Tuesday, March 13, 2012

10 pengajaran daripada HAMAS

Kunjungan Dr Muhammad Shehab ke Malaysia yang dibawakan oleh sebuah NGO, Aqsa Syarif membawa pelbagai pengajaran yang menarik untuk dikongsi bersama. Saya ingin membawakan beberapa isi penting ucapan ahli Parlimen Jabalia, Palestin itu dalam satu sesi ucapan beliau baru-baru ini.

1. Beliau mula menyertai Ikhwanul Muslimin (IM) ketika berusia 17 tahun. Pada usia yang begitu muda, beliau diberi tanggungjawab menguruskan satu badan kebajikan masyarakat di Jabalia, tempat beliau menjadi ahli Parlimen sekarang. Usaha sejak muda telah membuahkan hasil bagi IM dan HAMAS, bukan kerana telah menjadi ahli Parlimen, tetapi kerana tokoh yang dididik sekian lama itu telah bekerja dan terus bekerja untuk masyarakatnya dan mewakili suara penduduknya dalam rangka untuk terus memperjuangkan kebebasan Palestin.

2. Pada awal penglibatan IM di Palestin, mereka banyak melakukan kerja-kerja masyarakat. Antaranya mewujudkan pusat-pusat komuniti untuk remaja berkumpul dan bersukan, mengadakan klinik-klinik kesihatan yang menawarkan harga yang murah, menjayakan aktiviti-aktiviti khusus untuk wanita, program menghafaz dan membaca al-Quran serta menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid yang berkhidmat untuk majlis-majlis umum. Ini bermakna sokongan peringkat akar umbi akan tercapai sekiranya kita berterusan membantu meringankan beban masyarakat dalam rutin seharian mereka.

3. Semaraknya aktiviti penyebaran fikrah Ikhwan berlaku seiring dengan bantuan kemasyarakatan. Buku-buku tulisan para ilmuan IM dijual dengan murah dan berlambak dijual di tepi-tepi jalan. Ketika itu menjadi satu trend untuk membuat satu sudut perpustakaan kecil di rumah untuk menempatkan buku-buku IM. Ini bermakna membangunnya sesuatu bangsa atau pejuang gerakan Islam itu adalah dengan banyaknya buku yang dihasilkan dan disebarkan. Ilmu, fikrah dan pemikiran sesuatu gerakan itu akan dapat difahami sekiranya didokumenkan dan diedarkan dalam skala yang besar tanpa melibatkan dana yang besar.

4. Penjara dan ahli HAMAS adalah dua unsur yang sebati. Urusan membina masjid di bawah regim Zionis diibaratkan berperang dengan titisan darah dan air mata. Ramai yang dimasukkan ke dalam penjara kerana mendirikan masjid tanpa keizinan pemerintah. Bagi ahli HAMAS atau IM sebelum lahirnya HAMAS, disumbat ke dalam penjara adalah perkara biasa. Dalam memperjuangkan kebenaran, pejuang Islam perlu bersedia untuk dizalimi dan dinafikan hak-hak asasi manusia.

5. Dalam melakukan intifadah, banyak demonstrasi dilakukan. Walaupun para pendukung intifadah dari masyarakat umum hanya membaling batu, tetapi ia menyampaikan mesej mereka tidak rela tanah air dan maruah umat Islam diperkotak-katikkan. Para pemimpin mereka bukan sahaja turut sama menyertai demonstrasi, tetapi mereka membentuk barisan paling depan.Mereka menjadi contoh dan ikutan masyarakat Palestin sekali gus menimbulkan rasa kegerunan dalam kalangan anggota keselamatan Israel.

6. Syiekh Izzudin al-Qassam merupakan pejuang awal sekitar 1935 menentang British sebelum lahirnya Israel. Bridged ketenteraan al-Qassam diwujudkan sempena nama beliau. Walaupun beliau kurang dikenali berbanding Syeikh Ahmad Yaasin atau mana-mana pejuang HAMAS masa kini, perjuangan beliau pada era Perang Dunia ke-2 menjadi inspirasi kepada pergerakan-pergerakan awal Islam di Palestin termasuk HAMAS.

7. FATAH atau dahulunya PLO membuat rundingan tanpa pengetahuan HAMAS untuk mendapat kuasa autonomi. Kuasa autonomi ini sebenarnya membantutkan intifadah dan cubaan mengurangkan sokongan yang semakin kuat terhadap HAMAS. Dalam usaha menghalang HAMAS meraih sokongan masyarakat umum, Israel dan US mengadakan pilihan raya dengan harapan HAMAS menjadi salah satu parti bertanding dan menjadi minoriti dan mereka akan disibukkan dengan politik. Ternyata usaha mereka gagal apabila HAMAS memenangi pilihan raya. Akhirnya mereka sendiri tidak mengiktiraf pilihan raya yang mereka selia dan pantau.

8. Nama HAMAS ibarat doa. Sememangnya semangat HAMAS sangat sinonim dari aspek bahasa dan falsafah. Daripada golongan rakyat biasa yang bersimpati dengan HAMAS dengan menyertai demonstrasi jalanan, sehinggalah kepada ahli Parlimennya, mereka sememangnya sangat bersemangat.

9. Rasa tawaduk yang sangat menebal dalam kalangan pejuang Islam perlu diteladani oleh semua. Menurut ahli Parlimen Jabalia itu, kemenangan HAMAS di dalam membentuk kerajaan didukung kuat oleh rakyat Palestin. Namun kejayaan itu bukan kejayaan HAMAS dan Palestin, tetapi juga kejayaan masyarakat Muslim antarabangsa yang tidak putus-putus memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Kejayaan perjuangan rakyat Palestin adalah kejayaan umat Islam di seluruh pelosok dunia.

10. Tiga sokongan yang diminta menunjukkan umat Islam perlu sentiasa bersedia membantu perjuangan rakyat Palestin.Sokongan politik, sokongan material dan doa perlu sentiasa dihadirkan dan bukanlah bersifat 'one off' tetapi perlu berterusan dan konsisten. Semoga kehadiran tokoh Hamas ini dapat memberikan manfaat kepada kemajuan amal Islam di Malaysia insya-Allah.

Friday, March 02, 2012

Erykah Badu


Di dalam wiki penyanyi ini ada dikaitkan dengan Nation of Islam. Bermakna tattoo tulisan Allah lebih kepada interpretasi kepelbagaian agama bukan penghinaan. Namun ia tetap sensitif dan perlu diberi pemahaman seadanya.

Monday, February 20, 2012

Kita patut jemput lebih ramai tokoh Islam dari luar

Saya berkesempatan mengikuti salah satu ceramah umum yang disampaikan oleh wakil Ikhwanul Muslimin (IM) dari Mesir baru-baru ini. Walaupun pada malam yang sama diberitakan ada ceramah Ustaz Azhar Idrus yang sangat ditunggu-tunggu berhampiran dengan tempat ceramah umum tersebut, namun saya memilih ceramah umum wakil IM kerana ia peluang yang jarang dikecapi.

Syukur alhamdulillah kerana sesi perkongsian wakil IM itu telah memberi suatu pendedahan yang segar tentang situasi ’lonjakan rakyat’ di Mesir khususnya dan di jazirah Arab umumnya. Saya mengucapkan syabas kepada IKRAM yang menjemput dan menganjurkan program yang sangat membuka mata ini. Sememangnya sebagai seorang Muslim, nasib sahabat dan saudara kita di Mesir, Palestin dan di mana-mana juga sentiasa dalam keprihatinan kita. Selama ini kita mendengar tentang IM di dalam berita atau blog-blog sejarah Islam. Sekiranya kita lihat di dalam laman web atau blog, banyak unsur negatif ditabur kepada pertubuhan ini. Mereka dianggap mengada-adakan benda baru dan menyimpang dari ajaran Islam.

Namun apabila membaca penulisan-penulisan para ulama mereka, ternyata gambaran yang diberikan sebenarnya tidak tepat. IM bukan mengada-adakan ajaran baru, tetapi mereka ingin melakukan pembaharuan azam dan cara kerja tanpa meninggalkan ajaran Rasulullah, sahabat dan para ulama. Gambaran tidak tepat itu terus hilang apabila bersua sendiri dengan peribadi-peribadi wakil IM ini dan mendengar sendiri ceramah umum yang mereka sampaikan.

Banyak media atau artikel yang mengulas dari perspektif kandungan ceramah, namun saya ingin memaparkan sisi lain sesi perkongsian tersebut. Saya tertarik dengan pendekatan lembut dan berhemah wakil IM tersebut. Kaedah penyampaiannya bersifat tazkirah, penuh nasihat dan sangat sederhana. Kerja dan usaha mereka memenangi hati rakyat Mesir bukan sehari dua dan bukan usaha yang remeh, tetapi ternyata mereka mempunyai pandangan berbeza apabila berhadapan dengan apa yang diistilahkan di Malaysia sebagai ’political milage’. Tidak pernah membangga diri dengan mendakwa merekalah pelopor kebangkitan dan mereka menegaskan semua urusan dan kejadian yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah. Bukanlah rahsia sayap politik IM telahpun memenangi pusingan kedua pilihan raya Mesir, namun wakil IM tersebut dengan merendah diri mengatakan ini adalah kehendak rakyat, IM hanya mahu berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan Mesir secara Islami.

Saya merasakan IKRAM, sebagai sebuah pertubuhan NGO Islami yang prihatin tentang nasib umat Islam, bertindak tepat apabila membawa wakil IM ini ke Malaysia. IKRAM melalui NGO-NGO yang bernaung di bawahnya sememangnya telah sinonim dengan kerja-kerja dakwah dan pendidikan. Inilah yang sebenarnya dilakukan oleh IM sejak zaman pengasasnya Hasan al-Banna. Bahkan menurut wakil IM tersebut pilihan raya bukan matlamat utama mereka. Sesiapa sahaja yang membawa Islam akan mereka sokong dan akan mereka bawa bersama ke atas. Inilah agenda Islam yang sangat tulen, fundamental dan harmoni. Diharapkan pada masa-masa akan datang banyak lagi tokoh, ulama mahupun wakil pertubuhan pejuang Islam dibawa masuk untuk memberikan gambaran sebenar situasi di sana dan memberikan semangat kepada pejuang-pejuang syiar Islam tanah air bekerja dengan lebih keras lagi dalam usaha mendakwahi dan mendidik umat.

Jangan Gentar


Sekiranya kita memahami produk yang kita jual, dan kita yakin dengan keberkesanannya, maka tidak akan ada istilah takut, gusar atau gelisah.

Namun bukan bermakna kita boleh mendabik dada dan memaksa mereka menerima atau membeli produk tersebut.

Sunday, February 19, 2012

Pertentangan


Sejak dahulu lagi telah wujud pertentangan antara 2 kuasa besar. Kuasa besar dunia adalah Amerika Syarikat & Soviet Union sejak selepas Perang Dunia ke 2. Selepas kejatuhan Soviet Union, kuasa Amerika Syarikat tidak dapat diimbangi oleh mana-mana kuasa lain.

Monday, February 13, 2012

Valentine anyone?

Hari Ibu & Hari Bapa, bukan datang dari Islam, tetapi mempunyai mesej yang baik, maka tiada masalah pada hari tersebut meraikan seadanya. Hari Kanak-Kanak Sedunia juga begitu. Tetapi Hari Valentine adalah hari untuk memperingati kekasih? Di manakah status kekasih di dalam nilai kekeluargaan Islam? Kecuali kekasih itu telah diikat dengan akad nikah, hubungan tersebut tiada nilai. Lebih baik mengingati kasih sayang rasul di hari Maulidur Rasul.

Wednesday, January 04, 2012

Perkhemahan di Brindley

Kenangan manis sepanjang program akan terus terpahat di hati. Pengalaman berjumpa teman-teman seperjuangan yang baru.

Saturday, September 17, 2011

Memang sudah lama aku usha baby monitor. Walaupun bukan langkah yang baik meninggalkan anak kecil tidur berseorangan di bilik, ia perlu sangat, apatah lagi mengenangkan zaujati perlu meronda asrama di waktu malam, kadangkala di waktu aku tiada di rumah. Baby monitor dapat memberitahu kita keadaan anak, adakah dia tidur kembali selepas menangis atau memang dia sudah terjaga dan perlukan kehadiran kita.
Sayangnya harganya tidak berpatutan dan agak mahal. RM399 untuk unit yang ada features yang diingini. Tambahan pula unit yang perlu parents bawa agak bulky, sekitar saiz handphone zaman lewat 90-an.
Namun kini aku sudah tiada sebab mengusha baby monitor ini. Kami sudah memilikinya dengan harga PERCUMA. Ya betul. Terima kasih kepada migrasi ke Android phone, satu lagi sebab HTC Desire HD dan Incredible S lebih mahal kegunaannya dari harganya.
Cuma berbeza ialah cara pemberitahuannya. Melalui panggilan telefon atau SMS, kita juga boleh mengubah unit bunyi di dalam decibel yang dirasakan sesuai. Tambahan pula applikasi ini boleh menangkap gambar anak dan dihantar melalui MMS. Tinggalkan handphone Android bersama anak yang tidur dan meronda asrama atau ke mana-mana dengan handphone biasa. Sangat memudahkan. Selamat tinggal dedicated baby monitor!

Sunday, September 11, 2011

Merdeka Raya


Pada tahun ini, Di bulan Ogos ini unik kerana kita menyambut hari kemerdekaan dan idilfitri serentak. Acapkali kita baca dan dengar peringatan bahawa kita sudah bebas dari tangan penjajah. Namun ia sepatutnya

menjadi simbolik kepada persoalan utama, sudahkah kita merdeka dari penjajahan alaf baru? Wajarkah kebebasan itu dilandaskan kepada materi?

Menurut Islam, selagi kita belum mampu membebaskan diri dari harta, pangkat, nafsu dan syirik, kita tidak lagi merdeka jiwa, hanya merdeka fizikal sahaja.

Jiwa yang bebas merdeka, tidak diikat oleh sebarang belenggu yang menghalang kita menjadi Muslim yang mengEsakan Allah.

Itulah kebebasan sebenar. Konsep kemerdekaan sebegini amat meluas skopnya dan memenuhi ruang hidup dan rutin sehari-hari. Itulah kemerdekaan yang yang umat Islam perjuangkan, iaitu membebaskan diri dari belenggu api neraka.

Thursday, August 25, 2011

Dugaan Ramadhan

Mungkin ia tidak seteruk yang disangka, tetapi demam di bulan puasa merupakan ujian yang amat berat. Semoga dosa-dosa ini akan terbasuh dengan ujian ini.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, August 23, 2011

Bawa Mereka Bersama

Tidak sekian berpeluang mengejar jalan lailatul qadr. Mungkin kerana kekangan masa, terpaksa bertugas atau mungkin tidak dibangkitkan jam loceng atau jam handphone. Mungkin juga kerana sudah tiada. Oleh itu jika engkau sempat bertahajud di malam yang mulia itu, bawalah mereka bersamamu lewat dia. Melalui doa mohonlah agar diberi kesihatan dan kekuatan mengharungi Ramadhan ini. Kepada yang telah pergi, sekiranya di dalam seksa kubur, semoga diringankan. Kopiah pemberian Tokwan, jubah hadiah arwah bapa, minyak wangi Jakarta ole-ole adik ipar dan Quran Android gratis hasil usaha Ahmed al-Heel, semuanya ada saham akhirat sekiranya amalan kita diterima.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 11, 2011

Apa yang tertinggal di bulan Ramadhan ini?

Bulan Ramadhan adalah peluang umat memperbaiki lompang-lompang amal yang kurang cemerlang di bulan-bulan lain sepanjang tahun. Apatah lagi kepada ashabul du'at, ia ibarat mutabaah untuk melihat kembali kerja-kerja dakwah. Apakah usaha kita selama ini dibuat dengan bersungguh-sungguh? Sekiranya kita hanya bermain-main, maka Allah akan gantikan kita dengan golongan yang lebih baik. Para sahabat sentiasa muhasabah antara satu sama lain, kerana ingin berlumba-lumba membuat kebaikan. Namun kita tidak pernah ditanya tentang keberhasilan di dalam dakwah. Sekiranya kita berusaha mencapai KPI di kantor, sepatutnya kita lebih menjaga KPI kerja-kerja amal Islami di sisi Allah. Wallahu Aklam.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 04, 2011

Bersih 2.0: Fakta Yang Hilang

Ada beberapa natijah dari peristiwa bersejarah 9 Julai 2011. Ada yang kita terlepas pandang dan ada yang sengaja tidak diberi liputan oleh media tradisional yang dikuasai kerajaan.

1. Suara ramai usah diperkecil atau dibuli. Apabila para penganjur Bersih bersetuju dengan saranan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan sengaja tidak memberi kerjasama. Polis melambat-lambatkan dan menidakkan permit dengan harapan bakal peserta kecewa dan bosan atau keliru, lantas memilih untuk tidak turun pada 9 Julai. Apa yang kerajaan gagal fahami adalah Ambiga dan jawatankuasanya hanya wakil suara rakyat. Rakyat lebih rela memilih turun ke jalan raya daripada menunggu dengan tidak sabar di rumah masing-masing.

2. Isu sebenar masih tidak diberi liputan. Sikap akhbar dan media tradisional yang bersikap ‘buat-buat bodoh’ sangat menjengkelkan rakyat. Pada saat media alaf baru sudah khatam berbincang tentang rasional dan ringkasnya 10 permintaan Bersih, media 'terkawal' masih terkial-kial mencari satu alasan munasabah mengapa begitu ramai rakyat turun menunjuk perasaan, tanpa menjejaskan air muka kerajaan yang hanya terpelihara di ceruk-ceruk yang tiada internet.

3. Kegagalan kerajaan memahami dunia internet. Seorang menteri mengatakan cybertrooper BN gagal menyaingi blogger pembangkang. Kekuatan pembangkang di media alternatif bukan kerana teknologi tetapi kerana kebenaran. Pembaca ingin tahu kisah sebenar bukan berita yang disogok. Apa yang berlaku pada 9 Julai diikuti rapat di #Bersih atau #Bersih2 bukan Utusan Online.

4. Fabrikasi bukti. Video kebiadapan polis keluar sekitar 2 jam sebelum perhimpunan berlaku secara rasmi. Video kebiadapan peserta demo? 2 minggu. Di mana rasionalnya masa yang diambil untuk mengeluarkan video selama itu? Akal logik pasti terfikir berapa banyak suntingan demi suntingan ditokok tambah untuk meyakinkan orang kampung bahawa para peserta aman ini bertindak ganas.

5. Trauma warna. Sampai sekarang peminat sukan masih tidak faham mengapa jersi tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya yang berwarna kuning tidak lagi digunakan sejak 2-3 bulan kebelakangan ini. Jersi biru yang pada asalnya untuk perlawanan di tempat lawan sudah menjadi jersi utama. Takutkah laungan lautan kuning di stadium bertukar menjadi "Hidup Hidup, Hidup Bersih"? Mungkinkah kontinjen Sukan SEA nanti juga akan berubah warna?

Kepada para peserta demo, tahniah. Anda telah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah Malaysia. Jika bukan sejarah rasmi negara pun ia pasti dikenang sebagai hari istimewa bagi pencinta demokrasi tulen.

Monday, July 18, 2011

Sunday, July 17, 2011

Pengalaman


Pengalaman menjadi elemen penting mendewasakan seseorang.  Melalui pengalaman individu itu memperoleh pelajaran, tidak kira samada ia diperolehi secara pahit ataupun manis.  Kadangkala pengalaman dipelajari dengan pantas,  ada kalanya bertahun lamanya untuk memahami sesuatu sebagai pengalaman.  Ada individu memperolehinya setelah melaluinya sekali,  ada dua kali.  Ada juga mempelajarinya setelah mengalami berulangkali.  Masa adalah penentunya.  Oleh kerana itu usah berharap usia yang larut dengan dunia itu sudah masak dan matang, walaupun ia resmi manusia. Kisah hidup yang berbeza dan liku-liku cabaran menjadikan pengalaman aset yang berharga dan unik.  Semoga Allah merahmati dan melancarkan segala urusan hidup kita.

Monday, July 11, 2011

Retro Dewan Jubli Perak


Kali terakhir aku datang ke sini adalah sekitar 1993. Perasmian Program  Kuntum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari beratus-ratus pelajar dari berpuluh-puluh sekolah,  aku telah terpilih sebagai wakil pelajar untuk mengetuai acara membaca ikrar.  Terasa glamour sebentar bila Menterinya ketika itu,  Dato' Amar Sulaiman Daud bersalaman denganku hanya kerana ingin membelek tali leherku yang agak ranggi atau istilah sekarang,  berjangok-jangok.  Silau mata bila sinaran 'flash' media-media menyinari kami. Esoknya hampir semua akhbar kubeli namun tidak ada satu gambarpun  memaparkan saat itu.

