Tuesday, December 26, 2006

Hilang Motor

Bukan aku. Kawanku Karamov. Bukan. Bukan orang Russia atau bekas jajahannya yang sudah merdeka. Nama yang sering kubuat tersasul memanggilnya. Mengada-ngada atau mengada-ngadakan?

Karamov selalu letak motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Dia tidak memiliki sebarang rumah kedai. Dia hanya menyewa. Dah bertahun dia letak motor situ. Takde masalahpun sebelum ni.

Mamat tu hilang motor dengan helmet sekali. Rakus betul pencuri tu. Lepas merapu di balai polis, dia pinjam motorku dan terus pergi kedai cari Honda second hand. Bukan. Bukan Honda City EXi. Sekadar Honda EX5. Cepat betul. Banyak ke duit dia? Terpaksa beb. Motor nak buat cari makan. Korek selagi boleh.

Sementara itu ada pak cik kenalan lama simpati bila dengar dia hilang motor, terus call dan infak (?, betul ke ni) motor kapcai dia. Selepas beberapa hari, dengan motor yang baru dibeli sampai, mamat tu dah kumpul 3 biji motor di bawah laluan kedai berdekatan rumah kedainya. Bukan. Bukan nak buat pameran. Rezeki melimpah sampai ada 3 motor pada suatu masa.

Agak-agaknya si pencuri tu berkata-kata dalam hatinya "Peh power tu. Aku curi satu dia boleh dapatkan tiga yang lain. Kalau aku curi ketiga-tiga?" Ewah sempat berangan MLM engkau ye.

Moralnya: Mat fit first round dia mungkin nampak tak berminat pada motor buruk kita, dia memang mengebas motor yang masih berkilat sport rimnya, tapi dalam diam dia sebenarnya dalam peringkat meng'usha' motor kita juga. Bila tiada rotan, akarpun berguna. Second round, dia belasah aja. Janji mashuk. Jadi jangan ingat port parking kita tu sentiasa selamat.

Monday, December 25, 2006

Khaulah Setahun

Genap setahun usiamu di dunia ini puteriku. Kami sempat belikan kek 'rahsia' cheese pilihan mama yang dikongsi dengan Mak Long. Pak Cik bawa balik pizza dan bapak menjamu sate, maka agak meriah juga, dengan hadiah dan sebagainya. Sayangnya malam tu engkau tidur kepenatan. Selepas sehari engkau begitu intensif bertatih, bukan short distance lagi, habis satu laman rumah Wan engkau gagahi. Jalan jatuh, jalan dan jatuh. Sekarang engkau sudah boleh berjalan. Lambat dua bulan dari abang, cuma gigimu dah lapan batang, cepat tumbuh berbanding abang. Oh ya cakap pasal jatuh, perkataan "jatuh" adalah perkataan pertama yang kami dengar secara proper dari mulut Thalhah, selain "mama" dan "bapak". Minggu engkau setahun ini kami mendengar suatu perkataan yang berbutir, selain perkataan "Nak" yang Ibumu ajar sebagai memenuhi keperluan kuat makanmu.

Perkataan pertama selain Mama dan Bapak itu adalah;


"Air".

Air? Air! Ye air. Ntah kenapa ye? Oleh kerana kami fikir benar-benar engkau mahu air, maka kami menjamu engkau dengan air sehingga engkau kembung. Rupanya pisang, biskut, susu dan nasipun engkau panggil air. Hentam sahajalah nak! Suatu hal yang kami perhatikan tentang engkau ialah engkau nampak lebih independent dan tak semanja abang. Dalam usia setahun engkau sudah seronok nak duduk di belakang, menyebabkan Mama terasa macam baru lepas kahwin, santai duduk di depan melayan bapak. Mungkin kerana ada abang. Dulu masa setahun, abang tak suka duduk belakang, bukan ada sesiapa boleh diajak bermain.

Khaulah, semoga engkau punya kecekalan dan ketawakalan seperti Khaulah Tsa'labah. Semoga engkau punya keberanian dan kepetahan seperti Khaulah Azar. Kami berdoa semoga Allah jadikan engkau muslimah yang taat dan beriman. Amin.

Friday, December 22, 2006

George Yang Mujahid

Menjelang Perang Yarmuk berkecamuk, Panglima Romawi bernama George minta bertemu muka dengan Panglima Muslim Khalid bin Walid. George seorang satria hebat yang sangat menghargai kejantanan. Sebelum beradu senjata, ia ingin mengenali sosok yang pedang yang telah membuat banyak korban kepada pasukan Romawi.

Mereka pun saling mendekati, sampai kepala kuda keduanya bertemu. George duduk tegak di pelana mewah kuda kelas satu, dengan baju dinas lengkap bertabur pangkat dan bintang penghargaan. Sementara Khalid tampak seperti perajurit Muslim lainnya, begitu bersahaja. Ia memang tak memerlukan aksesori-aksesori seperti yang dikenakan George untuk membantunya meningkatkan kepercayaan diri
.
''Khalid!'' kata George. ''Aku minta kau berbicara jujur, kerana orang mulia tidak pernah berdusta. Jangan menipuku, kerana orang besar takut pada Tuhan untuk berdusta.
Apa Tuhan menurunkan pedang kepada Nabimu yang kemudian diberikan kepadamu sehingga dengan senjata itu kamu pasti memenangkan peperangan?''

''Tidak!'' tegas Khalid.

''Mengapa kamu dijuluki Pedang Allah?'' kejar George.

''Aku dulu termasuk yang paling membenci Muhammad, sebelum Allah memberikan hidayah kepada kami untuk memeluk Islam. Setelah menjadi Muslim, Nabi Muhammad memberiku julukan Saifullah Maslul (pedang Allah yang terhunus).''

''Apa yang kamu dakwahkan?''

''Kami mengajak bersyahadat dan beriltizam terhadapnya.''

''Kalau kami menolak?''

''Anda membayar pajak perlindungan sehingga Anda aman bersama kami.''

''Kalau kami menolak?''

''Bererti Anda mengalangi dakwah Islam sehingga kami mengumumkan perang pada Anda.''

''Bagaimana kedudukan orang yang masuk Islam hari ini?''

''Sebagai makhluk, di hadapan Allah kita sama saja.''

''Lalu apa hebatnya orang yang masuk Islam belakangan?''

''Kami yang duluan memeluk Islam, sempat hidup bersama Nabi dan menyaksikan turunnya wahyu dari Allah. Tentu lebih mulia orang yang beriman belakangan, kerana ia memeluk Islam meski pembawa risalahnya sudah tiada.''

''Apakah ucapanmu boleh dipercayai?''
''Demi Allah!'' tegas Khalid.

''Aku percaya padamu,'' kata George. Ia kemudian membalikkan perisainya tanda bersahabat, lantas berkata pada Khalid, ''Ajarkan kepadaku agama Islam.''

Khalid membimbing George ke kemahnya. Ia menimba air, lalu mengajari George bersuci. Setelah itu Panglima Romawi dituntun bersyahadat dan sholat dua rakaat.

Di luar kemah, pasukan besar Romawi yang malu dan marah pada panglimanya, merangsek pasukan Muslim. Perang berkecamuk seharian.

Ketika langit senja memerah, di antara jenazah Muslim tampak mujahid berkulit putih. Dialah George, yang hanya sempat sholat sunat dua rakaat. Walaupun hanya sekali bersolat, namun itu pun sudah sangat bererti.

Kiriman Amar di paksi.net

Wednesday, December 20, 2006

Akhbar Alam Islami

Utusan - 3 gempa gegar Sumatera -- 7 maut, 150 cedera seminggu sebelum ulang tahun kedua tsunami
JAKARTA 18 Dis. – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera selepas tiga kejadian gempa bumi dengan kekuatan sederhana menggegarkan pulau Sumatera, Indonesia hari ini - seminggu sebelum rantau Asia memperingati ulang tahun kedua tragedi tsunami.

AT: Selain itu juga dilaporkan berlaku gegaran-gegaran kecil berjumlah hampir 30 semuanya di sekitar utara Sumatera. Apa yang menarik adalah sistem pengesan tsunami yang dipasang gagal berfungsi dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh sistem berkenaan yang mungkin belum melalui Acceptance Test. Atau mungkin juga kedudukan sistem pengesan tersebut yang tidak strategik. Apa yang pasti, betapa mana manusia merancang, Allah juga yang empunya perancangan yang terbaik


Gencatan senjata Fatah-Hamas -- * Elak rumitkan krisis politik Palestin * Blair kunjungi Mahmoud Abbas
BANDAR GAZA 18 Dis. – Gencatan senjata yang goyah mula berkuat kuasa antara Hamas dengan Fatah hari ini selepas pertempuran sengit selama beberapa hari hampir membawa Genting Gaza ke ambang perang saudara.

Peristiwa ini adalah lanjutan dari Mahmoud Abas mengisytiharkan pilihanraya Presiden dan kerajaan selepas 11 bulan Hamas menguasai kerajaan. Blair dan sekutu-sekutu Israel pasti gembira, kerana sejarah sudah membuktikan, sekiranya opresi dari luar gagal, talibarut-talibarut dan orang-orang suruhan yang memainkan peranan dari dalam pasti mampu mengubah pendirian mahupun situasi politik Palestin

Lage Raho Munnabhai - Filem Terbaik GIFA 2006

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

WALAUPUN acara yang dijangka bermula tepat pukul 8 malam itu ditunda dua jam setengah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun ia bukan penghalang kepada peminat-peminat artis Bollywood untuk terus melekat di kerusi masing-masing menyaksikan Anugerah Filem India Sedunia (GIFA) 2006.

Sambutan dan sorakan yang diberikan mereka memang hebat dan meriah meskipun, umum sudah mengetahui sikap ‘diva’ yang ditonjolkan oleh artis-artis Bollywood ini, namun itu bukan masalah bagi mereka untuk mengeluarkan wang membeli tiket yang bukan murah harganya.

Tiket berharga antara RM188 hingga RM888 khabarnya laris dijual. Semuanya hanya kerana mahu melihat artis pujaan mereka secara langsung.

AT: Hmm, atas nama pelancongan dan memperkenalkan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, segalanya boleh sahaja dibawa masuk, samada ia virus akhlak, perosak minda atau pencemar budaya. Selain mengutip duit hasil kutipan tiket, belum kelihatan lagi di mana sebenarnya ia berupaya mempromosi Malaysia. Pelancong yang banyak ke Malaysia sebenarnya dari US, Europe dan Jepun. Bukankah baik sekiranya lebih banyak promosi di sana? Sesuaikah persembahan dengan pakaian separuh bogel itu dipertontonkan kepada Raja, Sultan dan rakyat kita? Masih adakah lagi sesiapa yang ingat makna perkataan jati diri?

Banjir: 10,000 dipindah -- Hampir semua tempat di Johor dinaiki air setelah hujan lebat sejak Ahad
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

AT: Ya Allah selamatkanlah semua yang terlibat Amin

Semua sumber dipetik dari Utusan, akhbar Orang Melayu Dulu, Kini dan Tak Lama Lagi.

Monday, December 18, 2006

Pengorbanan

Pengorbanan


Merenung dan bermuhasabah dengan Al-Quran

Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia

Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah

Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia

Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada

Album : Jalan Sehala
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Tuesday, December 12, 2006

Kombinasi halal dan alternatif


Dalam rangka melawan Israel dan sekutunya, adalah penting mengingati bahawa semua orang yang di dalamnya tersemat syahadatain (dua kalimah syahadah) untuk sama-sama berjihad melawan musuh-musuh Islam ini. Seperti hadis Rasulullah " Sesiapa yang tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa memperdulikan urusan orang Islam, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka". Oleh itu urusan Palestine juga urusan seluruh umat Islam. Jihad ekonomi usah diperkecilkan kemampuannya. Ia mampu memberikan kesan kepada multinasional-multinasional yang menentang dan menyalurkan dana kepada Israel atas nama memerangi pengganas, iaitu umat Islam. Maka perlulah ia bermula dari saat ini. Maka marilah kita sama-sama melihat barang keperluan dan makanan kita setiap hari. Boikot sebarang produk yang menyokong Israel secara terbuka mahupun tersembunyi. Sekarang ini orang-orang bukan muslim juga memboikot atas sebab-sebab tertentu. Lihat website-website yang memboikot seperti Inminds dan Boycott Israel.

Ruangan di sini akan cuba melihat produk-produk terutama makanan/minuman yang bukan sahaja tidak diboikot, tetapi juga halal dan sedap. Kalau halal tapi tak berapa sedap pun tak enjoy makan betul tak?

Monday, December 11, 2006

Tetap Hebat Walaupun Bertudung



Selalunya tajuk blog di atas untuk iklan syampu. Tetapi di Bahrain semangat bertudung mungkin lebih dari sekadar memiliki rambut cantik di sebalik tudung yang kemas dan memenuhi ciri muslimah.
Dari aspek muslimah, pakaian Ruqaya ini masih dikategorikan sebagai tak lengkap dan ada unsur-unsur aurat, tetapi, sementara kita belum ada pemenang pingat emas acara lari 200m Sukan Asia menggunakan baju kurung dan tudung labuh, mungkin ini model terbaik busana muslim dalam sukan kompetetif. Syabas buat Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain!

Monday, December 04, 2006

Akhbar Alam Islami

Malaysiakini - Dutch proposed burqa ban condemned
Nov 20, 06 12:11pm

Foreign Minister Syed Hamid Albar has criticised the Netherlands over a proposed government ban of face veils, saying it was discriminatory and violated the rights of Muslims.

"This is again another imbalance treatment. Why can't people have the freedom to dress the way they want to dress.

"People can go naked and wear scanty dresses and yet you do not condemn them. And when people want to cover themselves that is their right," he told reporters.

Malaysia currently chairs the 57-nation Organization of the Islamic Conference (OIC).

AT - Persoalan Burqa hampir sama dengan memakai serban di Malaysia. Cuma ia tidak begitu kritikal berbanding larangan memakai tudung di Peranchis, kerana burqa dan serban pilihan untuk lebih dekat dengan sunnah, namun tidak memakainya bukannya dosa. Namun ia tetap pilihan dan hak yang wajar diperhatikan dan dipertahankan.


