Wednesday, May 25, 2005

Cannot Believe Kops Are King of Europe

Six goals on a same post, symetrically divided by two halfs. Its Liverpool 3 AC Milan 3. Penalty goes to Liverpool. It is a nasty and heart break final for AC Milan. The best final ever in history. You Never Walk Alone!.



Some of the action

Tuesday, May 24, 2005

Overcome hiccup

I always have this silly hiccup problem. Don't know why... Probably my throat is not functioning as normal anymore. Here is several how to that I experienced and practised.
1. Drink a lot of water. Drink in relatively large amount and do it continously. Percentage of this solution works: 20%. For normal case it is 99%
2. Vomiting. It is hard and make you head feel the pain. Its like headache. But the percentage of this solution to succeed is 90%.
3. Hold breath. Sometimes it works too. Just pull your breath deep. Hold for one minute or more. Don't release the air until you really certain the hiccup is over. 30%

My friend told me this but it is either didn't work for me or I never test it:
4. Jump high until your knees can touch your chest.
5. Put some water in a handkerchief and put at your forehead (dahi?)

Anything else?
Check this some fact from this briilliant website:
http://www.dgotech.com/hiccup/

The really working hiccup cure using water. I know now why it never work with me.
http://www.mastersweep.com/curehiccups.htm
http://www.charleysbar.net/cure-hiccups.htm

Nothing special in this page. But it teach me that you can play physological approach as well.
http://wiki.ehow.com/Cure-Hiccups


If you wanna be like pro and talk about hiccup like a MD, try this
http://www.mothernature.com/Library/Bookshelf/Books/48/111.cfm

This dude is really a kind of me
http://www.well.com/user/smalin/hiccup.htm


Maybe this will explain wht, at the first place, you get hiccup:
Air is sucked in, then the windpipe abruptly closes (Hic!). Hiccups have no beneficial purpose, though they do argue for taking smaller bites and chewing your food slowly.

http://justagirlintheworld.com/2004/02/13/hiccups/

This is only temporary cures. Normally it took about 2-3 days before my hiccup really really gone. I wonder why. Probably the nikmat is taken away for a while, so that I will repent to some nasty thing that I've done. I'm not that decent, of course.

Tuesday, May 17, 2005

Newsweek dan Kredibiliti Wartawan

Kalau Newsweek pun tunduk kepada tekanan, memang peluang kita mendapat liputan yang adil tiada lagi. Memang dunia ni akan terus porak peranda bila manusia mendapat kuasa yang tidak dipandu oleh wahyu. Kesian dia kerana Allah tutup hatinya. Kesian kita kerana terpaksa mendengar Quran dihina di Guantanamo, dipijak dan dibuang ke toilet tetapi tak mampu untuk mempertahankan maruahnya. Hebat kita diuji, tetapi umat Islam dewasa ini masih seronok dan bersenang-lenang. Sekadar menulis atau membaca di weblog tak cukup. Tetapi sekurang-kurangnya kita prihatin. Apa agaknya sumbangan kita di dalam hal ini?

Blazing Malcom

Dengan memperoleh 75% saham MU, Malcom boleh menarik MU dari menjadi PLC. Hebat! Hai MU supporters yang di sebelah sini, buat apa nak marah-marah. Untuk kebaikan kelab juga. Lainlah yang kat Manchester sana. Malcom tu American, depa English. Mana boleh, tu dah kira jatuh maruah. English-American memang dah lama tak sebulu dalam banyak hal terutama bab-bab bahasa. Path-Road, Fridge-Refrigerator, dan sebagainya. Technical term pun. OC or STM? Kitalah jadi mangsa, kalau tulis satu ayat yang bercampur English dan American, orang kata ayat kita "Grammar correct but meaning clumsy". Entahlah. Yang pasti mereka bersatu dalam bab nak menyerang Iraq. Double B. Bush-Blair. Hail the Dajal apperentice.

Monday, May 16, 2005

Tribute to Teachers and Sifoos

My motivation to write this is because encikicap has wrote something about Hari Guru. So here is my still-remember-list:

Cikgu Azizah -(cannot remember her in detail)
Cikgu Puteh Zahrani (my favourite teacher - happen to be my bau-bau bachang then)
Cikgu Shahrin (cool and fierce, met him recently, still recognized me, well to get straight No. 1 for both semester is really something teacher hardly forget, you know :D)
Cikgu Azizah - (cannot remember her)Again??
Cikgu Johari (fierce, formidable and make-me-trembling teacher). A good motivator and just like my father.
Ustazah Majinah - An old lady with a large network of knowledge. From tilawah to khat, from imlak to sirah. Mother sytle of caring.
Ustazah Khamsiah - Live nearby my parent house. This young and beautiful chinese-look mom teach me about fiqh. I will always remember her because she lead us to performed nasyid in intifal day. That is among the last scene I met Aruah Lan, my best friend. He died in bus accident.
Mr. Ang - Last minute do-or-die ultimatum did a boom momentum for me to change from no hopers to score 5As in UPSR.

Pn. Hamidah - Scolder but sweet Chinese Muslim teacher. Tudung labuh. I guess from her I love to see women in long hijab.
Ustaz Nik - We think that the bell ring has always spolit our class. Love this ustaz and his experiences.

Another Pn. Hamidah? You are totally mess-up my friend.
OK OK I think her name is Pn. Hamidah. But for sure, she teach me history. A very unique approach, she allow us to explore every possibility of learning process. She ask us to take the school trip to several exhibition and make free format reporting. She ask us to do some acting on ancient historical event. She really know history and love creativity. Feels like a student university. All in history class? Got to be kiddin'!
Mr. Lee - My math teacher. This old timer is so different. He love student to correct him. In his class, all classmates done their work quitely and see him personally if they have problem. So peaceful.
Pn. Adliyah - My class teacher. Nothing special, but also wearing tudung labuh. Good motherly approach for wild and nasty boys.
Cik Azizah - Kedah-origin teacher so critic about Selangor. I learn that we have to accept other people opinion.
Pn. Rosdila - Hot and pupil's favourite. She has transformed Geography from boring to a really interesting subject.

Pn. Sarimah - Actress face and personality in teacher care and wisdom. Pretty and smart, that make her to head the School Chess Club. My motivation to be win School Chess Contest, defeating Upper Six student and upsetting school players. I love Kemahiran Hidup!

Ustazah Misnah - I learn a lot about this deen. Thank you. Her concern is not only on solat, hafazan and tilawah, but also the meaning of life and better attitude.

Pn. Halijah - My honeymoon year is ended by her though approach. Very straight forward and love to personally advise young and lost man like me. The only teacher that guide me for double victories? (I mean both Form 4 and Form 5).

Mrs. Jacob - I may forget many things but this Add Math teacher was really though that I can remember until now the "Practise Make Perfect" phrase.

Mrs Koh - Chemistry teacher teaching in Chinese-packed class. What can you expect? She will definately bias. But hell no. In one heart-to-heart preaching and scolding session, she disclose about how she personally groom a student from never-pass-chemistry to A2 in previous SPM. And that student is a Malay.

Mrs. Sukeshini - Non-Malay speakers. She really make me slightly better than average in English. You know about what old said about "Every dog has it own day"? Well I got that when she ask the other word of "dreaming" and nobody can answer better than my "fancy" answer.

Last but not least - My beloved Cik Azizah, a going-to-be-bride BM teacher with a soft-spoken voice. Many didn't expect her to be well at gangster-packed boy school initially, she is not that pretty, not that garang and not popular. But she did it her own way. Everybody love her charming approach, when she teach everybody listen, when she at her desk, people are crowding like hell. Al-Fathihah to her, who passed away after we got our SPM result and before she get married. God bless you, and all teacher that teach me at least something about life. Those long preaching and murmuring is painful, but its worth.

Fast=Junk Food?

Sekarang ni memang satu trend makan kat fast food. Makan kat fast food ni lagi kelas dari makan kat cafe, apatah lagi kedai mamak. Kononnya sedap dan berkhasiat. Friends check your facts. Agak-agak nak cepat aje, beli fast food. Tak taulah apa yang fast, pasal kekadang beratur panjang juga. According to those McLibel sympatiers, fast food tu istilah ganti (yang lebih sedap didengar) kepada junk. So at the end of it, fast food is actually junk food. Kalau translate Melayu lagi teruk. Makanan segera jadi makanan rapu. Ada kelas ke?

Motivasi dalam Training: Jangan tengok muka instructor

Mengantuk dan training memang tidak dapat dipisahkan. Kalau ada seorang yang bercakap di depan kita secara langsung, mungkin kita tidak terasa. Tetapi sekiranya beliau bercakap di dalam kelompok yang besar, maka tidak banyak sedikit pasti kita akan terasa mengantuk. Apatah lagi kalau instructor jenis yang suara romantik dan tak suka eye contact. Ada satu joke dari kawan saya, katanya jangan nak dengar suara, tengok muka pun dah terasa mengantuk. Biasa terjadi kepada anda? OK anda normal.