Setahun sebelum itu tidak kurang perhatiannya. Program Konsert Asrama-Asrama Yayasan Selangor. Buat pertama kali dalam sejarah Emcee dipilih di kalangan pelajar. Aku dan seorang kakak Form 5 dari ATPN terpilih untuk mengemudi perjalanan program. Tetamu terhormat adalah Dato' Seri Menteri Besar sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

Kini setelah hampir 20 tahun aku kembali sebagai orang peserta program. Dewan ini menyimpan seribu kenangan.  Ah!

Tuesday, July 05, 2011

Membina keazaman diri

Sebenarnya secara fitrah telah wujud sifat-sifat positif dalam diri setiapinsan. namun akibat persekitaran, rakan-rakan ataupun budaya, ada sikap-sikap yang baik telah hilang atau terpendam terus jauh di lubuk hati individu. Itu yang dapat aku rasakan apabila aku menghadiri kursus ini. Antara yang terkesan ialah apabila konsultan menunjukkan beberapa klip video filem-filem atau babak-babak sukan terkenal.
1. Final Champion League 2005 di Instanbul. Separuh masa kedua. Ketika Liverpool ketinggalan 0-3 di tangan AC Milan, secara tiba-tiba ketua pasukan Steven Gerrard menjaringkan gol melalui tandukan lob ke penjuru gol. Antara yang diingati ialah ketika meraikan gol tersebut, beliau mengangkat-angkat tangannya dari pinggang ke atas. Itu bukan kaedah meraikan kemenangan, itu simbolik kepada gesaan "Raise Your Standard". Sambil meniup semangat, ia juga gesaan supaya rakan sepasukan meningkatkan usaha untuk menyamakan kedudukan. Di dalam hidup ini aku kadang-kadang terasa mudah puas hati dengan apa yang ada. Mungkin kerana target atau standar yang aku letakkan rendah,mungkin atas faktor tidak mahu mengambil risiko atau malas. Ia seharusnya diperbaiki.

2. Babak Jerry McGuire ketika Jery McGuire sebagai agen pemain berkonfrontasi dengan pemain pro Rod Tidwell. Kata-kata gesaan "Help me help you" adalah semacam motto ikutan sangat sangat popular. Kedua-duanya terpekik sesama sendiri ketika Jerry berpendapat Rod tidak bermain bersungguh-sungguh, dan dinafikan oleh Rod. Ia adalah simbolik kepada "Transfer your feeling". Dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada rakan kita, kadang-kala tidak sampai kerana kita tidak berupaya membawa diri kita untuk berfikir, berperasaan dan bertindak seperti orang yang sedang kita hadapi. Akibatnya kita gagal membantu atau dibantu oleh rakan kita.

3. Dalam filem Be Cool, salah satu 'trademark' Chili Palmer lakonan John Travolta adalah kata-kata "Look at me, look at me". Walaupun watak antagonis sedang memandang mukanya, Chili tetap meminta supaya mukanya dipandang. Ini semacam contoh "Intensity of Eye Contact" dan "Look the response". Ini antara kelemahan aku yang ketara. Apabila bercakap, eye contact aku buat hanya bersifat make-up, tidak tulen.

4. Filem Ocean 11 tidak ditunjukkan dalam klip, tetapi ia terlalu istimewa atas beberapa sebab:
- 11 individu berlainan kebolehan, skill dan latar belakang tetapi punya niat yang sama untuk mencuri kasino. Ia adalah contoh "Passion to work with team". Jadi pemain yang baik di dalam kumpulan, maka kerja dapat diselesaikan.
- Punya perancangan yang teliti "Strategi" adalah kata kuncinya. Akan ada masalah di lapangan, tetapi ahli kumpulan akan 'regroup' dan berbincang semula untuk menanganinya.
- Ketua perancang dan orang yang terakhir menyertai krew, walaupun tugas berbeza, mendapat habuan yang sama amaunnya. Ia berkonsepkan "we win together, we support each other"
- Walaupun tangan "grease man" Qin terlekat pada vault sebelum meletup, beliau telah buat keputusan memotong pembalut tangannya. Ia keputusan yang sukar kerana sebarang kesilapan akan merosakkan rancangan. Ia ibarat "Silent Emotional Decision" yang terpaksa dibuat sendiri demi memastikan rancangan berjalan lancar. Aku masih tercari-cari apakah pengalaman hidup yang mungkin ada kena mengena dengan kata-kata kunci ini. Semoga ia boleh dijadikan panduan di dalam kehidupan terkehadapan. Wallahu aklam.

Wednesday, June 29, 2011

30% peluang kerja untuk wanita?

Getting to the boardroom
Ia bukanlah korelasi terus, namun ia sesuatu yang bakal berlaku dan ia sesuatu yang wajar dipandang positif. Untuk mewujudkan lebih ramai penggubal dasar di peringkat organisasi di kalangan wanita, majikan perlu menggaji lebih ramai eksekutif wanita, supaya quota 30% wanita di bilik lembaga pengarah dapat dipenuhi. Memang benar ia tidak semestinya melalui lantikan dalaman, namun ia formula mudah dan murah.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Friday, June 17, 2011

Godam

Dari senarai website yg digodam Anonymous, tidak termasuk website punca kemarahan mereka iaitu SKMM dan TMNet. Kenapa? Mungkin tak cukup hebat depa ni?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, June 14, 2011

Published with Blogger-droid v1.7.1

50 tahun DBP

Sudahkah menjati bahasa Malaysia dalam diri kita?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Demam Angry Bird

Orang kata main dia jadi addictive. Tha dah nak masuk stage 3 relax aje.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sunday, June 12, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Khamis ini dari pukul 2 pagi sehingga 7 pagi. Planeterium Negara dengan kerjasama Angkasa dan Masjid Negara buat program pencerapan Musytari, Marikh dan Zuhal (?), solat/khutbah gerhana dan tayangan video. Jom!

Friday, June 10, 2011

Impian sekian lama tercapai

Ia memang sukar kerana 1) harganya masih mahal 2) berbelah bagi dengan tawaran IPhone oleh Celcom 3) ada priority lain. Tetapi aku kuatkan azam untuk memiliki Android pertama. Semoga aku dapat hasilkan Android based apps untuk side project aku nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sunday, May 22, 2011

Memberi

Memberi Dari Perspektif Mereka...
Oleh Wan Am


Selain al-Quran dan hadis yang banyak menyebut tentang sedekah, sahabat Rasulullah s.a.w. dan ulama salaf juga ada mengutarakan pandangan mereka berkenaan amalan bersedekah, sebagai tanda mengakui kemuliaan amalan ini serta memotivasikan umat Islam yang lain supaya tidak memperkecilkan amalan tersebut.

Dalam artikel kali ini saya perturunkan kalam-kalam hikmah mereka yang saya peroleh daripada beberapa sumber, moga-moga menjadikan kita hamba Allah yang tidak bertangguh-tangguh lagi untuk bersedekah dan memberi kepada mereka yang memerlukan:

Umar bin al-Khattab r.a. - "Semua perbuatan baik akan saling membanggakan diri; lalu sedekah berkata: 'Akulah yang paling utama di antara kamu semua.'"

Uthman bin Affan r.a. - "Berniagalah dengan Allah melalui sedekah, pasti kamu akan beruntung."

Ali bin Abu Talib r.a. - "Hiasilah imanmu dengan sedekah, lindungilah hartamu dengan zakat, dan hindarilah bencana dengan doa!"

Ibnu Mas'ud r.a. - "Satu dirham yang kamu sedekahkan dalam keadaan sihat dan kuat adalah lebih baik berbanding seratus dirham yang kamu wasiatkan menjelang kematianmu."

Salman al-Farisi r.a. - Jika seorang yang murah hati meninggal dunia, maka bumi dan para malaikat akan berkata: 'Ya Allah, ampunkanlah hamba-hamba-Mu ini kerana kemurahan hatinya.' Jika orang yang kedekut meninggal dunia, maka mereka akan berkata: 'Ya Allah, halanglah dia dari syurga sebagaimana dia menghalang orang lain dari apa yang ada di tangannya.'"

Abdul Aziz bin Umair - "Solat akan menghantarmu menempuhi setengah perjalanan, puasa menghantarmu ke pintu Allah, dan sedekah memasukkanmu ke dalam syurga."

Yahya bin Muadz - "Tidak ada amal yang sekecil biji zarah yang boleh menyamai berat gunung-ganang di dunia kecuali sedekah."

al-Baihaqi - "Mintalah rezeki dengan bersedekah."

Hassan al-Basri - "Sahabat yang paling baik adalah dinar dan dirham yang kamu sedekahkan."

Abdullah bin Jaafar - "Orang yang murah hati adalah yang memberi tanpa diminta. Dia memberikan sesuatu kepadamu kerana kemahuannya sendiri. Sesungguhnya kesedaran untuk memberi sedekah adalah lebih berat berbanding memberi sedekah kepada seseorang yang meminta."

al-Sya'bi - "Sesiapa yang tidak menyedari bahawa dirinya lebih memerlukan pahala sedekah berbanding orang miskin yang memerlukan sedekahnya, maka sedekahnya itu sia-sia belaka, dan wajahnya akan dipukul dengan sedekah itu pada hari kiamat nanti."

Ahmad al-Rifa'i - "Selawat kepada Rasulullah s.a.w. akan mempermudah jalan di atas sirat dan membuatkan doa dikabulkan. Begitu juga sedekah yang akan memadamkan kemurkaan Allah."

Bukan sahaja orang Islam, malah orang-orang bukan Islam juga turut mengakui kebaikan amalan memberi ini. Melalui pembacaan saya dalam buku "Ajaibnya Sedekah" hasil karya Muhammad Muhyidin, saya telah menemui beberapa mutiara kata daripada beberapa tokoh dan sarjana bukan Islam mengenai kebaikan amalan memberi. Mungkin sesuai juga untuk saya kongsikan di sini sebagai manfaat kita bersama:

Leonard Nimoy - "Semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita miliki..."

Glenn van Ekern - "Pelaburan yang kecil tetapi konsisten dapat memberikan hasil berlipat kali ganda. Semangat kedermawanan terungkap dengan sendirinya melalui sikap yang terus mencari jalan memberikan nilai tambah kepada hidup manusia..."

Henry Ford Sr. - "Walaupun ramai orang menghubungkan kejayaan dengan apa yang mereka peroleh, kejayaan itu bermula dengan memberi."

Dr. Kare Messenger - "Kunci rumah saudara dan pergilah ke bawah jambatan. Cari orang yang memerlukan bantuan dan bantulah mereka."

Eric Butterworth - "Orang yang memberi dengan tulus adalah orang yang bahagia, berasa aman, puas dan makmur."

Robert Louis Stevenson - "Jangan mengukur hari berdasarkan hasil yang saudara peroleh, sebaliknya ukurlah berdasarkan benih yang saudara tanam."

Eleanor Roosevelt - "Yang menjadikan kita tetap menikmati hidup dan terus memandang ke masa hadapan adalah kerana tujuan kita mahu memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Kebahagiaan bukanlah tujuan, melainkan ia adalah hasil sampingan."

George Washington Carver - "Berapa jauh perjalanan saudara dalam hidup ini bergantung pada adakah saudara bersikap lembut kepada yang lebih muda, bersikap kasih kepada yang lebih tua, bersimpati kepada orang yang perlu berjuang lebih keras dan bertimbang rasa kepada yang lemah dan yang kuat kerana pada suatu hari dalam hidup ini, saudara menjadi salah seorang daripada mereka."

Lao Tse - "Keramahan dalam bertutur kata menciptakan keyakinan diri, keramahan dalam berfikir menciptakan kesempurnaan dan keramahan dalam memberi melahirkan kasih."

Friday, May 06, 2011

Ular masuk rumah


Ini kulit aje. Lepas salin kulit tak tau mana tuan badan pergi.

Thursday, April 21, 2011

Jenayah Siber

Constant holiday updates on social networking sites are a handy way of letting your friends know what you are up to.

But there may be others who have a more sinister interest in your online posts.

Facebook and Twitter users are increasing the risk of being burgled when they announce their holiday plans online, a study has warned.

Opportunist thieves are able to track down an address from a website posting within 60 seconds, research found.

Risk: When holiday plans are posted on Facebook, thieves are able to track down addresses within 60 seconds, researchers found

Risk: When holiday plans are posted on Facebook, thieves are able to track down addresses within 60 seconds, researchers found

Researchers looked at messages such as 'packing my cases' to another which said 'just landed' with a smiley face only hours after their location was given as 'Manchester Airport.'

A quick check on their family name and, for instance, the name of their child's school, cross-referenced with online address databases soon revealed the exact location of their home.

And as they are on holiday, there is a high chance the home is empty, said the authors of the study conducted jointly by Co-operative Travel and Co-operative Insurance.



Half of youngsters update their status when they are about to go on holiday, and these can be read unless they have sufficient privacy settings.

And the growth of wi-fi and internet connections abroad mean they are also telling everyone where they are while away.

Almost half of ten to 15-year-olds (45 per cent) own smartphones which enable them to update their location, status and other details on a much more regular basis.

The survey of 3,000 Britons found that 44 per cent have Facebook friends or Twitter followers that they have never met.

And 37 per cent have insufficient privacy settings to stop strangers looking into their accounts - including potential burglars.

Facebook insists the default settings for under-18s are strict enough to stop posts being read by strangers.

Trevor Davis, Director of Retail Distribution for The Co-operative Travel, said it was no longer enough to simply double lock the front door and stop milk being delivered.

He said: 'The traditional precautions people take to protect their homes whilst they're on holiday are being undermined by the growth in social media.

'This is particularly true for families with teenage children, who perhaps aren't as aware of the need to avoid telling strangers that your house will be unoccupied.

Idyllic destination: More of us are logging on to Facebook and Twitter while we're away and potentially telling thieves our properties are empty

Idyllic destination: More of us are logging on to Facebook and Twitter while we're away and potentially telling thieves our properties are empty

'This year's holidaymakers are likely to be particularly vulnerable, due to the growing availability of wi-fi connections in hotels and resorts.

'This is allowing people to keep updating their accounts while abroad and inevitably raises the awareness that the user is away from home.'

Co-op researchers went online to look at social media sites, including Facebook and Foursquare, to see how easy it is to trace an address for someone on holiday.

The quickest discovery took just one minute.

The posting said 'heading home to pack my case cause me going on holiday for few days'.

Using the person's surname and hometown, the researchers found just two addresses in that town for that surname.

Another message said 'is it wrong to be going on holiday on Friday and wishing you weren't'.

It took just two minutes to track the person after finding the name of their school in an earlier posting and matching their surname to an address near the school.

Another search took just three minutes. The status update said 'has landed' with a smiley face. A few hours later their location had been tagged as 'Manchester Airport'.

A local town was mentioned and there were four addresses in that town relating to the poster's surname but only one which also matched his name and his mother's.

But a Facebook spokesman dismissed the findings as 'scaremongering', saying: ‘It is ridiculous to suggest that using Facebook puts people at greater risk of being burgled.

'On Facebook, people have total control of their privacy, and the default privacy setting for our location service Facebook Places shares your location only when you ask it to – and only with your friends, while default privacy settings are even stricter for under 18s.

'Despite the scaremongering of insurance companies using social networks as a hook for headlines, recorded burglary rates are actually falling.’

Email from Blogger Azmi


Abouti: Sekarang memang mudah kalau nak buat jahat melalui internet. Menurut N Presiden Cyber Security Adli Wahid dalam temuramah Bernama 24 tadi, penipuan website akaun bank, pembelian dan Job scam antara jenayah siber yang popular di Malaysia dan menurut statistik bilangannya semakin bertambah. Memang betul kalau Facebook nafikan laman sosial mereka menjadi pusat aktiviti jenayah siber, tetapi masalahnya pengguna tiada kesedaran dan tidak menghargai privacy diri sendiri. Kempen celik IT scopenya bukan sekadar tahu guna komputer dan internet, tetapi juga sedar bahaya dan jenayah yang boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung

Sunday, April 17, 2011

Kisah Idola Kita

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya
Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa
saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa
engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
"Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi
aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w.
"Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Email dari Blogger

Friday, April 15, 2011

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee

BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..

pastambun - Posted by Greenboy



Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.

“ adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

Monday, April 11, 2011

April Bulan Inovasi

12 April 1961. 50 tahun dulu, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama sampai ke orbit angkasa lepas. Ia merupakan kejayaan besar manusia dalam memahami lebih dekat lagi persekitaran bumi yang dihuni ini.

3 April 1973, telefon bimbit pertama digunakan oleh Martin Cooper setelah prototaip ciptaan syarikatnya Motorola siap untuk diuji.

Inovasi boleh berlaku setiap tahun, tetapi sekiranya ada satu bulan yang boleh dicadangkan sebagai Bulan Inovasi, mungkin April layak.

Monday, March 07, 2011

Sharing: KITCHEEN QUEEN: Hati-hati!

Assalamu’alaikum W.B.T.



Saya tak pasti ramai yang dah tahu ke belum tapi just nak berkongsi supaya kita semua berhati-hati dengan promoter Kitchen Queen dan yang seumpamanya. Biasanya ada kat Giant atau Carrefour.



Mula-mula akan ada seseorang offer beg recycle free tapi kene isi survey form. Lepas dah isi dia suruh buka voucher. Mungkin boleh dapat hadiah free. Dan biasanya orang ramai akan “bertuah” sebab dapat 2 hadiah percuma + RM50 diskaun. Kononnya kita antara 1% orang yang bertuah yang dapat voucher tersebut. Mereka akan “berlakon” buat-buat terkejut, telefon bos untuk semak nombor siri dan sebagainya.



Tapi nak dapat 2 hadiah percuma tu, perlu beli 1 barang mereka dengan diskaun RM50. Antara barangannya adalah dapur elektrik, penapis air, set periuk (30 pcs), vacuum, blender, pengurut kaki. Dan barangan mereka semuanya berharga RM2K ke atas.



Mereka akan beritahu total 3 barang tersebut adalah RM10K tapi kita cuma perlu bayar RM3K. Kalau guna kad kredit atau kad debit yang terpilih, boleh dapat hadiah percuma lagi. Memang nampak sangat menarik dan berbaloi tapi tak pasti lagi kualiti barangnya macam mana. Kalau kita cakap yang kita tak cukup duit, dia offer kita untuk buat reservation dulu. Bila dah ada duit boleh datang semula.



Kes ni dah lama berlaku, sejak 2009 atau mungkin sebelum itu lagi. Ramai orang rasa tertipu dengan cara dan taktik mereka. Kononnya hanya 1% atau 30 orang yang bertuah tapi sebenarnya semua pun “bertuah”. Dah ada orang yang failkan saman dan dah dapat duit mereka semula.



Memang ramai yang beli sebab tertarik dengan offer tersebut. Ramai yang fikir, “Nanti dah takde offer camni lagi. Rugi...” Padahal ada tak guna pun barangan “percuma” yang mereka dapat. Rugi dan membazir!



Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan situasi sebegini. Dan ingatan untuk diri sendiri terutamanya, beli barang sebab keperluan bukan sebab offer. Bersederhana dan jangan membazir. Buat decision semasak-masaknya, check quality, compare harga, tanya pendapat orang lain dan sebagainya.



Boleh sama-sama baca di SINI pengalaman orang ramai.



Semalam saya pun turut menjadi ”orang bertuah” tapi tak jadi beli sebab berkejar nak solat Maghrib. Alhamdulillah… Sesungguhnya solat itu memang mencegah daripada perkara-perkara yang tak baik.



Wallahu’alam.





Regards,

Email Blogger

Wednesday, March 02, 2011

Relax aje bayar saman


Kat PP Dengkil

Kalaulah depa belajar konsep anak-ibu susuan Islam

'Ice cream made from breast milk has been removed from a central London restaurant on health grounds following complaints by members of the public. The dessert, called Baby Gaga, went on sale at ice cream parlour Icecreamists in Covent Garden in February. But Westminster Council officers removed the product to make sure it was "fit for human consumption". Icecreamist founder Matt O'Connor said the donor was medically screened and the milk mixture was pasteurised. The ice cream was churned with donations from London mother Victoria Hiley, and served with a rusk and an optional shot of Calpol or Bonjela. Each serving costs £14.

'Westminster council said it had received two complaints from members of the public and concerns were raised by the Health Protection Agency and Food Standards Agency. Tory Westminster Councillor Brian Connell said: "Selling foodstuffs made from another person's bodily fluids can lead to viruses being passed on and, in this case, potentially hepatitis. As the local authority we will support small businesses and applaud innovative ideas wherever possible, but must protect the health of consumers" - The BBC Website

Tuesday, January 18, 2011

Sunday, January 16, 2011

Eksperimen Laluan Gombak-Cyberjaya

Mula: IIUM Gombak
Tamat: Bangunan MPS Cyberjaya
Waktu: Sekitar 8.30 - 9 pagi

Selama dua tiga minggu aku mengkaji laluan-laluan yang ada. Boleh sahaja aku baca forum atau tanya Lebai Google melalui anaknya Professor Map, tetapi aku ingin merasai sendiri keperitan hidup di KL mengharung kesesakan lalulintas setiap hari. Ini antara pemerhatian yang dapat dibuat:

Jalan MRR2 pilihan yang natural, namun jalan mula sesak di hadapan Taman Melawati. Ia berakhir di susur keluar ke Jalan Ampang. Besar kemungkinan kerana susur keluar DUKE di ADNI Taman Seri Ukays yang mula dibuka sejak awal 2010.

Dari MRR2 susur ke Jalan Genting Kelang untuk ke Bulatan Pahang. Ada dua jalan yang boleh diambil dari sini. Pertama ambil Jalan Tun Razak. Traffik agak perlahan tetapi masih lancar. Dari situ boleh ke Sg Besi. Kemudian samada ambil Plus RM1.60(susur keluar Serdang) atau guna lebuhraya MEX RM4. Kedua bypass bulatan menghala Jalan Istana ke Sg Besi. Agak jauh sedikit tetapi traffik lebih lengang.

Masalah guna Jalan Genting Kelang ialah di Jalan Genting Kelang (JGK) sendiri. Traffiknya boleh statik untuk beberapa ketika. Walaupun tidak sejauh kesesakan MRR2, tetapi sekurang-kurangnya di MRR2 kenderaan masih bergerak.

Kemudian aku cuba dari Jalan Sg Pusu terus melalui sepanjang Jalan Gombak untuk susur keluar Jalan Genting Kelang, dengan harapan dapat bypass kesesakan sepanjang Jalan Genting Kelang. Negatif: Sesak nak masuk.

Kemudian dari MRR2 aku keluar di susur JGK. Traffic light pertama terus susur ke LRT Wangsamaju. Menghala Taman Seri Rampai, Setiawangsa dan Jelatek. Di persimpangan Jalan Ampang, ambil ke kiri boleh juga kerana di MRR2 sudah reda lalulintas melepasi Ampang Point. Namun aku cuba ke kanan menghala KLCC untuk susur ke Jalan Tun Razak. Alhamdulillah traffik lancar. Sekiranya aku tidak ambil MEX masih OK kerana kesesakan di Bandar Tun Razak sudah reda sekitar jam 9 pagi.

Aku akan cuba jalan ini dulu sementara jumpa alternatif yang lebih baik.

Wednesday, January 12, 2011

#tanyanajib

Kalau betul ikhlas untuk memperbaiki ekonomi negara, mengapa tidak diterima cabaran Anwar Ibrahim?

Tuesday, January 11, 2011

Cakap tanpa fakta: Ilmuan atau bukan ilmuan sama sahaja

Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

- Bernama

Wow, ini bukti talk is cheap.

Peluru masuk kepala keluar hidung

An Italian man, hit in the temple by a bullet during New Year's Eve celebrations, has unbelievably sneezed it out of his nose. 28-year-old Darco Sangermano was hit in his head by a stray .22 calibre bullet while wandering with his girlfriend through the city of Naples notorious for its rowdy New Year celebrations. The bullet went through the right side of his head, behind his eye socket and lodged in his nasal passage but miraculously did no serious damage. Bleeding heavily, he was taken to hospital in an ambulance shortly after midnight, but while waiting to be seen by doctors he sneezed and the bullet shot out of his right nostril' - NDTV.com

Benar tapi pelik. Pantang maut sebelum ajal. Sudah gaharu cendana pula.

Motivasi Belajar Sekotak Pensel Warna

Ketika itu aku masih kecil, sebaya umur anak sulungku sekarang. Walaupun ketika itu tiada Iqra', Bacalah Anakku, Read Easy mahupun Bacalah Jawi, tetapi belajar tetap belajar. Motivasi belajar untuk mendapat sesuatu bukanlah bagus, tetapi ia bukan satu kesalahan. Aku perlu belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan kelengkapan mewarna yang baru. Pensel warna kakak yang kupakai sekian lama telah menjadi sepanjang ibu jari. Oleh kerana ibu berjanji membelikan yang baru, aku belajar bersungguh-sungguh. Penggal itu aku mendapat nombor satu di dalam kelas. Petang itu berbunga-bunga gembira beritahu ayah dan mak tentang keputusan penggal kedua itu. Aku tahu mak dan ayah bukannya ada duit, tambahan pula sekarang belum masuk gaji. Tetapi esoknya ibu menghadiahkan pensel warna yang baru. Ya pensel warna Luna 12 batang saiz pendek, kecil tetapi sangat bermakna kerana ia kepunyaanku sendiri, bukan '2nd hand'.

Beberapa dekad berlalu kini aku pula membelikan pensel warna untuk anak-anak. Mungkin kerana hidup tidak sesukar dulu, mungkin kerana harga sekotak pensel warna tidak semahal dulu atau mungkin perbezaan prioriti tentang pendidikan anak, anak-anak kita sekarang tidak sesukar dahulu untuk mendapatkan sekotak pensel warna. Bukan sekadar tidak perlu berjuang untuk mendapatkan sesuatu, bahkan mereka telahpun dapat lebih awal, iaitu sekitar umur 4 tahun kita sudah belikan peralatan menulis dan melukis, atas alasan motor skill perlu diasah seawal mungkin. Tamatkan Iqra' 4 untuk mendapat Lego Star Wars terbaru; itu motivasi era ini. Anak zaman ini sudah terlalu sofiskated; bawa Sony Ericsson Vivaz ke sekolah, RPG Doom dan Tomb Raider tidak cool kerana tidak dimainkan di internet seperti Crazy Shooter Online mahupun Farmville, atau sekadar selesa mendengar subversif alternative punk rock indie menggantikan rock kapak. Sekotak pensel warna mungkin telah bertukar dari kehendak kepada keperluan.

Saturday, January 01, 2011

Malam Tahun Baru: Seperti biasa aku....

Seperti biasa malam tahun baru mengantuk gila. Sedar-sedar dah subuh. Tahun ini pula agak istimewa...

101231 2001
Sekitar jam 10 aku sudah bergerak dari KL ke Putrajaya. Menghirup udara KL di malam tahun baru. Memang kelas. Singgah di stesen minyak. Banyak motorsikal parking. Kiri-kanan penuh. Nak isi minyak kena minta kebenaran (angkat tangan). Group lain-lain. Macam-macam. Ada macam punk, ada macam rock, ada macam mat motor klasik, ada geng rojak (tak clear identiti) dan sekadar campur lelaki perempuan. Apalah budak-budak perempuan ni buat malam-malam kat luar. Mak bapak dia tahu ke tidak?


101231 1048

Sampai tempat gathering. Best jumpa teman lama dan teman baru. Borak-borak sambil ngeteh. Perbincangan dari hal anak-anak sehingga harga rumah Putrajaya dan lesen takaful. Kemudian dengar pengisian Ustaz tentang tarbiyyah. Baca Quran sebelum menjadi as-Syahidul Quran.

110101 0405

Bangun, solat dan berjemaah. Gatal tekak batuk-batuk dan selsema bertambah teruk. Sempat diminta menjadi muazzin Subuh.

110101 0730

Seronoknya minum ramai-ramai kedai mamak di pagi tahun baru, aktiviti debit lemak ganti aktiviti defisit lemak yang gagal dilaksanakan, riadhah. Ada sahabat tabligh mendahului kami di kedai mamak. Macam-macam cerita sejarah D&T di Malaysia disingkap dan dibincang. Priceless moment.

110101 0900
Bersurai. Masing-masing ada urusan dunia menanti untuk diselesaikan. Namun seperti sahabat tabligh itu, kami bersyukur memulakan tahun baru masihi dengan langkah kanan. Semoga ukhuwwah dan usaha ini diberkati.

Thursday, December 30, 2010

Pindah KL

Memang aku lahir dan membesar di KL. Namun beberapa dekad lalu KL tentulah tidak sama dengan KL sekarang. Aku sangat selesa dengan ketenangan dan kehijauan kampung di Banting dan persekitarannya. Kanchong Darat kampung yang sangat tersusun, Kampung Endah yang memang indah dan Morib yang semakin bersih dan cantik. Sewaktu mula bekerja aku menetap di Bangi dan sering ke Bandar Baru. Kemudian aku 'settle down' di sini. Walaupun semuanya 'not easily accessible', aku happy dan terasa suasana kampung yang diidam-idamkan.
Namun kini kami memasuki fasa baru di dalam hidup kami bila zaujati mula berkhidmat sebagai warden sekolah. Kami menghuni rumah warden. Bagi Tha dan adik-adik sekolah baru dan persekitaran berbeza, bagi aku perjalanan yang jauh dan mencabar ke tempat kerja. Bagi kami sekeluarga? Culture Shock.
Sebelum ini untuk ke klinik, shopping complex mahupun sekadar membeli roti canai untuk bersarapan, semuanya memerlukan perjalanan yang agak jauh. Namun sekarang ini semuanya 'on walking distance'. Walaupun sebenarnya ke Jaya Jusco tu 'practically jogging distance'.
Aku rasa banyak lagi perbezaan duduk di kampung berbanding berada di KL. Aku harap kami dapat 'adapt and adjust' dengan suasana baru ini.

Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup 2nd Leg

Superb penalty saves (wonder what happen if the penalty go through), great Safee Sali finish, great defense and overall performance. Malaysia are the champion.

Saturday, November 27, 2010

Retro: Kempen Derma Darah

Tahun 1996 semester 2. Satu-satunya kelab Ko-Kurikulum yang masih ada kekosongan. Persatuan Bulan Sabit Merah. Itu persatuan yang aku ceburi bertahun-tahun di sekolah. Aku rasa bosan pakai baju putih berkawad tengah panas. Tetapi sistem pendaftaran ala barbarian yang menyebabkan kami berasak-asak di tingkap pejabat akademik (bayangkan beratur dan berasak-asak hanya untuk ke tingkap kecil, bukan pintu bukan kaunter), aku dan fellowship yang lain sebenarnya tiada pilihan lain. Aku masih ingat Bak dan Mat death terjerit dari depan tingkap tanya OK ke masuk PBSM. Aku kata layan, maka itulah permulaan cerita bagaimana kami tercongok di kempen derma darah.

Aktiviti PBSM di uni canggih sikit bukan berkawad atau demo balut kaki orang, tetapi aku dan felloship ditugaskan untuk handle Kempen Derma Darah sempena hari Ko-Q uni. Memang klasik. Ketua aku mengelat. Dia lantik aku, penolong ketua kelas Ko-Q PBSM untuk jadi Pengarah Kempen.

Hari Ko-Q uni memang meriah, semua persatuan dan kelab ada booth masing-masing. Penuh satu dewan. PBSM dapat tempat depan pintu masuk Dewan Konvo. Aku dan Fellowship distribute kerja, dari urusan Hospital sehingga sediakan makanan, yelah selalunya kena makan selepas ambil darah. Depa jaga makan aku memantau perjalanan kempen dan panggil/ajal/rayu pengunjung masuk ke kem derma darah. Ada sekali tu aku ajak sorang cik cantik manis ni masuk dia menolak manja cakap taknak. Fellowship kata dia parking Mercedes pinky dia depan dewan. Hebat. Dah lama tu ada member bagitahu itu Tengku Mona adik Sultan Johor sekarang. Bangga aku cerita aku pernah 'mengayat' dia. Anyway...

Jadi perayu memang bagi confidence kepada aku untuk communicate dengan orang ramai. Kalau tiada peluang begini rasanya aku masih rasa malu nak bercakap dengan crowd. Rasa macam hilang separuh hidung ketika bercakap. Tetapi bila ada pengunjung yang setuju derma, rasa bertambah yakin dan berani bercakap dengan orang ramai. Pengunjung macam-macam. Ada first timer, ada old timer. Ada orang pitam, ada yang macam ok jalan dua tiga langkah dah terduduk tepi tangga dan sebagainya. Memang banyak pengalaman. Aku tak pernah terlintas sepanjang kempen itu untuk derma darah. Bulan depan ada derma darah di office aku cadang nak derma. kelakar pula teringat cerita ketika di uni dulu.

Thursday, November 11, 2010

Oldies






Setelah 3 tahun terperap, 'makwe' zaman mengaji ini aku jual. Lebih kepada sedekah kat Mat Pakistan buat kerja potong rumput. Banyak kenangan dengan dia ni, tetapi makin lama aku simpan, makin giat zaujati mengusik. Argh, bye my love.

Sunday, November 07, 2010

Tak larat layan Buletin TV3

Politician dan media ni kerja dia tiap-tiap hari sebar fitnah. Agaknya depa ni kalis dosa.

Friday, October 22, 2010

Ubuntu Perfect 10 is Out




Ubuntu 10.10 proved to be faster and sleeker than ever! Hassle free installation and very friendly ease of use. Still wonder how the software development will be in this distro compared to the stable Fedora 12.

Wednesday, October 20, 2010

Kemaruk 10.10.10

Tak cukup hebat 10.10.10 kerana kalau tahun penuh jadi 10.10.2010. Hari ini bagus juga kalau nak kahwin cuma bukan cuti umum. Hari ini ada yang nikah tepat jam 8 .10 malam untuk dapatkan 20.10.2010 2010 (waktu 24 jam). Kebetulan tuk kadi tak boleh solat berjemaah di masjid kerana pada 20.10 waktu isyak masuk 8.10 malam. Kemaruk habis!

Sunday, October 17, 2010

Siti Paling popular minggu ini

Kalah Datuk Siti. Siti Balqis yang mengalami gangguan jin menggemparkan Terengganu. Ramai yang berkata tidak mustahil, ada yang skeptik dan kebanyakan mengikuti dengan minat.

Thursday, October 14, 2010

6 Months


Time is running too fast, your first day still fresh in our mind, from that moment your arrival became the sweetest thing happen to us. Your smile, laughter and cry completes the day. Happy 6th!

Monday, October 04, 2010

Picasa 3 Rocks!

Buzzing around photo management software. While attracted to Adobe Lightroom complexity and try to mix with Irfanview simplicity, I came acroos Picasa 3. Simple, neat and quick assembling your photo no matter how sluggish your photo housekeeping are!

 

One splendid feature in 3.8 was face detection. While sometimes it give funny output (in this case Picasa identify Kha's aunty as her face, probably because of the resemblence), it still rocks. Once I tag my son, Picasa will suggest a ton of his pictures as him. All you have to do is click yes.

However there are some awareness that should be took into account. They encourage us to do face detection in Picasa Web Album, which me myself reluctant to do because of my fight against anti-privacy. Find it hard but actually they allow the feature offline. One more thing, they can connect directly to your blog if you want to blog certain photo. Interesting but quite dangerous for somebody like me, who prefer to stay anonymous in the net. Use it carefully. Use Yahoo!'s flickr photo uploader and jumble up everything to confuse the 'monster'. Peace of mind.

Other standard feature includes resize, create album without mess with the original physical images location and cool image effect. Give it a try man!
Posted by Picasa

Aids - Akibat Itunya Dipakai Sembarangan

Komen kontroversi Tifatul Sembiring, menteri Indonesia. Terbukti sahabat kita di seberang bijak menyusun kependekan.

Friday, October 01, 2010

Budi Bahasa hanya dalam Lagu

Orang kita kalau pasal berbudi bahasa memang digambarkan cukup hebat. Namun realitinya budi bahasa dan sopan santun rakyat Malaysia hanya tinggal di dalam lagu. Cuba bawa kereta di atas jalan-jalan federal. Sementara guna hon di lebuhraya mungkin bertujuan mengelakkan kemalangan, penggunaan hon di jalan-jalan biasa menggambarkan kebiadaban tahap tertinggi. Mungkin hendak menunjukkan rasa marah kerana kereta orang lain terjulur ke depan sedikit, atau kereta di depan terlalu perlahan atau kereta lain memasuki lane walaupun telah memberi isyarat, atau pemandu bukan lokal yang teragak-agak ke kanan atau ke kiri. Benda-benda kecil atau kesilapan pemandu lain yang tidaklah memudharatkan di ajar dengan menekan hon sekuat hati sehingga puas dan sehingga pemandu lain itu rasa bersalah amat sangat. Cuba bayangkan kalau pemandu itu isteri kita atau anak-anak kita yang baru nak belajar jalan atau hari pertama memandu di jalan utama. Apa jadi dengan slogan "Pandu dengan berhemah di jalan raya"?

Wednesday, September 22, 2010

Perginya Salah Seorang Muassis Dakwah di Malaysia

Minggu lepas sewaktu bertemu Ustaz Hamid Sulaiman, beliau mengkhabarkan pemergian sahabatnya Ustaz Dahlan, kerana ketika diziarahi beliau baru selesai solat ghaib jenazah.

Berita selanjutnya:
http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=78:ucapan-takziah-di-atas-pemergian-ustaz-dahlan-mohd-zain&catid=3:terkini&Itemid=65

Saturday, September 18, 2010

Muhibbah yang bermusim

Selamat Hari Malaysia terutama Sabahan dan Sarawakian. Musim bulan-bulan patriotik yang bercampur-baur dengan musim perayaan ini, banyak iklan-iklan bermesej masyarakat harmoni ditonjolkan. Antaranya seorang wanita Tionghua yang masih menziarahi mertuanya walaupun suami Islamnya telah meninggal dunia.

Namun mesej-mesej ini dilihat bermusim, sedangkan drama Melayu sekiranya ada sangat kurang penglibatan bangsa lain atau watak bangsa Cina, India, Iban atau Kadazan. Drama Cina atau Tamil lagilah kurang, mungkin kerana masalah kurang menguasai bahasa. Tetapi drama Melayu tidak boleh menggunakan alasan yang sama. Sekiranya serius dengan mesej harmoni masyarakat majmuk, skrip mesti diolah supaya dapat menyelitkan watak keluarga Cina atau India.

Semoga Malaysia terus sejahtera dan makmur.

Pembunuhan Datuk Sosilawati

Memang ketika kecoh-kecoh tu aku berada di Terangganu, so bila orang mengusik tentang kepopularan Banting kebelakangan ini atas sebab pembunuhan kejam itu, aku tiada sebarang klu. Rujukan hanya seperti di akhbar. Namun setelah kembali ke Banting, pelbagai cerita yang tidak keluar di akhbar dan media telah sampai ke telinga. Hmm naik malas nak dengar. Aku cuma doakan Banting bersih dari orang-orang yang zalim macam tu. AlFathihah untuk Allahyarhamah dan 3 mangsa yang bersama beliau.

Thursday, September 16, 2010

Semoga dicucuri rahmat Shazwan Shahidan

News and appreciation to one of a few nice guys around.
http://hana-ibrahim.blogspot.com/2010/09/rip-dear-shazwan.html
http://www.zerotohundred.com/newforums/dc5-integra-type-r-forums/350570-rip-shazwan-blueimp.html
http://hana-ibrahim.blogspot.com/2010/09/its-been-7-days.html

Monday, September 13, 2010

Solat di Masjid Terapung

Memang solat di Masjid Kuala Ibai ni sentiasa happening. Solat waktu, qiyamulail atau solat raya, memang sentiasa ramai. Mungkin dapat beribadat sambil menikmati pemandangan tepi laut yang cantik.

P1010440

Friday, September 10, 2010

Tazkirah Ramadhan: Mustajab Doa

Puasa merupakan hikmah tersembunyi di dalam ibadah puasa. Di dalam kelompok ayat al-Baqarah 187-190 (saalaka) ada disebut tentang doa. Jadi sebenarnya bulan Ramadhan adalah bulan doa. Bulan mustajabnya doa. Oleh itu kita digalakkan banyak berdoa. Layan tazkirah ustaz (orang Terengganu duduk Cheras) di Masjid Terapung subuh malam ke 29.

Resipi Puasa Mustajab Yakin dan Khusyuk
Yakin Allah akan makbulkan doa kita dan yakin Allah mendengar doa kita.

Khusyuk adalah perkara yang berbeza. Kita sering lupa bahawa ketika kita berdoa kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Kadangkala kita berdoa sambil lipat sejadah atau jawab sms. Sedangkan kita sedang mengadap Allah lewat doa.

Sebab tidak diterima: Gopoh. Tidak sabar di dalam berdoa. Kita mengeluh dengan mengatakan "Minta doh ustaz tapi tak boleh-boleh (tak dapat-dapat)"

Sebab kedua tidak diterima kerana memakan makanan haram. Haram itu terbahagi dua sebab. Dua sebab haram: Makanan itu haram, ia secara hukumnya haram contoh minum arak atau makanan syubhah atau outlet yang tidak pasti status halalnya. Kedua makanan halal dari sumber yang tidak halal. Contohnya membeli makanan dari duit berjudi, atau menipu duit orang lain, atau tidak membayar duit orang bawahan/pekerja/subcon dan sebagainya.

Hadis 40 Imam Nawawi ada ditulis tentang hadis wamalbasuhu haram. fainna mustajab?

Sekiranya masih tidak diperkenanan doa:

Berserah kepada Allah tentang dua

perkara: Bila dan bagaimana.

Sekiranya sudah terpenuhi semuanya, perhatikan bila dan di mana doa menjadi

mustajab.