Utusan - AS perlu berundur 2008 -- Syor badan kajian mengenai Iraq dilihat tamparan kepada Bush
WASHINGTON 3 Dis. – Badan tertinggi yang mengkaji pelbagai pilihan strategi yang boleh diambil oleh Amerika Syarikat (AS) di Iraq mahu askar negara itu diundurkan dari bumi Iraq pada awal tahun 2008.

AT - Dengan tiada lagi sokongan dari Kongress yang kini dikuasai Demokrat, Bush dilihat tersepit bukan dari segi kuasa tetapi dari segi kelulusan kewangan. Namun umat Islam usah terlalu gembira kerana sejarah sudah membuktikan walau Presiden bertukar-ganti, namun dasar luar US tetap sama. Presiden-presiden ini hanya meneruskan agenda Yahudi dan para musuh Islam, dinaikkan menerusi pilihanraya, dipergunakan sehingga menjadi tidak popular di kalangan rakyat mereka, dibenci dan diturunkan untuk digantikan dengan Presiden yang lain, yang pada mulanya popular di atas kertas undi. Kemudian meneruskan agenda Yahudi dan para musuh Islam, sehingga menjadi tidak popular di kalangan rakyat mereka, dibenci dan diturunkan untuk digantikan dengan Presiden yang lain. Aturan yang berulang dan berulang.



IslamOnline Fri. Nov. 24, 2006 - PARIS —Seeking the best candidate to serve interests of the sizable minority, French Muslims are still undecided on whom they would vote for in the country's 2007 presidential elections.

"French Muslims are looking for a candidate whose platform lives up to their aspirations and defends their interests," Lhaj Thami Breze, Chairman of the Union of French Islamic Organizations (UOIF), told IslamOnline.net Friday, November 24.

"We will vote for any candidate who has a clear stand on burning Muslim issues like Islamophobia, racism and discrimination, the right of Muslims to build schools and mosques and to wear hijab."


AT - Melalui pilihanraya, disertakan dengan sedikit kesedaran Islam dan kesatuan atas nama Muslim, sebenarnya Umat Islam punya kekuatan dan kelebihan untuk mencorakkan masa depan sesuatu negara. Apatah lagi jumlah saudara-mara Zinedine Yazid Zidane ini berjumlah sekitar 6 juta orang. Kesatuan umat Islam secara umum selalunya boleh dicapai dengan penindasan dan tekanan fizikal dan psikologi. Inilah 'musuh' yang bisa membuat umat Islam bangkit. Kerana itu juga umat Islam di Malaysia tidak bangkit-bangkit. Musuhnya pandai bersembunyi, kabur di celah-celah istilah-istilah dan slogan kosong. Satu lagi sebab adalah jaminan kehidupan yang selamat dan dimomok-momokkan dengan hiburan yang berlebihan. Untuk apa bekerja untuk Islam kalau hidup mewah dan senang? Allahu a'lam.

Sunday, December 03, 2006

Reciter CDROM

Setelah sekian lama aku dilanda kebosanan lantaran menggunakan quran online reciter.org yang servernya asyik down. aku tekad. Untuk membulatkan tekad itu, aku pasrah dengan berterbangannya kertas-kertas, yang di dadanya tertera bahawa ianya sah diperlakukan dengan harga satu dollar US, sebanyak 18 helai semuanya. Convert ke RM, ada sekitar RM80 termasuk pos penghantaran. namun aku yakin ia mampu membuat aku ceria.


Reciter.org edisi CDROM memang tiada bezanya dengan versi internet, cuma aku tidak lagi perlu menunggu server IANA yang slow (akupun secara fitrahnya jadi DOWN GILERRR) untuk download surah yang ingin kubaca atau hafal. Versi CDROM juga sama seperti versi internet, membenarkan kita untuk menukar qari atau bahasa Inggeris atau Arab. Cuma tafsir dalam Arab dan terjemahan hanya satu bahasa yakni Inggeris. Boleh update barangkali dan kali barangnya. Insya Allah semoga diperkuatkan keazaman untuk bermuamalah dengan lebih intense dengan surat-surat cinta Allah (wording Mas Dadang) ini.

Nak copy? Boleh lagipun RM80 tu masih boleh dikongsi ongkosnya hehehe.

Saluran Berita dan Infomasi

Singapura memang sudah lama berbangga dengan ChannelNewsAsia. Indonesia pula meraikan 6 tahun operasi MetroTV. Kedua-dua saluran ini khas untuk berita dan infomasi. Malaysia bila lagi? Kalau benar-benar mahu telus, sebaiknya suara semua pihak (NGOs, personaliti mahupun parti politik pembangkang dan neutralis) tidak dihalang malah diberikan liputan media elektronik.