Saturday, January 23, 2010

Gerakan Terselubung yang Memusuhi Islam: Communism

Terdapat beberapa mazhab. Pertama Pure Communism iaitu Marxisme. Pada Karl Marx, masyarakat bebas adalah masyarakat tidak ada kelas, tidak ada konstitusi negara atau perlembagaan. Ia selalunya diasaskan dari revolusi oleh kaum prolitery (orang ramai). Agama dan kebendaan adalah mainan kaum borjuis (orang kaya). Boleh baca wiki atau marxisme.org.

Karl Marx dan Lenin adalah pembuat teori, mereka pemikir tetapi Stalin adalah eksekutor. Komunis juga telh mengalami evolusi kerana sejarah moden menunjukkan fahaman ini telah lahir di dalam bentuk negara.

Buku Salah Faham tentang Islam tulisan Muhammad Qutb (adik Syed Qutb) mengulas dengan cantik perihal komunis, bagaimana ia datang sebagai solusi kepada penindasan kaum bangsawan dan orang kaya terhadap kaum petani dan orang miskin. Namun ia secara tabienya runtuh kerana terlalu ideal dan pendokong-pendokongnya mengubahsuai idea asal Marxisme sehingga memberi peluang pemimpin-pemimpinnya menyeleweng.

Satu lagi pandangan jahiliyyah komunis adalah tentang moral. Moral adalah persepsi masyarakat. Ini bermakna sekiranya membunuh orang tua kerana mereka tidak cukup kuat untuk membuat revolusi, ia adalah nilai yang boleh diterima. Sekiranya berzina adalah sesuatu yang normal, maka ia bukanlah sesuatu yang tidak bermoral. Ia nilai yang boleh diterima masyarakat tersebut. Ini jelas bertentang dengan masyarakat Islam kerana hubungan seks mestilah di atas akad nikah. Sekiranya institusi keluarga tidak dijaga, ia akan meruntuhkan masyarakat dan seterusnya negara.

Komunis dijangka akan kembali mendapat tempat di hati pemuda-pemuda kerana ia jawapan terbaik kepada sistem kapitalis yang semakin mencapai klimaks dan bakal runtuh. Namun sekiranya dua fahaman ekstrem ini mahu dicari titik keseimbangannya, maka solusi yang ditemui bahkan lebih baik adalah Islam.

Konsep Islam dalam ekonomi seperti Baitul-Mal, zakat, korban, sedekah dan gesaan mengejar dunia tanpa melupakan akhirat adalah jawapan kepada kapitalis dan komunis. WAllahu a'lam

Celcom Broadband at Seksyen 9 BBBangi

Saturday, January 09, 2010

Sesak habis


Mana-mana solat Jumaat memang sesak. Kawasan-kawasan kampung yang berhampiran Putrajaya, biasalah kalau sembahyang sebelah bilik wudhu' atau di tempat letak selipar. Adus seksa

Retro: Frederic Omar Kanoute


One year ago, this devoted sportmen display his inside T-Shirt "Palestine" when scoring a goal. A true muslim fighter!

Frederic Kanoute is facing a fine from the Spanish football federation for revealing a T-shirt expressing support for Palestine during a match.

The Mali striker lifted his Sevilla shirt over his head after scoring in the team's 2-1 Copa del Rey win over Deportivo La Coruna on Wednesday.

He displayed a black T-shirt on which the word "Palestine" was printed in several languages.


For more http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/africa/7818831.stm