Wednesday, July 30, 2008

Bumblebees: Triggering Research

The way bumblebees search for food could help detectives hunt down serial killers, scientists believe. Just as bees forage some distance away from their hives, so murderers avoid killing near their homes, says the University of London team. This "geographic profiling" works so well in bees, the scientists say future experiments on the animals could now be fed back to improve crime-solving' - The BBC Website.


Di dalam penyelidikan telekomunikasi, mengambil resmi (kebiasaan dan perangai) haiwan bukanlah sesuatu yang baru. Kajian terhadap cara semut bergerak dan berkomunikasi telah banyak membantu memperbaiki rangkaian telekomunikasi. Ia juga membuktikan robot dan sebarang mesin ciptaan manusia itu akan bertambah baik sekiranya ia mengikut sistem sosial dan kemasyarakatan serangga, haiwan atau manusia itu sendiri. Jadi masihkah ragu bahawa hebatnya ciptaan-ciptaan Allah?

Monday, July 28, 2008

Tak dengar. Boleh kuatkan suara?

Aku berada di Nilai bertemu sahabat-sahabat di sana. Bincang-bincang tentang iman. Agenda yang sederhana sahaja. Tatkala hangat berbincang, dinding surau bahagian belakang diketuk berulang kali. hairan kami kerana ruang di sini hanya kami yang ada. Terdapat sedikit elemen seram kerana di belakang surau agak gelap dan misteri. Seraya itu terlihat satu tangan kecil terkapai-kapai dengan satu kertas di hujungnya. Kami ambil suratnya. Surat berbunyi

"X Dengar. Boleh kuatkan suara penceramah? Kami di belakang nak dengar juga. Kami tiada nakibah"

Muslimah. Nak tumpang sekaki. Bila masa pula kita buat ceramah? Nakibah takde? Sini pun bukan nakib. Tapi atas permintaan nak berkongsi, kami dengan penuh machonya beranjak ke belakang surau. Bincang perkara baik, buat apa nak sorok. Bukannya buat tutorial tentang pembuatan bom.

Alhamdulillah ketika ramai remaja yang gagal membendung arus kejahilan, masih ada yang ingin mengikut fitrah manusia yang perlukan pemantapan ilmu dan iman dalam rangka menjaga diri supaya kekal jatidiri Islam. Masih banyak hati-hati yang belum terusik dan tersentuh dengan peringatan dan kesedaran. Suara-suara penyeru kearah kebaikan dan kebenaran serta mencegah kebatilan diperlukan di mana-mana. Tugas kita berat, marilah memikul beban ini bersama-sama.

Thursday, July 24, 2008

Akhbar Alam Islami

Pendirian Barrack Obama cenderung kepada Israel
Rakyat Amerika khususnya tidak mempunyai banyak pilihan. Walau siapa yang menjadi Presiden, dasar US tetap sama.

Pulau Batu Putih: Singapura membuat tuntutan perairan 200km
Ada kemungkinan Batam dan JB juga akan diserahkan ke Singapura. Betul2 macam Belanda dapat tanah

Konsert Inul dibatalkan
Kata Inul: Ini dugaan dari Allah. Walaupun di Indonesia gelek gerudi dianggap seni, seluruh dunia menganggap ia erotik. Alhamdulillah rakyat Malaysia selamat dari 'dugaan' dari Inul buat sementara

Tuesday, July 15, 2008

Komen Debat AgendaDaily TV9

Anwar memang superb, penuh fakta, berintonasi, serius berselang seli dengan lawak.
Pensyarah UUM memalukan orang UUM, tak faham industri petroleum, terpaksa dibetulkan oleh Anwar.
Tak pernah serang Shabery cuma ingatkan dia dulu S46
Lwak-lawak dan kritikan Anwar tajam dan segar, tak jumpa dalam ucapan terdahulu di Youtube

Shabery asyik lebih masa. Dia bankrap idea, asyik serang peribadi Anwar walaupun banyak kali Anwar kata tak nak jawab.
Jawapan kepada soalan Zulkifli tak dapat dijawab dengan baik.
Asyik ungkit tentang situasi 1980an yang sudah tentu tidak sama dengan keadaan sekarang.
Soalan Shabery kepada Anwar seolah-olah dah bocor kerana Anwar jawab penuh fakta dan bersahaja.
Sering kata Anwar ambil pendekatan populis, sedangkan dia tak mampu melawan fakta yang menunjukkan dia (Anwar) memang populis dan penuh hujah.

