Thursday, June 03, 2010

Wednesday, May 26, 2010

Nahnu minhum - nahnu ma'ahum - wa nahnu lahum

Peringkat masuk ke dalam masyarakat memerlukan usaha-usaha ke arah pelayanan terhadap masyarakat.

Saturday, May 22, 2010

I'm Blind Not Deaf!


Anak saudara aku ni perasan dia Batman, tapi Tha kata dia ni Anti-Mage.

Sunday, May 16, 2010

6 kaki ada dalam lagi.


Terperuk berminggu2 buat field trial. Walaupun tak sesempit 'rumah' yang Sudin & Ajis Bujang Lapok nak apply, ia sangat tidak selesa.

Saturday, May 15, 2010

Aduhai Tabah & Abu Bakar

Contoh ulasan novice tahap gaban

Set kedua Chong Wei vs Lin Dan Separuh Akhir Piala Thomas. Komen ketika set kedua Lin Dan mendahului 20 - 8. "Nampak seakan-akan perlawanan ini memihak kepada Lin Dan". ?????Apa lagi yang seakan-akan?

Ketika Chen Jin 20 - 10 mendahului Choon Haan. "Walau ketinggalan tetapi selagi belum tamat dia tetap berpeluang memenangi set ini". ?????? Berapa banyak game 20-10 boleh kejar balik?

Aku tak tahu nak ketawa ke nak nangis dengar ulasan camni.

Friday, May 14, 2010

Aku dan Facebook

With Zuckerberg Privacy Controversy, Facebook's Bad Image is Getting Worse

The Business Insider has reported that, when he was 19 years old, Facebook chief Mark Zuckerberg had an instant messenger conversation where he boasted about his access to the personal data of Facebook users and called those users "dumb" for trusting him. Facebook issued a report neither confirming or denying the story. Whether or not the conversation really happened, the report is another in a series of high-profile incidents highlighting Facebook's rapid dismantling of user privacy. The negative media portrayal of Facebook is quickly becoming a trend, bringing the Silicon Valley coverage of the company's troubles into the national mainstream. Do Facebook and Zuckerberg now face public relations problems? Or is the media being too hard on the web giant?

Baca lagi di http://finance.yahoo.com/family-home/article/109556/with-zuckerberg-privacy-controversy-facebook-bad-image-is-getting-worse?mod=career-work

Aku malas nak tulis tentang Facebook ni. Cuma nak bagitahu aku memang takde account dia. Semua kawan-kawan ada. Hatta sahabat tabligh akupun marah-marah pasal aku takde account. Aku sengih aje.

Aku jumpa Facebook ni masa dulu lagi, masa dia baru nak boom di US. Masa tu Hishamuddin Rais tak pandai main blog lagi. Masa tu Friendster masih dianggap cool. Memang part of research aku tentang Social Networking. Hasil kajian awal, aku jadi takut nak guna kerana masalah privacy. Dia sama dengan Google, cuma lebih merbahaya. Google study interest trend dan behaviour kita di internet. Facebook lebih dari itu kerana maklumat personal ada disimpan bersama. Panjang ceritanya, baik baca sendiri.

Kalau nak terus guna, silakan tetapi pastikan ada sedikit perasaan sceptical. Don't reveal too much. Stay anonymous. Stay low. Kecualilah korang selebriti ke apa. Takde Facebook pun memang dah takde privacy. Privacy untuk orang macam kita sangat penting. Privacy in ease of mind, privacy of life and privacy in personal detail. Peliharalah dia.

Tuesday, May 11, 2010

Gambar menarik dari Tukar Tiub



Walaupun logo halal pada tirai kedai Sport Toto itu terang-terang 'doctored' dan bersifat senda seram dari Hisham, tetapi kelibat pakcik bersampin itu macam betul. Agak-agak lah pakaian tu kalau iyepun nak berjudi.

Tapi rasanya orang beratur ni kat kaunter tiket. Lawak juga.

Layan Piala Thomas

Peringkat Kumpulan Malaysia lawan Jepun. TV1 dan TV9 tunjuk coverage yang sama. TV1 kat rumah teruk, tapi ulasan dibuat oleh Hj Hasbullah. TV9 cantik, tapi ulasan 'hancur' oleh Bakar & Tabah. Kalaulah aku boleh tengok TV9 dan dengar ulasan Hj Hasbullah di TV1 serentak, kan bagus.

Monday, May 10, 2010

Blog Update dari iGoogle

iGoogle adalah low class Social Network site. Dia lebih kepada URL dan bookmark management tools. Salah satu feature baru ialah boleh update ke blog terus dari iGoogle. Khas untuk domain blogspot.com semestinyalah. Ya posting ini dari iGoogle

Monday, May 03, 2010

Tafsir Online

http://www.alquran-melayu.com/

IIUM punya.
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html

Tafsir site dari Indonesia ini ada ayatnya sekali. Mantap di HT kot pasal macam biasa tengok dalam CD MT.
http://balikpapankota.depag.go.id/AlQuranDigital/s001a001.htm

Thursday, April 29, 2010

Direction of linux

Recently I was involved in a conversation on a Linux mailing list regarding the current state of the operating system. Outside of all the glad-handing and back-patting (well-deserved, I must say), one of the issues that was brought up was emulation. Not like WINE (and I know, Wine Is Not an Emulator), but in the sense of whether or not Linux should emulate Windows or Mac. Because it is so simple to configure the Linux desktop to look and behave like either Windows or OS X, there are many that espouse doing so.

I had to step in and ask the question that I had hoped was on everyone’s mind.

Why?

...bla bla bla

Should Linux try to be another operating system?

* No! (49%)
* It can be whatever it wants (44%)
* Yes - Windows (3%)
* Yes - Amiga (3%)
* Yes - OS X (2%)

Total Votes: 1,493
Loading ... Loading ...

What Linux does best is bend without breaking. It’s so flexible it can be whatever you want it to be. That is the key strength of Linux. But what Linux shouldn’t do is bend in the direction of another operating system with the hopes of fooling others into thinking Linux is something it’s not. I have seen the attempts at making Linux look and act like XP or OS X or Windows 7. Why bother with that? Just because it can do it, doesn’t mean it should. Who said one desktop is better than the other? What matters is which desktop is right for the user.

So developers shouldn’t bother trying to make Linux into something its not. Linux is Linux and that, my friends, is good enough.

My remarks: Interesting. I'm not saying that you are obsess trying to stick to Linux uniqeness, me myself love the originality of Linux. The CLI, the yum or apt-get and so on. But to some Windows users out there, they are really afraid of using Linux. Myth, propaganda whatever, the point is one XP feel Ubuntu or Mac flavoured Fedora is necessary when it come to bring Linux beginner into the community. When the time come, they will appreciate the Linux the way we think 'Linux is Linux' way.

Thursday, April 22, 2010

Layan Pullman


Ini bukan dalam premis Pullman. Kompleks Sukan Air Precint 6 ni kawasan awam, jadi boleh cuci mata ala Morib.

Tazkirah


Lubang yang kecil di dalam kapal laut ibarat kubur yang besar - ar Rasyid

Tuesday, April 20, 2010

Sunday, April 18, 2010

Clue for newborn name

Untuk mak-mak/pak-pak saudara dan sepupu2 baby. Hari ni hari ketujuh, semua dah tak sabar nak tahu nama baby. Betul ke suspen sangat. Relax, baru daftar tadi. Ini klu nama baby

1. Original name of sahabiyyah (of Rasulullah) 10 pts if you guess from here
OK. lets proceed

2. Mother of Anas bn Malik

3. Her mahar to 2nd marriage, syahadatain of his future husband

Enjoy guessing

Updated 7 May 2009. Hebat muhammad Black! Spellingnya ialah Ghumaisha'.

Thursday, April 15, 2010

Layan Old Timer Coffee


Mee Kari agak terangkat. Kopi hitam dia mengingatkan aku kepada kemantapan kopi FAMA yang diancam kepupusan.

Cabaran 2 ke 3

Bukan benda baru bagi kebanyakan orang berkeluarga. Cuma aku yang agak jakon jadi bapa beranak 3. Sekarang bersurirumah sepenuh masa, walaupun sempat hantar feasibility report dari rumah. Syukur zaujati bukan operation atau kena stiches, dia agak kuat sekadar urus diri sendiri. Dua tiga hari ini senyum sahaja, hilang penat tengok senyuman baby.

Retro: Futsal


Tempat layan peluh. Teruknya tempat ni sekarang.

Hati Pakcik Siapa Yang Tahu

Setiap kali aku pulang ke kota kecil ini, setiap kali itulah pakcik tua itu kutemui. Di pasar, di tempat beli tebu, di kedai makcik tempe berlada atau sekadar laluan biasa ke pekan dari rumahnya.
Pakcik itu bukan pakcik yang asing padaku. Seingat aku dia kenalan ayah. Ayah pernah cerita betapa hebat dia di gelanggang badminton. Aku juga mengenali anak tunggalnya, budak lelaki yang terlebih otot dan rangka berbanding rakan sekelasnya. Dia muda beberapa tahun dariku, tetapi aku ingat dia kerana kelincahannya menjadi tekong sepak takraw. Bukan, bukan wakil sekolah, sekadar ketika kelas pendidikan jasmaninya. Itu yang sempat aku rakam di kotak kepalaku dari celah tingkap kelas, kira-kira 22 tahun yang lalu. Aku berkira-kira dia akan mewakili sekolah kerana badannya yang besar sesuai sebagai atlit, walaupun ayahnya penggemar sukan badminton, seperti juga ayahku, seperti juga aku ketika itu. Pakcik memang sangat sayangkan anak tunggalnya itu, dia juga sudah tua, kemungkinan untuk menimang cahayamata susulan agak kecil kemungkinannya. Jadi memang dia disayangi umpama menatang minyak yang penuh.

Mengapa setiap kali aku melihat pakcik itu aku teringat anaknya? Dan mengapa setiap kali teringat anaknya itu juga aku teringatkan arwah ayah?

Ketika aku mengaji di universiti, ayah pernah memberitahuku bahawa pada suatu ketika, anak pakcik itu, yang ketika itu berusia sekitar 15 tahun, mengalami kemalangan motorsikal. Motorsikal pembelian pakcik itu untuk anak tunggal kesayangannya. Di kampung 15 tahun adalah umur biasa untuk membawa motorsikal. Sayangnya anak itu mungkin kurang cermat atau hilang kawalan menyebabkan dia terbabit dalam kemalangan yang kemudiannya meragut nyawanya.

Sukar untuk aku membayangkan perasaan pakcik itu ketika itu, walaupun aku pasti hatinya pasti hancur musnah. Sekarang, setelah hampir sepuluh tahun selepas kejadian itu, selepas tiga tahun ayahku sendiri tiada lagi, setiap kali aku terserempak dan memerhatikannya, hatiku menjadi sayu. Terbayangkan hidupnya selama ini tanpa satu-satunya anak yang disayang. Pergi tanpa pesan, pergi tanpa tanda, pergi tanpa waris. Hidup pakcik itu sehari-hari sepi, meneruskan perjalanan tanpa gelak ketawa anak yang mungkin sekarang sudah bernikah dan beranak pinak.

Aku sedih atas pemergian ayah, namun aku juga simpati atas nasib pakcik itu. Hati ini begitu meruntun setiap kali melihatnya, mungkin kerana perasaan seorang bapa sudah mula mengalir dalam diri ini. Aku doakan mereka dapat berjumpa di akhirat kelak. Amin.

Friday, April 09, 2010

Wow! Blog berani

Memang dahsyat. Takde gambar explicit jangan risau. Cuma kagum dengan keberanian penulisnya. Kalau artis dah lama kena suruh minta maaf.
http://luqiee.livejournal.com/157965.html

Tuesday, March 30, 2010

Friday, March 26, 2010

Retro: 26 March 10 years ago

Sunday 26 World:

Presidential elections are held in Russia, and Vladimir Putin is elected President.

Sunday 26 Myself:

Struggling to submit an assignment for "Science & Social Development Philosophy" subject. Phew!

Monday, March 22, 2010

HTC Incredible

According to some analysis, except for Software aspect (185000 apps on iPhone), this android based OS is much better than iPhone. Risk anyone?

Tuesday, March 09, 2010

May The Sauce be with You

Backtrack is back on track. The version 4 is now Ubuntu based. Some people like it some don't. While me myself still comfortable with BT3. The wallpaper is the main attraction

Monday, March 08, 2010

Akibat timang bayi keterlaluan

Dari email


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.




Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG.....

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Wednesday, March 03, 2010

Nando Web Art: Fast, Elegant and Fun



Go and see for yourself at http://www.nandos.com.my/index1.html

Yes, it is indeed a website. Everything is animated. Just like old school HTML with Flash and Adobe Photoshop thing, but thanks to new tech, it is superfast. Oh I really miss my website development days!

Monday, February 22, 2010

Layan Sony Ericsson baru


SE Satio. Tapi bukan wa punya beb. Sedara. Tapi wa bangga. Aino aino

Saturday, February 13, 2010

Bond vs Bourne

Dah lama aku nak tulis pasal depa berdua ni. Orang kecoh dengn Bond, namun aku tetap suka Bourne. Bukan kerana pendokong wataknya Matt Demon yang berbakat besar itu, tetapi kerana plot dan pengembangan wataknya yang sentiasa segar dan realistik. Aku senaraikan beberapa perbezaan watak mereka.

Bond: Spy British yang kekal dengan satu nama atas apa situasi
Bourne: Trained assasin yang punya pelbagai nama dan pelbagai warganegara

Bond: Raja Gadjet. Semua benda dari kasut hingga kereta ada kegunaan bombastik yang direka oleh pakar senjata dan teknologi
Bourne: Peralatan yang digunakan ialah apa yang dijumpai atau dilihat.

Bond: High profile life. Selalu berada di dalam grand event untuk "mencari maklumat"
Bourne: Stay anonymous. Untuk memastikan dia sentiasa tidak dikesan, dia tidak kekal dengan satu handphone atau akaun internet.

Bond: Kaki perempuan. Satu film ada dua perempuan.
Bourne: Setia kepada isteri. Antara motif utama untuk balas dendam kematian isteri. Sukar menerima heroin comel kerana masih teringat mendiang isteri.

Apa lagi?

Teka-teki gender baby

Zaujati sudah 8 bulan. Masa ini ke mana sahaja pergi orang mesti tanya bayi lelaki ke perempuan. Oleh kerana kami sudah ada sepasang, kami tidak begitu ambil pusing. Apa sahaja yang allah kurniakan, kami syukur alhamdulillah. Namun teka-teki jantina bayi kekal sebagai isu besar bagi keluarga yang menanti kehadiran orang baru. Aku tertarik untuk ulas perkara ini kerana ia umpama perang mitos lawan saintifik. Ada orang kata kedudukan perut (kandungan) macam muncung sedikit, dari belakang tak nampak perut. Kata orang kemungkinan besar bayi lelaki. Kemudian zaujati sejak mengandung sangat rimas dengan benda-benda perhiasan macam rantai, gelang dan sebagainya. Padahal masa tak mengandung, kalau ke shopping complex, mesti hilang sekejap di celah-celah kedai jual aksesori. Itu satu lagi petanda di dalam tu bayi lelaki. Satu perkara lagi kalau zaujati pegang atau dokong bayi perempuan, mesti bayi perempuan tu relax dan tak cuak. Macam dia suka orang dalam perut tu. Satu lagi petanda bayi lelaki.
Namun dari beberapa check-up, walaupun doktor tidak beri jaminan 100%, besar kemungkinan perempuan. Dari scan, sekiranya lelaki, ia akan mudah dikesan. Buat masa ini, kebanyakan doktor kata perempuan. Jadi apa gender baby yang sebenarnya?
Wallahu aklam bissawab

Monday, February 01, 2010

Mangga King


Setelah 2 tahun 3 bulan, akhirnya buat pertama kali pohon mangga di hadapan rumah telah berbuah. Dari setangkai penuh bunga benihnya, hanya sekitar 5 biji yang menjadi buah kecil. Betul kata si penjual pokok, lepas 2 tahun pasti mula berbuah. Syukurlah. Sekarang nak kena belajar protect buah tu. Semut dah mula buat kacau, ish ish ish

Saturday, January 23, 2010

Gerakan Terselubung yang Memusuhi Islam: Communism

Terdapat beberapa mazhab. Pertama Pure Communism iaitu Marxisme. Pada Karl Marx, masyarakat bebas adalah masyarakat tidak ada kelas, tidak ada konstitusi negara atau perlembagaan. Ia selalunya diasaskan dari revolusi oleh kaum prolitery (orang ramai). Agama dan kebendaan adalah mainan kaum borjuis (orang kaya). Boleh baca wiki atau marxisme.org.

Karl Marx dan Lenin adalah pembuat teori, mereka pemikir tetapi Stalin adalah eksekutor. Komunis juga telh mengalami evolusi kerana sejarah moden menunjukkan fahaman ini telah lahir di dalam bentuk negara.

Buku Salah Faham tentang Islam tulisan Muhammad Qutb (adik Syed Qutb) mengulas dengan cantik perihal komunis, bagaimana ia datang sebagai solusi kepada penindasan kaum bangsawan dan orang kaya terhadap kaum petani dan orang miskin. Namun ia secara tabienya runtuh kerana terlalu ideal dan pendokong-pendokongnya mengubahsuai idea asal Marxisme sehingga memberi peluang pemimpin-pemimpinnya menyeleweng.

Satu lagi pandangan jahiliyyah komunis adalah tentang moral. Moral adalah persepsi masyarakat. Ini bermakna sekiranya membunuh orang tua kerana mereka tidak cukup kuat untuk membuat revolusi, ia adalah nilai yang boleh diterima. Sekiranya berzina adalah sesuatu yang normal, maka ia bukanlah sesuatu yang tidak bermoral. Ia nilai yang boleh diterima masyarakat tersebut. Ini jelas bertentang dengan masyarakat Islam kerana hubungan seks mestilah di atas akad nikah. Sekiranya institusi keluarga tidak dijaga, ia akan meruntuhkan masyarakat dan seterusnya negara.

Komunis dijangka akan kembali mendapat tempat di hati pemuda-pemuda kerana ia jawapan terbaik kepada sistem kapitalis yang semakin mencapai klimaks dan bakal runtuh. Namun sekiranya dua fahaman ekstrem ini mahu dicari titik keseimbangannya, maka solusi yang ditemui bahkan lebih baik adalah Islam.

Konsep Islam dalam ekonomi seperti Baitul-Mal, zakat, korban, sedekah dan gesaan mengejar dunia tanpa melupakan akhirat adalah jawapan kepada kapitalis dan komunis. WAllahu a'lam

Celcom Broadband at Seksyen 9 BBBangi

Saturday, January 09, 2010

Sesak habis


Mana-mana solat Jumaat memang sesak. Kawasan-kawasan kampung yang berhampiran Putrajaya, biasalah kalau sembahyang sebelah bilik wudhu' atau di tempat letak selipar. Adus seksa

Retro: Frederic Omar Kanoute


One year ago, this devoted sportmen display his inside T-Shirt "Palestine" when scoring a goal. A true muslim fighter!

Frederic Kanoute is facing a fine from the Spanish football federation for revealing a T-shirt expressing support for Palestine during a match.

The Mali striker lifted his Sevilla shirt over his head after scoring in the team's 2-1 Copa del Rey win over Deportivo La Coruna on Wednesday.

He displayed a black T-shirt on which the word "Palestine" was printed in several languages.


For more http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/africa/7818831.stm

Sunday, December 06, 2009

K850i as modem for EEE PC in Xandros using wvdial

Bagai nak rak! Itu yang aku rasa bila stranded kat exchange ni dgn EEE PC. Bila network UTP port 80 down dan network wireless hanya clear bila aku keluar bangunan. Satu-satu harapan aku hanyalah K850i. Dia sendiri canggih habis, HSDPA 3.5G punya connection. Tapi OS aku Ubuntu dan original Linux Xandros. Takkan aku nak reinstall dengan XP semata-mata nak surf internet? Kayalah Bill Gates kalau semua orang fikir macam aku. Itu sebab aku cuba juga crack Xandros ni supaya boleh terima K850i ni sebagai modem.

My reference:
http://forum.eeeuser.com/viewtopic.php?id=21456
http://eeepcrepos.tuxfamily.org/

My setup:
Sony Ericsson K850i, Xandros based EEEPC, USB Port/Cable and Celcom Broadband Package (Malaysian Mobile Service Provider)
Bluetooth still doable, but never try
Ubuntu is doable, couple of guys manage to do


Install wvdial

The vdial is quite hard to find, some of the repository is defect. Try add this repository

sudo -s
(Let assume that we stay in root mode)

kwrite /etc/apt/sources.list

add this repository
deb http://download.tuxfamily.org/eeepcrepos/ p701 main

Add key if you want to make sure

wget http://download.tuxfamily.org/eeepcrepos/key.asc -O - | sudo apt-key add -

Mine is 4G EEE PC, so make sure you change p701 to 901 or whatever EEE PC you have

Update: You might want to add few more repos just to make sure

deb http://xnv4.xandros.com/xs2.0/upkg-srv2 etch main contrib non-free
deb http://dccamirror.xandros.com/dccri/ dccri-3.0 main
deb http://www.geekconnection.org/ xandros4 main
deb http://download.tuxfamily.org/eeepcrepos/ p701 main

Update the overall repository
sudo apt-get update


Install the wvdial
sudo apt-get install wvdial


If OK then continue

kwrite /etc/wvdial.conf

Change the configuration file according to your country
[Dialer Defaults]
Init1 = ATZ
Init2 = ATQ0 V1 E1 S0=0 &C1 &D2
Modem Type = USB Modem
Baud = 115200
New PPPD = yes
Modem = /dev/ttyACM0
ISDN = 0
Phone = *99***1*#
Password = blank
Username = blank
Ask Password = 0
Stupid Mode = 1
Compuserve = 0
Auto DNS = 0

Here I set Auto DNS to zero so that the wvdial will look at the resolv.conf
kwrite /etc/resolv.conf
nameserver 10.44.1.33
nameserver 202.188.0.133
nameserver 202.188.1.5

At your K850i, connect to USB, set to Phone mode

At console, simply type sudo wvdial. Try to browse the net now!

If you have more than 1 phone, create a new section similar to '[Dialer Defaults]' let say
[C902 Dialer] and at console, type wvdial C902 Dialer

Thursday, December 03, 2009

Soalan Standard di Kedai Mamak


Gantung khat Allah dan Muhammad? Belum tentu kedai mamak. Soalan yang biasa aku tanya: Awak (tukang ambil order) siapa nama? Ada surau tak sini? Sini sembahyang Jumaat biasanya kat mana? Buat roti telur, ada basuh tak telur? Apa soalan korang?

Wednesday, December 02, 2009

Retro: Mutiara Kata Daie

Daie itu mestilah bersifat luarbiasa, dan dia biasa di luar.

Antum hanya sibuk di hujung minggu, tetapi masih belum sibuk 5 hari bekerja.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Walaupun hanya ratusan, puluhan mahupun beberapa kerat syabab menjadi golongan pengemban dakwah yang tinggal, saya tetap berada di dalamnya.

Insan yang terbina dengan tarbiyyah bukan produk sehari dua, ia melalui proses yang panjang dan perlahan.

Monday, November 23, 2009

Rapper Perancis peluk Islam

Majalah Paris Match edisi 8 Oktober 2009 menyiarkan artikel mengenai pengislaman penyanyi rap Perancis, Diam's atau nama sebenarnya, Melanie Georgiades, lengkap dengan gambarnya berjubah dan bertudung.

Menurut artikel itu, Diam's, sejak memeluk Islam dan berpakaian demikian tidak pernah lagi meninggalkan rumah tanpa menutup aurat, jauh sekali daripada bersalaman dan berciuman dengan lelaki bukan muhrim.

Ini bukan kali pertama majalah itu mendedahkan pengislaman rapper itu.

Dalam edisi 8 September 2009, ia menyiarkan gambar penyanyi berkenaan keluar dari sebuah masjid di Paris. Gambar itu rakam secara sembunyi oleh jurugambar majalah itu ketika Diam;s keluar dari Masjid Gunfille, timur laut Paris, bersama-sama suaminya.

Mantap

Monday, November 16, 2009

Kerja Gila Musuh Islam

Propaganda:

A video circulating on the Internet, titled "Hamas shocking mass wedding for 450 little girls," purports to show children who appear to be about 8 to 10 years old being married off in a mass Hamas ceremony last week. Little girls in what appear to be wedding dresses are filmed arriving in cars and then walking down an aisle with the grooms.

The video and related pictures generated scores of blog postings making similar claims that Hamas was marrying off hundreds of little girls.

WorldNetDaily




Kisah Sebenar:

At any wedding party in Palestine a little beautiful girl (normally his sister, niece or even daughter of his close friend) hold his hand in addition to another little girl hold the hand of the bride. It is the same analogy of little children holding the hands of football players making their way to the field at the beginning of the match.

Thanks Dr. Mitani for clearing the fact.

"O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly and afterwards become full of repentance for what ye have done." Hujurat, 6

Monday, November 09, 2009

Extended Monitor For Puppy Linux Using xrandr and xorg.conf

Sorry ye dwi-bahasa. Takut ada oversea geek nak belajar juga.

Google keyword: extended monitor, 2nd display, dual head, xorg.conf, xrandr etc

My reference:
http://www.2030.tk/wiki/Dual_monitor_on_Ubuntu_7.10
http://ubuntuforums.org/showthread.php?p=317046
http://www.thinkwiki.org/wiki/Xorg_RandR_1.2 --> good reference to tweak display further

Note: Tak ramai yg dapat buat dlm Puppy buat masa ni

My Specification:
Puppy Linux 4.2.1
Samsung SyncMaster 153v Monitor

1. xrandr

Make sure you have xrandr in your Puppy Distro. Open Console from the desktop
In the terminal type xrandr -q

You should get something like this

Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 1280 x 800
VGA connected 1024x768+0+0 (normal left inverted right) 304mm x 228mm
1024x768 60.0*+
800x600 60.3 56.2
640x480 66.7 60.0
LVDS connected 1024x800+0+0 (normal left inverted right) 304mm x 190mm
1280x800 60.0*+
1024x768 60.0
800x600 60.3
640x480 59.9
TV disconnected (normal left inverted right)

LVDS is my Laptop monitor while VGA is my external monitor. Next type

xrandr --output LVDS --auto --left-of VGA

You should get output like this:
xrandr: screen cannot be larger than 1280x1280 (desired size 2304x800)

Secara logiknya, maksimum external monitor boleh pergi ialah 1024 dan laptop 1280.
Maka kelebaran yang diperlukan ialah 2304. Tinggi tak payah campur, ambil yang lebih tinggi iaitu 800 (resolusi laptop).
Nak campur juga? Hodoh outputnya.

2. Use any editor, open /etc/X11/xorg.conf. In Section "Screen", add virtual resolution inside Subsection "Display".

Something like this:
Section "Screen"
Identifier "Screen0"
Device "Card0"
Monitor "Monitor0"
DefaultDepth 16
Subsection "Display"
Depth 16
Modes "1024x768"
# Added 20091208
Virtual 2304 800
EndSubsection
EndSection

Save the configuration file. Backup if you are not really sure what you are doing. Nanti nyesal.

3. Ctrl+Alt+Backspace to restart your X-Server. Your new configuration file is loaded now.

4. Go back to the console and retype

xrandr --output LVDS --auto --left-of VGA

If nothing goes wrong, you don't receive any complaint from xrandr

Type xrandr -q
You should get this

Screen 0: minimum 320 x 200, current 2304 x 800, maximum 2304 x 800
VGA connected 1024x768+1280+0 (normal left inverted right) 304mm x 228mm
1024x768 60.0*+
800x600 60.3 56.2
640x480 66.7 60.0
LVDS connected 1280x800+0+0 (normal left inverted right) 304mm x 190mm
1280x800 60.0*+
1024x768 60.0
800x600 60.3
640x480 59.9
TV disconnected (normal left inverted right)

Now you have extended display. Horey! Tweak the display if you feel the display is not appropriate.

Wednesday, October 21, 2009

Hari Menanam Pokok


Bukan peringkat kebangsaan. Peringkat negeripun bukan. Peringkat pejabat. Tu pasal dress code colleagues macam tak sesuai aje.

Sejadah solat?


Bukan. Bukan yang di Kelantan. Anak2 aku kreatif.

Tuesday, October 06, 2009

Install Firefox 3 on EEE PC

Otherwise you'll have bad youtube experience. Follow this

http://wiki.eeeuser.com/howto:installfirefox3

Dulu dengar sahaja, sekarang kena batang hidung sendiri

From: Saiful Abdullah
Sent: Tuesday, October 06, 2009 7:22 PM
Subject: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009


Salam,

Rakan-rakan sekalian, dukacita dimaklumkan seorang teman kita telah disahkan positif dijangkiti Influenza A (H1N1). Beliau telah mula mengalami selsema dan demam sejak 4 Oktober 2009. Hari ini apabila beliau mendapatkan rawatan lanjutan, doktor telah mengesahkan beliau positif dijangkiti Influenza A (H1N1).



From: Najib
Sent: Wed 10/7/2009 10:48 AM
To: Abu
Subject: RE: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009


Salam..

Lie..; mcmana keadaan/situasi ipcore..?

Kalut ke biasa2 jer..?

Apa tindakan org atas..?

Kena kuarantin laa..?

Jamuan raya esok geng2 ip tak turun ker..?

Thanks..


From: Abu
Sent: Wednesday, October 07, 2009 11:37 AM
To: Najib
Subject: RE: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009




biasa2 aje tak ler cemas sgt

cuma isnin haritu kitorang buat jamuan raya

so selain dua opis tu, dua lgi opis (aku n apai) mungkin ada risiko

selain email general tu, takde sebarang email direct atau personnel datang.

aku rasa depa tunggu dua tiga org group ni demam baru depa nak panik kot

kalau aku pergi pun esok ko jgn risau. aku pakai mask ok? (camana aku nak makan?)

Thursday, October 01, 2009

Six Sigma Project

Ada sesiapa kerja company yang apply Six Sigma? Aku nak kena pergi ambil green belt. Cuak habis.

Gempa bumi di Padang, Sumatera

Sekitar 200 pelajar Malaysia termasuk adik ipar turut terlibat. Mereka akan diterbangkan oleh pesawat TUDM malam ini. Lepak kat Sg. Besi pagi ni?

Beli Durian

Aku? Tak berapa minat bab-bab durian ni. Aku lahir dalam keluarga yang ada dusun durian. Jadi durian ni tak berapa menyambung dengan aku. Kalau ada depan mata aku makan. Kalau ada tapi tak berkopek terbelah lagi aku takkan sibuk nak belah. Nak beli? Jauh sekali. Tapi bila Zaujati teringin nak makan, aku layan. Kalau durian belakang rumah, kita tahu kualiti dia. Buah yang terlonggok tepi jalan?
Ini tips. Sila tambah:

1. Cari durian yang paling kuat bau dia. Ada durian dah berminggu jatuh dari pokok, tapi depa masih nak jual kilo. Hampeh
2. Penjual biasanya akan tebuk sedikit buah untuk tunjuk ini buah durian isi kuning, isi kuning susu, isi kuning gigi tak gosok dan sebagainya. Suruh dia tebuk besar sedikit. Perhatikan permukaan ibi durian. Kalau macam lembab atau berair maknanya dah tak sedap dan tak segar.
3. Perhatikan permukaan kulit. Kalau ada sedikit hitam maknanya buah tu dah sedikit berkulat
4. Picit kulit durian di bahagian pangkal biji. Kalau bonyo maknanya buah di dalamnya sudah kurang elok.
5. ...
6. ...

Wednesday, September 30, 2009

Tipikal Malaysia


Lokasi: Tongkah. Leman si penangkap ketam. Jiang penjual ikan. Ragesh pembekal air batu.

Monday, September 21, 2009

Noordin Disahkan Mati?

Mingguan Malaysia - Dilaporkan DNA beliau berdasarkan rujukan anaknya yang 'match' 100%. Bukankah DNA anak dan bapa paling dekat 99% sahaja?

Sunday, September 20, 2009

Ila liqo ya Ramadhan

Selamat jalan Ramadhan. Sedih sungguh kami kerana terpaksa berpisah denganmu. Kenangan indah yang kami lalui selama sebulan sangat indah dan sentiasa terbayang-bayang di ingatan. Malam-malam bersamamu terasa sangat tenang dan damai. Kegembiraan Syawal sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan ini. Namun sering aku tertanya-tanya, sempat lagikah aku bertemu denganmu setahun akan datang?

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Sunday, September 13, 2009

Ziarah: Hospital Tawakkal


Sepupu accident balik dari melawat tanah kebun di Tanah Tinggi Cameron. Dia baik2 sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Fwd:




Salam lailatulqadr. Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mengharung 1/3 ramadhan yg terakhir. Ayuh ke masjid mlm ini.


--
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, September 08, 2009

Kemana semua orang pergi?

18 Ramadhan
Masjid dah tak sesak
Budak-budak main sorok-sorok kat masjid tinggal 2-3 orang
Kereta dah boleh parking sebelah porch kereta tok imam
Jemaah nak dapat 4 baris pun agak mencabar
Kebelakangan ni terawih dah mula buat 8 sahaja
kalau nak buat 20 nanti siak dengan bilal sahaja jadi makmum
orang kita dengan semangat ramadhan hangat-hangat taik ayam
dah sejuk
dek frozen dept kat carrefour cari margerin
dah habis
dek menapak cari baju raya kat pertama complex
dah lekang
dek kepenatan mengecat dan menggantung
ganjaran 10 malam terakhir entah ke mana
hadiah lailatul qadr semakin sayup dari pandangan

Saturday, September 05, 2009

Separuh Perjalanan


Salam 15 Ramadhan. Semoga momentum yang terbina sejak 15 hari lepas dapat dikekalkan untuk 15 hari lagi.

Penangan Hillside

Layan saudara-mara berbuka di Surau (ke masjid) al Mardhiah Hillside Taman Melawati. Jumpa juak-juak UIA. Still alive and kicking. Blogger Yop and vocalis XPDC pun ada har har har.
Biasa berbuka di masjid ni dengan tamar dulu, lepas solat baru layan nasi bungkus atau nasi queue. Apa yang menjakonkan aku kat sini berbuka hidang satu meja 4 orang. Memang klasik. Menu malam Jumaat pula, apa lagi nasi minyak lauk standard. Siap kambing tu. Satu meja dengan 3 orang budak-budak. Memang aku terpaksa jalankan tanggungjawab sosial menghabiskan semua lauk kambing tu. Syukur tak pening kepala.
Lepas solat layan sembang dengan sedara-mara, pakcik surau jamu jagung cawan. Oleh kerana tema jagung, keluar pulak ais krim jagung. Kecil hati budak-budak kat situ kerana kami sahaja yang dok perabih ais krim.

Kadangkala berbuka mewah agak mengasyikkan. Namun bukan selalu. Kebetulan pihak surau meraikan satu bas kanak-kanak anak yatim berbuka bersama. Syukur kerana rezeki yang Allah beri.

Wednesday, September 02, 2009

Kekuatan Ramadhan

Semasa 10 Ramadhan lalu, adik ipar di Padang bagitahu dia dah khatam 30 juzuk. Mantap. Ramadhan menjadikan insan-insan yang bersungguh kekuatan dan ketahan yang luar biasa. Ia mungkin salah satu satu dari pelbagai cerita yang menarik untuk dikongsi oleh orang lain. Mampukah kita hanya mendengar sahaja cerita orang lain, bila pula cerita kita (yang baik harapnya) akan didengar orang lain?

Thursday, August 20, 2009

Sunday, August 16, 2009

Orchid Rules: Tiger


Orkid Tiger memang unik. Bunganya agak berkilat. Dua kali pandang macam karekter Bakugan pun ada.

Wednesday, August 12, 2009

Puppy Linux: Set masa dan tarikh

Dalam terminal (Bukan terminal bas OK):

rxvt atau console dalam desktop
hwclock --set --date="9/6/2005 10:12:56"

Untuk set supaya masa desktop ikut masa hardware
hwclock --hctosys

Wednesday, August 05, 2009

Istilah-istilah maut sekarang

H1N1 - Virus selsema babi
A H1NI - Virus mutan dari H1N1. Sudah ada korban sekitar 4 orang
Pneumonia - Radang paru-paru yang boleh disebabkan oleh H1N1. Berlaku apabila bakteria atau virus dalam mulut, hidung atau tekak memasuki paru-paru.
Septisemia - keracunan darah, juga akibat H1N1.
kegagalan buah pinggang akut - kegagalan buah pinggang berfungsi seperti biasa?

Lu tinggal dulu wa dua tiang (Ops itu istilah rempit)

Sunday, July 05, 2009

My injured leg

Fell awkwardly during futsal session with officemates. Alhamdulillah, nothing serious, no broken, no crack just some twisted muscle and lari urat. Advised by MD to stay away from the field and any related activities at least 4 weeks. There goes my riadahah!

Tuesday, June 30, 2009

Piknik B. Sentosa


Layan roti canai lepas futsal. Kat tepi longkang, bawah pokok rendang, hirup teh o panas sambil peluh tersejat dek angin sepoi-sepoi bahasa. Memang klasik.


p/s Pakai kain sahaja? Jangan terpedaya dengan penampilan. Yang pakai kain tu left back of the day. Kalau dia takde dah banyak striker lawan score.

Monday, June 29, 2009

Significant Danger of Echelon

To read more g to http://whatreallyhappened.com/RANCHO/POLITICS/ECHELON/echelon.html

Wednesday, June 24, 2009

Great Wall of China vs Google

Great (Fire)Wall of China block Google related services including search engine. Interesting. To some underground IT nerd/hacker, Google not only information sucker, but among the worst outcome was, being private data/information/behaviour owner without user aware or realise. It is a new way to conquer civilization. Maybe it is quite orthodox to ban Google, but if local people can come out with their own local platform, then no need to use them anymore.
http://www.techcrunch.com/2009/06/24/censorship-20-china-blocks-google-search-apps-gmail-and-more/

H1N1: 16 kes dalam 24 jam

Sangat membimbangkan. Kalau tiada sebab, cubalah elakkan dari pergi ke khayalak ramai.

Saturday, June 20, 2009

Fw: Belajar hadis


Sent: ‎20-Jun‎-2009 10:52

To: go@blogger.com

Subject: Belajar hadis



Jenis-Jenis Hadis:

Shahih. Hasan. Dhaif. (Terdapat di dalamnya hadis Maudhuk)



Bolehkah kita guna hadis dhaif?
Boleh asal bukan akidah atau hukum halal haram.



"sammu lana rijalakum"



Definisi hadis dhaif: Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis makbul iaitu hadis shahih dan hadis hasan



Hadis mursal - rantaian perawi terputus di akhir sanad

Hadis muallaq - rantaian perawi terputus di awal sanad

Hadis mu'dal - dua gugur secara berturut2

Hadis muqatthik - mana2 perawi gugur di mana2 bahagian sanad



Kecacatan sanad kerana ada perawi tersembunyi

Hadis mudallas

Hadis mursal al-khafi



Hadis maudhuk - hadis yang dicipta dan disandarkan pada percakapan & perbuatan. Hukum meriwayat dan menggunakannya adalah haram.



Contohnya:

Fadhilat surah2 dlm quran

Fadhilat terawih

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina"

"Timun/terung sebagai penyembuh penyakit berdasarkan apa yang diniatkan"

""

--

Sent using a Sony Ericsson

Wednesday, June 17, 2009

Cikgu Puteh Zahrani kembali ke rahmatullah


Dia guru kesayangan, dia kakak saudara yang peramah, dia insan mulia. Semoga dirahmati Allah.

Sunday, June 14, 2009

Percubaan Untuk Mengerti Jiwa Bapa

Ketika kita kanak-kanak atau remaja, kadangkala kita tidak memahami mengapa bapa kita berbuat sesuatu yang kita tidak suka atau sesuatu yang kita rasa tiada manfaat untuk kita. Namun apabila beranjak usia dan punya anak sendiri, naluri bapa yang datang itu pasti membuat kita teringat bapa yang sudah tua atau telah pergi dijemput tuhan.

Ketika aku kanak-kanak beranjak remaja, persekitaran kampung tempat aku membesar memang sangat terbuka. Terbuka dari aspek 'capaian' terhadap aktiviti orang tua. Rokok daun atau rokok gulung mudah didapati atau dibuat sendiri. Ayah, Nenek dan bapa saudara penghisap tegar. Rakan remaja sudah ada yang mencuba. Aku juga pernah mencuba atas sebab ingin tahu. Apabila ayah tahu, mudah sahaja kata-katanya. "Kalau nak hisap rokok, hisaplah. Tapi kena beli guna duit sendiri, jangan minta dengan mak atau orang lain".

Di hujung kampung bapa membawa aku melihat orang main daun terup. Ada main duit. Bapa kata terup bagus untuk math, IQ dsb. Cuma ia tak bagus kerana ada main duit. Aku faham.

Memang aktiviti biasa main dam 7 lapis berpapan-papan. Ayahpun pandai main. Dia sanggup korbankan dua tiga buah. Apa salahnya, kerana lepas tu dia makan 4-5 buah serentak. Terus dapat haji. Ayah bagi aku main sekali-sekala, kena belasah dengan kelicikan PokSu. Namun kalau selalu sangat main, ayah tahu. Report Card tak pernah menipu. Ayah sesah sebagai amaran berpada-pada kalau nak main. Asyik belajar ayah tak pernah suruh. Asyik mainpun ayah tak suka. Berpada-pada.

Ketika menjelang hari raya 1988 ayah membawaku ke kedai kasut BATA. Kami mencari sepasang kasut untukku. Ketika itu aku telah memiliki seluar jean kanak-kanak yang cantik. Hitam dan straight-cut. Aku padankan dengan baju ala koboi. Bapa ingin membelikan aku sepasang kasut sneakers yang cantik. Harganya RM25.90. Memang agak mahal tetapi kualiti. Namun aku sebenarnya berkenan dengan satu kasut ala North Star berwarna hitam, yang kurasakan sangat sesuai dengan jean dan baju koboi tadi. Aku malu-malu separa sopan dan hormat dengan pilihan ayah, jadi aku turutkan sahaja. Di dalam perjalanan ibu nampak aku lain macam dan bertanya mengapa. Aku beritahu aku kurang berkenan kasut itu. Terus ayah berhenti dan berpusing balik ke kedai tadi. Kami beli kasut ala North Star tadi. Harganya cuma RM9.90. Ayah kata dia ingatkan aku tidak ada sebarang 'preference', maka dia tolong pilihkan. Aku senyum sahaja, di dalam hati melompat gembira dan puas.

