Monday, February 18, 2008

Raya Cina

Sementara cuti empat hari Gong Xi Fa Cai, aku sekeluarga mengambil kesempatan balik Johor. Memang aku akui kami tidak berfikir panjang, apatah lagi Zaujati tidak akan bercuti pada cuti semester ini, tetapi terlibat dengan Program Bina Insan Guru. Oleh itu kami perlu balik kampung sekarang, kalau tidak lama lagi baru ada cuti panjang sebegini. Seperti yang dijangka memang ramai kerabat. Masyarakat berbangsa Cina memang sedang dalam perjalanan balik kampung. Yang Melayu memang tak kira raya bangsa apa pun memang balik kampung. Kalau di RnR tu, jangan kata nak makan berat, nak beli pau pun beratur panjang. Nasib badan.

Sekiranya perjalanan pergi tidak cukup sesak, terutama di Nilai-Seremban dan Yong Peng - Senai Utara, di dalam perjalanan pergi lagi terharu. Kesesakan bermula di Pedas-Linggi. Selepas setengah jam, alhamdulillah lepas 5km. Memang terlalu perlahan. Situasi hampir darurat apabila lorong kecemasan penuh menyebabkan penunggang motor terpaksa melalui celah-celah tiga lane yang digunakan oleh pemandu kereta yang tidak mementingkan diri sendiri.

Situasi di RnR dan Hentian Sebelah juga penuh sehingga kereta diletak di bahu jalan. Tandas bukan sekadar beratur, orang perempuan masuk guna 2 dari 5 toilet lelaki. Dua bilik air juga orang perempuan sapu. Dahsyat. Namun ada orang yang gembira ketika highway sesak begini. Abang-abang jual burger dan para penjaja makanan. Masa ni jual tauhu goreng RM1 sebijipun orang berebut beli.

Syukurlah kami menghantar adik Zaujati yang mengajar di Kolej Uniti di Teluk Kemang. Selepas dua jam menanti dengan sabar dan menahan kesakitan peha, kami nampak susur keluar Port Dickson. Kami selesaikan semua perkara, isi petrol, ke toilet (kali ini tak perlu beratur)dan makan di tepi pantai. Selepas itu kami dengan beraninya masuk semula ke PLUS yang masih sesak. Ketika ini mata sudah mula terasa mengantuk. Kuasa ajaib Zaujati iaitu pot pet pot pet non-stop juga kali ini gagal menyegarkan mata ini. Namun syukurlah selepas setengah jam kami dapat gunakan gear 3. Aku terpaksa susur keluar ke RnR Seremban untuk memenuhi tuntutan mata. Sekitar jam 1.30 pagi, selepas 10 minit tidur, aku meneruskan perjalanan dengan semua masih dibuai mimpi. Lengkaplah hampir 12 jam perjalanan kami apabila aku matikan enjin di halaman rumah jam 2 pagi.


Aku harap tahun depan sebelum balik cuti Raya Cina, aku sempat baca posting ini supaya otak aku sempat berfikir panjang sebelum tangan mula pegang stereng dan kaki sudah ada di pedal.

No comments: