Monday, October 26, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Hari Menanam Pokok


Bukan peringkat kebangsaan. Peringkat negeripun bukan. Peringkat pejabat. Tu pasal dress code colleagues macam tak sesuai aje.

Sejadah solat?


Bukan. Bukan yang di Kelantan. Anak2 aku kreatif.

Tuesday, October 06, 2009

Install Firefox 3 on EEE PC

Otherwise you'll have bad youtube experience. Follow this

http://wiki.eeeuser.com/howto:installfirefox3

Dulu dengar sahaja, sekarang kena batang hidung sendiri

From: Saiful Abdullah
Sent: Tuesday, October 06, 2009 7:22 PM
Subject: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009


Salam,

Rakan-rakan sekalian, dukacita dimaklumkan seorang teman kita telah disahkan positif dijangkiti Influenza A (H1N1). Beliau telah mula mengalami selsema dan demam sejak 4 Oktober 2009. Hari ini apabila beliau mendapatkan rawatan lanjutan, doktor telah mengesahkan beliau positif dijangkiti Influenza A (H1N1).



From: Najib
Sent: Wed 10/7/2009 10:48 AM
To: Abu
Subject: RE: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009


Salam..

Lie..; mcmana keadaan/situasi ipcore..?

Kalut ke biasa2 jer..?

Apa tindakan org atas..?

Kena kuarantin laa..?

Jamuan raya esok geng2 ip tak turun ker..?

Thanks..


From: Abu
Sent: Wednesday, October 07, 2009 11:37 AM
To: Najib
Subject: RE: Influenza H1N1Virus: Status Update as at 6 October 2009




biasa2 aje tak ler cemas sgt

cuma isnin haritu kitorang buat jamuan raya

so selain dua opis tu, dua lgi opis (aku n apai) mungkin ada risiko

selain email general tu, takde sebarang email direct atau personnel datang.

aku rasa depa tunggu dua tiga org group ni demam baru depa nak panik kot

kalau aku pergi pun esok ko jgn risau. aku pakai mask ok? (camana aku nak makan?)

Thursday, October 01, 2009

Six Sigma Project

Ada sesiapa kerja company yang apply Six Sigma? Aku nak kena pergi ambil green belt. Cuak habis.

Gempa bumi di Padang, Sumatera

Sekitar 200 pelajar Malaysia termasuk adik ipar turut terlibat. Mereka akan diterbangkan oleh pesawat TUDM malam ini. Lepak kat Sg. Besi pagi ni?

Beli Durian

Aku? Tak berapa minat bab-bab durian ni. Aku lahir dalam keluarga yang ada dusun durian. Jadi durian ni tak berapa menyambung dengan aku. Kalau ada depan mata aku makan. Kalau ada tapi tak berkopek terbelah lagi aku takkan sibuk nak belah. Nak beli? Jauh sekali. Tapi bila Zaujati teringin nak makan, aku layan. Kalau durian belakang rumah, kita tahu kualiti dia. Buah yang terlonggok tepi jalan?
Ini tips. Sila tambah:

1. Cari durian yang paling kuat bau dia. Ada durian dah berminggu jatuh dari pokok, tapi depa masih nak jual kilo. Hampeh
2. Penjual biasanya akan tebuk sedikit buah untuk tunjuk ini buah durian isi kuning, isi kuning susu, isi kuning gigi tak gosok dan sebagainya. Suruh dia tebuk besar sedikit. Perhatikan permukaan ibi durian. Kalau macam lembab atau berair maknanya dah tak sedap dan tak segar.
3. Perhatikan permukaan kulit. Kalau ada sedikit hitam maknanya buah tu dah sedikit berkulat
4. Picit kulit durian di bahagian pangkal biji. Kalau bonyo maknanya buah di dalamnya sudah kurang elok.
5. ...
6. ...