Aku berada di Nilai bertemu sahabat-sahabat di sana. Bincang-bincang tentang iman. Agenda yang sederhana sahaja. Tatkala hangat berbincang, dinding surau bahagian belakang diketuk berulang kali. hairan kami kerana ruang di sini hanya kami yang ada. Terdapat sedikit elemen seram kerana di belakang surau agak gelap dan misteri. Seraya itu terlihat satu tangan kecil terkapai-kapai dengan satu kertas di hujungnya. Kami ambil suratnya. Surat berbunyi
"X Dengar. Boleh kuatkan suara penceramah? Kami di belakang nak dengar juga. Kami tiada nakibah"
Muslimah. Nak tumpang sekaki. Bila masa pula kita buat ceramah? Nakibah takde? Sini pun bukan nakib. Tapi atas permintaan nak berkongsi, kami dengan penuh machonya beranjak ke belakang surau. Bincang perkara baik, buat apa nak sorok. Bukannya buat tutorial tentang pembuatan bom.
Alhamdulillah ketika ramai remaja yang gagal membendung arus kejahilan, masih ada yang ingin mengikut fitrah manusia yang perlukan pemantapan ilmu dan iman dalam rangka menjaga diri supaya kekal jatidiri Islam. Masih banyak hati-hati yang belum terusik dan tersentuh dengan peringatan dan kesedaran. Suara-suara penyeru kearah kebaikan dan kebenaran serta mencegah kebatilan diperlukan di mana-mana. Tugas kita berat, marilah memikul beban ini bersama-sama.
No comments:
Post a Comment