Tuesday, June 10, 2008

Hari Pertama di Cyberjaya

Hari ini dengan rasminya unit kami berpindah ke Cyberjaya. Tempat cantik menarik kau memang tembam. Dia punya Celcom Broadband coverage lagi solid. Dengan basic package, boleh pergi sampai 354kbps. OK dah tu, boleh layan youtube dengan kadar yang sederhana, sambil-sambil tunggu result experiment. Kalau laju sangat susah beb, nanti youtube yang simulate kita.



Cube baru. Belum apa-apa lagi dah bersepah. Camana nak buat azam baru cube yang bersih indah dan tenang ni?

Monday, June 09, 2008

Benzene vs NGV

Bukan. Bukan Benzema France lawan RVN Holland. Takde kena mengena. Nama keluarga CH petrol yang melambung itu ialah Benzene. Perkara yang menjadi persoalan ialah mengapa mentaliti kerajaan dalam menyenangkan hidup rakyat masih di tahap gaban. Mengapa pusat pengisian NGV masih sangat sedikit? Apakah wujud kawalan kerajaan? Kalau benar ia petanda subsidi hanyalah permainan mereka di dalam industri ini yang terus untung dan untung. Long live kapitalisme dan sekularisme!
Mengapa negara kelas ketiga yang porak peranda kestabilan politiknya dan sangat dhaif infrastrukturnya, masih punya sangat banyak petrol yang menawarkan NGV atau ringkasnya di sana, CNG?

Mengapa kos memasang tong NGV semakin mahal walaupun supply sudah banyak sesuai dengan permintaannya? Mengapa mesti mengambil kesempatan atas kesusahan dan penderitaan orang ramai? Semua ini melibatkan manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri dan terus-terus merendah-rendahkan intelektualiti rakyat dengan perbandingan-perbandingan dan fakta rekaan yang tidak munasabah. Tidak cukup dengan memberikan beban, diperbodohkan pula dengan cedokan kata-kata ahli akademik yang berhujah dangkal dan berstatus sekolah menengah.

Gesaan tukar cara hidup juga tidak masuk akal. Hello, selama ini kita hidup mewah ke? Tiap-tiap hari makan ikan salmon dan steak, bukan ikan bilis dan kembung?
Setiap bulan ke Bali, Paris dan Hong Kong, bukan ke Banting (balik kampung) atau KL (urusan kerja)?
Kereta harga sebiji rumah semi D bukan Kancil atau perlukah berkira-kira membeli Dream EX5?

Tidak cukupkah selama ini kita bersusah payah mengikat perut demi menampung beban hidup? Harga susu anak bukan semakin turun tidak kira gaji kekal atau naik. Harga beras bukan naik sedikit. Sekiranya inflasi mencapai 5% atau lebih, tidak guna membandingkan KDNK negara dengan negara lain yang KDNKnya lebih rendah. Ia ibarat bapa yang memberitahu anak dia tiada duit untuk membeli buku sekolah pada masa yang sama menukar sport rim kereta.

Ada seorang Menteri kata masa kecoh isu pusat ternak babi, "inilah hadiah kerana mengundi pembangkang, nak sangat perubahan, ambil lah pusat ternak babi" sedap aje dia cakap. Sekarang mari kita tanya dia ini hadiah apa pula dari kerajaan?

Sunday, June 01, 2008

Islam dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Lihat sahaja firman Allah dalam Al-Quran surah Ar-Rahman 7-9

Ternyata agama ini telah memberi peringatan kepada manusia tentang kepentingan menjaga keseimbangan dan keteraturan bumi ini. Kesan rumah hijau, penipisan ozon, kecairan kutub utara dan kenaikan suhu bumi adalah kerana manusia rakus meneroka bumi sehingga tidak melihat kepada usaha-usaha pemuliharaannya.



Side story: The melting ices