Wednesday, April 23, 2008

Usiaku semakin meningkat tua dewasa.

Ucapan yang kuterima:

Selepas solat subuh:
Zaujati: Happy birthday abang (baru kusedar hari ini 23 April)
Tha: Ooo Happy Birthday bapak. Happy Birthday bapak kat mana? (Aku: ???)
Kha: Bapak, nak Diego (???)

SMS yang kuterima:
Along: Selamat ulangtahun ke 32 23 along doakan semoga panjang umur dimurahkan rezeki seluas-luasnya dan afiat tubuh badan. amin

Nang: Selamat hari jadi. nang doakan angah panjang umur, dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik. Insya Allah
(Thanks sisters!)

Blogger Abu 'Umar of Brotherhood Arts: Khoirunnaas man tola 'umuruhu wa hasuna amaluhu (sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik2 amalannya_ - hadith. Hepi bsday ke 32 :). Moga terus tabah & sabar atas musibah & ujian yang melanda. Tentu ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah cinta kepada hamba yang berharap kepadaNya. Ini uhibbukum fillah :)
(semua tu dlm satu sms? hebat!)

Shout dalam forum Office:
kamarul: happy birthday utk hazly kallang rovers & ryan din... (jersey kegemaran)
khiru: Happy Besday John Arne Riise!!! (Ceh! sedara jauh, suku sakat Kops)
rose: haz happy birthday-semoga panjang umur-murah rezeki
ezati: En.Rezad.. happy birthday.. and also goes to haz..
afuad: Haz welcome to anfield & White Heart Lane!.. selamat ulang thn beb...

Email berlambak susah pulak nak cut n paste. Walau apapun. Jazakallahu khairan kathira. Doa antum mudah-mudahan diterima.

Thursday, April 17, 2008

"Angah masih beli susu Dutch Lady?"

Boikot yang memerlukan mujahadah

Kata-kata kakak masih terngiang-ngiang di kepala ini sewaktu aku berseorangan memandu pulang dari Banting. Sememangnya aku pemboikot terkenal di kalangan keluarga. Sememangnya aku lebih suka mencari produk alternatif.

Jarang sekali diuji semangat memboikot ini kerana adanya alternatif yang baik dan setengahnya memang tidak diperlukan atas sebab ia memang tidak healthy atau tidak economical.

Sebagai alternatif Nestle, aku dan rasanya ramai lagi memilih Dutch Lady kerana kekuatan brand, harga dam kualitinya setanding malah lebih baik. Namun apabila produk yang diharapkan juga tidak bertanggungjawab (dikeluarkan oleh negara yang pemimpinnya tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam), maka ia secara automatiknya perlu juga dikategorikan di dalam senarai yang akan diboikot.

Memang aku kecewa. Anak-anakku membesar dengan Dutch Lady. Earphone Phillips sudah bertahun kugunakan. Shell alternatif terbaik sekiranya tiada Petronas berdekatan. Namun itu semua bukan alasan untuk mengsampingkan semuanya dan bermula semula. Aku sudah menyenaraikan beberapa susu alternatif terutamanya dari New Zealand dan dari Jepun. Bila agaknya jutawan-jutawan Arab nak mula empayar macam Nestle ye?

Kembali pada perbicaraan tadi. Aku terdiam sebentar. Aku mengumpul sedikit kekuatan dan memberi jawapannya. Jawapan aku ketika itu sedikit santai, praktikal dan firm (tegas?), "Kalau yang ada kat rumah tu kena habiskan, tapi selepas ini kenalah cari susu kambing pula".

Aku berharap tekanan hasil boikot ini akan menyebabkan Wilder tu minta maaf, tarik balik tayangan dan taubat taknak buat film seumpama itu lagi. Kerana selagi berdegil, kita akan teruskan mujahadah ini sampai bila-bila.

Remove Illustration of Rasulullah

Salam,
I just signed the petition "Remove the Illustrations of Nabi Allah Muhammad from Wikipedia". I'm asking you to sign this petition to help us reach our goal of 10,000 signatures. I care deeply about this cause, and I hope you will support our efforts.