Bila? Doa mustajab ketika antara dua khutbah Jumaat, ketika di tengah medan pertempuran dengan orang kafir atau bulan puasa mahupun ketika bermusafir.

Di mana? Doa mustajab di 3 masjid Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjidil Aqsa dan sebagainya.

Untuk memastikan doa kita mustajab adalah sangat sangat mencabar. Sekiranya kita telah meminta tetapi masih Allah tidak perkenankan, periksa kembali sumbar rezeki dan malan hidup kita. Teruskan berdoa tanpa bersungut dan terus berdoa kerana tugas hamba meminta bukan mempertikai. WAllahua'lam.

Selamat Hari Raya 1431

Semoga Ramadhan yang lepas meninggalkan kenangan indah dan kesan iman yang mendalam untuk dijadikan bekalan, sehingga ke Ramadhan seterusnya.

Alfathihah buat ukhti Raihana Zainuddin

Dari http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8149961.asp

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang penumpang sebuah kereta maut selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan besi di Kilometer 226, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Kuantan, awal pagi kelmarin.

Mohamed Fauzi berkata, dalam nahas kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Raihana Zainuddin, 26 dari Seksyen 9 Shah Alam yang berada di tempat duduk penumpang belakang dipercayai tercampak ke hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, pemandu kereta dan seorang lagi penumpang bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan bagaimanapun mereka dihantar ke HTAA menerima rawatan.

“Kereta yang dinaiki mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dan bergerak mengekori belakang lori treler terbabit.

“Ketika sampai di lokasi nahas, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang lori terbabit menyebabkan mangsa yang berada di belakang tercampak ke depan,” katanya.

Wednesday, September 08, 2010

Bila rasa kehilangan Ramadhan?

Kata ustaz bagi tazkirah di Masjid Banting, rasa sedih kerana pemergian Ramadhan itu sangat terasa pada solat Isyak 1 Syawal di masjid. Ini kerana selepas solat, jemaah bersurai, sedangkan sejak sebulan lepas malam-malam hari kita dilengkapi dengan keindahan dan kepenatan berterawih. Apabila mengenangkan ketika itu maka mengalirlah airmata kehilangan.

Sunday, September 05, 2010

Tarawih Membina Kekuatan

Saja layan blog sempoi ini. Gambar yang dipaparkan cukup meruntun hati. Sila ke sini

Kadangkala kita rasa penat untuk berterawih setiap hari. Kita cuba untuk pastikan terawih tetap dibuat setiap hari, sekurang-kurangnya 8 rakaat. Namun cukupkah buat bekalan dihadapkan kepada Allah? Ketepikan dalil buat 8 atau 20, kerana 8 atau 20, dua-dua rasul dan sahabat buat.

Namun di sisi Allah bagaimana di kalangan berjuta umat ini supaya amalan kita Allah terima sekiranya 8 rakaat itupun ada kekurangan di sana sini. Kerana itu beruntunglah orang yang punya kekuatan untuk mengharung tambahan 12 rakaat lagi.

Memang penat berterawih setiap malam, tetapi apabila selepas solat isyak 1 Syawal, pasti terasa kekosongan yang selalunya diisi dengan kelazatan berterawih. Ketika itu hanya linangan air mata dapat mengiringi pemergian terawih. Berdoa sahajalah kita masih ada untuk Ramadhan tahun depan.

Tilawatul Quran


Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Sudahkah tercapai target peribadi masing2?

Friday, September 03, 2010

Muka Blog September 2010

Oleh kerana blogger.com guna framework untuk tukar template, kita akan lupa terus template lama yang pernah kita pakai. Oleh itu mulai sekarang aku akan abadikan template yang aku gunakan dari masa ke semasa.

20100903-sepuluhsen

Top Five Rejected Proposed Wasilah/Platform

Dah takde kerja sangat, aku terfikir beberapa kependekan yang agak ranggi dan sesuai digunakan oleh aktivis Islam. Aku reka sahaja, tapi jangan terperanjat kalau ada sahabat Indonesia kutip nanti. *Ada lebih dari 5 sebenarnya.

6. HAMIS untuk Harakah Mahasiswa Islam Malaysia. Ditolak pendaftarannya oleh HEP kerana namanya yang 'kurang bersih'.
5. PEKASAM untuk Pergerakan Siswa Malaysia. Pendaftaran ditolak kerana dikatakan menyerupai pergerakan sedia ada yang nama hampir serupa.
4. WAKAKA Wanita Kumpulan Aksi Keselamatan Antarabangsa. NGO untuk memperjuangkan keselamatan wanita dari penyeluk saku, peragut atau pengendap. Belum diterima kerana belum check IPR samada FIFA 2010 South Africa ada patentkan perkataan Wakaka tu.

3. GEMPAK untuk Gerakan Mahasiswa Peri Aktif. Ini terlampau ranggi. Kena reject kerana dikhuatiri ada unsur-unsur subversif bercampur barbarian educated aktivis. Pihak HEP masih meneliti kertas cadangan.

2. PACARAN untuk Pemuda Cinta Ramadhan. Agak catchy untuk menarik perhatian. Ingatkan menggalakkan berpacaran. Berpacaran dengan Quran dan Qiyamullail. Hmm Program 2Q. Dah macam Program Motivasi lah pulak.

1. IBIS untuk Ikatan Bujang Istiqamah. Bukan aku, Pak Agus yang reka, buat mengenakan kami-kami yang masih bujang ketika itu. Aku pernah memegang jawatan Timbalan Presiden untuk beberapa penggal.

Wednesday, September 01, 2010

Malam 23 Nan Tenang


Indahnya suasana pagi yang gelap. Bertemankan angin menyapa lembut.

Sunday, August 29, 2010

Buffet Takde Piawai Halal

Yes dah lama nak tahu senarai ni. Bagus

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN

TAHUN 2010



ONE WORLD HOTEL FIRST AVENUE

Bandar Utama City Center

47800, Petaling Jaya



BISTRO & THEATRE RESTAURANT

139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)

Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur



IMPIANA KLCC HOTEL & SPA

No.13 Jalan Pinang

50450 Kuala Lumpur



HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD

Jalan Sultan Ismail, 50250

Kuala Lumpur



PUTRAJAYA SHANGRI-LA

Jalan Putra Perdana

Taman Putra Perdana

Precinct, 62000 Putrajaya



HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR

MTJ Development Sdn. Bhd

165,Jalan Ampang, 50450

Kuala Lumpur



SHAH’S VILLAGE HOTEL

3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115

46719, Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan



PRESCOOT INN KAJANG

Wisma Metro Kajang

Jalan Semenyih

43000 Kajang Selangor



LAGENDA CUISINE SDN BHD

(PRESCOTT INN KAJANG)



ORIENTAL CRYSTAL KAJANG

Lot 13, Jln S10/3, Section 10,

Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor



RESTORAN TUPAI-TUPAI

Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas

Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000

Selangor



EASTIN HOTEL PETALING JAYA

13, Jalan 6/11

Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,

Selangor Darul Ehsan



CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR

2, Jalan Sultan Ismail

50250, Kuala Lumpur



NOVOTEL K.L CITY CENTER

(CONCIERGE-DEPT)

2, Jalan Kia Peng, 50450,

Kuala Lumpur



BANGI GOLF RESTAURANT

Bangi



CITITEL MID VALLEY

Mid Valley City

Lingkaran Syed Putra

59200 Kuala Lumpur



KANPEI RESTAURANT

Eminent Pedestal SdnBhd

Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel

368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak

50400 Kuala Lumpur



THE ZON ALL SUITES RESIDENCES

161-D, JalanAmpang, 50450

Kuala Lumpur



THE ROYALE BINTANG

KUALA LUMPUR



R & B SERVICES

BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL

1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR



THE SAUJANA KUALA LUMPUR

SAUJANA RESORT

Jalan Lapangan Terbang SAAS

40150 Shah Alam, Selangor



HILTON KUALA LUMPUR

3, Jalan Stesen Sentral

50470 Kuala Lumpur

P.O. Box 11815, 50758

Kuala Lumpur



LE MERIDIEN

2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur

50470 Kuala Lumpur



THE REGENCY HOTEL

No.3, Jalan Raja Alang

50300 Kuala Lumpur

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/ogos/Kenyataan%20Media%20KP%20berkenaan%20Halal%20sepanjang%2010%20Ramadhan%20pertama.pdf

Wednesday, August 25, 2010

WikiLeaks

Ia adalah ibarat youtube kepada Astro, blogger.com kepada Utusan, footytube kepada ESPN, bittorrent kepada copyright, scribd kepada rapidshare atau OpenOffice kepada Microsoft Office.
Sudah agak hot di peringkat global, di Malaysia belum ada yang berani mati macam RPK atau tukartiub. Buat masa ini cuma ada satu dokumen melibatkan Malaysia, iaitu berkenaan PKFZ. Siapalah yang berani tahap gaban tu agaknya?

http://wikileaks.org/

Lintas Jalan Bahaya, Guna Jejantas pun Bahaya



From Malay Mail
http://www.mmail.com.my/content/47494-kindergarten-teacher-killed-resisting-snatch-thief

PETALING JAYA: In yet another ugly spectre of snatch theft, a kindergarten teacher was stabbed to death in an attempted grab-and-run incident when she put up a brave fight on the Sunway Pyramid overhead bridge this morning.

The snatch thief knifed Leong Lai Yong (right), 57, on her left rib to escape. She had clutched on to her purse and the assailant fled empty-handed.

In the 7am incident in the middle of the bridge, Leong collapsed after staggering towards the end of the crossing.

The bridge was virtually empty then.

Leong had died by the time two witnesses rushed to her aid.
Murder weapon

The Taman Sri Muda resident was on her way to work.

Monday, August 23, 2010

Jejak Rasul Serikandi

Awal Ramadhan ini TV3 menyiarkan spin off Jejak Rasul: Serikandi. Menarik kerana mengisahkan wanita-wanita hebat di samping rasul dan tokoh2 wanita selepasnya. Antaranya adalah anak baginda Fathimah dan Ummahat Muslim Aisyah. Aku tertarik dengan liputan di Syria tentang Khaulah Al-Azwar, adik Dhirar Al-Azwar. Dia salah satu inspirasi nama Khaulah, selain Tsa'labah. Juga diceritakan tentang ibu saudara rasul Shafiyyah Abdul Muthalib.

Harga Masih Sama?

