Sunday, December 30, 2007

Akhbar Alam Islami 20071230: Pembunuhan Benazir Bhutto

Ini antara berita paling menyedihkan di hujung tahun 2007. Ketika di Karachi dahulu aku pernah melalui kawasan kediamannya yang dekat dengan Port Basin. Walaupun ketika itu beliau belum balik dari buangan tetapi rumahnya terjaga rapi dengan sepanduk dan potret besarnya menghiasi halaman rumah, untuk menggambarkan betapa besarnya sokongan rakyat terhadapnya. Beliau bukanlah pejuang Islam kerana pengaruh sekularisme dan jiwa nasionalis yang menebal. Sememangnya tiada pihak yang benar-benar mendapat keuntungan dari kematian bekas Perdana Menteri ini, bukan Musharraf, Taliban, al-Qaeda mahupun Nawaz Shariff melainkan masing-masing menuding jari atas sebab-sebab yang berbeza. Setakat ini musuh-musuh Islam sahaja yang bertepuk tangan kerana sesama muslim berbunuhan antara satu sama lain.

Agak sukar memastikan pilihanraya bulan ini akan berjalan dengan adil. Apa yang pasti kemungkinan besar Musharraf bekas pemerintah tentera yang menggulingkan Nawaz 10 tahun lalu akan terus berkuasa. Jika ini berlaku yang kasihannya adalah rakyat Pakistan. Prasarana yang teruk di Pakistan akan berterusan dan jurang kemiskinan yang terlalu besar akan terus menghantui buat suatu masa yang agak lama.

Sunday, December 09, 2007

'Fatwa' dalam memboikot

Di sini saya ingin rakamkan tentang cerita seorang teman tentang boikot. Ada yang diolah secukup rasa mengikut gaya bahasa penulis blog pojok.

"Memang bukan rahsia lagi aku salah seorang dari orang yang hidup di dunia ini; memboikot. Ada orang boikot ayam, ada boikot tol, ada yang boikot Utusan atau TV3. Namun aku memboikot KFC, McD atau setengah-setengah product Nestle yang tiada alternatif yang sebaiknya. Ini contoh-contoh MNC yang tidak digemari kerana dikaitkan dengan usaha membantu Israel membunuh saudara-saudara seIslam di Palestin.
Aku berusaha untuk menjadi syadid di dalam hal-hal ini, namun betullah kata orang alim, nak berjihad ni dalam apa sahaja saluran, militer, ekonomi hatta kepada jihad nafsu pasti dugaannya besar. Tak mampu rasanya melawan. Jiwa sentiasa terdorong untuk buat benda yang dah mengaji sebagai tak sepatutnya dibuat; tetapi tetap dibuat juga. Kadang-kala terdorong pula untuk mencari kelonggaran, selagi tiada dalil syarie tentang sesuatu. Contohnya boikot KFC. Orang bijak pandai dan cendikiawan barat, malahan artis dan selebriti atas angin (melalui PETA) juga bergiat aktif menentang KFC yang diistilahkan sebagai "Kentucky Fried Cruelty" kerana pengendalian ayam yang tidak berperikemanusiaan. Jiwa ini juga sudah faham betapa pengendaliannya juga walaupun dijamin halal tetapi menimbulkan banyak keraguan. Tidak cukup dengan itu, masyarakat Islam mengklasifikasikan product ini sebagai pendokong Israel melalui dana-dana yang disalurkan (rujuk Inminds). Namun jihad ini sentiasa diuji....

Bila saudara jauh yang tidak masak dengan sikap dan perangai kita datang dari jauh ajak makan di KFC, terasa bergoyang sedikit mujahadah ini. Mujurlah kakak yang memahami menolak dan menganjurkan makan di rumah sahaja. Namun masalah datang lagi bila saudara terhormat dan tersegan sanggup tapau bawak balik untuk makan bersama. Ini sudah boleh dianggap menjatuhkan maruah kalau tidak menjamah. Terpusing-pusing mencari alasan tidak duduk makan bersama. Takkan nak cakap "Takpelah, saya makan kat dapur aje". Kan janggal tu bila semua dah berkumpul di depan kita nak masuk dapur. Akhirnya aku terus duduk dan makan macam biasa. Hidangan itu hanya kujamah setengah barrel ? sahaja.

Selepas tetamu berlalu, adik bertanya mengapa makan juga walaupun boikot. Mudah aku menjawab, "Yang diboikot tu ialah membeli, tapi kalau ada orang lain yang beli, benda yang halal, terhidang depan mata, harus dimakan, kena ikut kata P. Ramlee, "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari". Makan ajelah".


Pandai betul sedara kita ni. Cerdik sungguh!

Saturday, November 24, 2007

AJK Tandas seumur hidup

Maaf sekiranya tajuk blog ni mungkin bertaraf pojok, remeh atau sedikit mengada-ngada. Ada satu pekara yang penting kupelajari minggu ini yang mungkin menarik dikongsi.
Selalunya kalau ada program, memang rumah kedai 3 tingkat di sini menjadi semacam 'markaz' untuk belajar membuat senjata dan bom fiqh dakwah dan ilmu tsaqafah. Setiap ketika itu juga sekiranya aku berada di situ, aku berasa selesa berada di situ, terutamanya bilik aircond, coffee maker, broadband internet, sistem PA audio video dan mesin fotostetnya. Kadangkala lebih seronok berada di sini dari opis kerja dunia mahupun mini opis di rumah.
Namun perasaan itu semacam ditarik minggu lepas apabila aku membuat kunjungan rutin. Puas aku membuat penyelidikan, feedback study, feasibility report mahupun counselling session tentang perubahan perasaan selesa dan seronok yang hilang itu. Setelah meneliti semua perkara baru aku sedar sesuatu, keadaan tandas agak berbau dan tidak terurus. sudah mula nampak .... tak perlu rasanya diteruskan. Bayangkan sendiri suasana tandas Puduraya pada pukul 2.30 pagi.
Sebelum ini keadaan tandas yang cantik dan terurus itu tidak pernah kuperhatikan kerana selama ini jarang ia mengganggu atau melintas difikiran. Memang kita tidak akan menghargai sesuatu atau seseorang sehinggalah kita kehilangannya. Itulah kebiasaan yang selalu kita terlupa untuk ambil ikhtibar.
Aku diberitahu bahawa seorang sedara ni memang setiap kali ada function atau program di opis, dia akan membersihkan tandas-tandas yang ada sebelum sesiapapun datang. Ini sebahagian dari rutinnya dan sumbangan kepada pejabat, mungkin sebagai membayar yuran mengaji. Tetapi sadara ni sudah balik kampung sejak sebulan yang lalu, bincang dengan keluarga perihal nak menikah. Amboi-amboi bukan main lagi dia. Barulah aku sedar betapa mulianya AJK Tandas seumur hidup ini.
Betullah kata Fadzillah Kamsah ketika aku mengikuti program motivasinya di Marang sekitar 1995, "Walau hebat manapun kita, jangan lupa bersihkan tandas. Ia akan mendidik kita menjadi insan yang lebih hebat". (Betul ni tak tipu, dia cakap camtu). Jumpa lagi.

Friday, November 02, 2007

Patent: Macam-macam ada

Sesekali buat patent ni seronok juga. Oleh kerana setiap project dikehendaki menghasilkan patent, maka ...layan aje. Ada beberapa laman web yang sediakan khidmat mengkaji invention atau ciptaan yang telah dicorakkan?patentkan. Antaranya Google Patent Search. Aduhai jadi slave Google lagi.

Apa yang hendak dikongsi bersama, ialah tidak sangka, rupanya banyak benda yang telah dipatenkan. Plastik merah yang selalu digunakan dipasar tu pun rupanya ada paten. Cara nak buat nasi ayam pun ada.
http://www.google.com/patents?vid=USPAT6056986

Design seluar dalam pun ada
http://www.google.com/patents?id=kq0IAAAAEBAJ

Cara nak reduce petrol consumption pun ada. Bagus kalau invention ini dicommercialkan. NGV beratur panjang.

Memang orang berlumba patenkan apa yang dicipta supaya boleh protect invention dia dari orang guna. Kira exclusive right. Kedua mungkin boleh digunakan untuk saman orang yang pakai tanpa minta kebenaran. Ada orang boleh hidup dengan duit legal action atas paten. Hebat.

Tapi itu dari aspek kapitalisme. Dari aspek akhirat, buat invention yang bagus tetapi tak nak share pun buat apa. Tak dapat pahala berbuat kebaikan untuk kemaslahatan manusia. Dalam kubur duduk la sorang-sorang harapkan timbangan pahala lebih besar dari dosa.

Wednesday, October 03, 2007

Top Ten Sign You Are Addicted to Blog

Ulang tayang atas permintaan 'bloggers' yang nak baca tapi tak tahu guna butang GoogleSearch.

On Thursday, November 10, 2005
Top Ten Sign You Are Addicted to Blog
Dulu aku banyak menulis Top Ten ni, terutama bila tengah tension buat kerja. Bila penatpun begitu, jiwa mudah teransang untuk menyewel mana-mana yang patut. Ini antara yang sempat aku racaukan baru-baru ini.

Top Ten Sign You Are Addicted to Blog (Memang ada pengaruh Dave Letterman, aku mengaku. Nanti aku nak buat dalam English dan hantar ke website Late Show)

10. Setiap pagi, sebelum soccernet atau Malaysiakini, anda melayari roime.blogspot.com dan menyumpah blogger berkenaan sekiranya dia tidak apdet

9. Kerja anda: 10 minit membuat eksperimen, 50 minit membaca blog

8. Anda beli digital kamera semata-mata untuk mengisi gambar di dalam photoblog anda

7. Buku di makmal ditambah huruf B dan tertera sebagai "Labarotary BLog Book"

6. Key Performance Index atau KPI anda tercatat: Menghasilkan 10 posting blog setiap bulan.

5. Anda meminta subordinates menghantar laporan mengikut format html (blog)

4. Anda memanggil anak-anak buah anda sebagai "bloggers"

3. Ayat yang sering didengar bila berborak dengan anda: "Nanti kau baca aje dalam blog aku".

2. Anda memandang rendah peers yang tidak ada weblog sendiri (baca posting terbaru The Phenomenon)

2. Syarat meminjam notebook anda: Layari drivedbyblog.blogdrive.com, isi sekurang-kurangnya 2 komen dan tulis sesuatu di shoutbox.

1. Atas kad jemputan kahwin anda, selain tertera nombor telefon, terdapat juga alamat blog anda.

Sendal dari Abouti

Tuesday, October 02, 2007

Apa cerita terbaru?

Saya nukilkan cerita ini khas untuk Nazrulamir, Ammar, Asim, Azrin, Musa, Ekhwan, Isra, Sopi, Pista, Montok, Rijal, Asfa, Tada, Amir Hakimin, Fadrullah, Asriq, Zamir, Azlan dan Syazli serta yang mengenali. Korang semua dah lama tidak kutemui atau kuhubungi atau sms atau shout atau email atau sebarang wasilah komunikasi. Kalau baca blog ni recommunicate ler. Kalau tidak nasib la. Ni nak apdet sikit.

Mula-mula sekali hopefully takde yang tertinggal berita pemergian bapa ke RahmatuLLah. Boleh baca posting yang lama. Kusangka ia suatu tempoh suram di dalam hidup ini. Ia akan berlalu dan keadaan akan jadi seperti sedia kala. Rupanya ia tidak semudah yang disangka. Yang pergi tetap pergi namun waris yang tinggal tidak mungkin dapat meneruskan hidup seperti biasa. Paling tidak banyak pasti sedikit akan terkesan. Bagiku, ia seolah-olah mengubah hidup ini.

Kedua kesibukan urusan kerja. Sering ulang-alik Pakistan. Walaupun tidak sekerap PM pergi oversea tetapi selalulah juga kelepet 'pengajian'. Jadi Project Head juga cabaran yang perit. Tiada lagi keseronokan membuat ujikaji atau kerja-kerja development. ISO mungkin menyebabkan kita berpeluh, tetapi masuk CMMI, pastinya membuat kita terasa macam kurang darah naik ke kepala.

Kemudian urusan perpindahan pemain rumah. Sebenarnya saya lebih suka buat lepas raya. Zaujati berpandangan sebaliknya. Tambahan pula adik-adik ipar yang bertaburan di Mesir, Australia, Jawa, Sumatera dan Kelantan kebanyakannya balik berkumpul di rumah raya ni sebelum bertolak ke Ipoh. Tak muat lah apartment sewa tu. Bila pindah memang sangat banyak kerja. Bila dah selesai berkemas sibuk pula nak enhance. Kitchen Cabinet? Perabot jati? TV 41.23 inci? Air terjun? Pergola? Mana ada, enhance tu macam buat security sikit, lock dan sendal. Enhance tu macam gantung jam, bidai dan tempat sangkut berus gigi (thanks Edi pinjamkan drill dan tangga). Enhance tu macam menggantikan lalang-lalang di halaman rumah dengan rumput. Itu aje.

Kemudian urusan hujung minggu. Hampir setiap minggu hujung minggu kami adalah di Banting. Mak tinggal sorang. Inilah satu-satunya anak lelaki. Anak yang diharap untuk ganti kerja aruah ke pasar minggu, ke Econsave, ke kubur, ke tempat mak mencuci mata beli baja, orkid dan tanah hitam, ke masjid atau tempat mak bermarhaban. Itu tanggungjawab yang tidak boleh diganti oleh Along yang mula memahirkan diri membawa kereta dan tidak boleh diganti oleh adik yang sarat mengandung. Akibatnya diri ini semakin jauh dengan aktiviti-aktiviti sosial dan motivasi. Namun sekarang kalau mak happy saya senang hati. Tapi kalau mak sedih, nak buat apa kerja pun tak boleh.

Memang dah lama saya tidak menulis. Selama ini, blog ini, sehingga kini dekat di hati TV9. Banyak benda yang bila bermain di fikiran, pasti ingin diterjemahkan ke dalam blog. Tetapi memang kebelakangan ini tak berapa nak boleh menulis. Buat kali pertama tiada satu postingpun dalam satu bulan (September 2007). Hidup ini terasa lompang. Banyak faktor namun hanya diri sendiri yang mengerti mengapa.

Saya perlukan motivasi. Semua perlukan motivasi. Perlu segar. Bukan motif yang basi. Malam ni bermula pemburuan Malam Agung untuk dimiliki oleh pemburu-pemburu yang juga berjiwa besar macam Agong. Semoga ia menjadi motivasi yang cukup kuat untuk lebih bertenaga mengharungi hidup.

Azam baru

Salam ceria,

Pernahkan anda terfikir, apatah yang memotivasi kita untuk bangun dari tempat tidur yang nyenyak setiap pagi? Apakah kekuatan yang mendorong kita untuk terus bangun dan meneruskan hidup kita sehari-hari?

Yusuf: Kena bangun kalau tak nanti terlepas sahur.

Betul juga

Bapa dia: Kalau tak puasapun kena bangun, nak solat berjemaah. Mana ada solat Subuh Gajah dalam Quran dan sunnah?

Betullah tu. Sebagai Muslim perkara itu bukan persoalan utama. Memang kita dituntut untuk bingkas selepas membuka mata di hari yang baru. Nak solat dan sahur kalau

Kawan bapa dia: Qiyamullail. Kalau buat 10 malam terakhir ni lagi bagus. Kalau boleh jangan tinggal.
Betul sangat.

Apakah motivasi untuk pergi kerja?
Blogger Brotherhoods "Bila kita tahu ada beberapa perut yang minta diisi akan kelaparan sekiranya kita tidak bekerja."


Itu semuanya nampak jelas. Ia tidak perlu motivasi, ia sudah jadi keperluan, ketaatan, tanggungjawab dan rutin yang perlu dilaksanakan.

Oleh itu bila bercakap dengan benda yang tiada kepentingan, tiada dalil untuk mengerjakan, tiada suruhan yang jelas dan tiada yang akan kelaparan sekiranya ia tidak dilakukan, apa yang harus dilakukan?

Apa yang merepek ni? OK terlalu filosofi. Mudahnya begini. Apa motivasi nak tulis blog ni? Tulis atau tidak tiada effect kepada hidup. Kita bukan punya blog ramai pengikut seperti bukunota, . Kita penulis suka-suka sahaja.

Galakan dari rakan-rakan dunia sebenar dan dunia siber sedikit sebanyak membantu. Tetapi ia tidak cukup. Lelaki Ini memerlukan sedikit suntikan. Oleh itu, apabila Zaujati yang baru melapor diri semalam sebagai guru ganti di Sek. Men Teknik Sepang (yang cantik dari jauh dan cantik dari dekat) -->> Yang mana satu cantik, Zaujati ke Sekolah? , minta ulang sebut laman blog ini untuk membaca coretan terkini, serta merta aku merasa Teruja Ella.

Aku mula memperuntukkan lebih masa untuk berfikir (belum menulis) tentang revolusi blog ini. Hasilnya ada beberapa penyegaran yang ingin kulakukan terhadap blog ini. Beberapa idea kreatif yang tidak sempat kupaternkan untuk dieksperimentasikan bermain di fikiran. Antaranya:

Ada ruangan membaca blog orang lain (Pembaca Blog Orang Lain)

Jejak Masjid

Monday, October 01, 2007

So good so far?

8.00 a.m
Instructor: OK today we will cover topic number 3.12. The objective of the topic is to be familiar with the system. Bla bla bla

8.30 a.m
Instructor: OK that will wrap up topic 3.12. So far so good?
Audiences: Good
Instructor: Good. Next I will move to bla bla bla...

9.00 a.m
Instructor: So far so good?

9.30 a.m
Instructor: So far so good?

10.00 a.m
Instructor: So far so good?

10.30 a.m
Instructor: So far so good?
One audience: I think to be honest, it is good to me to be this far listening to your presentation.

Instructor: Meaning?
One audience: So good to be this far.

Wednesday, August 15, 2007

Percubaan untuk Menulis

Entah mengapa, sejak bapa meninggal, aku terasa seolah-olah kehilangan nafsu untuk menulis mahupun memblog. Ditambah dengan beban kerja yang teruk, keinginan untuk menulis idea-idea mahupun saranan-saranan menjadi tumpul. Sering terdetik sesuatu perkara itu ingin kunukilkan, tetapi segalanya tidak menjadi. Terlalu banyak draft yang kurasakan tidak cukup bagus untuk ku publish. Aku kehilangan sentuhan menyakat dan mengusik sahabat-sahabat melalui tulisan. Perlukah aku menggantung diri keyboard?

Wednesday, July 18, 2007

New Bedtime Story

Buku baru yang kutangkap hasil racunan blogger Karamov. Harga RM45 di Pustaka Indonesia. Kulit tebal. Mahal? Memang. Aduhai bilalah agaknya dapat pergi lagi ke Pesta Buku Depok ni? Secara umumnya masih berkisar tentang sirah nabawiyyah tetapi kupasannya lebih menjurus tentang manhaj haraki yang padat dengan strategi dan cara bertindak dilengkapi dengan justifikasi keputusan yang dibuat. Sesuai untuk yang mahu mengkaji sirah dari sudut pembinaan manusia dan negara.
Penulisnya Syeikh "Amazon". Bukan Amazon.com tu tetapi kami memanggilnya begitu kerana namanya yang sebenar adalah Amahzun.





Manhaj Dakwah Rasulullah oleh Syeikh Prof. Dr. Muhammad Amahzun

Life Goes On

Hey, daddy, I miss you so - you've been called by the God,
And we won´t see you anymore - it must be crazy what we´re hoping for.
´Cause one day for sure
God´s stopped keeping everybody on the ladder of our life,
Same goes to you and me

When I see you lying there
I call your name with tears in my eyes.
Things won't change
We need to accept that

I don´t wanna cry no more -past gave me happiness and gain
Life is fleeting like a flower from a distance,
After sorrow I pray the God to bless your soul.
I don´t wanna cry no more - we´re still missing you.

Life´s like a walking on a high wire,
You slipped away, I´ve seen you dying in vein.
High as mountains seem all the problems that I have,
But when I hear your voice far away out of the dark -
You just go on and on in the back of my mind.

Skin and bone won´t touch the sky,
I hope you´ll find passage out of the dark.
To the otherside of the sea and I know that I´ll see you again.

Adapted from "I Don't Wanna Cry No More" - Chameleon 1993

Friday, June 15, 2007

Ayah ke rahmatuLlah

Pada pagi 4 Jun 2007, setelah sebulan terlantar di hospital, ayahanda pergi mengadap Ilahi. Alhamdulillah pemergiannya dimudahkan Allah, nazaknya hanya sebentar, sesak nafasnya tak lama. Kasihan ayah, masih banyak lagi rasanya ruang-ruang impian yang ingin ayah penuhi. Namun syukurlah kerana dua tahun terakhir hidupnya, ayah tidak lagi bekerja, sebaliknya menumpukan kepada urusan rumahtangga dan selalu ke masjid. Kawan-kawannya yang terakhir adalah orang-orang yang bertakwa insya Allah.
Kami sekeluarga cuba menghadapi semua ini dengan tenang. Aku sendiri, sepanjang umur hidup ini tidak pernah merasa kehilangan insan keluarga terdekat. Namun ia ada hikmahnya kerana sebelum ini selalu ucapkan takziah dan suruh orang lain bersabar. Sekarang baru kutahu besarnya erti orang ucap takziah dan suruh tabahkan hati....

Tuesday, May 15, 2007

Peribahasa

Oleh kerana blogger yang heavyweight dah diberi amaran keras, kita blogger anak-anak ikan ni janganlah lebih-lebih. Baik buat lawak aje.
Retro:

Peribahasa Karam Singh Walia kiriman blogger Zubair Tholudin (apa cerita? lama tak jumpa)

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(Itulah...lain kali jangan suruh suamibeli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Friday, May 04, 2007

Road to Athens



Memang sejak pusingan awal peringkat kalah mati, tiada siapa yang memperdulikan peluang The Reds. Apatah lagi bertemu Barcelona. Namun kini hanya AC Milan menjadi penghalang untuk menjulang Piala Juara-Juara Eropah ke 6. Suatu perkara yang menarik adalah Liverpool tidak mempunyai pemain yang bertaraf superstar kecuali ketua pasukan Steven Gerard. Di sini mungkin kita dapat lihat kebijakan strategi pengurus Rafa Benitez, kerana corak permainan Liverpool dari satu perlawanan ke suatu perlawanan memang sukar dibaca. Ada ketika mereka bermain terlalu continental seperti pasukan-pasukan terbaik Eropah, adakalanya mereka bermain seperti pasukan lain dalam liga Inggeris. Kepelbagaian ini seolah-olah memberikan formula kejayaan yang menjadi bagi Kop. Di final nanti, selain strategi kekuatan mental juga perlu kerana suasananya pasti berbeza.

P/S: Dialog dengan peminat Kops melalui Skype
AT: Futsal malam ni turun tak?
Veron: Insya Allah turun
AT: OK la tu
Veron: OK jumpa sana
AT: Athens 23 may ni turun tak?
Veron: hehehe turun. benitez dah call arituh. dia tolong bookingkan tiket
AT: :D

Tuesday, April 10, 2007

Kehilanganmu ditangisi



Bukan baru, bukan sekali
Tetapi sudah banyak dilaporkan
Kanak-kanak ini hilang tanpa kesan
Kalau sudah meninggal di mana kuburnya?
Jika sudah dibunuh di mana mayatnya?
Jika masih berada di sini, tiadakah yang perasan atau prihatin?

Bukan mudah melahirkan seorang anak.
Bukan mudah juga mendidik dan membesarkan
Pemergianmu di luar kerelaan ibu-bapamu
Di luar kemahuanmu
Tidak sempat untuk memberitahu atau meninggalkan kesan
Tiba-tiba sahaja engkau pergi

Kami pernah kehilangan Tha di suatu shopping complex
Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya di waktu itu
Mata mencari seolah-olah gelap dunia sekeliling
Tarik nafas seolah-olah tiada udara yang boleh dihembus
Kaki melangkah seolah-olah tidak jejak ke bumi

Alhamdulillah kami menemui dia di kaunter
Namun kami amat faham situasi itu
Apalah sangat kesengsaraan beberapa minit itu berbanding
Kesengsaraan kedua-dua mereka yang sehingga kini
Mencari dan mencari sehingga menarik perhatian nasional

Kami doakan anak itu selamat, tidak diapa-apakan dan kembali kepada keduanya.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup

AT: Aduhai susah betul nak mengelak minum teh as atau teh o ais limau ketika di kedai mamak. Betul ke air sejuk boleh bekukan lemak. Kalau tak percaya cuba buat experiment selepas makan nasi kandar dan limau ais di kedai Restoran Hj. Tapah tu.

Wednesday, April 04, 2007

Kawal kad kredit

Utusan - Kawal kad kredit -- Kerajaan arah bank hentikan promosi agresif secara melampau

Oleh HAMDEN RAMLI dan S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan mahu bank menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi’, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tindakan mempromosi kad kredit secara agresif oleh pihak bank perlu dihentikan kerana ia menyumbang kepada pengeluarannya secara melampau yang boleh ‘menjahanamkan satu generasi’ jika tidak dikawal.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, untuk itu satu perbincangan akan diadakan dengan institusi perbankan dalam tempoh terdekat bagi mencari pendekatan terbaik mengawal dan menangani masalah berkenaan.

Katanya, langkah kawalan penggunaan kad kredit itu turut mengambil kira faktor kemudahan pemberian kad kredit kepada golongan muda.

‘‘Kad kredit boleh menjahanamkan satu generasi jika tak dikawal. Ia ada ‘godaan’. Saya berjanji akan berbuat demikian (ada- kan kawalan),” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya terhadap usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

AT: Aduhai, bagus betul kalau kerajaan nak ambil tindakan mengawal promosi kad kredit. Sepatutnya kerajaan melakukan usaha ini sejak dahulu lagi. Sudah berapa ramai kawan-kawan yang berhutang ribuan ringgit dan tidak mampu menyelesaikan hutang kredit yang tinggi. Merbahayanya kad kredit ini kerana ada servis yang membolehkan pemegang kad mengeluarkan tunai dari mesin ATM. Untuk mengawal nafsu seboleh-bolehnya jangan cuba 'enable' kemudahan ini bila memohon kad. Suatu lagi langkah yang baik ialah memberi definisi jelas tentang tujuan menggunakan kad kredit. Ramai kawan yang pada mulanya menggunakan kad kredit untuk membeli minyak atas alasan tidak perlu bawa terlalu banyak tunai. Malangnya perbelanjaan di luar kawalan menyebabkan perbelanjaan lain turut juga menggunakan kad kredit. Akibatnya overbudget. Lagi tip-tip menggunakan kad kredit ialah merendahkan 'credit limit' dan tidak bertangguh membayar sebaik mendapat penyata. Tambahan pula ia ada unsur riba dan membenarkan bank mengenakan bunga setelah tempoh sebulan berlalu menyebabkan seolah-olah kita redha dengan amalan riba.

Monday, April 02, 2007

Tanda-tanda anda bayi tahun 70-80 an

Rindu nyer kat zaman kecik2 dulu..... Happy je
memanjang....main je ngan
kwn2 24hrs...hehehe
Untuk bacaan pada masa lapang... Enjoy ... korang
teringat balik zaman2
skolah duli....

Tanda-tanda anda bayi tahun 70-80 an

* Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers,
Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker,
Chipmunks and Mickey
Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs
dan Voltron.
* berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi
parit dgn classmates
semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah
masuk kelas dgn list
dentist appointment. Pastu bunyi gigi member
kite kene gerudi kat
bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa
tampal.
* ni sure korang ingat...program minum susu di
skolah. nak galakkan
budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek
beb...
* cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning
tu. Pukul tapak tangan...kan?
* semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek
kat kantin.
* Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan
masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
* time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo
atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut
yang buatan china
tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
* internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu?
kaset tape penah laa
dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
* kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO,
O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan
kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
* bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa
dlm class.
* tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim
ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng
masa nak pegi
rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi
makan. budak2 yg dpt
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.
* lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main
bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran,
main guli, batu
seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi
Cola
one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2
duduk...
* kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada
byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan
kat tengah2 dia!
* lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.
hmmm..ni pun kita main
dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye
lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

* bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are
the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang
diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi
diorg, ada satu je
Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
* AIDS wujud sejak diorg lahir
* CD pun wujud time diorg lahir
* Michael Jackson dah putih dah time tu
* Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru
* Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer
* Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'
* Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg skarang tak
reti nak switch on TV kalau xde remote control
* dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti
tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korang paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure
tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korang sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,
seronok bile bersembang
7. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

Last skali, bile dah bace email ni, korang akan
terpikir utk forwardkan
dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye laa...heheheYaa, kite pun dah
semakin tua!!
Teringat zaman2 dulukan?

--
regards,

Noor Hasyimah Binti Hashim

Sunday, April 01, 2007

Harga petrol di Norway

Isu yg best utk direnungi bersama…

Tak nak salahkan sesiapa, tapi untuk direnungi dalam-dalam.

Tahukah Anda...
Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Yang paling seronoknya....

Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita,
..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
Malaysia the Bolehland....

Adakah rakyat Malaysia 4.6 kali lebih bangang dari rakyat Norway,
Atau pemimpin Malaysia yang 11.1 kali lebih bengap berbanding rakyatnya.

Cuba tuan2 & puan2 renung dan pikir sejenak siapa yg bengap sbenarnya, pemimpin atau rakyatnya sendiri.

Bukan nak provoke ke apa, tapi betul jugak apa yg diperkatakan di sini kan…?


Best regards;

Gambate Kudasai;

Muhamad Najib

Sunday, March 25, 2007

Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Kiriman email blogger Fairus

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

Wassalam...

AT: Dahsyat zaman sekarang ni. Malaikat suruh forward email. Mungkin lain kali suruh cut-n-paste dalam blog masing-masing. Takpe, layan.

Friday, March 23, 2007

S untuk pangkah

Zaman aku belajar buat HTML dulu takde rasanya buat pangkah pangkah macam ni. Oleh itu aku sedikit menggelabah bila percubaan aku menjadi seperti yang kurakam di bawah.

Sedutan SMS: Contoh miscommunication

Diubah ikut sesedap rasa dengan mengabaikan pesanan "Matlamat tidak menghalalkan cara".

U12: Minta saudara Abu T sampaikan tajuk Team Building Culture hujung minggu ini.
AT: Boleh tahu siapa audiens? Budak Universiti atau budak sekolah?
Tiada reply dari U12, cuba tanya U07 yang bertindak sebagai organizer bersama.
U07: Budak universiti sahaja.
AT: Itu masalahnya, kerana sebelum ini pernah saya sendiri menyampaikan tajuk ini kepada mereka. Takut ada yang dah pernah dengar tajuk yang sama.
U07: Takpe, kita buat case study dan practical situation.
Lama selepas itu.
U12: Dua-dua audiens ada, budak Universiti dan budak sekolah. Boleh ye?
AT: ?????

Bancau bancau Kacau-kacau. Sakit jiwa dibuatnya.

Hari Air Sedunia

Betul ke semalam Hari Air Sedunia? Entahler akupun tidak pasti. Yang pasti Tok Guruku itu memang rajin bercerita. Katanya semalam dia menerima lawatan seorang pakar environtalis dari Ireland. Braveheart Rocks! (Kejap bukan itu kat Scotland ke?). Beliau bercerita tentang kesan pencemaran air. Jadi bila air sungai ni terlalu bernutrien dengan pelbagai zat-zat tambahan, tanah dan airnya akan menjadi sangat-sangat subur. Kerana itu kiambang mudah tumbuh dan membiak dengan cepat. Fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja sungai yang bermasalah. Bila kiambang ini sudah menutup terlalu banyak permukaan air, matahari susah nak sampai ke bawah air. Udara juga terhalang kitarannya, menyebabkan ikan banyak yang mati. Akhirnya sungai bukan sahaja tidak sihat, bahkan busuk dan tidak sesuai dijadikan air minum. Kos merawatnya juga lebih besar berbanding air sungai biasa.


Dah tu takkan tak boleh menikmati kecantikan kiambang/lili.

Aku terlalu naive untuk bertanya apa yang menyebabkan air sungai menjadi terlalu bernutrien? Seorang anak murid Tok Guru yang baru masuk mengaji sempat mencelah untuk menjawab "Hasil kumbahan dan sampah sarap". Tok Guru menambah selain itu urea mengandungi nilai ammonia yang besar dan sangat 'berkhasiat'. Jadi apa yang boleh kita pelajari dari sini? Ntah, tapi nanti aku nak marah jiran dekat rumah emak yang buang sisa siang ikan dalam sungai. Suka-suka dia aje. Dah la tu nanti aku mengarut lagi.

Pembaziran

Hentikan ‘pembaziran keterlaluan’ – Arshad Ayub

PUTRAJAYA 22 Mac – Seorang bekas pegawai kanan awam meminta kerajaan menghentikan ‘pembaziran keterlaluan’ dalam perbelanjaannya supaya wang yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk projek yang lebih berfaedah.

Tan Sri Dr. Arshad Ayub (gambar) berkata: “Jamuan malam dan sambutan besar-besaran diadakan di merata tempat. Saya dapati banyak pembaziran dan ketirisan berlaku.”

Sambil menyebut sebagai contoh RM220 bilion yang akan dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang, beliau berkata, jika hanya satu peratus pembaziran daripada angka itu berlaku, bermakna RM2.2 bilion akan hilang begitu sahaja.

AT: Alhamdulillah sebelum sampai persaraannya baru Tan Sri kita ni sedar banyak pembaziran berlaku. Timbul persoalan kenapa tak cakap sejak dulu? Mungkin kerana belum ada keberanian ketika itu. Atau baru sedar sekarang? Takpelah tu, yang penting ada keberanian.

Friday, March 09, 2007

Wednesday, March 07, 2007

Free Trade yang bersifat tricky

FTA: Jaminan kerajaan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan memberi jaminan melindungi kepentingan negara dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang dihubungi Bernama hari ini berkata, perkara itu telah dibincang dengan mendalam di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat minggu depan.

“Kerajaan cukup prihatin mengenai fikiran dan kebimbangan rakyat berkaitan perkara ini. Saya ingin memberi keyakinan bahawa kepentingan negara akan sentiasa dilindungi dan tidak sekali-kali dikorbankan,” kata Abdullah.

Beberapa pihak telah menyuarakan kebimbangan bahawa FTA dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan negara itu dalam pelbagai perkara.

Sebanyak 18 perkara dirundingkan dalam FTA dengan Amerika Syarikat, antaranya barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

Kedua-dua negara mengadakan beberapa siri rundingan berkaitan perkara itu dan terakhir di Kota Kinabalu, bulan lalu.

Malaysia mempunyai pendirian bahawa rundingan tersebut tiada had waktu untuk mencapai persetujuan tetapi Amerika Syarikat berharap dapat menyelesaikannya pada Julai ini.

AT: US tidak pernah berbuat sesuatu perjanjian yang tidak menguntungkannya. Apatah lagi jika ia mahu segera diselesaikan. Sementara kelebihan-kelebihannya masih nampak samar-samar, kelebihan kepada pihak US sudah tampak ketara. Pertama ia mempunyai pelbagai produk untuk digunasemula, seperti teknologi lapuk yang sudah tidak digunakan, bersedia untuk dipindahkan ke negara membangun seperti Malaysia dengan keuntungan yang besar. Kedua, ia juga memberi peluang untuk mereka mengeksport produk pertanian mereka yang sudah maju, di samping memberi peluang saintis mereka membuat ujikaji di lapangan yang lebih transional dan meluas. Antara yang ditakuti seluruh dunia adalah product pertanian genetik yang kandungan kimianya mampu memberi kesan kepada kesihatan dan genetik manusia.
Ketiganya, secara tidak langsung ia akan menyebabkan kita bergantung secara langsung kepada prestasi ekonomi US dan jika difikir-fikir, ia seolah-olah membuat kita bekerja ke belakang, kerana telah sekian lama kita cuba mengelak untuk bergantung kepada ringgit, sehingga PM dulu pernah cadangkan dinnar di kalangan negara-negara Islam. Kita akan risau dengan kejatuhan wang dollar, sesuatu yang dulunya mimpi ngeri ahli ekonomi dan businessman dari Jepun dan Eropah, sebelum Tokyo menjadi kiblat ekonomi dan Europe menggunakan matawang Euro, sekaligus mnenyingkirkan pergantungan terhadap dollar. Ia akan meninggalkan kesan yang teruk terhadap pendirian-pendirian dan dasar-dasar Malaysia samada perdagangan serantau mahupun isu-isu sedunia mahupun dunia Islam.
Keempat mungkin tidak dapat dilihat secara kasar, namun ada kemungkinan berlaku. Pada masa ini sumber yang paling mahal bukan emas atau minyak, tetapi maklumat. Tidak mustahil ia salah satu agenda US dalam jangkamasa panjang. Kita cuma berharap ia tidak dibuat dengan keinginan dan kepentingan pihak-pihak tertentu, kerana jika itu yang berlaku, segala rasional perlunya perjanjian dengan Uncle Sam ini akan dipandang sebelah mata.

Tuesday, February 27, 2007

Pembersihan Etnik oleh Serbia disahkan

ICJ bebaskan Serbia -- Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia

THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.

ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.

Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.

Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.

“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.

Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.

Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.

“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.

ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.

Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.

Israel yang tidak pernah serius

Utusan: Israel lancar operasi terbesar, kuat kuasa perintah berkurung

NABLUS 26 Feb. – Operasi terbesar tentera Israel di Tebing Barat dalam tempoh beberapa bulan memasuki hari kedua hari ini.

Pegawai perubatan menyatakan bahawa seorang penduduk Palestin, Anan al-Teibi, 42, sebagai mangsa pertama maut dalam operasi itu akibat ditembak di bahagian leher.

Puluhan ribu penduduk Palestin di bandar ini dikenakan perintah berkurung sementara askar Yahudi memeriksa kawasan sesak untuk mencari kumpulan yang disyaki pejuang bersenjata.

Tentera Israel mendakwa askarnya menemui makmal bahan letupan yang kedua di bandar ini semalam.

Rejim itu berikrar untuk meneruskan operasi tanpa batas itu di setiap jalan dan lorong sempit di sini sehingga matlamatnya untuk menangkap ketua-ketua pejuang dan mencegah serangan ke atas Israel dicapai.

Serbuan itu bermula sebelum 3 pagi semalam (8 pagi waktu Malaysia) apabila kira-kira 80 jip, kereta berperisai dan jentolak menceroboh masuk ke bandar ini, kata saksi.

Pegawai Palestin berkata, operasi itu mengancam usaha untuk menghidupkan semula proses damai.

AT: Memang sudah menjadi kebiasaan, sudah dinyatakan dalam Quran, sudah dipelajari dari sejarah, bahawa Yahudi Israel ini memang bangsa yang degil dan licik. Selepas tiada lagi bom-bom syahid, Israel sudah tiada alasan untuk menyerang Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Apabila Fatah dan Hamas bersatu untuk membentuk kerajaan, Israel semakin tersepit kerana tiada alasan untuk menggagalkan proses damai. Amat jelas sekali mereka mengulangi sejarah, apabila di dalam keadaan persetujuan hampir dicapai, mereka membuat angkara. Dakwaan-dakwaan mereka tentang aktiviti keganasan rakyat Palestin mengaburi mata dunia sehingga anak-anak dan wanita-wanita yang terkorban tidak diperhatikan. Entah sampai bila kita boleh berdiam diri melihat mereka menceroboh bumi Palestin.

Boikot Makanan Segera untuk Kebaikan Kesihatan

Utusan Website: Hampir 10 juta penduduk negara ini menghadapi masalah kegemukan (obesiti), kebanyakannya, menurut LPPKN, berpunca daripada pengambilan makanan segera yang melampau.

AT: Ternyata fastfood bukanlah makanan yang sihat. Oleh itu ada ura-ura Kementerian akan melarang iklan tentang makanan segera di dalam TV. Ada pula pakar-pakar yang tidak setuju. Biasalah kalau nak makan juga, benda yang terang lagi bersuluhpun boleh dijustifikasi agar sesuai dengan selera. Perkara mengenai agama dan politikpun boleh dipusing, apa sangat susahnya nak merapu tentang kebaikan makanan segera. Yang kelakar pendapat orang ramai dalam TV. Ada yang kata kalau begitu, baik tutup kedai mamak kerana makanannya juga berminyak. Ada pula kata rokok tiada iklan tetapi orang datang makan juga. Ada kata datuk nenek makan takkan anak cucu tak makan. Ada kata ekonomi terjejas dan peluang kerja akan hilang. Hentam sahajalah, amaran dah dikeluarkan, sendiri mau ingat. Yang telah sekian lama memboikot KFC dan McD atau sebarang US-Israeli based fast food MNC, tentu tiada masalah. Tahniah kerana stay healty. So pencari alternatif yang rindukan kentang putar, boleh cuba kat Merrybrown. Tidaklah setanding KFC tetapi bolehlah

Thursday, February 22, 2007

Akhbar Alam Islami

Malaysian Privacy Raids Under Fire

IslamOnline.net

KUALA LUMPUR — Malaysian human rights activists and lawmakers on Thursday, February 22, blasted plans by the northern Terengganu state to use voluntary corps to provide tip-offs about couples engaged in inappropriate behavior.

"We call on the Terengganu government to call off its plan and to stop turning the people of Terengganu into spies of the state," Zaitun Kasim, the program manager of Sisters in Islam, a woman group championing gender rights, said in a statement cited Agence France-Presse (AFP).

Rosol Wahid, chairman of the state's Islam Hadhari and Welfare Committee, defended the measure.

He said the aim was to curb the rising number of couples committing "khalwat", close proximity between a man and a woman who are not married.


AT: Susah betul nak membenteras maksiat ni, kerana pendokong kebathilan menentang atas nama hak asasi manusia. Ditambah pula dengan kehadiran NGO yang bernama Islam tetapi tidak Islamic prinsip dan tindakannya. Sepatutnya SIS dikenali sebagai SISR iaitu Sister in Social Right kerana ternyata ia tidak mendahulukan ketetapan Quran dan Sunnah. Tiada sumbangan signifikan kepada umat Islam. Cadangan sukarelawan membenteras maksiat bukan baru, dan ternyata ia berkesan membenteras maksiat. Namun apabila ia dikaitkan dengan tip atau bayaran, ia boleh dipandang dari dua perspektif. Perspektif pertama ia positif dalam melahirkan masyarakat berkualiti dan mengurangkan statistik bayi luar nikah. Ia juga akan menjadikan orang berlumba-lumba mencari orang bermaksiat. Ia bagus tetapi dikhuatiri niat dah tak betul. Sepatutnya kita menginsafi dan berisytigfar melihat kemungkaran. Kedua ia akan melahirkan kesan negatif, seolah-olah kerja membenteras maksiat adalah mengada-ngadakan cerita, membuat fitnah dan seolah-olah Islam agama yang terlalu mengongkong.


Melaksanakan perintah suatu hal, tetapi memberi peluang kepada yang tidak faham tentang Islam untuk memahami juga penting. Ia tergambar dari apa yang orang bukan Islam lihat dan baca di akhbar setiap hari. Maka kepada pemerintah, pejuang kebenaran, NGO dan individu sertailah setiap tindakan dengan ilmu dan fiqh syarienya sekali dalam rangka mendekatkan bukan Islam dengan keindahan Islam


Iraqi Troops Admit Rape Charges

Addtional Reporting By Anas Al-Ubaidi, IOL Correspondent
Image

"They threatened me that if I did not cooperate they would use the tape and cause me a scandal," said the victim.
BAGHDAD — One Iraqi officer and three soldiers have confessed to raping a Sunni woman in northern Iraq, the second such sexual assault of Sunni women by Iraqi security forces this week.

"We received a complaint from the citizen... that a group of soldiers entered her house few days ago and raped her," Tal Afar Mayor Brigadier General Najim Abdullah Al-Jubari told Agence France-Presse (AFP) on Thursday, February 22.

He said one of the five soldiers tried to stop his colleagues from raping the Iraqi woman.

"He wanted to stop his mates by threatening them with weapons because it is an immoral act, but the rape took place anyway."

Jubari said the troops – three soldiers and an officer – initially denied the charges but later confessed when the women identified them at an identity parade.

The victim, a 40-year-old married mother of 11 from Iraq's Turkoman minority, earlier appeared on the Doha-based Al-Jazeera television.

"They threatened me that if I did not cooperate they would use the tape and cause me a scandal."

When asked why she did not report the attack, she said: "Who do I complain to? No-one allows us to complain."

According to human rights groups, several Iraqi women fell victims for sexual abuse by both Iraqi and US forces, but most of the cases went unreported.

A US soldier was sentenced to life in prison in November 2006 for raping and murdering a 14-year-old girl and her father, mother and six-year-old sister.

AT: Inilah yang terjadi sekiranya kita biarkan US bermaharajalela di bumi orang Islam yang di dalamnya terdapat ibu-ibu dan anak-anak gadis saudara seIslam kita. Walaupun laporan terbaru ini menyebut ia angkara polis Iraq, namun tragedi ini terjadi kerana kekacauan dan ketidaktenteraman yang dicetuskan White House sekian lama di bumi Iraq. Nyawa umat Islam menjadi murah, kehormatan muslimah menjadi murahan dan hak asasi manusia menjadi bahan ketawa.

"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!" (An-Nisa 4.75)

Ketiadaan rotan

Perbualan melalui SMS diubah sesedap rasa untuk sampaikan mesej.
Ustaz: Syeh, nak minta antum buat coverage video audio untuk satu program ni.
AT: Boleh ustaz, tapi videocam saya ni ada masalah sikit. Mungkin perlu di(layan?)service. Kemudian nak tahu berapa lama rakaman. Satu DV tape kualiti 60 minit RM18. Tentang rakaman video tu, saya cadangkan kita cari videocam lain.

Setelah sekian lama.
AT: Bagaimana ustaz? Ada perkembangan mencari videocam?
Ustaz: Masih mencari.
AT: Kalau tak jumpa juga mungkin kita cuba videocam saya. Videocam saya ni ibarat "tiada rotan akarpun berguna".
Ustaz: Huh, ini bukan sebarang akar. Ini akar tongkat ali.
AT (dalam hati): Nasib baik orang tua yang buat peribahasa ni dulu tak sempat jumpa tongkat ali. Kalau tak mungkin peribahasanya "tiada akar tongkat ali, rotanpun berguna".

Tuesday, February 20, 2007

Kamera Idaman

Dah hampir dua minggu aku mengharung hidup tanpa Konica Minolta DImage X31 yang 'terpaksa' kujual demi harijadi setahun anak tunggal sedaraku di Pakistan. Akhirnya setelah lama membuat kajian features dan harga, aku berpuas hati dan tanpa ragu-ragu lagi menangkapnya. Ya, Panasonic Lumix DMC FX-07. Dulu aku mengidam adiknya FX-01, tetapi tak berbaloi kerana X31 dah cukup memuaskan. Namun aku pilih FX-07 kerana ia lebih power save dan lebih 1.2Megapiksel dari predessesor (mantan?)nya.

Nak cerita ke pasal featuresnya? Ada banyak di website kerana ia baru enam bulan di pasaran. Ia antara 5 yang bertanding dalam editor review di Berita Harian, Intech The Star dan beberapa majalah.
Pada diri aku sendiri, yang dah pernah main kamera RM 200 dan RM 600, harganya memang setimpal dengan keupayaannya. Selain megapiksel sebanyak 7.2 (tak gunapun ada MP besar-besar), ia ada wide angle 28mm, feature yang aku struggle ketika dengan X31 dulu. Nak tangkap gambar kena undur, undur dan undur. Sekarang OK sikit. Selain gambar yang crisp (rangup?), ia menangkap gambar dengan baik pada waktu malam. Kalau X31 kalau malam nasibla. Pandai-pandai cari sumber cahaya. Kalau FX-07 dia akan berikan sedikit cahaya LED supaya lensa boleh fokus pada objek.
Yang lain seperti saiz kompak, saiz LCD, zoom optik, kecepatan shutter, pembolehubah OIS, anti gegaran dan firmware adalah antara beberapa ciri yang kuperhati dan kubandingkan. Saiz paling utama, aku tidak mahu terasa kehilangan X31 yang comel dan boleh tersorok di poket kemeja itu. Yelah takkan pergi program nak bawa berbagak-bagak. Nanti orang ingat DSLR. Kerana itu Canon awal-awal lagi terkeluar. Sony pula terkeluar kerana semua gadgetku menggunakan kad SD. Ternyata ia adalah kamera digital ultra kompak yang ku rekomendasi kepada penggemar kamera kelas ini.

Gambar FX-07 menggunakan Panasonic NV-GS15 ini klasik kerana pertama cara zaujati operate yang bergaya. Sebab kedua klasik ialah ini antara gambar terakhir beliau dengan spek mata itu. Ia telah tiada di dalam possision beliau atas sebab-sebab yang pastinya beliau sendiri segan nak ceritakan heheh.

24 Hour Customer Service Line

ALLAH SWT's 24 Hr Customer Service Line (Toll Free)

Kalau dibaca dan difkir-fikirkan, pasti anda fahami coretan email dibawah punya hikmah yang amat besar erti dan manfaatnya. Luangkanlah masa untuk membaca dan memikirkannya. ..., insya'ALLAH.

Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku. ..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar
menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons
seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan
tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap
saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara
pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini
: 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim
& Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu
mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau
sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah-
mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah
biasa.


Rohan Ishak

Wednesday, February 07, 2007

Tution Komputer

Malam ini macam biasa, projek tution komputer untuk anak-anak kejiranan.

Zaujati akan bagi tazkirah/tafsir Juz Amma.
Yang besar-besar akan belajar buat dokumen.
Yang kecil-kecil akan teruskan kemahiran guna mouse/keyboard.
Kalau ada masa main game.

Saturday, January 27, 2007

Alternative: Value Meal ala McD

Ini makanan fast food ala Pakistan.

Memang sedap dan menyelerakan. Biasa jumpa di tepi jalan. Kalau baru sampai jangan cuba, takut kebanyakan masa selepas itu akan dihabiskan di bilik termenung.
Harga murah sekitar 20 PkRupee, orang high-class tak makan takut jatuh standard.
Memang popular, patutlah KFC dan McD tak boleh cari makan kat sini.

Thursday, January 18, 2007

Kerja Luar

20070118
Aku bingkas bangun apabila terdengar sorakan penyokong Liverpool apabila Bellamy menjaringkan gol dalam suatu perlawanan ulangan. Rupanya aku terjaga dari satu tidur yang panjang. Kuselak gebar tebal yang menyelimuti diri. Aduh perutku terasa lapar yang amat. Jam yang belum diubah masanya menunjukkan pukul 6.50 pagi. Tolak tiga jam, waktu tempatan adalah sekitar 4.00 pagi. Aku bangun solat jamak maghrib dan isyak, terus sambung tahajjud. Perutku menjerit-jerit minta diisi. Suara hatiku memberitahu bahawa aku inginkan nasi lemak sambal sotong masakan Zaujati atau nasi goreng Cina kepakaran Mummy. Namun yang ada di bilik hanyalah ikan bilis sambal kering, ikan bulu ayam, susu krimer manis Dutch Lady, Mamee Mawi dan kawannya, sachet Ovaltine, sachet Tongkat Ali Cafe, Teacinno dan Tuna Mayonnaise Cap Ayam. Oh ya aku bawa telur namun setiap kali masak air power di bilik breakdown. Ntahapapa. Yang menanti aku di luar adalah roti prata, roti prata dan roti prata. Paling kreatif boleh pergi ialah nasi beryani, roti nan ayam tandori, allo bhuja, ataupun chicken roll. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjamah roti prata dan kawan-kawannya sepanjang bertugas di sini.

Sunday, January 14, 2007

Top Ten Sign You Had a Bad Job

Retro ketika aku berangan nak masuk kerja dulu. Alhamdulillah tempat kerja sekarang tidak seteruk yang digambarkan.

Top Ten Petanda Kerja Anda Tidak Bagus:

10. Rumah anda di Kondominium Lorong P. Ramlee. Pejabat anda di Cherating.

9. Setiap hari anda ambil 3 jam pergi dan 3 jam balik.

8. Anda bekerja seperti biasa pada Hari Pekerja

7. Personal insuran untuk anda dibeli secara harian

6. Label bilik anda tertulis "Ahmad, Personal Assistant/Coffee Room"

5. Anda bekerja sebagai penyelia syarikat. Antara tugas utama adalah menyediakan jadual sekolah anak bos anda.

4. Hari pertama bekerja, anda diberi sebuah meja tanpa kerusi

3. Anda bekerja untuk TM Research, tetapi jawatan anda adalah sebagai Penyelia Tapak.

2. Perbelanjaan kesihatan anda akan ditolak dari bonus tahunan

1. Untuk menjimatkan perbelanjaan, para pekerja diminta membawa tisu tandas sendiri.

Tambahan: Pekerja terbaik setiap bulan jatuh kepada Siti Fedora binti Poyo dan nama majikan anda adalah En. Poyo.

Thursday, January 04, 2007

Sejak kematian Saddam Hussien

Selain bom-bom yang saban hari meletup di tanah Arab itu, terdapat juga korban ekoran penggantungan Saddam Hussien.

'A young boy who tried to copy hanging scenes from the execution video of Iraqi dictator Saddam Hussein died in central Pakistan, said police on Monday. Mubashar Ali, 9, hanged himself, while re-enacting Hussein's hanging with the help of elder sister, 10, after tying a rope to a ceiling fan and his neck in his home in Rahim Yar Khan district on Sunday, said a local police official. The father of the deceased boy said that his children had been watching the video of Saddam Hussein's execution on television and attempted to imitate the hanging as other family members thought they were playing in another room' - News 24. With a remarkable show of tact and sympathy, district police chief Sultan Ahmad promptly announced: ""It was an accident which happened due to carelessness of parents."

Dipetik dari football365.com