Click here

Sunday, April 06, 2008

Aku dan Demam Denggi

Bermula Rabu lepas. Selepas menghantar anak ke rumah Ibu, aku mula terasa tidak sedap badan. Dalam hatiku berkata "Horrey, boleh minta MC". Kereta yang menghala ke office melencong ke klinik. Badanku panas dan kepalaku berat. Pelik kerana kalau aku demam aku akan selsema atau sakit tekak dahulu. Dr. check tekanan darah, normal. Aku diberi MC dan balik berehat. Berseorangan di rumah, Zaujati pulang sebentar dari examnya. Sempat lap-lap mukaku yang panas semacam. Lepas makan ubat OK. Kepala tak pening lagi dan suhu badan beransur pulih. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Lepas makan ubat OK.
Esok aku datang office, kerja banyak tanggungjawab ada. Kuatkan juga. Petang aku flat. Keadaan sama. Badanku panas dan kepalaku berat. Nak toleh kiri kana kena slow-slow. Kalau drive memang problem. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Sekali lagi Zaujati terpaksa diimport dari UKM untuk tengokkan budak-budak. Baca nota sambil bancuh susu. Kesian siswi yang sudah berkahwin; cabaran menghadapi final exam yang jadualnya sehari sekertas (paper). Blogger Atukz kata syafakallah, suruh rehat secukupnya.

Jumaat selepas hantar anak, aku ke klinik berdekatan rumah babysitter. Dr. nya muda, kecil molek, aku ingatkan anak Dr. yang biasa di situ. Katanya ada simptom demam denggi. Aku kata memanglah simptom demam biasa sama dengan denggi. Badan panas, pening kepala, sakit badan, loya (tiada selera), muntah-muntah dan cirit-birit. Aku melawak kata tiga pertama memang ada tapi selera makan bertambah. Dia layan lebih kurang, bukannya dia tak tahu kad kesihatanku ada 3 nama lain. Dia advise check darah. Aku taknak kerana takut panel tak cover dan takut syringe tanpa cover. Aku MC lagi. Sepanjang hariku di rumah begini: Badanku panas dan kepalaku berat. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Blogger PC call suruh minum 100 Plus banyak-banyak. Minum 3 botol lepas tu futsal sejam insya Allah sembuh katanya.

Sabtu Ahad aku rehat habis-habisan. Aku tak boleh memandu kalau pening. Kalau terpaksa (Zaujati buat persiapan camping ke Pangkor seminggu) keluar membeli barang aku hanya boleh pandang depan, bila simpang atau undur Zaujati jadi mata tambahan. Mak di kampung offer nak jaga anak-anak, aku cakap takpe dulu.

Pagi ini aku rasa macam OK. Aku pergi ke office. Tetapi aku mula terasa loya, sesuatu yang aneh untuk diriku yang memang punya kekuatan dalam memakan kuat makan. Dalam kepalaku yang pening mula terbayang:
1. Betul ke aku kena denggi?
2. Adakah akan jadi macam jiran atau saudara yang pernah berminggu duduk dalam hospital?
3. Jika ya siapa nak tengokkan anak-anak?
4. Kalau platletku tak naik apakah aku boleh mati?
5. Sempat ke aku jumpa Zaujati, saudara-mara sahabat handai?
6. Sudahkah wasiat Amanah Raya, KWSP, KOTAMAS dan lain-lain ditukar kepada isteri dan anak-anak supaya kebajikan mereka terjaga?
7. Sudah cukupkah bekalan nak mengadap Raja segala raja? Sultan segala Sultan?


Kalau masih tak OK mungkin aku ke klinik lagi petang ini. Mungkin check darah. Hopefully bukan denggi. Cuma old migrain aku andaikan. Doakan aku OK kengkawan.