Ramai sangat orang tiga suku dalam dewan tu, benda takde fakta pun bersorak.
Agenda Anwar: Sampaikan mesej yang hampir sama dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dalam ruang massa yang lebih besar dalam masa yang singkat.
Agenda Shabery: Kritik Anwar habis-habisan. Tiada agenda memperbaiki kesusahan rakyat dan angkuh dengan kejayaan Petronas.


Image from Malaysiakini

Keseluruhan: 2.5 bintang kerana sangat berat sebelah, patutnya Shabery lawan Salahuddin Al-Ayyubi atau Mahfuz, baru sengit dan seronok dengar.

Tuesday, July 08, 2008

Joke: Kenapa Federer Kalah Wimbledon 2008


Image from www.tennis.com

Pertemuan ulangan tahun lepas. Gelanggang yang sama. Orang yang sama. Outfit yang hampir sama. Tapi juara sejak 4 tahun lepas Federer gagal kali ini. Setelah hampir-hampir menang dalam 5 set tahun lepas, kali ini Nadal dapat juga Grand Slam yang ini. Kenapa?
Umum memang tahu Nadal pakar tanah liat. Lihat sahaja 4 kejuaraan di French Open. Namun Wimbledon gelanggang rumput. Jadi kenapa Federer gagal di gelanggang kegemarannya?


Image from BBC

Mudah sahaja. Cuba lihat gelanggang akhir Wimbledon. Kawasan baseline sudah semakin terhakis rumputnya. Jadi yang tinggal tanah sahaja. Ia hampir-hampir menyerupai tanah liat. Selain faktor 'peralihan kuasa' dan hujan (thanks blogger Jasmy), Federer dan penonton ditipu oleh keadaan gelanggang yang sebenarnya sudah menjadi separa tanah liat.

Monday, July 07, 2008

Download the internet

Customer: "I want to download the Internet. Do I need a bigger hard disk?"





Jangan pikir banyak sangat tentang minyak. Hibur-hiburkan hati sikit.

Thursday, July 03, 2008

Lenguh Menuang Minyak

Memang teruk sekarang ni. Kalau isi minyak kat Satria, dalam tiga atau empat hari mesti mau RM50. Kalau sebulan dah tentu dalam RM500. Itu berulang ke tempat kerja dan rumah babysitter aje. Kalau pergi balik kampung ke, pergi kelas programming ke, pergi mengaji dsb, mencanak naik perbelanjaan mingguan. Lenguh tangan tuang minyak. Apa usaha secara individu sementara menunggu usaha kolektif yang masih samar-samar?

Rasanya kalau berterusan begini, mungkin tak mampu lagi ke tempat kerja guna kaki empat. Beberapa pilihan:
1. Guna kaki dua
Motor buruk di rumah tu agak memalukan kalau dibawa ke tempat kerja. Berapa agaknya upah membikin semula. Kalau tangkap design yang lebih baru OK juga cuma malas berhutang setiap bulan. Tapi kalau banding dengan RM500++, lebih berbaloi bayar ansuran RM150 sebulan + minyak tangki lebih kecil

2. Guna kaki empat bertabung
Ini yang mengharukan. Harga tangki gas NGV semakin mahal dan tidak berpatutan.

3. Car pool
Siapa-siapa kerja Cyberjaya angkat tangan?

4. Banyakkan cuti dan bekerja dari rumah sahaja
Boleh kalau bos anda Larry Page

5. Hydrofuel
Guna air? Company ni operate kat Banting. Jom singgah!

Hai, bilalah nak tukar kerajaan yang cukup berani turunkan harga minyak.

Tuesday, June 10, 2008

Hari Pertama di Cyberjaya

Hari ini dengan rasminya unit kami berpindah ke Cyberjaya. Tempat cantik menarik kau memang tembam. Dia punya Celcom Broadband coverage lagi solid. Dengan basic package, boleh pergi sampai 354kbps. OK dah tu, boleh layan youtube dengan kadar yang sederhana, sambil-sambil tunggu result experiment. Kalau laju sangat susah beb, nanti youtube yang simulate kita.