Gambar hiasan sewaktu training

Training Real Time System. A very good instructor, at least technically.

Tuesday, May 10, 2005

Ku ingin merasai kepayahanmu sebagai isteri

Suriaku,
Hari ini hampir seminggu engkau tidak kutemui. Ungkapan-ungkapan mesramu yang sentiasa kudengar, hanya mampu kubayangkan sahaja. Terasa sepi diri ini dari gelak dan tangis Bathol. Di semua sudut teratak ini, pastinya tersimpan memori indah dan kadangkala pahit dan payau mengenai kita. Engkau masih belum boleh pulang kerana takdir ini. Sepeninggalanmu, aku sentiasa cuba menyibukkan diri. Kerja di kantor dan makmal membuatkan aku tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Sebelah petang aku sibuk di gelanggang. Bolasepak, badminton, olahraga mahupun ping pong memenuhi waktuku. Sebelah malam aku meeting kelab motivasi, berpesatuan sana sini dengan aktif dan berjumpa kawan di sana sini. Malam ketika sampai di rumah, selepas membaca Quran terus aku terlelap tanpa sebarang masalah. Tetapi gelak ketawa rakan-rakan tidak sehebat suaramu yang mampu membuat aku gembira dan tersenyum sendiri. Ketika tiba hujung minggu pasti aku terasa kesunyian dan keseorangan. Aneh, kerana aku jenis manusia yang tuhan jadikan sebagai cepat bosan dengan sesiapa, sesuatu mahupun seseekor. Namun aku tidak dapat menipu yang aku .... (malunya nak tulis) merinduimu.

Apahal ni mat?

Gelak ketawa kawan tidak dapat mengubat kesepian.

Wednesday, May 04, 2005

Islam Menyeru Keamanan?

Persoalan ini saya tanyakan diri sendiri ketika di satu ketika, perbualan saya secara siber dengan seorang sahabat sekerja berakhir. Bagaimana bermula? Kami berbincang mengenai kemungkinan perang Malaysia-Indonesia berikutan krisis perebutan pulau yang mengandungi hasil minyak di sempadan kedua-dua negara. Saya mengatakan kita tidak perlu berperang kerana kita serumpun dan seagama. Sahabat setuju tetapi beliau rasa bukan setakat Indonesia, bahkan kepada semua negara. Saya tegaskan kepada musuh-musuh Islam seperti Israel, mereka tetap perlu diperangi. Lalu sahabat saya mempertikaikan adakah Islam mengajar umatnya memerangi orang lain. Bukankah Islam menyeru kepada keamanan? Saya speechless kerana tak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu secara pendek. Lalu perbincangan kami berakhir di situ atas permintaan saya. Sememangnya ia memerlukan penghuraian yang panjang dan lama. Sekiranya mahu jawapan ringkas, mungkin begini. Memang Islam itu menyeru keamanan, tetapi apakah keamanan semata-mata yang diseru oleh Islam? Apakah benar maksud Islam itu keamanan atau perdamaian semata-mata? Jika benar, mengapa Rasulullah yang menjadi ikutan kita juga berperang? Masihkah kita mahu menyeru keamanan kepada orang yang memerangi kita?


Di dalam ayat Quran dijelaskan tentang bagaimana kita menghadapi musuh iaitu di dalam Surah Anfaal ayat 61.
"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Maknanya di sini jika di situ wujud keinginan musuh untuk berdamai, maka jangan kita bersikap melampau. Condonglah kepada perdamaian itu. Yang jelas di sini adalah perdamaian itu datang kepada mereka yang tidak memerangi kita. Yang tetap memusuhi, yang membunuh, yang terang-terang menzalimi, wajib diperangi. Sekiranya rasulullah tidak mempertahankan, mengangkat senjata dan memerangi orang kafir Quraisy dan orang Yahudi yang bersekongkol mengepung Madinah, maka musnahlah generasi emas Muslim yang pertama. Tidak akan sampailah syiar Islam dimuka bumi ini. Bukan melihat perang sesuatu yang baik sepenuhnya, tetapi ia perlu sekiranya tanah orang Islam dicerobohi dan umat dizalimi. Jangan menunggu Kaabah di Masjidil Haram dipijak-pijak, baru kita berhenti melaungkan "We want Peace". Maaf sekiranya agak emosi hal ini. Mungkin ada yang kurang tepat disampaikan di sini. Sila rujuk guru masing-masing.

Perbincangan tentang Islam boleh jadi mudah kalau hendak dimudahkan, tetapi akan mencelarukan sekiranya tidak berguru. Oleh itu saya cadangkan, membaca weblog seperti ini sekadar pembacaan peringkat kedua setelah mula membaca tentang Islam secara berguru. Rujuklah para ustaz dan ustazah agar tidak terseleweng. Maklumlah kadangkala kita ikhlas tetapi mungkin penulisan kita kurang tepat lantaran ilmu yang tidak seberapa.

Di dalam sebuah buku yang agak mashyur iaitu Keperibadian Muslim, yang merujuk kepada penulisan Fathi Yakan (Apa Ertinya Saya memeluk agama Islam), Abul A'la Maududi (Asas-asas Islam) dan Syed Qutb (Inilah Agama Islam), diterangkan makna Islam secara dan kalimah. Agak panjang untuk dihuraikan di sini, tetapi mungkin boleh berkongsi bagi yang belum pernah baca. Makna Islam secara lafaz adalah menundukkan wajah atau diri. Sila rujuk An-Nisa Surah 4 ayat 125. Makna lain bagi Islam adalah istislam bermakna berserah diri (3.83). Islam juga salamah bermakna suci bersih (26.89). Juga Islam itu salam bermakna selamat atau kesejahteraan (6.54). Akhir sekali Islam itu dari lafaz juga assilmu bermaksud perdamaian (47.35). Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh sahabat saya tadi, iaitu Islam menyeru keamanan kerana Islam bermaksud keamanan. Terdapat juga kalimah-kalimah yang menerangkan makna Islam itu sendiri. Kalau ada peluang dan teringat, saya coretkan.

Friday, March 04, 2005

Melayuku Malayu Lama oleh PC

Dunia sudah semakin tua, namun melayu ku masih melayu lama..

melayu ku masih lagi melayu lama
senang di tipu hanya dengan hujah surat kabar saja
malas berfikif, apa lagi nak menganalisa
buka mulut just telan saja.

melayu ku masih lagi melayu lama
hanya bangga dengan sejarah lama
hang tuah, hang jebat semua ada
tapi kini hang apa ada..habuk pun tarak

melayu ku masih lagi melayu lama
suka di puji setinggi menara
sampai masa, yg memuji kuasai dunia
yang di puji masih ternganga

melayu ku masih lagi melayu lama
dok sibuk perjuang bangsa sampai gadai agama
biar la sampai aqidah ternoda
asal melayu tak hilang di dunia

melayu ku masih lagi melayu lama
timbul isu heboh satu negara
semua orang nak keluar fatwa
lepas seminggu semua lupa

melayu ku masih lagi melayu lama
di sogok mimpi, merekalah negara islam sejati
tapi bila nabi di caci, ulamak di perli
semua senyap sepi, mulut terkunci, takut fulus tara mari

melayu ku masih lagi melayu lama
dunia dah terbalik, mereka tak sedar lagi
yang benar di cerca dan di herdik
yang batil di julang dan di tabik.

pulang la melayu ku kepangkuan agama
yang pasti akan menang akhirnya
berjuang la atas aqidah yang sama
ISLAM pasti cemerlang, gemilang dan terbilang


-pC-

Monday, February 28, 2005

Steven Covey vs Mustafa At-Tahan

Sementara Covey meletakkan proactive sebagai ciri utama di dalam kumpulan tajuk pertama, at-Tahan meletakkan ciri "Ikhlas di dalam perbuatan" sebagai keperluan asas untuk berjaya. Apa yang hendak digariskan oleh at-Tahan di sini adalah pentingnya kita mempunyai niat yang betul dalam melaksanakan sesuatu. Semua niat hendaklah kerana Allah. Dan yang menjaga niat di sepanjang perbuatan adalah ikhlas.
Covey berpendapat atas apa jua yang kita buat, atas apa juga matlamat, kita perlu tanamkan terlebih dahulu sifat proactive. Proaktif di sini bermaksud menyediakan diri untuk berfikiran secara aktif di dalam konteks sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kemungkinan matlamat itu menyimpang, tetapi itu bukan persoalan bagi kebanyakan orang masyarakat barat. Lantaran itu di dalam kacamata sebagai muslim, saya lebih tertarik kepada pendekatan at-Tahan. Memang para ulama hadis terkemuka akan mendahulukan kitab hadis mereka dengan persoalan hadis mengenai niat.

bersambung...