Moral:
1. MC memang best, tapi kalau kena duduk dan baring sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa memang tak best. Apatah lagi tanpa 'nurse' tersayang boleh jadi bertambah sakit.
2. Sebaiknya ziarah, tetapi alhamdulillah SMS dan phone call serta usaha meringankan beban amat membantu. Ia umpama pengubat hati yang berupaya menyembuhkan 50-70% kesakitan fizikal. Betul ke? Ada faktanya aku rasa.
3. Ingat mati bukannya bermakna lemah. Ia akan menjadikan kita insaf bahawa apa yang kita buat di dunia ini sementara. Harta yang ada pada kita, villa sea view, Mazda 5, Sony Ericsson W960i, ThinkPad X61 mahupun Blackberry 8800* semuanya takkan dapat masuk liang lahad. Yang boleh temankan kita dalam tu cuma amalan kita sahaja. Oleh itu tinggalkanlah yang tak membantu kita ke akhirat.

* Kecuali Mazda 5 yang belum kumiliki, semua harta di atas telah dimiliki oleh orang lain.

Tuesday, March 18, 2008

Hujan Datang bukannya Hujan Turun

Zaujati merungut di kampus sekarang jalan sesak susah nak lalu. Kenapa pula? Katanya hujan datang ke UKM. Hujan? Datang? UKM?

Memang sekarang musim hujan. Apa masalahnya? Takkan hujan sampai sesak jalan?

Rupa-rupanya band baru yang tengah hot, Hujan buat persembahan di UKM. Sesak la kerana anak-anak muda gigs live depan depa. Bukan setakat student, orang Bangi pun interframe juga. Dahsyat.

Ceh! Patutlah Zaujati sebut hujan datang. Kalau bukan pasal band Hujan, sudah tentu aku suruh dia ambil sekali diploma lanjutan untuk Bahasa Melayu.

Sunday, March 09, 2008

Tahniah atas kematangan dan keberanian

Buat pertama kali di dalam sejarah, rakyat Malaysia memperlihatkan kematangan dan keberanian dalam mencuba sesuatu yang baru. Memang terlalu banyak masalah dan kepincangan di dalam pemerintahan yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diperbetulkan. Situasi terkini adalah sihat kerana dengan menafikan 2/3 majoriti kerajaan pemerintah, sebarang usul dan dasar terpaksa memerlukan sokongan pihak pembangkang nasional (hati-hati dengan istilah pembangkang, ia berbeza di peringkat negeri atau nasional). Oleh itu pemerintah di Parlimen perlu memberi justifikasi yang kuat sebelum sesuatu usul dilululskan. Ianya akan menjadikan pemerintah lebih efisen kerana diaudit sepenuhnya oleh pembangkang. Belakang, rakyat juga yang mendapat manfaatnya.



Masa mengundi tak boleh tangkap gambar, tapi aku ketika itu sedang pura-pura silentkan handphone.

Pertambahan suara pembangkang di Parlimen bermakna kerajaan pemerintah tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat apa sahaja tindakan yang merugikan rakyat. Tokoh-tokoh pembangkang yang dihantar ke Parlimen perlu memainkan peranan untuk mendatangkan keuntungan yang besar untuk rakyat. Rakyat marhaen sudah terlalu lama sukar dengan kos sara hidup yang semakin sukar. Anehnya keuntungan negara melalui minyak yang
besar tidak dapat disalurkan. Sepatutnya bila harganya terus naik, kita sebagai negara pengeluar terus untung. Tetapi kita dihidangkan dengan kenaikan harga petrol, dan pelbagai lagi kenaikan harga barang lain oleh peruncit dan pekedai dengan alasan harga petrol naik. Oleh itu mesej di kertas undi sangat jelas: Perbaiki masalah kami dan lihat apa yang pincang di dalam pentadbiran negara.

Perubahan tampuk kuasa negeri termasuk negeri kesayanganku Selangor adalah sesuatu yang tidak pernah diduga. Siapa sangka Selangor negeri maju berstatus kerajaan PKR-PAS-DAP. Hampir sama situasinya sekarang dengan Kelantan. Sukar untuk membayangkan kerajaan pusat menghina pembangunan dan kemajuan di Selangor melalui media massa seperti yang dibuat terhadap Kelantan sebelum ini. Ia ibarat meludah ke langit, belakang terkena muka sendiri. Ia juga petanda yang sepatutnya membimbangkan BN kerana ia memberi mesej yang jelas bahwa rakyat mahu menilai keupayaan pembangkang nasional memerintah negeri. Apabila mereka sudah yakin, tidak mustahil mandat memerintah negara akan diberi dalam tempoh 4 tahun lagi.

