Tuesday, January 08, 2008

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut

Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB

KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,'' beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa'i (Beirut: al-Maktabah al-'Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.''

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.''

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Monday, January 07, 2008

Single Parents Dilemma

Tahun 2008 ini membawa suatu kelainan pada aku dan keluarga. Setelah sekian lama meninggalkan Universiti, Zaujati kembali ke kampus, mengikuti diploma pendidikan. Oleh kerana program ini memerlukan pelajarnya duduk asrama, serta-merta rutin kami berubah. Yang kecil tu agak terkesan kerana dia yang manja sangat dengan Zaujati. Hujung minggu baru dapat jumpa, walaupun kalau beliau ada masa senggang kami akan menculiknya sekejap untuk bawa balik ke rumah. Anak-anak menjadi tanggungjawabku sepenuhnya, kecuali masa kerja kerana dihantar ke babysitter. Takut memikul tanggungjawab berseorangan? Sedikit, bohonglah kalau terlalu yakin dengan tanggungjawab ini. Namun apalah besar sangat tanggungjawab ini berbanding peranan si ibu yang mengandung dan melahirkan. Berseorangan hampir setiap waktu. Beban selepas kerja yang memerlukan aku bergerak ke sana-sini mungkin memerlukan penelitian semula. Apakah kemungkinan-kemungkinan untuk single parent ini.

1) Kemungkinan untuk mengetuk rumah babysitter lewat malam untuk ambil anak-anak adalah pilihan yang sukar.
2) Mungkin bawa mereka ke mana sahaja aku perlu pergi, itu pilihan yang praktikal untuk situasi-situasi tertentu sahaja.
3)Ambil bibik? Anak tak penat ke sana-sini tetapi situasi di rumah pasti tidak selesa jika Zaujati tiada (memang kebanyakan masa dia tiada) di rumah.
4)Mak dan Mama ajak bawa anak-anak ke kampung (Banting dan Senai). Kami pula yang rindu ke anak-anak. Depapun psychologically struggle.

Hmm. Mungkinkah ada jalan keluar yang lain?

Sunday, January 06, 2008

Celcom 3G Coverage sekitar Sg. Merab dan Jenderam Hilir



Improve dari tiga hari lepas. Tapi buat masa ni mungkin lebih baik guna TMNet Home Streamyx.

Result lewat petang: Semakin baik nampaknya. Boleh suscribe rasanya.

Merc kena snow wash


Mak cakap dia sedih kereta arwah bapa tak gerak-gerak dan nampak buruk. Tindakan aku: Hantar servis, basuh kasi kilat dan tukar pakai dengan Satria.

Friday, January 04, 2008

Salah Kunci

Aku ingin berkongsi sedikit cerita . Aku ikut style Naga, kawan blogger bukunota. Biasalah sebagai tanda admire.

Malam Sabtu. Biasalah main futsal. Aku dan kawan-kawan.
Tumpang kunci, dompet dan handphone di beg Awang kawanku.
Main OK tapi ramai. Last game satu assist satu goal. Puas hati. Kena rush balik.

Kereta pula tak boleh hidup engine.
Tekan-tekan kunci tak nak start.
Pulas-pulas stereng tak boleh.
Gerak-gerak tayar tak boleh.

Kerabat ada yang nak balik awal.
Veron cuba tekan-tekan kunci tak nak start.
Ijok cuba tolong pulas-pulas stereng tak boleh.
Veron cuba gerak-gerak tayar tak boleh.

Tiba-tiba Ijok tertekan alarm pada kunci.
Kereta selang dua belah yang berbunyi. What the hell? Rupanya aku terambil kunci kereta Awang.

Malu. Pecah perut gelak. Semua ketawa cuma beza. Ijok dan Veron mentertawakan. Aku ditertawakan.

Moral of the story:
1) Fokus: Walaupun kunci Wira dan Satria sama, kunci stereng selalunya berbeza-beza. Kat situ aje dah fail.
2) Kaum kerabat yang baik sukar dicari. Veron & Ijok, you rock!
3)Tak reti-reti bawa beg sendiri?

3G Celcom Broadband dari rumah

Akhirnya, setelah sehari suntuk mencuba dan bergayut dengan minah-minah dan abang-abang (Mala, Farizan, Nora, Shafie, Malek ntah sape lagi) Celcom Customer Care, akhirnya ketika ini, di lewat pagi, aku berjaya surf internet dari rumah. Ya betul dari rumahku di ceruk desa ni. Terima kasih guys, tak sangka, kemalasanku untuk pergi ke kedai celcom berhampiran berbalas. Siapa kata Customer Care Celcom tak bagus? Dengan sedikit kesabaran insya Allah boleh configure sendiri handphone untuk menjadi modem. Kalau nak tips boleh sahaja. Akupun perlu recall step yang diberi, takut lupa.

Aku cuba lihat speed connectivity di sini. Memang sepanjang hari ini rangkaian 3G Celcom ada masalah, so aku rasa connection yang aku dapat kalau bukan 3G pasti GPRS. Aku berharap dengan handphone 3.5G ini aku berupaya surf dengan kelajuan HSDPA. Tapi sayang, ini kawasan kampung, bukan kawasan "Wilayah Celcom".


Aku akan cuba lagi dapatkan speedtest result esok pagi insya Allah.

Pagi tadi kira-kira 7.15 pagi, menurut Celcom 3G Network belum pulih dan PC Suite Sony Ericsson menunjukkan sambungan ke Celcom sebagai Low.


Ada improvement. Setakat surfing memang laju, tiada masalah. Youtube juga agak smooth walaupun hanya 300k. Best walaupun belum capai 1000kbps. Ada harapan nak melanggan RM68/month.

Thalhah & Umar


Kawan lama kalau jumpa. Thalhah jadi Optimus Prime dan Umar pilih Bumblebee sesuai dengan baju kuningnya.

Baju baru


Baju Terengganu pilihan mama. Jazakillah. Cantik.

Mama start DPLI


Mama baru keluar dari check in di Kolej Keris Mas. Good luck with your new start.

Khaulah


K850i

My first image using K850i

Wednesday, January 02, 2008

My LD "Roger and Out"

Aduhai tension hari ini. LifeDrive ku yang bertahun-tahun tak bermasalah tiba-tiba meragam. Tak boleh Hotsyn. Hangin mulanya. Habis semua latest meeting, training dan blogs serta nombor anak2 buah lesap begitu sahaja. Tapi bila dia buat loop reset selama beberapa jam sehingga panas, dua perasaan lain muncul. Pertama kasihan. "This little thing" has done some tremendous jobs over the years. Untuk pelupa dan unorganized person sepertiku, ia merupakan PDA yang sangat berguna. Rupa-rupanya aku sekali lagi gagal menghargai orang-orang (dan benda-benda) di sekeliling. Perasaan kedua adalah takut. Takut kalau bukan setakat latest info, tetapi seluruh data yang kumasukkan sejak 2005 dulu hilang. Rasa nak menangispun ada. Hai kenapalah orang zaman sekarang banyak sangat bergantung pada machine.


Alhamdulillah selepas hard reset manual dari website PalmOne, aku berjaya menghidupkan semula LDku setelah hampir sejam di wad kecemasan. Melalui bluetooth, aku cuba HotSyn dan berjaya. Catitan-catitan meeting, training, liqo, blog dan kontak adik2 terbaru hilang, tetapi maklumat2 yang lama masih ada di dalam versi desktop. Back to normal syukurlah!

Sunday, December 30, 2007

Akhbar Alam Islami 20071230: Pembunuhan Benazir Bhutto

Ini antara berita paling menyedihkan di hujung tahun 2007. Ketika di Karachi dahulu aku pernah melalui kawasan kediamannya yang dekat dengan Port Basin. Walaupun ketika itu beliau belum balik dari buangan tetapi rumahnya terjaga rapi dengan sepanduk dan potret besarnya menghiasi halaman rumah, untuk menggambarkan betapa besarnya sokongan rakyat terhadapnya. Beliau bukanlah pejuang Islam kerana pengaruh sekularisme dan jiwa nasionalis yang menebal. Sememangnya tiada pihak yang benar-benar mendapat keuntungan dari kematian bekas Perdana Menteri ini, bukan Musharraf, Taliban, al-Qaeda mahupun Nawaz Shariff melainkan masing-masing menuding jari atas sebab-sebab yang berbeza. Setakat ini musuh-musuh Islam sahaja yang bertepuk tangan kerana sesama muslim berbunuhan antara satu sama lain.

Agak sukar memastikan pilihanraya bulan ini akan berjalan dengan adil. Apa yang pasti kemungkinan besar Musharraf bekas pemerintah tentera yang menggulingkan Nawaz 10 tahun lalu akan terus berkuasa. Jika ini berlaku yang kasihannya adalah rakyat Pakistan. Prasarana yang teruk di Pakistan akan berterusan dan jurang kemiskinan yang terlalu besar akan terus menghantui buat suatu masa yang agak lama.

Sunday, December 09, 2007

'Fatwa' dalam memboikot

Di sini saya ingin rakamkan tentang cerita seorang teman tentang boikot. Ada yang diolah secukup rasa mengikut gaya bahasa penulis blog pojok.

"Memang bukan rahsia lagi aku salah seorang dari orang yang hidup di dunia ini; memboikot. Ada orang boikot ayam, ada boikot tol, ada yang boikot Utusan atau TV3. Namun aku memboikot KFC, McD atau setengah-setengah product Nestle yang tiada alternatif yang sebaiknya. Ini contoh-contoh MNC yang tidak digemari kerana dikaitkan dengan usaha membantu Israel membunuh saudara-saudara seIslam di Palestin.
Aku berusaha untuk menjadi syadid di dalam hal-hal ini, namun betullah kata orang alim, nak berjihad ni dalam apa sahaja saluran, militer, ekonomi hatta kepada jihad nafsu pasti dugaannya besar. Tak mampu rasanya melawan. Jiwa sentiasa terdorong untuk buat benda yang dah mengaji sebagai tak sepatutnya dibuat; tetapi tetap dibuat juga. Kadang-kala terdorong pula untuk mencari kelonggaran, selagi tiada dalil syarie tentang sesuatu. Contohnya boikot KFC. Orang bijak pandai dan cendikiawan barat, malahan artis dan selebriti atas angin (melalui PETA) juga bergiat aktif menentang KFC yang diistilahkan sebagai "Kentucky Fried Cruelty" kerana pengendalian ayam yang tidak berperikemanusiaan. Jiwa ini juga sudah faham betapa pengendaliannya juga walaupun dijamin halal tetapi menimbulkan banyak keraguan. Tidak cukup dengan itu, masyarakat Islam mengklasifikasikan product ini sebagai pendokong Israel melalui dana-dana yang disalurkan (rujuk Inminds). Namun jihad ini sentiasa diuji....

Bila saudara jauh yang tidak masak dengan sikap dan perangai kita datang dari jauh ajak makan di KFC, terasa bergoyang sedikit mujahadah ini. Mujurlah kakak yang memahami menolak dan menganjurkan makan di rumah sahaja. Namun masalah datang lagi bila saudara terhormat dan tersegan sanggup tapau bawak balik untuk makan bersama. Ini sudah boleh dianggap menjatuhkan maruah kalau tidak menjamah. Terpusing-pusing mencari alasan tidak duduk makan bersama. Takkan nak cakap "Takpelah, saya makan kat dapur aje". Kan janggal tu bila semua dah berkumpul di depan kita nak masuk dapur. Akhirnya aku terus duduk dan makan macam biasa. Hidangan itu hanya kujamah setengah barrel ? sahaja.

Selepas tetamu berlalu, adik bertanya mengapa makan juga walaupun boikot. Mudah aku menjawab, "Yang diboikot tu ialah membeli, tapi kalau ada orang lain yang beli, benda yang halal, terhidang depan mata, harus dimakan, kena ikut kata P. Ramlee, "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari". Makan ajelah".


Pandai betul sedara kita ni. Cerdik sungguh!

Saturday, November 24, 2007

AJK Tandas seumur hidup

Maaf sekiranya tajuk blog ni mungkin bertaraf pojok, remeh atau sedikit mengada-ngada. Ada satu pekara yang penting kupelajari minggu ini yang mungkin menarik dikongsi.
Selalunya kalau ada program, memang rumah kedai 3 tingkat di sini menjadi semacam 'markaz' untuk belajar membuat senjata dan bom fiqh dakwah dan ilmu tsaqafah. Setiap ketika itu juga sekiranya aku berada di situ, aku berasa selesa berada di situ, terutamanya bilik aircond, coffee maker, broadband internet, sistem PA audio video dan mesin fotostetnya. Kadangkala lebih seronok berada di sini dari opis kerja dunia mahupun mini opis di rumah.
Namun perasaan itu semacam ditarik minggu lepas apabila aku membuat kunjungan rutin. Puas aku membuat penyelidikan, feedback study, feasibility report mahupun counselling session tentang perubahan perasaan selesa dan seronok yang hilang itu. Setelah meneliti semua perkara baru aku sedar sesuatu, keadaan tandas agak berbau dan tidak terurus. sudah mula nampak .... tak perlu rasanya diteruskan. Bayangkan sendiri suasana tandas Puduraya pada pukul 2.30 pagi.
Sebelum ini keadaan tandas yang cantik dan terurus itu tidak pernah kuperhatikan kerana selama ini jarang ia mengganggu atau melintas difikiran. Memang kita tidak akan menghargai sesuatu atau seseorang sehinggalah kita kehilangannya. Itulah kebiasaan yang selalu kita terlupa untuk ambil ikhtibar.
Aku diberitahu bahawa seorang sedara ni memang setiap kali ada function atau program di opis, dia akan membersihkan tandas-tandas yang ada sebelum sesiapapun datang. Ini sebahagian dari rutinnya dan sumbangan kepada pejabat, mungkin sebagai membayar yuran mengaji. Tetapi sadara ni sudah balik kampung sejak sebulan yang lalu, bincang dengan keluarga perihal nak menikah. Amboi-amboi bukan main lagi dia. Barulah aku sedar betapa mulianya AJK Tandas seumur hidup ini.
Betullah kata Fadzillah Kamsah ketika aku mengikuti program motivasinya di Marang sekitar 1995, "Walau hebat manapun kita, jangan lupa bersihkan tandas. Ia akan mendidik kita menjadi insan yang lebih hebat". (Betul ni tak tipu, dia cakap camtu). Jumpa lagi.

Friday, November 02, 2007

Patent: Macam-macam ada

Sesekali buat patent ni seronok juga. Oleh kerana setiap project dikehendaki menghasilkan patent, maka ...layan aje. Ada beberapa laman web yang sediakan khidmat mengkaji invention atau ciptaan yang telah dicorakkan?patentkan. Antaranya Google Patent Search. Aduhai jadi slave Google lagi.

Apa yang hendak dikongsi bersama, ialah tidak sangka, rupanya banyak benda yang telah dipatenkan. Plastik merah yang selalu digunakan dipasar tu pun rupanya ada paten. Cara nak buat nasi ayam pun ada.
http://www.google.com/patents?vid=USPAT6056986

Design seluar dalam pun ada
http://www.google.com/patents?id=kq0IAAAAEBAJ

Cara nak reduce petrol consumption pun ada. Bagus kalau invention ini dicommercialkan. NGV beratur panjang.

Memang orang berlumba patenkan apa yang dicipta supaya boleh protect invention dia dari orang guna. Kira exclusive right. Kedua mungkin boleh digunakan untuk saman orang yang pakai tanpa minta kebenaran. Ada orang boleh hidup dengan duit legal action atas paten. Hebat.

Tapi itu dari aspek kapitalisme. Dari aspek akhirat, buat invention yang bagus tetapi tak nak share pun buat apa. Tak dapat pahala berbuat kebaikan untuk kemaslahatan manusia. Dalam kubur duduk la sorang-sorang harapkan timbangan pahala lebih besar dari dosa.

Wednesday, October 03, 2007

Top Ten Sign You Are Addicted to Blog

Ulang tayang atas permintaan 'bloggers' yang nak baca tapi tak tahu guna butang GoogleSearch.

On Thursday, November 10, 2005
Top Ten Sign You Are Addicted to Blog
Dulu aku banyak menulis Top Ten ni, terutama bila tengah tension buat kerja. Bila penatpun begitu, jiwa mudah teransang untuk menyewel mana-mana yang patut. Ini antara yang sempat aku racaukan baru-baru ini.

Top Ten Sign You Are Addicted to Blog (Memang ada pengaruh Dave Letterman, aku mengaku. Nanti aku nak buat dalam English dan hantar ke website Late Show)

10. Setiap pagi, sebelum soccernet atau Malaysiakini, anda melayari roime.blogspot.com dan menyumpah blogger berkenaan sekiranya dia tidak apdet

9. Kerja anda: 10 minit membuat eksperimen, 50 minit membaca blog

8. Anda beli digital kamera semata-mata untuk mengisi gambar di dalam photoblog anda

7. Buku di makmal ditambah huruf B dan tertera sebagai "Labarotary BLog Book"

6. Key Performance Index atau KPI anda tercatat: Menghasilkan 10 posting blog setiap bulan.

5. Anda meminta subordinates menghantar laporan mengikut format html (blog)

4. Anda memanggil anak-anak buah anda sebagai "bloggers"

3. Ayat yang sering didengar bila berborak dengan anda: "Nanti kau baca aje dalam blog aku".

2. Anda memandang rendah peers yang tidak ada weblog sendiri (baca posting terbaru The Phenomenon)

2. Syarat meminjam notebook anda: Layari drivedbyblog.blogdrive.com, isi sekurang-kurangnya 2 komen dan tulis sesuatu di shoutbox.

1. Atas kad jemputan kahwin anda, selain tertera nombor telefon, terdapat juga alamat blog anda.

Sendal dari Abouti

Tuesday, October 02, 2007

Apa cerita terbaru?

Saya nukilkan cerita ini khas untuk Nazrulamir, Ammar, Asim, Azrin, Musa, Ekhwan, Isra, Sopi, Pista, Montok, Rijal, Asfa, Tada, Amir Hakimin, Fadrullah, Asriq, Zamir, Azlan dan Syazli serta yang mengenali. Korang semua dah lama tidak kutemui atau kuhubungi atau sms atau shout atau email atau sebarang wasilah komunikasi. Kalau baca blog ni recommunicate ler. Kalau tidak nasib la. Ni nak apdet sikit.

Mula-mula sekali hopefully takde yang tertinggal berita pemergian bapa ke RahmatuLLah. Boleh baca posting yang lama. Kusangka ia suatu tempoh suram di dalam hidup ini. Ia akan berlalu dan keadaan akan jadi seperti sedia kala. Rupanya ia tidak semudah yang disangka. Yang pergi tetap pergi namun waris yang tinggal tidak mungkin dapat meneruskan hidup seperti biasa. Paling tidak banyak pasti sedikit akan terkesan. Bagiku, ia seolah-olah mengubah hidup ini.

Kedua kesibukan urusan kerja. Sering ulang-alik Pakistan. Walaupun tidak sekerap PM pergi oversea tetapi selalulah juga kelepet 'pengajian'. Jadi Project Head juga cabaran yang perit. Tiada lagi keseronokan membuat ujikaji atau kerja-kerja development. ISO mungkin menyebabkan kita berpeluh, tetapi masuk CMMI, pastinya membuat kita terasa macam kurang darah naik ke kepala.

Kemudian urusan perpindahan pemain rumah. Sebenarnya saya lebih suka buat lepas raya. Zaujati berpandangan sebaliknya. Tambahan pula adik-adik ipar yang bertaburan di Mesir, Australia, Jawa, Sumatera dan Kelantan kebanyakannya balik berkumpul di rumah raya ni sebelum bertolak ke Ipoh. Tak muat lah apartment sewa tu. Bila pindah memang sangat banyak kerja. Bila dah selesai berkemas sibuk pula nak enhance. Kitchen Cabinet? Perabot jati? TV 41.23 inci? Air terjun? Pergola? Mana ada, enhance tu macam buat security sikit, lock dan sendal. Enhance tu macam gantung jam, bidai dan tempat sangkut berus gigi (thanks Edi pinjamkan drill dan tangga). Enhance tu macam menggantikan lalang-lalang di halaman rumah dengan rumput. Itu aje.

Kemudian urusan hujung minggu. Hampir setiap minggu hujung minggu kami adalah di Banting. Mak tinggal sorang. Inilah satu-satunya anak lelaki. Anak yang diharap untuk ganti kerja aruah ke pasar minggu, ke Econsave, ke kubur, ke tempat mak mencuci mata beli baja, orkid dan tanah hitam, ke masjid atau tempat mak bermarhaban. Itu tanggungjawab yang tidak boleh diganti oleh Along yang mula memahirkan diri membawa kereta dan tidak boleh diganti oleh adik yang sarat mengandung. Akibatnya diri ini semakin jauh dengan aktiviti-aktiviti sosial dan motivasi. Namun sekarang kalau mak happy saya senang hati. Tapi kalau mak sedih, nak buat apa kerja pun tak boleh.

Memang dah lama saya tidak menulis. Selama ini, blog ini, sehingga kini dekat di hati TV9. Banyak benda yang bila bermain di fikiran, pasti ingin diterjemahkan ke dalam blog. Tetapi memang kebelakangan ini tak berapa nak boleh menulis. Buat kali pertama tiada satu postingpun dalam satu bulan (September 2007). Hidup ini terasa lompang. Banyak faktor namun hanya diri sendiri yang mengerti mengapa.