Wednesday, February 16, 2005

Adakah aku tidak bersyukur sesama manusia?

20050228
Selepas menghantar isteri ke program di Shah Alam, kereta buat hal. Bateri kong kerana buka lampu kecil semasa hujan. Mujurlah ada sahabat-sahabat membantu dengan buat jumper, tolak, idea, air liur, pakat gelak atau tukang meriah dsb. Terima kasih kalian.


20050215
Semalam bateri kereta meragam. Selepas mencuba beberapa kali dan gagal menghidupkan enjin, saya cuba mencari bengkel. Mujurlah ada sebuah bengkel kereta. Walaupun sudah tutup, namun pemilik kedai terpaksa membuka pintu kedai lantaran tidak tahan dengan ketukan yang bertalu-talu. Selepas membeli bateri berharga RM120 (mahal tu) secara dua kali bayar (bayar 60 + IC, esok datang balik langsaikan bakinya), saya mencuba buat kali pertama mengganti bateri kereta. Di dalam gelap, di tengah orang ramai yang lalu lalang kerana ada pasar malam di tapak berdekatan. Tengah sibuk memulas skru, ada sorang mamat ni sudi menolong. Ligat semacam, saya sangka dia pernah kerja di bengkel kereta. Rupanya kerja cleaning di JPM Putrajaya. Namanya Mohan dari Dengkil. Terima kasih diucapkan. Semoga success selalu.


20050119
Terima kasih dua brother Propel yang sudi angkut motor yang pancit dari KM berhampiran susur keluar PLUS-Kajang (menghala ke KL) sehingga ke Taman Mewah Kajang. Hanya tuhan yang mampu membalas keikhlasan kalian.

Isu Pegawai Jawi dan Serbuan Disko

Saudara editor Malaysiakini,

Saya ingin mengulas tulisan Amir Kamal bertajuk " Pegawai Jawi melanggar hukum syarak" di http://www.malaysiakini.com/letters/33161.

Pada pendapat saya pernyataan beliau bersifat keanak-anakan dan tidak berpegang kepada prinsip rasional.
Pertama sekali, mengapa harus kita pertikaikan benda yang remeh-temeh seperti penguatkuasa biadab dan sebagainya? Sepatutnya, tanpa sebarang keraguan, sebagai ibu-bapa kepada remaja Islam yang menghadapi dugaan sosial yang hebat sekarang ini, kita menyokong sepenuhnya langkah-langkah pembenterasan keruntuhan akhlak remaja dewasa ini. Remaja Islam dewasa ini sudah tidak segan silu berpeluk-pelukan di depan orang ramai. Di tempat seperti disko apatah lagi?

Kedua sekiranya kita marah dengan penguatkuasa tanpa melihat usaha mereka, apakah yang kita harapkan? Apakah kita sendiri mampu melakukan serbuan sedemikian? Tidakkah kita sebenarnya membela remaja yang mungkin akan terjerumus ke lembah maksiat. Bukankah ajaran agama menyuruh kita menjauhi tempat-tempat yang boleh mengundang maksiat. Mestikah mereka dipertahankan? Saya berpendapat Amir Kamal masih muda dan belum berumahtangga, lantaran itu beliau tidak dapat merasakan kerisauan ibu-bapa dalam mendidik anak remaja. Sekiranya anak saya sendiri, pasti saya harapkan penguatkuasa berbuat lebih dari sekadar biadab.


Jika semua pihak termasuk rakan sebaya mengambil inisiatif menyeru kebaikan, maka akhlak anak-anak kita akan terbina dengan lebih baik. Gambar hiasan.

Ketiga sekiranya penguatkuasa tidak biadab seperti yang digembar-gemburkan, apakah sikap kita? Mahukah kita, secara prinsipnya menyokong langkah serbuan itu? Adakah kita akan tetap marah atau kita berdiam diri. Sekiranya kita berdiam diri, bermakna kita tidak peduli urusan akhlak remaja Islam. Sekiranya kita tetap marah, sebenarnya kita marahkan usaha murni ke arah pembaikan akhlak dijalankan. Tepuk dada tanya iman.

p/s harap dapat disiarkan tanpa edit atau dijawab oleh saudara sendiri

Abu Thalhah


20050217

Tahniah di atas komen anda


Tahniah kepada 4 orang penulis yang surat mereka menegur artis tak berapa terkenal (yang membuat kenyataan mengenai serbuan JAWI di dalam Melodi TV3) disiarkan di Utusan Malaysia. Keperihatinan anda menunjukkan umat Islam masakini masih ada sensitiviti dan membenci kemaksiatan. Allahu akbar!

Wednesday, February 09, 2005

Maal Hijrah

Seperti biasa setiap tahun, ada sambutan maal hijrah. Seperti biasa juga akan dipilih seorang tokoh maal hijrah atas beberapa kriteria yang ditentukan. Tetapi sayang tokoh-tokoh ini hanya muncul ketika awal tahun hijah, kemudian mereka hilang sepanjang tahun. Kemudian muncul tokoh lain pula di tahun hadapan. Mengapa terjadi sedemikian? Bukankah bagus kalau tokoh-tokoh ini sentiasa di dekati, ditemuramah dan diambil ilmunya dengan liputan yang lebih meluas? Sebagai tokoh Islam, di bahu-bahu mereka punya peluang yang terbaik dalam memperbetul pemikiran dan amalan masyarakat. Sekiranya hendak melihat perkembangan dewasa ini, kita lihat betapa kurangnya orang yang boleh membidas pemikiran-pemikiran keliru Astora Jabat, Sister in Islam dan golongan orientalis. Golongan yang berhujah dengan Al-Quran tetapi tidak merujuk kepada ruh ayat Quran dan apa yang tersurat di dalam dalil-dalil yang dikemukakan. Sekiranya kita kaji semula, golongan perosak akidah ini lebih banyak memenuhi kriteria sebagai 'tokoh agama' dari para pendakwah dan ulama mukhlisin. Kerana apa? Kerana mereka lebih banyak mengulas tentang Islam dari tokoh maal hijrah yang hanya muncul dan berucap sekali dalam setahun (iaitu selepas diumumkan sebagai tokoh maal hijrah). Bukankah bagus kalau tokoh-tokoh maal hijrah ini diberi misi memperbaiki akhlak ummah, kalaupun tidak menjadi rujukan untuk mengimplementasi Islam Hadhari yang sehingga kini masih bersifat kabur dan slogan sahaja. Sekiranya ratu cantik mempunyai misi menjadikan dunia yang lebih aman, tidaklah salah kiranya tokoh-tokoh ini juga menyebut tentang wawasan dan misi memperbaiki akhlak masyarakat (sekurang-kurangnya). Masalah sosial masyarakat terutama remaja Islam bukan agenda Astora dan puak-puaknya, bukan juga di dalam kemampuan Kementerian Wanita, Kementerian Belia atau Khir Toyo. Para ilmuan, tokoh, ulama dan para pendakwahlah yang harus bekerja keras merawatnya. Tetapi melihat situasi sekarang, mereka menjadi golongan melawan arus. Silap kitakah, tak payah tepuk apa-apa, terus sahaja tanya iman dan intima' kita.

Fatwa Fiqh Harian: Hukum Sapu Atas Stokin Dalam Wudhu'
Kiriman: PanelSyariah pada Rabu, 07 Januari, 2004 - 06:01 AM EST

Soalan

Harap tuan dapat memberi penjelasan berhubung menyapu khuf mengikut sunnah dan syarat-syaratnya. Adakah stokin tebal dianggap khuf ataupun terhad kepada kasut kulit sahaja.

Nabiroh Kasim
20 Dec. 2003

Jawapan.

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, Segala puji baginya dan selawat dan salam atas junjungan besar s.a.w. wa ba'du;

Salah satu rukun wudhu' ialah membasuh kaki. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah (al Maidah) ayat(6).

Ayat ini memberi erti bahawa orang yang mengambil wudhu' hendaklah membasuh kaki" mereka dengan air dan ia adalah hukum asal dalam masalah berwudhu'.

Menyapu khuf seperti yang bincangkan oleh ulama' adalah satu bentuk kelonggaran yang dibolehkan oleh syarak berdasarkan athar atau hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa baginda menyapu khuf menggantikan fardhu membasuh kaki.

Jumhor ulama' mengharuskan "sapu khuf" sebagai ganti kepada basuh kaki dalam wudhu', sesetengah pula mensyaratkan keadaan musafir dan ada golongan yang mengetatkan sehingga tidak mengharuskannya langsung.

Adakah Harus Sapu Atas Stokin?

Ulama' yang mengharuskan sapu pada khuf beselisih pendapat mengenai stokin. Mereka yang mengharuskan antaranya Mohd, Abu Yusuf(kedua-duanya merupakan murid kepada Abu Hanifah) dan Sufwan at Tahuri, bersandarkan kepada hadis yang di sahihkan oleh Termizi yang menyebut bahawa Nabi s.a.w menyapu atas stokin. Mereka juga menyamakan stokin dengan khuf dan mengkias hukum stokin dengan hukum khuf.

