Boikot yang memerlukan mujahadah
Kata-kata kakak masih terngiang-ngiang di kepala ini sewaktu aku berseorangan memandu pulang dari Banting. Sememangnya aku pemboikot terkenal di kalangan keluarga. Sememangnya aku lebih suka mencari produk alternatif.
Jarang sekali diuji semangat memboikot ini kerana adanya alternatif yang baik dan setengahnya memang tidak diperlukan atas sebab ia memang tidak healthy atau tidak economical.
Sebagai alternatif Nestle, aku dan rasanya ramai lagi memilih Dutch Lady kerana kekuatan brand, harga dam kualitinya setanding malah lebih baik. Namun apabila produk yang diharapkan juga tidak bertanggungjawab (dikeluarkan oleh negara yang pemimpinnya tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam), maka ia secara automatiknya perlu juga dikategorikan di dalam senarai yang akan diboikot.
Memang aku kecewa. Anak-anakku membesar dengan Dutch Lady. Earphone Phillips sudah bertahun kugunakan. Shell alternatif terbaik sekiranya tiada Petronas berdekatan. Namun itu semua bukan alasan untuk mengsampingkan semuanya dan bermula semula. Aku sudah menyenaraikan beberapa susu alternatif terutamanya dari New Zealand dan dari Jepun. Bila agaknya jutawan-jutawan Arab nak mula empayar macam Nestle ye?
Kembali pada perbicaraan tadi. Aku terdiam sebentar. Aku mengumpul sedikit kekuatan dan memberi jawapannya. Jawapan aku ketika itu sedikit santai, praktikal dan firm (tegas?), "Kalau yang ada kat rumah tu kena habiskan, tapi selepas ini kenalah cari susu kambing pula".
Aku berharap tekanan hasil boikot ini akan menyebabkan Wilder tu minta maaf, tarik balik tayangan dan taubat taknak buat film seumpama itu lagi. Kerana selagi berdegil, kita akan teruskan mujahadah ini sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment