Bermula Rabu lepas. Selepas menghantar anak ke rumah Ibu, aku mula terasa tidak sedap badan. Dalam hatiku berkata "Horrey, boleh minta MC". Kereta yang menghala ke office melencong ke klinik. Badanku panas dan kepalaku berat. Pelik kerana kalau aku demam aku akan selsema atau sakit tekak dahulu. Dr. check tekanan darah, normal. Aku diberi MC dan balik berehat. Berseorangan di rumah, Zaujati pulang sebentar dari examnya. Sempat lap-lap mukaku yang panas semacam. Lepas makan ubat OK. Kepala tak pening lagi dan suhu badan beransur pulih. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Lepas makan ubat OK.
Esok aku datang office, kerja banyak tanggungjawab ada. Kuatkan juga. Petang aku flat. Keadaan sama. Badanku panas dan kepalaku berat. Nak toleh kiri kana kena slow-slow. Kalau drive memang problem. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Sekali lagi Zaujati terpaksa diimport dari UKM untuk tengokkan budak-budak. Baca nota sambil bancuh susu. Kesian siswi yang sudah berkahwin; cabaran menghadapi final exam yang jadualnya sehari sekertas (paper). Blogger Atukz kata syafakallah, suruh rehat secukupnya.
Jumaat selepas hantar anak, aku ke klinik berdekatan rumah babysitter. Dr. nya muda, kecil molek, aku ingatkan anak Dr. yang biasa di situ. Katanya ada simptom demam denggi. Aku kata memanglah simptom demam biasa sama dengan denggi. Badan panas, pening kepala, sakit badan, loya (tiada selera), muntah-muntah dan cirit-birit. Aku melawak kata tiga pertama memang ada tapi selera makan bertambah. Dia layan lebih kurang, bukannya dia tak tahu kad kesihatanku ada 3 nama lain. Dia advise check darah. Aku taknak kerana takut panel tak cover dan takut syringe tanpa cover. Aku MC lagi. Sepanjang hariku di rumah begini: Badanku panas dan kepalaku berat. Lepas makan ubat OK. Namun selepas 5-6 jam datang balik. Blogger PC call suruh minum 100 Plus banyak-banyak. Minum 3 botol lepas tu futsal sejam insya Allah sembuh katanya.
Sabtu Ahad aku rehat habis-habisan. Aku tak boleh memandu kalau pening. Kalau terpaksa (Zaujati buat persiapan camping ke Pangkor seminggu) keluar membeli barang aku hanya boleh pandang depan, bila simpang atau undur Zaujati jadi mata tambahan. Mak di kampung offer nak jaga anak-anak, aku cakap takpe dulu.
Pagi ini aku rasa macam OK. Aku pergi ke office. Tetapi aku mula terasa loya, sesuatu yang aneh untuk diriku yang
memang punya kekuatan dalam memakan kuat makan. Dalam kepalaku yang pening mula terbayang:
1. Betul ke aku kena denggi?
2. Adakah akan jadi macam jiran atau saudara yang pernah berminggu duduk dalam hospital?
3. Jika ya siapa nak tengokkan anak-anak?
4. Kalau platletku tak naik apakah aku boleh mati?
5. Sempat ke aku jumpa Zaujati, saudara-mara sahabat handai?
6. Sudahkah wasiat Amanah Raya, KWSP, KOTAMAS dan lain-lain ditukar kepada isteri dan anak-anak supaya kebajikan mereka terjaga?
7. Sudah cukupkah bekalan nak mengadap Raja segala raja? Sultan segala Sultan?
Kalau masih tak OK mungkin aku ke klinik lagi petang ini. Mungkin check darah. Hopefully bukan denggi. Cuma old migrain aku andaikan. Doakan aku OK kengkawan.
Moral:
1. MC memang best, tapi kalau kena duduk dan baring sepanjang hari tanpa berbuat apa-apa memang tak best. Apatah lagi tanpa 'nurse' tersayang boleh jadi bertambah sakit.
2. Sebaiknya ziarah, tetapi alhamdulillah SMS dan phone call serta usaha meringankan beban amat membantu. Ia umpama pengubat hati yang berupaya menyembuhkan 50-70% kesakitan fizikal. Betul ke? Ada faktanya aku rasa.
3. Ingat mati bukannya bermakna lemah. Ia akan menjadikan kita insaf bahawa apa yang kita buat di dunia ini sementara. Harta yang ada pada kita, villa sea view, Mazda 5, Sony Ericsson W960i, ThinkPad X61 mahupun Blackberry 8800* semuanya takkan dapat masuk liang lahad. Yang boleh temankan kita dalam tu cuma amalan kita sahaja. Oleh itu tinggalkanlah yang tak membantu kita ke akhirat.
* Kecuali Mazda 5 yang belum kumiliki, semua harta di atas telah dimiliki oleh orang lain.