Zaujati sudah 8 bulan. Masa ini ke mana sahaja pergi orang mesti tanya bayi lelaki ke perempuan. Oleh kerana kami sudah ada sepasang, kami tidak begitu ambil pusing. Apa sahaja yang allah kurniakan, kami syukur alhamdulillah. Namun teka-teki jantina bayi kekal sebagai isu besar bagi keluarga yang menanti kehadiran orang baru. Aku tertarik untuk ulas perkara ini kerana ia umpama perang mitos lawan saintifik. Ada orang kata kedudukan perut (kandungan) macam muncung sedikit, dari belakang tak nampak perut. Kata orang kemungkinan besar bayi lelaki. Kemudian zaujati sejak mengandung sangat rimas dengan benda-benda perhiasan macam rantai, gelang dan sebagainya. Padahal masa tak mengandung, kalau ke shopping complex, mesti hilang sekejap di celah-celah kedai jual aksesori. Itu satu lagi petanda di dalam tu bayi lelaki. Satu perkara lagi kalau zaujati pegang atau dokong bayi perempuan, mesti bayi perempuan tu relax dan tak cuak. Macam dia suka orang dalam perut tu. Satu lagi petanda bayi lelaki.
Namun dari beberapa check-up, walaupun doktor tidak beri jaminan 100%, besar kemungkinan perempuan. Dari scan, sekiranya lelaki, ia akan mudah dikesan. Buat masa ini, kebanyakan doktor kata perempuan. Jadi apa gender baby yang sebenarnya?
Wallahu aklam bissawab
No comments:
Post a Comment