Sunday, January 20, 2008

Susu Badan Dari Tempat Kerja?



Gambar ini kurakam di peti ais pejabat. Siapa kata wanita bekerja tidak boleh memberikan yang terbaik untuk anak mereka? Susu ibu ternyata berkali-kali lebih baik dari mana-mana susu formula. Antara kelebihan susu ibu:

1. Pertama kali selepas bersalin, si ibu akan menghasilkan kolsterum yang sangat diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran otak dan sebagainya.
2. Susu ibu mempunyai anti virus yang terbaik. Pengalaman bersama Tha yang setahun setengah menyusu penuh dari ibunya, sangat-sangat jarang dia demam di dalam tempoh itu. Namun kalau ibu sakit perut, dia akan terkena juga. Oleh itu ibu kena jaga pemakanan.
2. Kalau bayi kecil, selepas menyusu susu formula perlu ditepuk perlahan supaya sendawa. Ini kerana susu formula agak sukar dihadam oleh bayi. Ini tidak berlaku sekiranya menyusu badan.
3. Bentuk buah dada ibu akan menjadi cantik secara firah dan tidak sembab. Kelebihan ini tidak dapat diulas panjang. Sila tanya isteri masing-masing kepada yang sudah berkeluarga.
4. Membentuk hubungan istimewa antara ibu dengan bayinya. Emosi dan perasaan ibu akan tercurah sekali ke dalam bayinya melalui susunya. Ini pengalaman Zaujati.
5. Bayi tenang ketika menyusu kerana ia berasa seolah-olah masih berada di dalam perut. Ia dapat mendengar degup jantung ibu dengan jelas dan terasa selamat berada dipangkuan ibu.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan susu badan seperti yang doktor selalu terangkan. Oleh itu berkorban sedikit demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kepada Breastfeeding-Working Mama, you rocks!

Tuesday, January 08, 2008

Tahniah Mama Drive Sendiri ke UKM



Bukan. Bukan dengan Optimus Prime Tha ni. Dengan Avanza. Mabruk!

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut

Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB

KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,'' beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa'i (Beirut: al-Maktabah al-'Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.''

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.''

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Monday, January 07, 2008

Single Parents Dilemma

Tahun 2008 ini membawa suatu kelainan pada aku dan keluarga. Setelah sekian lama meninggalkan Universiti, Zaujati kembali ke kampus, mengikuti diploma pendidikan. Oleh kerana program ini memerlukan pelajarnya duduk asrama, serta-merta rutin kami berubah. Yang kecil tu agak terkesan kerana dia yang manja sangat dengan Zaujati. Hujung minggu baru dapat jumpa, walaupun kalau beliau ada masa senggang kami akan menculiknya sekejap untuk bawa balik ke rumah. Anak-anak menjadi tanggungjawabku sepenuhnya, kecuali masa kerja kerana dihantar ke babysitter. Takut memikul tanggungjawab berseorangan? Sedikit, bohonglah kalau terlalu yakin dengan tanggungjawab ini. Namun apalah besar sangat tanggungjawab ini berbanding peranan si ibu yang mengandung dan melahirkan. Berseorangan hampir setiap waktu. Beban selepas kerja yang memerlukan aku bergerak ke sana-sini mungkin memerlukan penelitian semula. Apakah kemungkinan-kemungkinan untuk single parent ini.

1) Kemungkinan untuk mengetuk rumah babysitter lewat malam untuk ambil anak-anak adalah pilihan yang sukar.
2) Mungkin bawa mereka ke mana sahaja aku perlu pergi, itu pilihan yang praktikal untuk situasi-situasi tertentu sahaja.
3)Ambil bibik? Anak tak penat ke sana-sini tetapi situasi di rumah pasti tidak selesa jika Zaujati tiada (memang kebanyakan masa dia tiada) di rumah.
4)Mak dan Mama ajak bawa anak-anak ke kampung (Banting dan Senai). Kami pula yang rindu ke anak-anak. Depapun psychologically struggle.

Hmm. Mungkinkah ada jalan keluar yang lain?

Sunday, January 06, 2008

Celcom 3G Coverage sekitar Sg. Merab dan Jenderam Hilir



Improve dari tiga hari lepas. Tapi buat masa ni mungkin lebih baik guna TMNet Home Streamyx.

Result lewat petang: Semakin baik nampaknya. Boleh suscribe rasanya.

Merc kena snow wash


Mak cakap dia sedih kereta arwah bapa tak gerak-gerak dan nampak buruk. Tindakan aku: Hantar servis, basuh kasi kilat dan tukar pakai dengan Satria.

Friday, January 04, 2008

Salah Kunci

Aku ingin berkongsi sedikit cerita . Aku ikut style Naga, kawan blogger bukunota. Biasalah sebagai tanda admire.

Malam Sabtu. Biasalah main futsal. Aku dan kawan-kawan.
Tumpang kunci, dompet dan handphone di beg Awang kawanku.
Main OK tapi ramai. Last game satu assist satu goal. Puas hati. Kena rush balik.

Kereta pula tak boleh hidup engine.
Tekan-tekan kunci tak nak start.
Pulas-pulas stereng tak boleh.
Gerak-gerak tayar tak boleh.

Kerabat ada yang nak balik awal.
Veron cuba tekan-tekan kunci tak nak start.
Ijok cuba tolong pulas-pulas stereng tak boleh.
Veron cuba gerak-gerak tayar tak boleh.

Tiba-tiba Ijok tertekan alarm pada kunci.
Kereta selang dua belah yang berbunyi. What the hell? Rupanya aku terambil kunci kereta Awang.

Malu. Pecah perut gelak. Semua ketawa cuma beza. Ijok dan Veron mentertawakan. Aku ditertawakan.

Moral of the story:
1) Fokus: Walaupun kunci Wira dan Satria sama, kunci stereng selalunya berbeza-beza. Kat situ aje dah fail.
2) Kaum kerabat yang baik sukar dicari. Veron & Ijok, you rock!
3)Tak reti-reti bawa beg sendiri?

3G Celcom Broadband dari rumah

Akhirnya, setelah sehari suntuk mencuba dan bergayut dengan minah-minah dan abang-abang (Mala, Farizan, Nora, Shafie, Malek ntah sape lagi) Celcom Customer Care, akhirnya ketika ini, di lewat pagi, aku berjaya surf internet dari rumah. Ya betul dari rumahku di ceruk desa ni. Terima kasih guys, tak sangka, kemalasanku untuk pergi ke kedai celcom berhampiran berbalas. Siapa kata Customer Care Celcom tak bagus? Dengan sedikit kesabaran insya Allah boleh configure sendiri handphone untuk menjadi modem. Kalau nak tips boleh sahaja. Akupun perlu recall step yang diberi, takut lupa.

Aku cuba lihat speed connectivity di sini. Memang sepanjang hari ini rangkaian 3G Celcom ada masalah, so aku rasa connection yang aku dapat kalau bukan 3G pasti GPRS. Aku berharap dengan handphone 3.5G ini aku berupaya surf dengan kelajuan HSDPA. Tapi sayang, ini kawasan kampung, bukan kawasan "Wilayah Celcom".


Aku akan cuba lagi dapatkan speedtest result esok pagi insya Allah.

Pagi tadi kira-kira 7.15 pagi, menurut Celcom 3G Network belum pulih dan PC Suite Sony Ericsson menunjukkan sambungan ke Celcom sebagai Low.


Ada improvement. Setakat surfing memang laju, tiada masalah. Youtube juga agak smooth walaupun hanya 300k. Best walaupun belum capai 1000kbps. Ada harapan nak melanggan RM68/month.

Thalhah & Umar


Kawan lama kalau jumpa. Thalhah jadi Optimus Prime dan Umar pilih Bumblebee sesuai dengan baju kuningnya.

Baju baru


Baju Terengganu pilihan mama. Jazakillah. Cantik.

Mama start DPLI


Mama baru keluar dari check in di Kolej Keris Mas. Good luck with your new start.

Khaulah


K850i

My first image using K850i

Wednesday, January 02, 2008

My LD "Roger and Out"

Aduhai tension hari ini. LifeDrive ku yang bertahun-tahun tak bermasalah tiba-tiba meragam. Tak boleh Hotsyn. Hangin mulanya. Habis semua latest meeting, training dan blogs serta nombor anak2 buah lesap begitu sahaja. Tapi bila dia buat loop reset selama beberapa jam sehingga panas, dua perasaan lain muncul. Pertama kasihan. "This little thing" has done some tremendous jobs over the years. Untuk pelupa dan unorganized person sepertiku, ia merupakan PDA yang sangat berguna. Rupa-rupanya aku sekali lagi gagal menghargai orang-orang (dan benda-benda) di sekeliling. Perasaan kedua adalah takut. Takut kalau bukan setakat latest info, tetapi seluruh data yang kumasukkan sejak 2005 dulu hilang. Rasa nak menangispun ada. Hai kenapalah orang zaman sekarang banyak sangat bergantung pada machine.


Alhamdulillah selepas hard reset manual dari website PalmOne, aku berjaya menghidupkan semula LDku setelah hampir sejam di wad kecemasan. Melalui bluetooth, aku cuba HotSyn dan berjaya. Catitan-catitan meeting, training, liqo, blog dan kontak adik2 terbaru hilang, tetapi maklumat2 yang lama masih ada di dalam versi desktop. Back to normal syukurlah!