Mereka yang tidak mengharuskannya antaranya Syafe'i, Malik dan Abu Hanifah, menganggap hadis itu tidak sahih atau ia tidak sampai kepada mereka. Dan mereka juga menganggap bahawa isu sapu khuf adalah persoalan ibadah yang tidak boleh dikiaskan.

Al Qardhawi mentarjih pendapat pertama yang mengharuskan sapu pada stokin. Abu Hanifah dikatakan telah merujuk kepada pendapat muridnya dan mengharuskan sapu pada stokin dengan syarat tebal. Begitulah yang difatwakan dalam mazhab Hanafi. Kata al Qardhawi;" apabila sesaorang mengambil wudhu' dan memakai stokin dalam keadaan suci, kemudian terbatal wudhu'nya dan ia ingin memperbaharui wudhu'nya, ia boleh menyapu atas stokin selama 24 jam bagi muqim dan 3 hari tiga malam bagi musafir".

Cara, Tempoh Dan Syarat Menyapu Khuf

Jumhor mengatakan khuf wajib disapu dibahagian atas dengan sekurang-kurangnya tiga jari ditarik dari bawah keatas pergelangan kaki. Ulama' berselisih mengenai sapu dibahagian bawah, ada yang mengatakannya wajib dan ada yang sunat.

Malik tidak menghadkan tempoh bagi menyapu khuf. Selama sesaorang tidak memecatnya atau berjanabah ia boleh menyapu khuf. Abu Hanifah dan Syafe'i menetapkan tempoh tiga hari bagi musafir dan satu hari bagi muqim bersandarkan hadis Ali dan Hadis Safwan.

Tentang syarat menyapu khuf ulama' bersepakat bahawa kaki sebelum memakai khuf hendaklah dalam keadaan suci berwudhu'.

Wallahu aklam

Dipetik dari massej.info

Sunday, February 06, 2005

Masalah Siapa?

Persoalan masalah ummah Islam dewasa ini semakin lama semakin teruk & menyedihkan. Tidak perlu untuk kita butirkan. Segalanya terpampang di dada-dada akhbar. Dari muka depan, berita nasional dan berita dunia, semua yang sumbang, semua yang mengunjungi hotel murah, yang dizalimi, yang diperkosa dan ditelanjangi adalah mereka yang berjanggut dan bertudung. Tidak sedihkah kita. Rasanya sudah terlalu banyak kisah sebegini sehingga kita pun sudah lali mendengarnya. Masyarakat Islam kita samada pertama; tidak sedar atau tidak melihat dari perspektif seorang muslim. Kedua 'simply ignorance'; tidak peduli apa yang berlaku. "Kerana masalah aku sendiri sudah terlalu banyak, masakan mahu aku memikirkan masalah umat Islam?".

Aduhai Palestin, terasa engkau begitu jauh dariku.
Letupan dan gegaran akibat bom tidak kurasakan dari semenanjung ini. Banjir darah saudaraku tidak sampai ke sini.
Rintihan anak ibu tidak kudengar walaupun boleh kudengar.
Tangisanmu tidak sedikitpun memberi keinsafan kepadaku...

Kiranya Palestina itu jauh darimu
Apakah saudara-saudara di Selatan Thai tidak menginsafkanmu
Takbai bukanlah dekat sangat
Tetapi sudah tidak jauh darimu
Masih jauhkah bencana tsunami dari rumahmu?
Gegaran di Sulawesi dan Mindanao petanda apa?

Betapa kita perlu akui sekiranya kita tidak peduli dan mengambil ikhtibar, maka ingatlah pada suatu masa giliran kita akan tiba. Perhatikan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud

"Barangsiapa yg tidak memperduli urusan2 kaum muslimin bukanlah tergolong dari mereka."

macam biasa...bersambung

Tazkirah - Niat

Tazkirah - Niat

Dari Amirul Mu'minin Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Bahawasa segala amal perbuatan tergantung kepada niat, dan bahawasa bagi tiap-tiap orang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrah menuju (ridha) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrah kerana dunia (harta atau kemegahan dunia), atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya tu ke arah yang ditujunya. (Riwayat Bukhari-Muslim)

Arbain Nawawi



Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana ria kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

2:264

Sunday, December 05, 2004

Bila mengaji dilabel pengganas

Situasi umat Islam kini begitu parah. Tak perlu untuk diulas apa yang berlaku di merata ceruk dunia sekarang. Semuanya ada di dada-dada akhbar. Begitu juga tentang propaganda yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Contoh terbaik adalah seperti berikut:
http://abc.net.au/4corners/special_eds/082004/default_2.htm

Namun apa yang menarik hati saya adalah: Bagaimana mudahnya masyarakat Islam itu sendiri terpengaruh dengan dakyah-dakyah tidak masuk akal ini. Saya andaikan propaganda musuh-musuh Islam ini sebagai berjaya. Betapa tidak, sering kali berlaku:" Apabila ada rakan-rakan yang mahu pergi belajar mengaji, ataupun kem ibadah di hutan, mahupun yang mahu pergi usrah, mereka dipandang serong. Ada yang begitu cepat kepada kesimpulan begini " Eh engkau ni join pengganas ke?". Orang yang mahu mengajak ke arah kebaikan dipandang sepi sedangkan yang mengajak ke arah kemaksiatan dipandang hebat, cool, bergaya dan sebagainya.

Sekiranya kita tanya kepada diri kita sendiri, mengapa banyak kemungkaran, banyak sumbang mahram, banyak rogol, banyak murtad dan banyak lagi banyak, kita akan melihat mengapa tidak ada penyelesaiannya? Sekiranya kita hendak melihat dari aspek penguatkuasaan yang lebih keras dan drastik, saya tidak mahu mengulas tentang isu ini kerana rasanya kerajaan yang kita lantik nampak belum sedia. Sekiranya kita hendak melihat dari aspek yang lebih bersifat progressif, kita akan kembali kepada aspek betapa penerangan dan pendidikan perlu diberikan kepada masyarakat kita. Akhirnya kita akan tertanya-tanya, siapa lagi yang boleh membawa masyarakat ke arah kebaikan kalau bukan para pendakwah. Hari ini, di saat ini, di mana pendakwah kita? Bukan menafikan penting berdakwah kepada non-muslim, tetapi dakwah itu sepatutnya disampaikan juga kepada seluruh umat Islam. Timbul persoalan adakah dakwah itu hanya milik pendakwah berdaftar, pendakwah bebas, pendakwah tidak bebas dan para ustaz. Sudah tentu tidak kerana dakwah itu kewajiban setiap orang. Maka tepuklah dada, tanyalah diri sendiri...

Thursday, October 28, 2004

7 Habits vs Perfect Muslim Character

Assalamu'laikum warahmatullah...
Mungkin saudara pembaca yang mencari maklumat yang penting tetapi terhinggap sebentar ke sini, saya mohon maaf. Mungkin tajuk 7 Habits ini agak 'misleading', tetapi memang itu yang ingin saya ulas di dalam ruangan ini.
Saya berkesempatan menghadiri kursus yang membincangkan tentang tulisan Covey yang masyhur ini. Pada ketika yang sama, saya juga mentelaah buku Perfect Muslim Character in the Modern World tulisan Mustafa At-Tahan. Oleh kerana itu, saya berkesempatan membuat sedikit perbandingan di dalam batas-batas waktu yang sibuk, ilmu pengetahuan yang serba-serbi kurang dan berdasarkan minat yang mendalam terhadap perkara-perkara sebegini.
Sebenarnya kedua-dua mempunyai sandaran dan asas yang tertentu yang tidak mungkin untuk kita nilai secara relatif kapasitinya. Tetapi pada dasarnya ada beberapa aspek yang saya lihat iaitu:
1. Bilangan tabiat/karekter
2. Sandaran (Quran/Sejarah & Psikologi)

bersambung...

Thursday, September 02, 2004

Merdeka yang bagaimana?

Pada pendapat saya, kita perlu menilai semula penerapan nilai rohani & sosial dalam mengingati & menyambut hari kemerdekaan. Adakah, setelah lebih 40 tahun, penghayatan kemerdekaan masih menggunakan pendekatan yg sama. Pendekatan yang keterlaluan dalam aspek fizikal & material menyebabkan jiwa remaja kita kosong & tidak terarah. Hiburan yg banyak terutama yg diadakan sempena menyambut merdeka, itulah yg mengisi rohani mereka.

Kemerdekaan membawa jiwa baru yg bernama kebebasan. Dewasa ini ada pelbagai kebebasan. Akhbar, suara, beragama. Namun kebebasan apa yg


Apalah gunanya kemerdekaan jika manusia tidak berupaya merasai kebebasan lantaran jenayah & maksiat sering menghantui kita.