Friday, June 15, 2007

Ayah ke rahmatuLlah

Pada pagi 4 Jun 2007, setelah sebulan terlantar di hospital, ayahanda pergi mengadap Ilahi. Alhamdulillah pemergiannya dimudahkan Allah, nazaknya hanya sebentar, sesak nafasnya tak lama. Kasihan ayah, masih banyak lagi rasanya ruang-ruang impian yang ingin ayah penuhi. Namun syukurlah kerana dua tahun terakhir hidupnya, ayah tidak lagi bekerja, sebaliknya menumpukan kepada urusan rumahtangga dan selalu ke masjid. Kawan-kawannya yang terakhir adalah orang-orang yang bertakwa insya Allah.
Kami sekeluarga cuba menghadapi semua ini dengan tenang. Aku sendiri, sepanjang umur hidup ini tidak pernah merasa kehilangan insan keluarga terdekat. Namun ia ada hikmahnya kerana sebelum ini selalu ucapkan takziah dan suruh orang lain bersabar. Sekarang baru kutahu besarnya erti orang ucap takziah dan suruh tabahkan hati....