Wednesday, September 23, 2020

Sarapan di Pejabat

Sudah tentu bukan normal baru yang akan diteruskan secara konsisten. 

Sunday, August 23, 2020

Kenangan PPUM

Sejak 2012 menjadi rutin tahunan kami untuk Fathimah menjalani pemeriksaan tahunan sebagai penderma organ. Kedatangan pertama untuk ambil darah dan kedatangan kedua untuk berjumpa doktor. Saban tahun pelbagai perubahan di hospital tempat arwah ayah mencari rezeki ini dapat kurasakan.
Tempat ini banyak kenangan. Selain kekal di dalam surat lahirku dan adik-beradik, tempat ini juga tempat persinggahan rutin selain Taman Tasik yang kini berdekatan Amcorp Mall. Aku sudah ingat-ingat lupa secara spesifik tempat kerja ayah yang sebelumnya dikenali sebagai Hospital Universiti. Tetapi yang pasti banyak berlegar di sekitar bilik bedah. Sewaktu kecil ada masanya aku terpaksa mengikut ayah bermalam di hospital. Bermalam di hospital pengalaman yang bukan asing. Aku suka bermalam si situ kerana tidur dalam suhu sejuk dan ramai rakan sekerja ayah yang rajin menegur. Ada macam-macam cerita hantu tetapi aku terlalu kecil untuk ingat atau takut.
Kafeteria antara Menara Utama ke Menara Timur masih ada, itu antara kenangan yang melekat kerana suasananya masih dapat dirasakan tatkala menjengah ke dalamnya.
Selepas kami pindah ke Banting sekitar 1983, sangat jarang aku ke Hospital Universiti. Namun ketika melakukan pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan ke universiti, aku kembali di sini. Selepas hampir 10 tahun.
Ke mana sahaja ayah pergi dia akan ceritakan tanpa disoal, "Bawa Angah ni buat check up nak masuk Universiti". Begitulah kecil besar hati seorang ayah mungkin berbangga dengan anaknya yang berjaya melanjutkan pengajian.
Ketika tiba di simpang lampu isyarat berhadapan KWSP, seolah-olah terbayang ayah berjalan kaki pulang menuruni cerun ke perhentian bas di bawah. Menunggu bas pulang ke Banting.
Hospital Universiti adalah tempat dipertemukan insan-insan mulia yang mengatur pernikahan ayah dan emak. Sijil 35 tahun perkhidmatan yang sekian lama tergantung di dinding rumah adalah manifestasi bermula dan berakhirnya karier seorang atendan hospital yang komited. Hospital Universiti juga tempat ayah menghembus nafas terakhir di Tingkat 13 pada 2006. Ayah mengalami sesak nafas ketika pemulihan kerja selepas serangan kedua strok. Masih teringat kesedihan di mata rakan-rakan ayah yang masih belum pencen ketika turut sama memandikan jenazah ayah. 
Semoga segala penat lelah dan kasih sayang membesarkan kami diberi sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT. Amin

20200824
Menara Selatan PPUM

Tuesday, June 30, 2020

So long my Ocean hero

https://www.cnn.com/2020/06/30/entertainment/car-reiner-obit/index.html

Monday, June 29, 2020

Kenangan PKP Pemulihan

Bermula 24 Jun 2020, Mama pergi sekolah setiap Selasa, Rabu dan Jumaat Bapak siapkan sarapan, bagi makan ikan dan jaga adik2. Giliran bawa adik2 mandi antara bapak, Ghu dan Kha Ghu: Pukul 8.30-9.30 kelas Quran Bapak: Scrum projek PEDAS.AI 10-10.30 Kha: Pukul 10.30-11.30 Kelas misc Bapak: 10.40 -11.10 Scrum projek GENTIAN.LANI Ruq/Hanz: Pukul 11 makan aiskrim Milo/DutchLady kat luar Pukul 12: Bapak bawa adik2 jalan2 Pukul 2: Mama balik (bapak pergi office/site/sambung WFH/tidur) Jadual berubah nanti bila Ruq/Hanz boleh masuk tadika

Sunday, June 21, 2020

Berakhirnya Syawal

Raya tahun ini paling istimewa kerana tidak beraya gara-gara PKP dek penangan Covid-19. Walaupun 2 minggu terakhir sudah boleh rentas negeri ramai juga yang pasrah hakikat tahun ini tidak balik ke kampung. Semalam baru aku bawa nak isteri jenguk mak. Walaupun hanya perlu rentas daerah warga emas macam mak merupakan risiko besar diserang virus ini tambahan pula Mukim Batu 12 belum pulih dari zon kuning.
Tahun ini juga istimewa kerana walaupun tidak pulang ke Kuala Terengganu, buat pertama kali Mama beraya di rumah baru di Sungai Buah. Rezeki Fathimah beraya dengan Mama walaupun bukan dengan Tok Ma di KT.
Semoga kita semua diberi kesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan. Amin

Wednesday, May 20, 2020

Hikmah PKP

Alhamdulillah di dalam keperitan pasti ada sesuatu kebaikan yang dapat diungkapkan. Ramadhan ini luar biasa kerana WFH menjadikan kita banyak masa yang mampu di uruskan sendiri tanpa beban logistik atau komitmen lain.
Kalau tahun-tahun sebelum ya juz amma akan dibaca pada petang Ramadhan terakhir. Biasanya selepas asar baru bermula amma ya ta saaalun. Namun tahun ini pada malam ke 28 sudah mula membacanya. Masya Allah begitu besar hikmah yang tuhan berikan kepada hambaNya yang hanya mampu bersyukur. 

Wednesday, May 06, 2020

Sahur tadi layan drama lama Mentalist Simon Baker sementara panaskan lauk. Di penghujung episod ada satu lagu dimainkan. Terus membuat aku semacam flashback zaman kecil tapi aku tak pasti bila. Selepas melakukan sedikit research di Google dan YouTube aku menemui lagu terbabit. 

Something's Gotten Hold of My Heart

Ironinya adalah tajuknya mengenai sesuatu yang menyentuh kalbu. 
Aku dapat merasakan lagu lama ini mempunyai beberapa versi namun ini versi yang menyambung dengan memori ketika kecil. Aku keliru mengapa ia membawa satu perasan yang unik. Aku mengandaikan mungkin arwah bapa pernah memainkan lagu ini berulangkali. Aku mungkin pernah mendengarnya ketika remaja tetapi rasanya ketika aku sangat kecil kerana lagu 1967 ini jarang dimainkan selepas itu.
Memori yang terkait dengan lagu atau audio memang mudah untuk dirangsang atau menjelma kembali walaupun selepas sekian lama. Artikel yang ditulis ini menjelaskan perkara tersebut. 
Semoga ayah tenang di sana. Amin

Saturday, May 02, 2020

Time to move on, Moto


Setelah merajuk lama sejak Xiaomi masuk mainstream phone, aku ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Redmi Note 8 Pro bukan phone impian, tetapi ia mesra poket. Orang dah lama pakai phone 8Gb RAM, kau masih fikir panjang beranjak dari phone 3Gb RAM ke phone 6Gb RAM. Beli pun secara tidak sengaja kerana nak selesaikan masalah phone Kha yang rosak. Ibarat tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri. 
Great journey with Moto e4 Plus especially 5000mAH capacity, but a lot of smaller capacity battery offer better power management so time to move on. Those younger HA clan will benefit a lot from you during this MCO (Google Classroom, Zoom, Meet etc). 

Saturday, April 11, 2020

Kenangan Covid-19

Bersyukur ketika diberi nikmat masuk ke mall tanpa beratur. 

Kerana ada ketikanya ia sesuatu yang boleh dibayangkan. 

Saturday, January 04, 2020

Masihkah agenda OKU diberikan tumpuan selepas ini?