Cube baru. Belum apa-apa lagi dah bersepah. Camana nak buat azam baru cube yang bersih indah dan tenang ni?

Monday, June 09, 2008

Benzene vs NGV

Bukan. Bukan Benzema France lawan RVN Holland. Takde kena mengena. Nama keluarga CH petrol yang melambung itu ialah Benzene. Perkara yang menjadi persoalan ialah mengapa mentaliti kerajaan dalam menyenangkan hidup rakyat masih di tahap gaban. Mengapa pusat pengisian NGV masih sangat sedikit? Apakah wujud kawalan kerajaan? Kalau benar ia petanda subsidi hanyalah permainan mereka di dalam industri ini yang terus untung dan untung. Long live kapitalisme dan sekularisme!
Mengapa negara kelas ketiga yang porak peranda kestabilan politiknya dan sangat dhaif infrastrukturnya, masih punya sangat banyak petrol yang menawarkan NGV atau ringkasnya di sana, CNG?

Mengapa kos memasang tong NGV semakin mahal walaupun supply sudah banyak sesuai dengan permintaannya? Mengapa mesti mengambil kesempatan atas kesusahan dan penderitaan orang ramai? Semua ini melibatkan manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri dan terus-terus merendah-rendahkan intelektualiti rakyat dengan perbandingan-perbandingan dan fakta rekaan yang tidak munasabah. Tidak cukup dengan memberikan beban, diperbodohkan pula dengan cedokan kata-kata ahli akademik yang berhujah dangkal dan berstatus sekolah menengah.

Gesaan tukar cara hidup juga tidak masuk akal. Hello, selama ini kita hidup mewah ke? Tiap-tiap hari makan ikan salmon dan steak, bukan ikan bilis dan kembung?
Setiap bulan ke Bali, Paris dan Hong Kong, bukan ke Banting (balik kampung) atau KL (urusan kerja)?
Kereta harga sebiji rumah semi D bukan Kancil atau perlukah berkira-kira membeli Dream EX5?

Tidak cukupkah selama ini kita bersusah payah mengikat perut demi menampung beban hidup? Harga susu anak bukan semakin turun tidak kira gaji kekal atau naik. Harga beras bukan naik sedikit. Sekiranya inflasi mencapai 5% atau lebih, tidak guna membandingkan KDNK negara dengan negara lain yang KDNKnya lebih rendah. Ia ibarat bapa yang memberitahu anak dia tiada duit untuk membeli buku sekolah pada masa yang sama menukar sport rim kereta.

Ada seorang Menteri kata masa kecoh isu pusat ternak babi, "inilah hadiah kerana mengundi pembangkang, nak sangat perubahan, ambil lah pusat ternak babi" sedap aje dia cakap. Sekarang mari kita tanya dia ini hadiah apa pula dari kerajaan?

Sunday, June 01, 2008

Islam dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Lihat sahaja firman Allah dalam Al-Quran surah Ar-Rahman 7-9

Ternyata agama ini telah memberi peringatan kepada manusia tentang kepentingan menjaga keseimbangan dan keteraturan bumi ini. Kesan rumah hijau, penipisan ozon, kecairan kutub utara dan kenaikan suhu bumi adalah kerana manusia rakus meneroka bumi sehingga tidak melihat kepada usaha-usaha pemuliharaannya.



Side story: The melting ices

Wednesday, April 23, 2008

Usiaku semakin meningkat tua dewasa.

Ucapan yang kuterima:

Selepas solat subuh:
Zaujati: Happy birthday abang (baru kusedar hari ini 23 April)
Tha: Ooo Happy Birthday bapak. Happy Birthday bapak kat mana? (Aku: ???)
Kha: Bapak, nak Diego (???)

SMS yang kuterima:
Along: Selamat ulangtahun ke 32 23 along doakan semoga panjang umur dimurahkan rezeki seluas-luasnya dan afiat tubuh badan. amin

Nang: Selamat hari jadi. nang doakan angah panjang umur, dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik. Insya Allah
(Thanks sisters!)

