20070118
Aku bingkas bangun apabila terdengar sorakan penyokong Liverpool apabila Bellamy menjaringkan gol dalam suatu perlawanan ulangan. Rupanya aku terjaga dari satu tidur yang panjang. Kuselak gebar tebal yang menyelimuti diri. Aduh perutku terasa lapar yang amat. Jam yang belum diubah masanya menunjukkan pukul 6.50 pagi. Tolak tiga jam, waktu tempatan adalah sekitar 4.00 pagi. Aku bangun solat jamak maghrib dan isyak, terus sambung tahajjud. Perutku menjerit-jerit minta diisi. Suara hatiku memberitahu bahawa aku inginkan nasi lemak sambal sotong masakan Zaujati atau nasi goreng Cina kepakaran Mummy. Namun yang ada di bilik hanyalah ikan bilis sambal kering, ikan bulu ayam, susu krimer manis Dutch Lady, Mamee Mawi dan kawannya, sachet Ovaltine, sachet Tongkat Ali Cafe, Teacinno dan Tuna Mayonnaise Cap Ayam. Oh ya aku bawa telur namun setiap kali masak air power di bilik breakdown. Ntahapapa. Yang menanti aku di luar adalah roti prata, roti prata dan roti prata. Paling kreatif boleh pergi ialah nasi beryani, roti nan ayam tandori, allo bhuja, ataupun chicken roll. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjamah roti prata dan kawan-kawannya sepanjang bertugas di sini.
No comments:
Post a Comment