semoga panjang umur-murah rezeki
ezati: En.Rezad.. happy birthday.. and also goes to haz..
afuad: Haz welcome to anfield & White Heart Lane!.. selamat ulang thn beb...

Email berlambak susah pulak nak cut n paste. Walau apapun. Jazakallahu khairan kathira. Doa antum mudah-mudahan diterima.

Thursday, April 17, 2008

"Angah masih beli susu Dutch Lady?"

Boikot yang memerlukan mujahadah

Kata-kata kakak masih terngiang-ngiang di kepala ini sewaktu aku berseorangan memandu pulang dari Banting. Sememangnya aku pemboikot terkenal di kalangan keluarga. Sememangnya aku lebih suka mencari produk alternatif.

Jarang sekali diuji semangat memboikot ini kerana adanya alternatif yang baik dan setengahnya memang tidak diperlukan atas sebab ia memang tidak healthy atau tidak economical.

Sebagai alternatif Nestle, aku dan rasanya ramai lagi memilih Dutch Lady kerana kekuatan brand, harga dam kualitinya setanding malah lebih baik. Namun apabila produk yang diharapkan juga tidak bertanggungjawab (dikeluarkan oleh negara yang pemimpinnya tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam), maka ia secara automatiknya perlu juga dikategorikan di dalam senarai yang akan diboikot.

Memang aku kecewa. Anak-anakku membesar dengan Dutch Lady. Earphone Phillips sudah bertahun kugunakan. Shell alternatif terbaik sekiranya tiada Petronas berdekatan. Namun itu semua bukan alasan untuk mengsampingkan semuanya dan bermula semula. Aku sudah menyenaraikan beberapa susu alternatif terutamanya dari New Zealand dan dari Jepun. Bila agaknya jutawan-jutawan Arab nak mula empayar macam Nestle ye?

Kembali pada perbicaraan tadi. Aku terdiam sebentar. Aku mengumpul sedikit kekuatan dan memberi jawapannya. Jawapan aku ketika itu sedikit santai, praktikal dan firm (tegas?), "Kalau yang ada kat rumah tu kena habiskan, tapi selepas ini kenalah cari susu kambing pula".

Aku berharap tekanan hasil boikot ini akan menyebabkan Wilder tu minta maaf, tarik balik tayangan dan taubat taknak buat film seumpama itu lagi. Kerana selagi berdegil, kita akan teruskan mujahadah ini sampai bila-bila.

Remove Illustration of Rasulullah

Salam,
I just signed the petition "Remove the Illustrations of Nabi Allah Muhammad from Wikipedia". I'm asking you to sign this petition to help us reach our goal of 10,000 signatures. I care deeply about this cause, and I hope you will support our efforts.

Click here

Sunday, April 06, 2008

Aku dan Demam Denggi

Bermula Rabu lepas. Selepas menghantar anak ke rumah Ibu, aku mula terasa tidak sedap badan. Dalam hatiku berkata "Horrey, boleh minta MC". Kereta yang menghala ke office melencong ke klinik. Badanku panas dan kepalaku berat. Pelik kerana kalau aku demam aku akan selsema atau sakit tekak dahulu. Dr. check tekanan darah, normal. Aku diberi MC dan balik berehat. Berseorangan di rumah, Zaujati pulang sebentar dari examnya. Sempat lap-lap mukaku yang panas semacam. Lepas makan ubat OK. Kepala tak pening lagi dan suhu badan beransur pulih. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Lepas makan ubat OK.
Esok aku datang office, kerja banyak tanggungjawab ada. Kuatkan juga. Petang aku flat. Keadaan sama. Badanku panas dan kepalaku berat. Nak toleh kiri kana kena slow-slow. Kalau drive memang problem. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Sekali lagi Zaujati terpaksa diimport dari UKM untuk tengokkan budak-budak. Baca nota sambil bancuh susu. Kesian siswi yang sudah berkahwin; cabaran menghadapi final exam yang jadualnya sehari sekertas (paper). Blogger Atukz kata syafakallah, suruh rehat secukupnya.