Blogger Abu 'Umar of Brotherhood Arts: Khoirunnaas man tola 'umuruhu wa hasuna amaluhu (sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik2 amalannya_ - hadith. Hepi bsday ke 32 :). Moga terus tabah & sabar atas musibah & ujian yang melanda. Tentu ada hikmah yang besar di sebaliknya. Allah cinta kepada hamba yang berharap kepadaNya. Ini uhibbukum fillah :)
(semua tu dlm satu sms? hebat!)

Shout dalam forum Office:
kamarul: happy birthday utk hazly kallang rovers & ryan din... (jersey kegemaran)
khiru: Happy Besday John Arne Riise!!! (Ceh! sedara jauh, suku sakat Kops)
rose: haz happy birthday-semoga panjang umur-murah rezeki
ezati: En.Rezad.. happy birthday.. and also goes to haz..
afuad: Haz welcome to anfield & White Heart Lane!.. selamat ulang thn beb...

Email berlambak susah pulak nak cut n paste. Walau apapun. Jazakallahu khairan kathira. Doa antum mudah-mudahan diterima.

Thursday, April 17, 2008

"Angah masih beli susu Dutch Lady?"

Boikot yang memerlukan mujahadah

Kata-kata kakak masih terngiang-ngiang di kepala ini sewaktu aku berseorangan memandu pulang dari Banting. Sememangnya aku pemboikot terkenal di kalangan keluarga. Sememangnya aku lebih suka mencari produk alternatif.

Jarang sekali diuji semangat memboikot ini kerana adanya alternatif yang baik dan setengahnya memang tidak diperlukan atas sebab ia memang tidak healthy atau tidak economical.

Sebagai alternatif Nestle, aku dan rasanya ramai lagi memilih Dutch Lady kerana kekuatan brand, harga dam kualitinya setanding malah lebih baik. Namun apabila produk yang diharapkan juga tidak bertanggungjawab (dikeluarkan oleh negara yang pemimpinnya tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam), maka ia secara automatiknya perlu juga dikategorikan di dalam senarai yang akan diboikot.

Memang aku kecewa. Anak-anakku membesar dengan Dutch Lady. Earphone Phillips sudah bertahun kugunakan. Shell alternatif terbaik sekiranya tiada Petronas berdekatan. Namun itu semua bukan alasan untuk mengsampingkan semuanya dan bermula semula. Aku sudah menyenaraikan beberapa susu alternatif terutamanya dari New Zealand dan dari Jepun. Bila agaknya jutawan-jutawan Arab nak mula empayar macam Nestle ye?

Kembali pada perbicaraan tadi. Aku terdiam sebentar. Aku mengumpul sedikit kekuatan dan memberi jawapannya. Jawapan aku ketika itu sedikit santai, praktikal dan firm (tegas?), "Kalau yang ada kat rumah tu kena habiskan, tapi selepas ini kenalah cari susu kambing pula".

Aku berharap tekanan hasil boikot ini akan menyebabkan Wilder tu minta maaf, tarik balik tayangan dan taubat taknak buat film seumpama itu lagi. Kerana selagi berdegil, kita akan teruskan mujahadah ini sampai bila-bila.

Remove Illustration of Rasulullah

Salam,
I just signed the petition "Remove the Illustrations of Nabi Allah Muhammad from Wikipedia". I'm asking you to sign this petition to help us reach our goal of 10,000 signatures. I care deeply about this cause, and I hope you will support our efforts.

