Monday, February 22, 2010

Layan Sony Ericsson baru


SE Satio. Tapi bukan wa punya beb. Sedara. Tapi wa bangga. Aino aino

Saturday, February 13, 2010

Bond vs Bourne

Dah lama aku nak tulis pasal depa berdua ni. Orang kecoh dengn Bond, namun aku tetap suka Bourne. Bukan kerana pendokong wataknya Matt Demon yang berbakat besar itu, tetapi kerana plot dan pengembangan wataknya yang sentiasa segar dan realistik. Aku senaraikan beberapa perbezaan watak mereka.

Bond: Spy British yang kekal dengan satu nama atas apa situasi
Bourne: Trained assasin yang punya pelbagai nama dan pelbagai warganegara

Bond: Raja Gadjet. Semua benda dari kasut hingga kereta ada kegunaan bombastik yang direka oleh pakar senjata dan teknologi
Bourne: Peralatan yang digunakan ialah apa yang dijumpai atau dilihat.

Bond: High profile life. Selalu berada di dalam grand event untuk "mencari maklumat"
Bourne: Stay anonymous. Untuk memastikan dia sentiasa tidak dikesan, dia tidak kekal dengan satu handphone atau akaun internet.

Bond: Kaki perempuan. Satu film ada dua perempuan.
Bourne: Setia kepada isteri. Antara motif utama untuk balas dendam kematian isteri. Sukar menerima heroin comel kerana masih teringat mendiang isteri.

Apa lagi?

Teka-teki gender baby

Zaujati sudah 8 bulan. Masa ini ke mana sahaja pergi orang mesti tanya bayi lelaki ke perempuan. Oleh kerana kami sudah ada sepasang, kami tidak begitu ambil pusing. Apa sahaja yang allah kurniakan, kami syukur alhamdulillah. Namun teka-teki jantina bayi kekal sebagai isu besar bagi keluarga yang menanti kehadiran orang baru. Aku tertarik untuk ulas perkara ini kerana ia umpama perang mitos lawan saintifik. Ada orang kata kedudukan perut (kandungan) macam muncung sedikit, dari belakang tak nampak perut. Kata orang kemungkinan besar bayi lelaki. Kemudian zaujati sejak mengandung sangat rimas dengan benda-benda perhiasan macam rantai, gelang dan sebagainya. Padahal masa tak mengandung, kalau ke shopping complex, mesti hilang sekejap di celah-celah kedai jual aksesori. Itu satu lagi petanda di dalam tu bayi lelaki. Satu perkara lagi kalau zaujati pegang atau dokong bayi perempuan, mesti bayi perempuan tu relax dan tak cuak. Macam dia suka orang dalam perut tu. Satu lagi petanda bayi lelaki.
Namun dari beberapa check-up, walaupun doktor tidak beri jaminan 100%, besar kemungkinan perempuan. Dari scan, sekiranya lelaki, ia akan mudah dikesan. Buat masa ini, kebanyakan doktor kata perempuan. Jadi apa gender baby yang sebenarnya?
Wallahu aklam bissawab

Monday, February 01, 2010

Mangga King


Setelah 2 tahun 3 bulan, akhirnya buat pertama kali pohon mangga di hadapan rumah telah berbuah. Dari setangkai penuh bunga benihnya, hanya sekitar 5 biji yang menjadi buah kecil. Betul kata si penjual pokok, lepas 2 tahun pasti mula berbuah. Syukurlah. Sekarang nak kena belajar protect buah tu. Semut dah mula buat kacau, ish ish ish