Sudah tiba masa BN membuang pemimpin yang punya agenda selain kepentingan rakyat. Untuk bergerak efisen, BN perlu melupakan kepentingan peribadi dan bekerja lebih kuat dan telus untuk menawan hati rakyat. Jangan guna media massa secara keterlaluan kerana orang kampungpun dah tahu guna Streamyx sekarang. Setakat buka malaysiakini atau Roslan SMS guna Celcom Broadband tu apalah sangat susahnya pada mereka. Rakyat semakin pintar, jangan mereka diperbodohkan dengan taktik politik zaman 70-an dan 80-an.

Semoga perubahan ini akan memberi kebaikan kepada kita semua. Kepada YB-YB, rakyat dah semakin bijak menilai dan semakin peka, juga semakin rajin pergi dengar ceramah (untuk dapatkan sumber alternatif), oleh itu kena kerja rajin-rajin, kalau tidak penggal ini mungkin penggal terakhir. Pemerintahan baru 5 negeripun begitu. Rakyat sudah memulakan penilaian sekarang. Pembangkang peringkat negeri (BN) pasti setuju.

Hidup kuasa rakyat. Bak kata Anwar "Makkal Sakti".

Di sini juga aku ingin ucapkan tahniah kepada beberapa 'kenalan/ahli keluarga':

1. Khalid Abdul Samad Parlimen Shah Alam
2. Fuziah Salleh Parlimen Kuantan
3. Dr. Lo' Lo' Parlimen Titiwangsa
4. Shaari Sungib DUN Hulu Kelang
5. Dato' Mohammad Awang Tera DUN Chukai

Istilah baru yang kupelajari: Majoriti Mudah --> Maknanya majoriti minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Sunday, March 02, 2008

Enjoy your voting event!

Saya sering ditanya rakan sekerja tentang parti sokongan sempena pilihanraya. Sememangnya saya tidak tidak mahu terlibat di dalam perbincangan politik yang hanya membuang masa. Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Politik berdasarkan isu dan kematangan mengundi yang tidak munasabah. Tambahan pula sepatutnya ada agenda lebih besar bagi mereka yang memahami; membawa dan mengislah masyarakat. Pentingnya agenda itu dan kesibukan mengisi masa dengannya menyebabkan diri ini terlalu sibuk untuk memikirkan hal politik. Namun apa yang penting adalah tunaikan hak dan tanggungjawab.

Kepada yang masih kepingin tahu begini sahaja ujar saya. Sekiranya anda memahami idealisme mahasiswa dan ada pengalaman 'mengaji dalam bulatan' tentu dapat mengagak dengan mudah.

Sempena demam pilihanraya memang seronok kalau berkongsi pengalaman tentang latarbelakang kefahaman situasi pilihanraya dan parti-parti politik. Semasa kecil lagi saya tidak pernah tahu apa itu pembangkang. Ketika itu tiada internet atau sebarang saluran alternatif yang boleh dirujuk kerana amat jarang pemimpin pembangkang masuk TV atau surat khabar. Harakah? Agak sukar didapati. Pembangkang seperti PAS dan Semangat 46 digambarkan sebagai parti perosak dan tiada agenda yang jelas serta berterabur.


Saya masih teringat bila pertama kali saya dengar suara pembangkang iaitu ketika aruah bapa baru balik kempen PAS. Ketika itu saya berumur belasan tahun. Tentang apa? Tentang BN memasang bendera yang menutupi keseluruhan Angkasapuri. Perkara yang saya ingat hanyalah kesimpulan dari aruah bapa "Macam itulah dia gulung duit kita, duit rakyat".

Latarbelakang pengetahuan saya dibantu oleh ahli keluarga. Walaupun kemudiannnya aruah bapa menjadi orang kuat PAS, abang ipar pula Ketua Pemuda UMNO di kampung. Tetapi poltik biasanya ditinggalkan di pintu rumah. Dalam rumah harmoni. Namun, oleh sebab itu sebagai remaja saya sering mendapat liputan yang hampir sama berat walaupun dengan penguasaan sepenuhnya BN terhadap media massa menyebabkan abang ipar tidak perlu bekerja keras menyakinkan saya.

