Something's Gotten Hold of My Heart
Ironinya adalah tajuknya mengenai sesuatu yang menyentuh kalbu.
Aku dapat merasakan lagu lama ini mempunyai beberapa versi namun ini versi yang menyambung dengan memori ketika kecil. Aku keliru mengapa ia membawa satu perasan yang unik. Aku mengandaikan mungkin arwah bapa pernah memainkan lagu ini berulangkali. Aku mungkin pernah mendengarnya ketika remaja tetapi rasanya ketika aku sangat kecil kerana lagu 1967 ini jarang dimainkan selepas itu.
Memori yang terkait dengan lagu atau audio memang mudah untuk dirangsang atau menjelma kembali walaupun selepas sekian lama. Artikel yang ditulis ini menjelaskan perkara tersebut.
Semoga ayah tenang di sana. Amin
No comments:
Post a Comment