Wednesday, September 30, 2009

Tipikal Malaysia


Lokasi: Tongkah. Leman si penangkap ketam. Jiang penjual ikan. Ragesh pembekal air batu.

Monday, September 21, 2009

Noordin Disahkan Mati?

Mingguan Malaysia - Dilaporkan DNA beliau berdasarkan rujukan anaknya yang 'match' 100%. Bukankah DNA anak dan bapa paling dekat 99% sahaja?

Sunday, September 20, 2009

Ila liqo ya Ramadhan

Selamat jalan Ramadhan. Sedih sungguh kami kerana terpaksa berpisah denganmu. Kenangan indah yang kami lalui selama sebulan sangat indah dan sentiasa terbayang-bayang di ingatan. Malam-malam bersamamu terasa sangat tenang dan damai. Kegembiraan Syawal sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan ini. Namun sering aku tertanya-tanya, sempat lagikah aku bertemu denganmu setahun akan datang?

Thursday, September 17, 2009

Malam ke 28


Performance tak berapa solid. Sakit perut sejak sahur.

Wednesday, September 16, 2009

Glowing Purple


Pokok dia kecil aje tapi dah berbunga.

Peralatan Pemburu


Peralatannya mudah disediakan. Mendapat hasil buruan; itu yang sukar.

Sunday, September 13, 2009

Ziarah: Hospital Tawakkal


Sepupu accident balik dari melawat tanah kebun di Tanah Tinggi Cameron. Dia baik2 sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Fwd:




Salam lailatulqadr. Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mengharung 1/3 ramadhan yg terakhir. Ayuh ke masjid mlm ini.


--
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, September 08, 2009

Kemana semua orang pergi?

18 Ramadhan
Masjid dah tak sesak
Budak-budak main sorok-sorok kat masjid tinggal 2-3 orang
Kereta dah boleh parking sebelah porch kereta tok imam
Jemaah nak dapat 4 baris pun agak mencabar
Kebelakangan ni terawih dah mula buat 8 sahaja
kalau nak buat 20 nanti siak dengan bilal sahaja jadi makmum
orang kita dengan semangat ramadhan hangat-hangat taik ayam
dah sejuk
dek frozen dept kat carrefour cari margerin
dah habis
dek menapak cari baju raya kat pertama complex
dah lekang
dek kepenatan mengecat dan menggantung
ganjaran 10 malam terakhir entah ke mana
hadiah lailatul qadr semakin sayup dari pandangan

Saturday, September 05, 2009

Separuh Perjalanan


Salam 15 Ramadhan. Semoga momentum yang terbina sejak 15 hari lepas dapat dikekalkan untuk 15 hari lagi.

Penangan Hillside

Layan saudara-mara berbuka di Surau (ke masjid) al Mardhiah Hillside Taman Melawati. Jumpa juak-juak UIA. Still alive and kicking. Blogger Yop and vocalis XPDC pun ada har har har.
Biasa berbuka di masjid ni dengan tamar dulu, lepas solat baru layan nasi bungkus atau nasi queue. Apa yang menjakonkan aku kat sini berbuka hidang satu meja 4 orang. Memang klasik. Menu malam Jumaat pula, apa lagi nasi minyak lauk standard. Siap kambing tu. Satu meja dengan 3 orang budak-budak. Memang aku terpaksa jalankan tanggungjawab sosial menghabiskan semua lauk kambing tu. Syukur tak pening kepala.
Lepas solat layan sembang dengan sedara-mara, pakcik surau jamu jagung cawan. Oleh kerana tema jagung, keluar pulak ais krim jagung. Kecil hati budak-budak kat situ kerana kami sahaja yang dok perabih ais krim.

Kadangkala berbuka mewah agak mengasyikkan. Namun bukan selalu. Kebetulan pihak surau meraikan satu bas kanak-kanak anak yatim berbuka bersama. Syukur kerana rezeki yang Allah beri.

Wednesday, September 02, 2009

Kekuatan Ramadhan

Semasa 10 Ramadhan lalu, adik ipar di Padang bagitahu dia dah khatam 30 juzuk. Mantap. Ramadhan menjadikan insan-insan yang bersungguh kekuatan dan ketahan yang luar biasa. Ia mungkin salah satu satu dari pelbagai cerita yang menarik untuk dikongsi oleh orang lain. Mampukah kita hanya mendengar sahaja cerita orang lain, bila pula cerita kita (yang baik harapnya) akan didengar orang lain?