Menteri yang kurang bijak di regim lepas diganti dengan Menteri yang berilmu, berwawasan dan ikhlas. Namun perubahan tidak berlaku dengan badan eksekutif/legaslatif/politik sahaja tetapi perlukan sokongan massa. Jom move on dan sokong perubahan dunia pendidikan yang telah dimulakan oleh Dr Maszlee.

Friday, January 03, 2020

Nota Kuliah Subuh

Nota Kuliah Subuh: Jalankanlah tugas menyampaikan ajaran agama ini, beramal dan menjauhi pertengkaran yang sia-sia serta berharap amalan kita akan diterima Allah.

فَلِذَٰلِكَ فَٱدۡعُۖ وَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡۖ وَقُلۡ ءَامَنتُ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِن كِتَٰبٖۖ وَأُمِرۡتُ لِأَعۡدِلَ بَيۡنَكُمُۖ ٱللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمۡۖ لَنَآ أَعۡمَٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَٰلُكُمۡۖ لَا حُجَّةَ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمُۖ ٱللَّهُ يَجۡمَعُ بَيۡنَنَاۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ


Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

-Sura Ash-Shura, Ayat 15

Selamat tinggal Celcom

Setelah hampir 18 tahun dengan Celcom aku dengan berat hati beralih ke unifi mobile. Bukan untuk aku sahaja, tetapi nombor bonda juga telah ku switch ke OneXOX. 
Dua tiga bulan ini aku buat sedikit kajian tentang servis telefon postpaid dan prepaid. Beberapa tindakan yang dibuat:
1. Beralih kepada unifi mobile kerana promosi unlimited sebanyak RM59 sebulan (kontrak setahun) jauh lebih baik dari pelan Gold Celcom sekarang. Kelebihan Celcom adalah jarang kita jumpa tempat yang tiada coverage Celcom. Tetapi unifi mobile agak baik di kawasan rumah jadi kita cuba dulu.
2. Bonda hanya guna Celcom untuk voice. Tetapi bula guna smartphone kadangkala setting tertukar menyebabkan terguna 'pay per use' data yang sangat mahal. Aku cuba melanggan pakej bulanan RM28 sebulan untuk 1Gb untuk mengelakkan tragedi pay per use terjadi lagi tetapi ia agak mahal dan tidak berbaloi. Solusi jangka pendek adalah switch ke OneXoX yang punya rebranding package yang baik dan masih guna platfotm Celcom. Jadi ia adalah jaminan bonda tetap dapat kualiti panggilan dan coverage Celcom.
3. Bagi mengelakkan banyak aduan tentang pakej data yang tidak memberikan keselesaan bonda mengikuti ceramah ustaz kegemarannya, aku masukkan UMobile sebagai sim card kedua. Pakej Funz unlimited RM30 monthly menyebabkan tiada lagi rungutan.
Mengapa tidak tukar terus dari Celcom ke UMobile dan guna satu simcard?
Walaupun data UMobile bagus di rumah bonda, coverage di rumah bapa mertua di kampung agak teruk. Aku juga masih sceptical samada voice uMobile sebaik Celcom/XOX

Untuk Tha dan Kha aku switch dari Celcom ke XOX. Kelebihan XOX adalah selain coverage Celcom, XOX juga punya validiti sehingga 2 tahun dan jumlah data/minit suara boleh digunakan selagi ada berbaki. Pakej sebegini sesuai untuk anak di asrama yang hanya on handphone di hujung minggu atau ketika nak balik kampung. Pakej data harian RM3 juga baik selain pakej mingguan. 

Perancangan akan datang setelah nombor Kha/Tha juga telah berhijrah ke XOX adalah mencuba prepaid Unifi Mobile untuk melihat sejauh mana slogan 'never expiry' selain Bebas pass yang diberikan sekali untuk menikmati internet tanpa had walaupun tidak melanggan sebarang data.
Aku tidak sempat melanggan pelan Mobile Unifi unlimited RM59 untuk zaujati tetapi mungkin pelan lain yang lebih ekonomi. Selamat tinggal membayar RM180 untuk pakej 2 * Gold Celcom.