Masa beredar, kehidupan diteruskan di universiti dan saya mula mempelajari banyak perkara tentang hidup dan sudah tentu, situasi nasional. Kes Anwar menyebabkan saya mula memerhatikan pembangkang secara serius. Apatah lagi merekalah terutama PAS yang bersungguh-sungguh membela Anwar yang pada pendapat saya dianiaya atas nama politik. Ironinya Anwar itu bukan tidak pernah memusuhi PAS dan pemimpinnya. Sekarang kawan, akan datang siapa tahu mungkin musuh semula. Atau sebaliknya. Itulah politik. Mantan PM pasti setuju.


Gambar hiasan dari internet

Pilihanraya demi pilihanraya berlalu tetapi situasi tidak banyak berubah dari aspek pemerintahan negara. Memang Malaysia bukan US yang kedua-dua Demokrat dan Republican sama-sama kuat, tetapi jika beberapa perkara ini berubah, mungkin kita ada dua pihak yang sama-sama kuat utk memerintah:

1) Semua parti bertanding telus tentang sumber kewangan kempen masing-masing. Kita khuatir parti pemerintah menggunakan duit kerajaan untuk berkempen. Secara etikanya ia salah tetapi di sini tidak diperhatikan secara jelas.
2) semua parti diberi peluang berkempen di media massa. Contoh buat segmen "Kawasan Pilihanraya Anda". Ambil satu kawasan Parlimen atau DUN. Bagi introduction tentang kawasan tersebut. Bilangan pengundi dan temuramah apa yang mereka mahukan. Contohnya jambatan kayu minta diganti dengan jambatan konkrit. Kemudian beri setiap calon 5-10 minit untuk menambat hati pengundi.
3) SPR dilantik dan menjalankan pilihanraya dengan kuasa penuh majlis Raja-Raja. Sekiranya mana-mana pihak mempunyai campur tangan terhadap kuasa fasilitator pilihanraya, ia akan menjadikan pilihanraya berat sebelah.
4) Apabila pilihanraya, Parlimen bubar, maka kerajaan secara efektifnya tiada. Oleh itu balai raya, pejabat kerajaan dan sebarang bangunan kerajaan tidak boleh dijadikan tempat atau markas kempen oleh mana-mana parti.
5) Pihak berkecuali yang memantau perjalanan pilihanraya, perjalanan undi pos dan kesahihan pengiraan undi. Pihak berkecuali ini silakan siapa sahaja, NGO tempatan atau badan rasmi seperti Komanwel.
6) Sila tambah ikut suka


Sementara benda-benda di atas belum ada tanda-tanda untuk dilakukan, apa yang boleh dilakukan sekarang adalah sama-sama mengharapkan pilihanraya yang benar-benar menggambarkan kehendak rakyat, sama ada mengekalkan majoriti kerajaan pemerintah, mengurangkan majoriti ataupun memberi peluang pembangkang memerintah. Enjoy your voting event!

Monday, February 25, 2008

Mesej di sebalik blog

Aku pernah melihatnya di dalam CSI Miami, Prison Break mahupun NCIS. Namun mesej di dalam mesej bukanlah sesuatu yang baru tetapi dalam dunia sebenar ia merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Oleh itu aku bercadang membuat satu di sini.

Contoh yang aku terfikir:


Hello Edi,

Here I list several observations about Liverpool-Newcastle game:

1. New signing Torres really rocks. His tally is 24 goals already in 34 games.
2. Since Halloween night, nobody dress look funnier than Newcatle 'prison-style' home kit. Their kit resembles Old Lady Juventus but their performance are rather pathetic.
3. The photo album of the game has a lot of red color, including furious Rafa Benitez red face.
4. Within few minutes already Obefemi Martin makes a lot of effort, including long range volley that hits the bar.
5. Waiting 8Gb CSI to-be downloaded, that is a phrase to conclude Owen pace during the game.
6. Without Harper heroic? You don't wanna know how the score line should be.
7. To stay in topflight, Newcastle should copy the 1995 Keegan, not the new appointed one.


Si Edi ni tak minat bola dan tak peduli tentang EPL, tetapi dia tahu apa mesej di dalam blog itu yang ditujukan kepada dia. Cuba lihat perkataan pertama di dalam ayat pertama, perkataan kedua di dalam ayat kedua dan perkataan ketiga di dalam ayat ketiga. Ia akan jadi:

1. New
2. Halloween
3. Album
4. Already
5. Downloaded
6. Wanna
7. Copy

Kadangkala ia perlu sekiranya kita ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada seseorang tetapi bimbang ia ditapped oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya mendengar atau membacanya. Dalam kes di atas, si Edi ni bini dia marah kalau dengar lagu metal banyak sangat, pasal itu kena bagi hidden message supaya bini dia tak boleh detect. Sekadar contoh heheheh.


Untuk bacaan lanjut sila bergegas ke
Wiki.

Wednesday, February 20, 2008

Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW

Email ini saya terima dari kawan, diharap dapat diambil iktibarnya.

*********************************************************************************

Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi.
Berlaku hari ini ( 1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi
Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW.
Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai
kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak
lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car
seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini
terkunci anak dalam kereta rupanya ...

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A: Umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: Tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way
balik ambil kunci spare...

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak
u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)...nanti suami saya marah...

Pakcik B: Iisk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan
patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C: "Mana bapaknya???"

Mak Budak tu: "Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang: "Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk
pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...


Abouti: Gambar hiasan. Kereta BMW orang tu jauh lebih cantik dari ni

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut
suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...Tetiba ade sorang akak
tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya
yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta,
beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan
menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan
kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu.
Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik
picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak
cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby
tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor".
Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul
...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing
dulu...

P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul
..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih
compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada
bangsa-bangsa lain yang tak Islam.

Monday, February 18, 2008

Riadah

Setelah beriadhah ke Tasik Titiwangsa, Tasik Kelana Jaya dan Tasik Shah Alam, kami menghirup udara segar Tasik Bandar Permaisuri pula. Kat mana? Bandar Tun Razak menghala ke HUKM. Ala tempat Yusri KRU kahwin dengan Erra Fazira. Meriah betul katanya. Wedding of the Year. Apa? Dah bercerai? Pulak


Ok la tempat dia. Tasik dia tak keluarkan bau busuk macam yang pernah terjadi di Tasik Serdang. Pemandangan cantik. Berlatarbelakangkan KLCC. Kami datang selepas solat subuh di Masjid Uthman Bandar Tun Razak, jadi kicauan burung seakan menyambut mesra kedatangan kami. Cuma apabila semakin pagi, geng-geng aerobik mula interframe. Makcik, Ah so dan Tante menunjuk kepandaian menari lagu Bobby Brown atau rapping ikut rhythm How G. Gerek jugak otai-otai ni.

Aku dan member sempat habiskan satu pusingan. Besar tasik tu, satu pusingan aje dah rasa tak cukup oksigen. Nasib baik Allah bagi oksigen free. Kalau kena bayar memang sengkek dibuatnya.


Cuma satu perkara dari lawakan mat ranggi yang sempat ku terdengar:
"Tengok orang Cina, depa datang sebelum keluar matahari. Seolah-olah depa bangun solat subuh. Orang kita kebanyakan datang masa matahari dah keluar. Masa tu oksigen yang segar dah habis. yang ada bau peluh dan bau kentut".

Hehehe nasib baik kami datang awal.

Raya Cina

Sementara cuti empat hari Gong Xi Fa Cai, aku sekeluarga mengambil kesempatan balik Johor. Memang aku akui kami tidak berfikir panjang, apatah lagi Zaujati tidak akan bercuti pada cuti semester ini, tetapi terlibat dengan Program Bina Insan Guru. Oleh itu kami perlu balik kampung sekarang, kalau tidak lama lagi baru ada cuti panjang sebegini. Seperti yang dijangka memang ramai kerabat. Masyarakat berbangsa Cina memang sedang dalam perjalanan balik kampung. Yang Melayu memang tak kira raya bangsa apa pun memang balik kampung. Kalau di RnR tu, jangan kata nak makan berat, nak beli pau pun beratur panjang. Nasib badan.

Sekiranya perjalanan pergi tidak cukup sesak, terutama di Nilai-Seremban dan Yong Peng - Senai Utara, di dalam perjalanan pergi lagi terharu. Kesesakan bermula di Pedas-Linggi. Selepas setengah jam, alhamdulillah lepas 5km. Memang terlalu perlahan. Situasi hampir darurat apabila lorong kecemasan penuh menyebabkan penunggang motor terpaksa melalui celah-celah tiga lane yang digunakan oleh pemandu kereta yang tidak mementingkan diri sendiri.

Situasi di RnR dan Hentian Sebelah juga penuh sehingga kereta diletak di bahu jalan. Tandas bukan sekadar beratur, orang perempuan masuk guna 2 dari 5 toilet lelaki. Dua bilik air juga orang perempuan sapu. Dahsyat. Namun ada orang yang gembira ketika highway sesak begini. Abang-abang jual burger dan para penjaja makanan. Masa ni jual tauhu goreng RM1 sebijipun orang berebut beli.

Syukurlah kami menghantar adik Zaujati yang mengajar di Kolej Uniti di Teluk Kemang. Selepas dua jam menanti dengan sabar dan menahan kesakitan peha, kami nampak susur keluar Port Dickson. Kami selesaikan semua perkara, isi petrol, ke toilet (kali ini tak perlu beratur)dan makan di tepi pantai. Selepas itu kami dengan beraninya masuk semula ke PLUS yang masih sesak. Ketika ini mata sudah mula terasa mengantuk. Kuasa ajaib Zaujati iaitu pot pet pot pet non-stop juga kali ini gagal menyegarkan mata ini. Namun syukurlah selepas setengah jam kami dapat gunakan gear 3. Aku terpaksa susur keluar ke RnR Seremban untuk memenuhi tuntutan mata. Sekitar jam 1.30 pagi, selepas 10 minit tidur, aku meneruskan perjalanan dengan semua masih dibuai mimpi. Lengkaplah hampir 12 jam perjalanan kami apabila aku matikan enjin di halaman rumah jam 2 pagi.


Aku harap tahun depan sebelum balik cuti Raya Cina, aku sempat baca posting ini supaya otak aku sempat berfikir panjang sebelum tangan mula pegang stereng dan kaki sudah ada di pedal.

Sunday, January 20, 2008

Susu Badan Dari Tempat Kerja?



Gambar ini kurakam di peti ais pejabat. Siapa kata wanita bekerja tidak boleh memberikan yang terbaik untuk anak mereka? Susu ibu ternyata berkali-kali lebih baik dari mana-mana susu formula. Antara kelebihan susu ibu:

1. Pertama kali selepas bersalin, si ibu akan menghasilkan kolsterum yang sangat diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran otak dan sebagainya.
2. Susu ibu mempunyai anti virus yang terbaik. Pengalaman bersama Tha yang setahun setengah menyusu penuh dari ibunya, sangat-sangat jarang dia demam di dalam tempoh itu. Namun kalau ibu sakit perut, dia akan terkena juga. Oleh itu ibu kena jaga pemakanan.
2. Kalau bayi kecil, selepas menyusu susu formula perlu ditepuk perlahan supaya sendawa. Ini kerana susu formula agak sukar dihadam oleh bayi. Ini tidak berlaku sekiranya menyusu badan.
3. Bentuk buah dada ibu akan menjadi cantik secara firah dan tidak sembab. Kelebihan ini tidak dapat diulas panjang. Sila tanya isteri masing-masing kepada yang sudah berkeluarga.
4. Membentuk hubungan istimewa antara ibu dengan bayinya. Emosi dan perasaan ibu akan tercurah sekali ke dalam bayinya melalui susunya. Ini pengalaman Zaujati.
5. Bayi tenang ketika menyusu kerana ia berasa seolah-olah masih berada di dalam perut. Ia dapat mendengar degup jantung ibu dengan jelas dan terasa selamat berada dipangkuan ibu.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan susu badan seperti yang doktor selalu terangkan. Oleh itu berkorban sedikit demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kepada Breastfeeding-Working Mama, you rocks!

Tuesday, January 15, 2008