Betul ke harga juadah di bazaar Ramadhan masih 'standard'? Rata-rata tempat aku pergi, dari Dengkil, Jenderam dan Bangi, harga sudah naik. Nak beli pun fikir panjang.
Dulu sebungkus mee kosong (orang Tganu kata mee boddo) boleh jumpa lagi RM1. Sekarang rata-rata RM2. Kuih RM1 3 ketul payah nak cari, dah ganti dengan RM2 5 ketul. Murtabak RM1.50 dah pupus, RM2 beratur panjang, tapi yang RM2.50 berlambak. Sate pun dah mula jual 70sen sebatang. Nak beli 5 batang untuk celah gigi pun dah RM3.50. Nasi ayam? Naik malas aku nak story the morry.
Orang yang kata masih standard samada politician, orang bergaji/pendapatan besar atau jarang pergi Pasar Ramadhan.
Zeti Ungku aziz kata pertumbuhan ekonomi 6%. Sementara pelaburan dijangka masuk, peluang pekerjaan bertambah dan sebagainya, ia tidak mengubah keperitan rakyat dalam jangka masa terdekat. Apa direct effect kepada golongan marhaen? Sepatutnya diberitahu juga kadar inflasi sekarang, baru tahu parah tak parah keadaan sekarang. Ada sesiapa pakar ekonomi nak kongsi berapa kadar inflasi sekarang? Ia lebih refleks kepada suasana dan kuasa beli rakyat sekarang.

Friday, August 20, 2010

Birthday Girl!

P1000900
Antara bukti kedewasaan Zaujati. Skill memasak menghapuskan terus angan-angan mahu kelihatan kurus. Gambar di atas adalah Rohu Masak Sambal Likat, percubaan berani masak ikan air tawar yang besar dan hanyir.

Kepada Zaujati yang bersinar-sinar,
Kelmarin Zaujati sudah mencecah 30. Mabruk ya, Mama sudah 3 dekad mengharung dunia. Terima kasih atas kenangan indah bersama sejak 8 tahun lepas dan tahun-tahun mendatang. Terima kasih kerana melahir, menjaga dan membesarkan anak-anak. Terima kasih kerana bersabar dan berkorban demi lelaki ini. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini. Semoga panjang umur murah rezeki. Amin.

Thursday, August 19, 2010

Hujan Ujian Ramadhan

Walaupun ketika awalnya agak panas, Ramadhan kali ini hujan memang lebat habis, memang tempias cuaca melampau dunia La Nina. Hujan bermula sekitar lewat petang hingga awal pagi. Sekiranya tidak dapat keluar ke masjid, jangan sampai tidak berterawih di rumah.

Layan berterawih di Masjid Al-Mustaqimah, aku simpan sahaja payung di dalam kereta kerana hujan sudah reda. Kalau musim hujan biasa, reda tu memang reda. Tetapi hujan musim ini memang tidak boleh dijangka. Selepas moreh, hujan semula dan lebih lebat dari awalnya. Nasib baik ada abang hensem tumpangkan payung sampai kereta. Ahaks.

Cuaca tidak menentu tidaklah seteruk yang dialami saudara kita di Pakistan. Kecil sahaja ujian Ramadhan kita berbanding mereka. Rumah tenggelam, ahli keluarga entah di mana, pakaian sehelai sepinggang. Sahur dan berbuka apalah agaknya? Aku doakan rakan-rakan di Karachi dan Lahore seperti Hijaz, Asim Naseem selamat hendaknya. Amin

Apa kaitan porno dengan buang bayi?

Dipetik dari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/17/nation/6869673&sec=nation

KUALA LUMPUR: Widespread access to pornography and weakened family ties have led to an increase in baby dumping in the past five years, according to Federal CID director Comm Datuk Seri Bakri Zinin.

“Youth today can easily have access to such material online, even through their mobile phones.

“Parents also need to guide and educate their children on sexuality,” he said yesterday at Bukit Aman.

Comm Bakri also urged the public to work closely with the police in identifying such cases.


Sejauh mana tindakan menyalahkan teknologi boleh membantu mengurangkan pembuangan bayi masih diragui. Telefon bimbit dan internet hanyalah medium. Semua orang ada capaian terhadap porno. Perkara yang menyumbang ke arah buang bayi adalah
1. Tiada atau kurang aktiviti amar maaruf nahi mungkar. Kalau ada dipandang negatif.
2. Didikan agama. Memang petunjuk dan hidayah milik Allah, tetapi sekiranya akal normal tidak nampak mana baik buruk, atau ketika naluri kemanusiaan binatang lebih baik dari manusia, pengetahuan agama boleh menjadi pendinding diri.

Dari Youtube Banjir di Pakistan

Silakan ke sini http://www.youtube.com/watch?v=_i5g5ZzPjbQ&feature=related

Dua perkara nak ditunjukkan di sini:

1. Betapa dahsyatnya banjir di Pakistan, seolah-olah di tengah lautan yang beraruskan sungai.
2. Superhero dunia sebenar.
3. Kaedah menyelamat ketika banjir yang sebenar.
4. Bak kata orang-orang tua, berpantang maut sebelum ajal.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 1431 yang lain dari biasa

Kali ini berbeza sedikit kerana Tha mula berpuasa. Juga kerana kami spend banyak masa bersama, siapkan juadah berbuka, terawikh dan tadarrus. Juga kerana aku berazam habiskan/curi masa yang sibuk di pejabat untuk Quran. Oh ya juga kerana Ghumaisha'.

Tuesday, August 10, 2010

Konsisten


Masjid KLIA yang besar dan cantik. Jumpa Syeikh al-Awaa'id. Proud to serve you.

Tuesday, August 03, 2010

Retro: Kisah Kelisa Putih

Cerita dari www.puncakalamtown.com

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS highway) kelihatan sebuah Kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datang lah sebuah kereta Mitsubishi Evo 7 berhenti di sebelah Kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya mamat Evo 7 berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak "jawab pakcik tu simple je.....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"canteek gak tu..." tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Woraaitt pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat depan Kelisa putih didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 7nye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo 7 brother….apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Porsche 911 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7, apa lagi bro….jiwa muda pantang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Porsche 911 nie...lupa la pulak dia dengan Kelisa putih org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah….angin punya pasal.
Tak sampai 2 kilometer di depan ada mamat Polis bertenggek buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm.... bedesup peginye.

"Ini dah lebih speed limit nie"kate mamat Polis nie.

"Mak ai !! ini dah cecah 250kmj" Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over. ..over"kate mamat Polis tadi pada kawannya didepan.

"Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye" kate mamat Polis.

"Kereta ape yang satu lagi Bro" kate member Polis yg ada di depan.



"Kelisa putih beb….tengah cucuk angin ngan Evo7 tu….siap bagi hon dan hi beam nak potong !!! pergh…

Tuesday, July 20, 2010

Masalah

P1000887
Kalau semua masalah secantik Sudoku Kanak-Kanak, duduk satu hari dengan masalah pun tak mengapa.

Jangan ributkan diri dengan pelbagai masalah. Banyak sangat fikir nanti serabut. Kalau dah tua boleh jadi hypertension dan strok.

Monday, July 19, 2010

Ukhuwwah Berkekalan Walau Tidak Bersama

Sahabat,
Walau di mana engkau berada
Walau apa yang engkau lakukan
Aku doakan semoga engkau sentiasa
Maju dan konsisten
Walau kita tidak lagi duduk semeja
Bertepuk tampar di kala santai
Bertegang leher ketika serius
Namun ia sebahagian dari proses
Mendewasa dan mematangkan kita
Ia kenangan bersama milik kita
Jangan jadikan alasan
Untuk tidak lagi menjalin ikatan
Kerana kita bukanlah bintang
Menyusur bukan beerti tidak berbisa
Engkau tetap hebat dengan caramu sendiri
Semoga suatu masa nanti
Kita dipertemukan lagi
Dalam suasana yang segar dan tenang

Friday, July 09, 2010

"Baby Baru"

Betul. Sejak mengaji aku mengidam nak pakai Compaq. Orang kata dia seperti namanya, kompak dan reliable. Sampai ke sudah (dah kena beli dek HP) tak dapat lagi. Aku biasa guna HP Proliant untuk project deployment. After sales service agak baik. Tapi tak sangka projek baru ni bos kecik bagi Compaq 511 ni.



Nakal bos, dia anggap laptop ni untuk ikat aku agar setia dalam group dia. OK la tu, aku anggap dia macam gula-gula.

Harga di internet tak sampai RM2k, tapi spec agak OK. Satu kelebihan Compaq ialah keyboard dia sangat selesa dan buat kita geram menekan butangnya yang lembut dan sopan. Tapi kalau guna duit sendiri baik beli Asus Taiwan mari. Murah dan bukan US made.

Thursday, July 08, 2010

Pokok Hiasan Beracun (email)

Pokok beracun-




Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.


Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.


Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.


Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".


Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Tuesday, July 06, 2010

Kumpulan Saff One

Tak sempat minta nyanyi live Awan Terpilu Emas Awanan. Masih kacak bergaya depa ni.

Monday, July 05, 2010

Thursday, July 01, 2010

Dari Youtube: Azzam Tamimi

Ini eksperimen aku untuk embed youtube. Azzam Tamimi speaker yang mantap kalau bercakap tentang Palestin. Aku jumpa dan berkenalan dengannya ketika Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Tak, aku sahaja yang kenal dia, dia tidak.

Wednesday, June 16, 2010

Kyrgyzstan in Violance

The UN said yesterday there was strong evidence the ethnic violence that gripped southern Kyrgyzstan since last week, forcing tens of thousands of Uzbeks to flee, was orchestrated and planned in advance.

Rupert Colville, spokesman for the UN high commissioner of human rights, said the riots, which began in the southern city of Osh, were provoked by shadowy outside groups. The official death toll was last night put at 174 with 1,800 injured. But aid agencies said the actual figure was much higher.

Adab Berdebat

Sesuatu kaum yang mendapat petunjuk tidak akan disesatkan kecuali mereka suka berdebat - Hadis

Perdebatan yang melibatkan ketaksuban adalah merosakkan.

Contoh perdebatan melampau dan tidak konstruktif adalah Ronald Trump dan peserta rancangannya.

Pada zaman Rasulullah, terdapat dua orang sahabat yang bertelingkah kerana satu ayat. Rasulullah sangat marah dan bersabda bahawa orang-orang sebelum kamu telah binasa kerana bidaah dari bertelingkah dan melaga-lagakan ayat dari kitab Allah.

Taubat

Taubat akan menjadi ibarat minyak kepada pelita iman. Sekiranya iman menjadi kurang, maka taubat akan mengnsafkan manusia, membawa manusia sesuai dengan fitrahnya sebagai hamba dan menyedari kerdilnya diri di sisi Allah

Perbincangan buku Rambu-rambu

Dunia hanya kesenangan yang memperdaya

Kematian adalah pasti

Surah Ali 'Imraan ayat 177