Click here

Sunday, April 06, 2008

Aku dan Demam Denggi

Bermula Rabu lepas. Selepas menghantar anak ke rumah Ibu, aku mula terasa tidak sedap badan. Dalam hatiku berkata "Horrey, boleh minta MC". Kereta yang menghala ke office melencong ke klinik. Badanku panas dan kepalaku berat. Pelik kerana kalau aku demam aku akan selsema atau sakit tekak dahulu. Dr. check tekanan darah, normal. Aku diberi MC dan balik berehat. Berseorangan di rumah, Zaujati pulang sebentar dari examnya. Sempat lap-lap mukaku yang panas semacam. Lepas makan ubat OK. Kepala tak pening lagi dan suhu badan beransur pulih. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Lepas makan ubat OK.
Esok aku datang office, kerja banyak tanggungjawab ada. Kuatkan juga. Petang aku flat. Keadaan sama. Badanku panas dan kepalaku berat. Nak toleh kiri kana kena slow-slow. Kalau drive memang problem. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Sekali lagi Zaujati terpaksa diimport dari UKM untuk tengokkan budak-budak. Baca nota sambil bancuh susu. Kesian siswi yang sudah berkahwin; cabaran menghadapi final exam yang jadualnya sehari sekertas (paper). Blogger Atukz kata syafakallah, suruh rehat secukupnya.

Jumaat selepas hantar anak, aku ke klinik berdekatan rumah babysitter. Dr. nya muda, kecil molek, aku ingatkan anak Dr. yang biasa di situ. Katanya ada simptom demam denggi. Aku kata memanglah simptom demam biasa sama dengan denggi. Badan panas, pening kepala, sakit badan, loya (tiada selera), muntah-muntah dan cirit-birit. Aku melawak kata tiga pertama memang ada tapi selera makan bertambah. Dia layan lebih kurang, bukannya dia tak tahu kad kesihatanku ada 3 nama lain. Dia advise check darah. Aku taknak kerana takut panel tak cover dan takut syringe tanpa cover. Aku MC lagi. Sepanjang hariku di rumah begini: Badanku panas dan kepalaku berat. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Blogger PC call suruh minum 100 Plus banyak-banyak. Minum 3 botol lepas tu futsal sejam insya Allah sembuh katanya.

Sabtu Ahad aku rehat habis-habisan. Aku tak boleh memandu kalau pening. Kalau terpaksa (Zaujati buat persiapan camping ke Pangkor seminggu) keluar membeli barang aku hanya boleh pandang depan, bila simpang atau undur Zaujati jadi mata tambahan. Mak di kampung offer nak jaga anak-anak, aku cakap takpe dulu.

Pagi ini aku rasa macam OK. Aku pergi ke office. Tetapi aku mula terasa loya, sesuatu yang aneh untuk diriku yang memang punya kekuatan dalam memakan kuat makan. Dalam kepalaku yang pening mula terbayang:
1. Betul ke aku kena denggi?
2. Adakah akan jadi macam jiran atau saudara yang pernah berminggu duduk dalam hospital?
3. Jika ya siapa nak tengokkan anak-anak?
4. Kalau platletku tak naik apakah aku boleh mati?
5. Sempat ke aku jumpa Zaujati, saudara-mara sahabat handai?
6. Sudahkah wasiat Amanah Raya, KWSP, KOTAMAS dan lain-lain ditukar kepada isteri dan anak-anak supaya kebajikan mereka terjaga?
7. Sudah cukupkah bekalan nak mengadap Raja segala raja? Sultan segala Sultan?


Kalau masih tak OK mungkin aku ke klinik lagi petang ini. Mungkin check darah. Hopefully bukan denggi. Cuma old migrain aku andaikan. Doakan aku OK kengkawan.

Moral:
1. MC memang best, tapi kalau kena duduk dan baring sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa memang tak best. Apatah lagi tanpa 'nurse' tersayang boleh jadi bertambah sakit.
2. Sebaiknya ziarah, tetapi alhamdulillah SMS dan phone call serta usaha meringankan beban amat membantu. Ia umpama pengubat hati yang berupaya menyembuhkan 50-70% kesakitan fizikal. Betul ke? Ada faktanya aku rasa.
3. Ingat mati bukannya bermakna lemah. Ia akan menjadikan kita insaf bahawa apa yang kita buat di dunia ini sementara. Harta yang ada pada kita, villa sea view, Mazda 5, Sony Ericsson W960i, ThinkPad X61 mahupun Blackberry 8800* semuanya takkan dapat masuk liang lahad. Yang boleh temankan kita dalam tu cuma amalan kita sahaja. Oleh itu tinggalkanlah yang tak membantu kita ke akhirat.

* Kecuali Mazda 5 yang belum kumiliki, semua harta di atas telah dimiliki oleh orang lain.

Friday, March 28, 2008