Jumaat selepas hantar anak, aku ke klinik berdekatan rumah babysitter. Dr. nya muda, kecil molek, aku ingatkan anak Dr. yang biasa di situ. Katanya ada simptom demam denggi. Aku kata memanglah simptom demam biasa sama dengan denggi. Badan panas, pening kepala, sakit badan, loya (tiada selera), muntah-muntah dan cirit-birit. Aku melawak kata tiga pertama memang ada tapi selera makan bertambah. Dia layan lebih kurang, bukannya dia tak tahu kad kesihatanku ada 3 nama lain. Dia advise check darah. Aku taknak kerana takut panel tak cover dan takut syringe tanpa cover. Aku MC lagi. Sepanjang hariku di rumah begini: Badanku panas dan kepalaku berat. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Blogger PC call suruh minum 100 Plus banyak-banyak. Minum 3 botol lepas tu futsal sejam insya Allah sembuh katanya.

Sabtu Ahad aku rehat habis-habisan. Aku tak boleh memandu kalau pening. Kalau terpaksa (Zaujati buat persiapan camping ke Pangkor seminggu) keluar membeli barang aku hanya boleh pandang depan, bila simpang atau undur Zaujati jadi mata tambahan. Mak di kampung offer nak jaga anak-anak, aku cakap takpe dulu.

Pagi ini aku rasa macam OK. Aku pergi ke office. Tetapi aku mula terasa loya, sesuatu yang aneh untuk diriku yang memang punya kekuatan dalam memakan kuat makan. Dalam kepalaku yang pening mula terbayang:
1. Betul ke aku kena denggi?
2. Adakah akan jadi macam jiran atau saudara yang pernah berminggu duduk dalam hospital?
3. Jika ya siapa nak tengokkan anak-anak?
4. Kalau platletku tak naik apakah aku boleh mati?
5. Sempat ke aku jumpa Zaujati, saudara-mara sahabat handai?
6. Sudahkah wasiat Amanah Raya, KWSP, KOTAMAS dan lain-lain ditukar kepada isteri dan anak-anak supaya kebajikan mereka terjaga?
7. Sudah cukupkah bekalan nak mengadap Raja segala raja? Sultan segala Sultan?


Kalau masih tak OK mungkin aku ke klinik lagi petang ini. Mungkin check darah. Hopefully bukan denggi. Cuma old migrain aku andaikan. Doakan aku OK kengkawan.

Moral:
1. MC memang best, tapi kalau kena duduk dan baring sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa memang tak best. Apatah lagi tanpa 'nurse' tersayang boleh jadi bertambah sakit.
2. Sebaiknya ziarah, tetapi alhamdulillah SMS dan phone call serta usaha meringankan beban amat membantu. Ia umpama pengubat hati yang berupaya menyembuhkan 50-70% kesakitan fizikal. Betul ke? Ada faktanya aku rasa.
3. Ingat mati bukannya bermakna lemah. Ia akan menjadikan kita insaf bahawa apa yang kita buat di dunia ini sementara. Harta yang ada pada kita, villa sea view, Mazda 5, Sony Ericsson W960i, ThinkPad X61 mahupun Blackberry 8800* semuanya takkan dapat masuk liang lahad. Yang boleh temankan kita dalam tu cuma amalan kita sahaja. Oleh itu tinggalkanlah yang tak membantu kita ke akhirat.

* Kecuali Mazda 5 yang belum kumiliki, semua harta di atas telah dimiliki oleh orang lain.

Tuesday, March 18, 2008

Hujan Datang bukannya Hujan Turun

Zaujati merungut di kampus sekarang jalan sesak susah nak lalu. Kenapa pula? Katanya hujan datang ke UKM. Hujan? Datang? UKM?

Memang sekarang musim hujan. Apa masalahnya? Takkan hujan sampai sesak jalan?

Rupa-rupanya band baru yang tengah hot, Hujan buat persembahan di UKM. Sesak la kerana anak-anak muda gigs live depan depa. Bukan setakat student, orang Bangi pun interframe juga. Dahsyat.

Ceh! Patutlah Zaujati sebut hujan datang. Kalau bukan pasal band Hujan, sudah tentu aku suruh dia ambil sekali diploma lanjutan untuk Bahasa Melayu.

