Thursday, August 19, 2010

Hujan Ujian Ramadhan

Walaupun ketika awalnya agak panas, Ramadhan kali ini hujan memang lebat habis, memang tempias cuaca melampau dunia La Nina. Hujan bermula sekitar lewat petang hingga awal pagi. Sekiranya tidak dapat keluar ke masjid, jangan sampai tidak berterawih di rumah.

Layan berterawih di Masjid Al-Mustaqimah, aku simpan sahaja payung di dalam kereta kerana hujan sudah reda. Kalau musim hujan biasa, reda tu memang reda. Tetapi hujan musim ini memang tidak boleh dijangka. Selepas moreh, hujan semula dan lebih lebat dari awalnya. Nasib baik ada abang hensem tumpangkan payung sampai kereta. Ahaks.

Cuaca tidak menentu tidaklah seteruk yang dialami saudara kita di Pakistan. Kecil sahaja ujian Ramadhan kita berbanding mereka. Rumah tenggelam, ahli keluarga entah di mana, pakaian sehelai sepinggang. Sahur dan berbuka apalah agaknya? Aku doakan rakan-rakan di Karachi dan Lahore seperti Hijaz, Asim Naseem selamat hendaknya. Amin

No comments: