Suasana di ruang legar dan kaunter Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah seperti biasa, sibuk tetapi tenang. Terdapat ramai ibu-ibu mengandung, ada yang berteman ada yang berseorangan. Ada yang membaca surat khabar dan ada juga yang menonton TV. Ada yang berbual-bual kecil tetapi lebih ramai yang melayan perasaan sendiri. Sekali-sekala suara kerani kaunter kedengaran memanggil ibu-ibu yang ingin berjumpa doktor pakar.
"Amacam, wife dan bersalin ke belum?" itulah pertanyaan yang sering ku terima setiap kali berjumpa atau berhubung dengan kenalan, sahabat dan keluarga.
"Normal practice for pregnant women in Malaysia for overdue is 10 days. Selepas itu kita akan induce". Kata-kata Dr. Fatimah di sini 5 hari lalu masih terngiang-ngiang dibenakku. Lamunanku setakat itu apabila zaujati bertanya tentang CTG test yang perlu dilaluinya. Menurut misi yang menjalankan ujian berkenaan, CTG test adalah sistem pemantauan yang dibuat terhadap kadar degupan jantung bayi dan kekerapan kontraksi. Ia menentukan samada bayi sihat ataupun tidak. Menurut Dr. Ariza yang bertugas hari ini, apabila bayi di dalam kandungan sihat, baru kami dibenarkan menunggu selama 5 hari lagi supaya zaujati dapat bersalin secara normal.
Lantaran itu, apabila Zaujati mengadu baby di dalam perut sudah tidak bergerak sejak petang, Dr. Ummu semacam panik. Kami apa lagi. Malam itu juga Recommendation Letter beralamat ke Dr. Fatimah dikeluarkan. Kami balik mengambil beg pakaian yang memang lama sudah dikemas bagi menunggu hari-hari sebegini. Cuma Zaujati kelihatan agak tidak stabil. Mencadangkan untuk balik rumah bukan pilihan yang baik kurasa ketika itu.
Di kaunter kemasukan kami bersua secara kebetulan, kerana Dr. Fatimah ada case pada malam itu. Selepas meneliti surat berkenaan, dia menyuruh zaujati masuk wad atas dua consideration:
1. Anak pertama
2. Overdue
Dr. tak mahu ambil risiko. Kami ditempatkan disebuah bilik bertiga di wad bersalin. Misi masuk dan memberi sepersalinan baju untuk Zaujati. Selepas meminta izin masuk ke bilik air di hujung bilik, Zaujati meninggalkan aku terkonteng-konteng mengemas dan mengeluarkan barang-barang dari begnya.
No comments:
Post a Comment