Pada diri bapa selain dari sifat ingin memdidik anaknya, sebenarnya terdapat naluri risau. Oleh itu bapa kadangkala bersikap 'overprotected'. Walaupun anak itu sudah 7-8 tahun, masih susah untuk dibiarkan melintas jalan. Walaupun ayahku tidak sekolah tinggi, namun ayah belajar untuk mempercayai anaknya. Kepercayaan diberi sedikit demi sedikit, bertambah mengikut usia dan kematangan. Aku merasakan bahawa antara sumbangan ayah kepadaku adalah memberikan kepercayaan kepadaku untuk membuat keputusan sendiri.

Ketika aku remaja beranjak dewasa keputusan SPM aku agak baik. Aku diterima masuk ke sebuah universiti tempatan. Walaupun 'medical checkup' boleh sahaja dibuat di kampung, namun ayah berkeras membawa aku ke hospital tempat dia bekerja, di Kuala Lumpur yang jaraknya hampir 2 jam perjalanan. Alasannya dia kenal ramai pegawai di sana. Ke hulu ke hilir ceruk hospital aku dibawa. Setiap kali berjumpa rakan setugas atau kenalan, pasti dia akan memperkenalkan aku. "Ini anak aku ni, dia nak masuk universiti, nak buat checkup". Skrip yang sama diulang-ulang. Tidak cukup dengan itu, bapa membawa aku ke bilik-bilik Dr-Dr, yang nama jawatan di pintunya menggerunkan aku. Barangkali ketua-ketua jabatan dan sebagainya untuk memperkenalkan aku.

Ketika ini aku separuh mengerti bahawa seorang bapa itu walaupun dirinya tidak berpelajaran tinggi, tetapi hatinya besar. Hatinya besar, gembira dan bangga apabila anaknya sudah boleh membaca. Itu yang aku rasakan sekarang. Hatinya berbunga-bunga gembira apabila anaknya mencapai sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang mampu dia capai. Bak kata orang kampung " Kecik besor hatinya". Mungkin itulah perasaan bapa ketika itu.

Aku mungkin lelaki sederhana yang sudah merealisasikan impian-impian asas dalam hidup, masih punya impian-impian untuk dibuat, tetapi pada ayah pencapaianku sudah cukup baik buatnya. Al-fatihah, bapaku kini genap 2 tahun ke rahmatullah. Namun ingatan kepadanya masih segar alhamdulillah. Terima kasih kerana mendidik aku dan pada masa yang sama memberi ruang kepadaku untuk cuba menjadi insan yang lebih baik.

Urusan Walimah Ipar Selesai

Terima kasih kepada semua yang sama-sama memeriahkan.


--
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Ke Restoran Saba'


Meraikan habis cuti sekolah. Lamb kebab memang rock habis.

Thursday, June 11, 2009

Tempat Makan Yong Peng


Singgah 4.20 ptg. Makanan banyak. Operator muslim tapi tokey bukan. Berani order Ramly Cheese burger. 3 orang anak beranak yg sediakan.

Wednesday, June 10, 2009

Sampai Seremban


Sekitar 1.15. Dapat tiket jam 1.30 ptg harga RM28 tapi bas tak muncul2 lagi

Dah sampai Nilai


First time naik tren dari Bangi ke Seremban. Sekarang 12.48 tengahari.

Monday, June 08, 2009

Posting from Email

I'm sending this posting from my yahoo email. This prove that if you know the email address of the blog author, you can simply send posting to his blog. Wow!

Tuesday, May 26, 2009

Streamyx

Setelah sekian lama kebosanan dengan kelambatan dan on/off Celcom Broadband, saya beralih kepada Streamyx. Dengan 1Mbps, memang surf dengan lebih lancar dan pantas.



Dah takde alasan kalau taknak update blog ahaks.

Lepas ni kena dig semua unpublished blog untuk cathing up. Hopefully ada saki-baki posting, kena cari, bawah meja satu, dlm PDA satu, atas almari satu, atas kertas buat sendal pintu satu, bla bla bla

Sunday, May 10, 2009

Santai tha n kha


Main boling

Berakhirnya Agenda Zionis

9 Mei 2009

Temankan Ustaz Bakhtiar ke Konvensyen Berakhirnya Zionis. Bagus acaranya, cuma pengendaliannya agak kelam-kabut kerana kehadiran orang ramai melepasi jangkaan penganjur. Walaubagaimanapun ia berjaya ditutup dengan gahnya tempat berbicara soal palestin, di PWTC. Selama ini soal Palestin hanya dibincang di surau-surau, masjid-masjid atau di dewan yang sederhana.


Pengisi-pengisinya mantap-mantap belaka. Pensyarah dari UM kupasannya sekadar akademik yang biasa kita bincang di dalam majlis ilmu. Namun Prof. Syed Mohsen (aku memiliki beberapa bukunya) memberikan beberapa lontaran-lontaran yang membuatkan kita sentiasa berfikir walaupun ketika di dalam perjalanan pulang. Yang pasti Dr. Azzam Tamimi membuka mata dan minda kami. Pertama kali mendengar ceramahnya secara live, kami terpukau dengan fakta-fakta, tohmahan-tohmahan dan semangat watan Palestinnya. Memang mantap. Bak kata orang yang ditemuramah oleh TV ketika keluar panggung "Saya bagi 10 bintang!"

Friday, May 08, 2009

RAID


4 bay slot dari datatele

Blogspot Update Method

Several Ways to Update Blog Nowadays:

1. Web based. Direct. Straightforward. No need to explain. The only posting method that has the ability to change the posting date.

2. Email gateway. The email address is myname.sepuluhsen@blogger.com. you can send from your desktop or from your mobile phone (provided that it has email protocol/application). Exeperiment needed: Blogger.com will take the email title as the posting title and the content (with images) as content. Suppose I'm not sepuluhsen owner. If I know the email address, can I automatically post to sepuluhsen.blogspot.com?

Updated on 8 Jun 2009: Yes it can be done
Cons: Hard to include image properly in email content. As attachment yes, as content it will become rather clumsy.

3. Proprietary Sony Ericsson K850i (or other supported models) blog application. It is like a MMS. Select any picture you like, under option, select Send, select 'as blog' and write the title and content. Of course on first attempt, we will receive SMS from Blogger which state the password (as token) and your auto-generated blog. We have to claim the token at go.blogger.com and decide to choose the new auto created blog or stick to our old blogger account. Cons: have to include image.

Of course transmission rates apply. So make sure you have Celcom Broadband package or something like that, otherwise it will be painful for your pocket.