Saya perlukan motivasi. Semua perlukan motivasi. Perlu segar. Bukan motif yang basi. Malam ni bermula pemburuan Malam Agung untuk dimiliki oleh pemburu-pemburu yang juga berjiwa besar macam Agong. Semoga ia menjadi motivasi yang cukup kuat untuk lebih bertenaga mengharungi hidup.

Azam baru

Salam ceria,

Pernahkan anda terfikir, apatah yang memotivasi kita untuk bangun dari tempat tidur yang nyenyak setiap pagi? Apakah kekuatan yang mendorong kita untuk terus bangun dan meneruskan hidup kita sehari-hari?

Yusuf: Kena bangun kalau tak nanti terlepas sahur.

Betul juga

Bapa dia: Kalau tak puasapun kena bangun, nak solat berjemaah. Mana ada solat Subuh Gajah dalam Quran dan sunnah?

Betullah tu. Sebagai Muslim perkara itu bukan persoalan utama. Memang kita dituntut untuk bingkas selepas membuka mata di hari yang baru. Nak solat dan sahur kalau

Kawan bapa dia: Qiyamullail. Kalau buat 10 malam terakhir ni lagi bagus. Kalau boleh jangan tinggal.
Betul sangat.

Apakah motivasi untuk pergi kerja?
Blogger Brotherhoods "Bila kita tahu ada beberapa perut yang minta diisi akan kelaparan sekiranya kita tidak bekerja."


Itu semuanya nampak jelas. Ia tidak perlu motivasi, ia sudah jadi keperluan, ketaatan, tanggungjawab dan rutin yang perlu dilaksanakan.

Oleh itu bila bercakap dengan benda yang tiada kepentingan, tiada dalil untuk mengerjakan, tiada suruhan yang jelas dan tiada yang akan kelaparan sekiranya ia tidak dilakukan, apa yang harus dilakukan?

Apa yang merepek ni? OK terlalu filosofi. Mudahnya begini. Apa motivasi nak tulis blog ni? Tulis atau tidak tiada effect kepada hidup. Kita bukan punya blog ramai pengikut seperti bukunota, . Kita penulis suka-suka sahaja.

Galakan dari rakan-rakan dunia sebenar dan dunia siber sedikit sebanyak membantu. Tetapi ia tidak cukup. Lelaki Ini memerlukan sedikit suntikan. Oleh itu, apabila Zaujati yang baru melapor diri semalam sebagai guru ganti di Sek. Men Teknik Sepang (yang cantik dari jauh dan cantik dari dekat) -->> Yang mana satu cantik, Zaujati ke Sekolah? , minta ulang sebut laman blog ini untuk membaca coretan terkini, serta merta aku merasa Teruja Ella.

Aku mula memperuntukkan lebih masa untuk berfikir (belum menulis) tentang revolusi blog ini. Hasilnya ada beberapa penyegaran yang ingin kulakukan terhadap blog ini. Beberapa idea kreatif yang tidak sempat kupaternkan untuk dieksperimentasikan bermain di fikiran. Antaranya:

Ada ruangan membaca blog orang lain (Pembaca Blog Orang Lain)

Jejak Masjid

Monday, October 01, 2007

So good so far?

8.00 a.m
Instructor: OK today we will cover topic number 3.12. The objective of the topic is to be familiar with the system. Bla bla bla

8.30 a.m
Instructor: OK that will wrap up topic 3.12. So far so good?
Audiences: Good
Instructor: Good. Next I will move to bla bla bla...

9.00 a.m
Instructor: So far so good?

9.30 a.m
Instructor: So far so good?

10.00 a.m
Instructor: So far so good?

10.30 a.m
Instructor: So far so good?
One audience: I think to be honest, it is good to me to be this far listening to your presentation.

Instructor: Meaning?
One audience: So good to be this far.

Wednesday, August 15, 2007

Percubaan untuk Menulis

Entah mengapa, sejak bapa meninggal, aku terasa seolah-olah kehilangan nafsu untuk menulis mahupun memblog. Ditambah dengan beban kerja yang teruk, keinginan untuk menulis idea-idea mahupun saranan-saranan menjadi tumpul. Sering terdetik sesuatu perkara itu ingin kunukilkan, tetapi segalanya tidak menjadi. Terlalu banyak draft yang kurasakan tidak cukup bagus untuk ku publish. Aku kehilangan sentuhan menyakat dan mengusik sahabat-sahabat melalui tulisan. Perlukah aku menggantung diri keyboard?