Sunday, March 09, 2008

Tahniah atas kematangan dan keberanian

Buat pertama kali di dalam sejarah, rakyat Malaysia memperlihatkan kematangan dan keberanian dalam mencuba sesuatu yang baru. Memang terlalu banyak masalah dan kepincangan di dalam pemerintahan yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diperbetulkan. Situasi terkini adalah sihat kerana dengan menafikan 2/3 majoriti kerajaan pemerintah, sebarang usul dan dasar terpaksa memerlukan sokongan pihak pembangkang nasional (hati-hati dengan istilah pembangkang, ia berbeza di peringkat negeri atau nasional). Oleh itu pemerintah di Parlimen perlu memberi justifikasi yang kuat sebelum sesuatu usul dilululskan. Ianya akan menjadikan pemerintah lebih efisen kerana diaudit sepenuhnya oleh pembangkang. Belakang, rakyat juga yang mendapat manfaatnya.



Masa mengundi tak boleh tangkap gambar, tapi aku ketika itu sedang pura-pura silentkan handphone.

Pertambahan suara pembangkang di Parlimen bermakna kerajaan pemerintah tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat apa sahaja tindakan yang merugikan rakyat. Tokoh-tokoh pembangkang yang dihantar ke Parlimen perlu memainkan peranan untuk mendatangkan keuntungan yang besar untuk rakyat. Rakyat marhaen sudah terlalu lama sukar dengan kos sara hidup yang semakin sukar. Anehnya keuntungan negara melalui minyak yang
besar tidak dapat disalurkan. Sepatutnya bila harganya terus naik, kita sebagai negara pengeluar terus untung. Tetapi kita dihidangkan dengan kenaikan harga petrol, dan pelbagai lagi kenaikan harga barang lain oleh peruncit dan pekedai dengan alasan harga petrol naik. Oleh itu mesej di kertas undi sangat jelas: Perbaiki masalah kami dan lihat apa yang pincang di dalam pentadbiran negara.

Perubahan tampuk kuasa negeri termasuk negeri kesayanganku Selangor adalah sesuatu yang tidak pernah diduga. Siapa sangka Selangor negeri maju berstatus kerajaan PKR-PAS-DAP. Hampir sama situasinya sekarang dengan Kelantan. Sukar untuk membayangkan kerajaan pusat menghina pembangunan dan kemajuan di Selangor melalui media massa seperti yang dibuat terhadap Kelantan sebelum ini. Ia ibarat meludah ke langit, belakang terkena muka sendiri. Ia juga petanda yang sepatutnya membimbangkan BN kerana ia memberi mesej yang jelas bahwa rakyat mahu menilai keupayaan pembangkang nasional memerintah negeri. Apabila mereka sudah yakin, tidak mustahil mandat memerintah negara akan diberi dalam tempoh 4 tahun lagi.

Sudah tiba masa BN membuang pemimpin yang punya agenda selain kepentingan rakyat. Untuk bergerak efisen, BN perlu melupakan kepentingan peribadi dan bekerja lebih kuat dan telus untuk menawan hati rakyat. Jangan guna media massa secara keterlaluan kerana orang kampungpun dah tahu guna Streamyx sekarang. Setakat buka malaysiakini atau Roslan SMS guna Celcom Broadband tu apalah sangat susahnya pada mereka. Rakyat semakin pintar, jangan mereka diperbodohkan dengan taktik politik zaman 70-an dan 80-an.

Semoga perubahan ini akan memberi kebaikan kepada kita semua. Kepada YB-YB, rakyat dah semakin bijak menilai dan semakin peka, juga semakin rajin pergi dengar ceramah (untuk dapatkan sumber alternatif), oleh itu kena kerja rajin-rajin, kalau tidak penggal ini mungkin penggal terakhir. Pemerintahan baru 5 negeripun begitu. Rakyat sudah memulakan penilaian sekarang. Pembangkang peringkat negeri (BN) pasti setuju.

Hidup kuasa rakyat. Bak kata Anwar "Makkal Sakti".

Di sini juga aku ingin ucapkan tahniah kepada beberapa 'kenalan/ahli keluarga':

1. Khalid Abdul Samad Parlimen Shah Alam
2. Fuziah Salleh Parlimen Kuantan
3. Dr. Lo' Lo' Parlimen Titiwangsa
4. Shaari Sungib DUN Hulu Kelang
5. Dato' Mohammad Awang Tera DUN Chukai

Istilah baru yang kupelajari: Majoriti Mudah --> Maknanya majoriti minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.