Sunday, December 05, 2004

Bila mengaji dilabel pengganas

Situasi umat Islam kini begitu parah. Tak perlu untuk diulas apa yang berlaku di merata ceruk dunia sekarang. Semuanya ada di dada-dada akhbar. Begitu juga tentang propaganda yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Contoh terbaik adalah seperti berikut:
http://abc.net.au/4corners/special_eds/082004/default_2.htm

Namun apa yang menarik hati saya adalah: Bagaimana mudahnya masyarakat Islam itu sendiri terpengaruh dengan dakyah-dakyah tidak masuk akal ini. Saya andaikan propaganda musuh-musuh Islam ini sebagai berjaya. Betapa tidak, sering kali berlaku:" Apabila ada rakan-rakan yang mahu pergi belajar mengaji, ataupun kem ibadah di hutan, mahupun yang mahu pergi usrah, mereka dipandang serong. Ada yang begitu cepat kepada kesimpulan begini " Eh engkau ni join pengganas ke?". Orang yang mahu mengajak ke arah kebaikan dipandang sepi sedangkan yang mengajak ke arah kemaksiatan dipandang hebat, cool, bergaya dan sebagainya.

Sekiranya kita tanya kepada diri kita sendiri, mengapa banyak kemungkaran, banyak sumbang mahram, banyak rogol, banyak murtad dan banyak lagi banyak, kita akan melihat mengapa tidak ada penyelesaiannya? Sekiranya kita hendak melihat dari aspek penguatkuasaan yang lebih keras dan drastik, saya tidak mahu mengulas tentang isu ini kerana rasanya kerajaan yang kita lantik nampak belum sedia. Sekiranya kita hendak melihat dari aspek yang lebih bersifat progressif, kita akan kembali kepada aspek betapa penerangan dan pendidikan perlu diberikan kepada masyarakat kita. Akhirnya kita akan tertanya-tanya, siapa lagi yang boleh membawa masyarakat ke arah kebaikan kalau bukan para pendakwah. Hari ini, di saat ini, di mana pendakwah kita? Bukan menafikan penting berdakwah kepada non-muslim, tetapi dakwah itu sepatutnya disampaikan juga kepada seluruh umat Islam. Timbul persoalan adakah dakwah itu hanya milik pendakwah berdaftar, pendakwah bebas, pendakwah tidak bebas dan para ustaz. Sudah tentu tidak kerana dakwah itu kewajiban setiap orang. Maka tepuklah dada, tanyalah diri sendiri...

No comments: