Sunday, April 23, 2006

Hari Lahir dan Kematian

Hari Lahirku dan Hari Kematian Tun

Semalam genap 3 dekad aku diberi peluang hidup di bumi yang indah ini. Ish-ish, sudah tua rupanya aku. Fizikal sudah tua, namun yang lebih penting, sudah cukup tuakah aku untuk benar-benar memahami erti hidup? Menyambut hari kelahiran bukanlah sesuatu yang menarik dalam hidup manusia dewasa. Ia lebih kepada peringatan bahawa umur sudah semakin meningkat. Itu yang kurasakan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi pada angka keramat 30 ini.
Mungkin aku tidak risaukan sangat kedutan di muka seperti Siti Nurhaliza yang berkomplot dengan Olay memcari gimmick murahan. Aku juga tidak bercadang menggunakan tong oksigen seperti yang dibuat oleh Michael Jackson ketika dia masih kaya raya. Aku lebih risau tentang tahap kesihatanku yang tidak sebaik dulu.

Sejak seminggu lepas aku terpaksa kurangkan makan atau menelan sahaja makanan yang lembut. Pertumbuhan gigi bongsu yang menyakitkan itu sedikit sebanyak menarik nikmat makan yang selama ini tidak disyukuri. Hamba yang lemah ini sudah mula mengaduh diberi ujian kecil. Kalau dugaan besar bagaimana lah agaknya. Dahulu aku tak pernah ada masalah penghadaman, sekarang aku mesti pastikan serat ada di dalam dietku. Ia petanda sistem dalaman sudah tidak secekap dulu. Seiring dengan masa juga, aku lebih kerap demam berbanding ketika awal 20an dahulu.

Namun itu bukan tandanya kita sudah boleh mula memperlahankan rentak kerja. Kerana ketika inilah kudrat kita semakin kuat diperah, langkah kita dipercepatkan dan ketahanan kita semakin perlu diperbaiki. Orang putih kata Life begin at 40, dan Rasulullah sendiri diberi wazifah ketika berumur 40an. 40 tahun bukan usia untuk pencen bekerja dan bersenang-lenang, dan kerja-kerja amal ini tidak boleh berhenti ketika umur mencecah 55. Tidak ada istilah pencen bagi rasulullah dan orang yang mengikut jalannya.

Menyaksikan upacara penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba sepatutnya memberikan keinsafan kepada kita semua. Selalu-selalulah menjenguk orang sakit dan membantu menyempurnakan jenazahnya bila dia meninggal dunia. Insya Allah ia akan menjadi tazkirah terbaik dalam mengingati mati.

Terima kasih atas sms para sahabat yang mendoakan diri ini. Sekurang-kurangnya kek lapis zaujati lembut dan boleh ditelan selepas sekian lama dikemam. Risau-risaupun perut tetap minta diisi.

Risaukan juga bekalan nak ke akhirat. Cukup ke nak dibawa bertemu Allah?

Cukai

Orang tengah sibuk-sibuk nak siapkan borang income tax, TV3 boleh pula tayangkan cerita Lagaan yang meraih banyak anugerah tu. Cerita zaman 1890an di India, tentang penduduk tempatan melawan penjajah Inggeris dalam perlawanan kriket. Semata-mata kerana cukai. Itulah tajuk ceritanya dalam bahasa Melayu. Agak-agak, boleh tak kerajaan turunkan harga minyak kalau MyTeam kalahkan Malaysia hujung bulan depan?

Monday, April 17, 2006

Perihal Jambatan Bengkok

Maka apabila PM mengumumkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan jambatan, seperti biasa ramailah tikus mondok bertukar menjadi kakak tua. Hanya beberapa individu seperti YB JB dan Ketua Pembangkang serta sebahagian kecil yang membuat bantahan seingat saya sejak ia mula dicadangkan.

Banyak faktor, antaranya dengan jambatan yang sedia ada, maruah, ruang angkasa dan pasir. Namun satu perkara, Singapura sudah lama sampai pengaruhnya di Johor. Jika tidak mengapa rumah Leman Bancau pasar malam di Rengit begitu tinggi arial TVnya?

Ada kata orang lain ambil political milage dengan menyatakan sokongan, dia mungkin tidak menggunakan cermin untuk menilai diri sendiri yang 2x5. Penyokong atau pembangkang, tiada bezanya.

Sok sek mengatakan syarikat kontraktor yang berkenaan akan dibayar pampasan sebanyak RM100juta. Betul ke? Wow, kalau begitu memang Malaysia negara mudah cari makan (bagi setengah-setengah kita).

Sunday, April 16, 2006

Tuhan Membantu Kemenangan Reds?

God Rises To Gift Reds Win
And appropriately so on Easter Sunday. Robbie "God" Fowler scored his fourth goal in only five games as Liverpool ground out a 1-0 win over Blackburn to move within three points of ManYoo and seriously damage Rovers' CL hopes. So should Rafa keep God?



Bersesuaian dengan Hari Easter Ahad ini, Robbie "Tuhan" Fowler menjaringkan gol keempat di dalam hanya lima perlawanan untuk Liverpool membenam Blackburn 1-0 dan merapatkan jurang tiga mata dengan ManYoo dan kemungkinan besar menghancurkan harapan Blackburn Rovers' untuk ke Champion League. Maka patutkah Rafa (pengurus) mengekalkan Tuhan?


AT: Pelik dan teruk orang putih ni. Dia punya playerpun boleh digelar nickname God. Memang dia pemain paling berkarisma dan punya ramai peminat dalam sejarah Liverpool. Tapi kenapa sampai gelar dia God? Boleh jatuh syirik kalau peminat Liverpool Malaysia terikut-ikut. Nauzubillahu min zalik.

Friday, April 14, 2006

Inilah Akhlak Idol Kita

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Tolong Daku Bukakanlah Paku Itu

Bukakanlah paku itu
Entah siapa yang campak (2-3 motor kena tempat yang sama)
Jangan biar tersadai
Lemas motorku disini

Lama berjalan
Menolak motor
Janganlah dikau (pemotor lain)
Terus saja berjalan
Berhentilah tanya

Tolong daku
Bukakanlah paku itu
Tiada angin
Tiada jalannya yang tak berpaku

Tolong daku
Ketukkan kepala mu (pembuang paku)
Biarkan daku puas hati

Bukalah paku
tolonglah tukarkan tiub motor
(tolonglah.....)

Panas peluh yang ku rasa
Sesak nafas menolak motor (sejauh 5km)
Tiada siapa nak tolong repair tiub
Kaki naik melecet

Bukakan paku, itulah yang ku mahu
Apek kedai motor tersenyum
Tensionnya aku

p/s takpe buat ler macam ni, doa masa dua khutbah Jumaat ni mustajab

Lagu asal Bukakan Pintu Amy Mastura. (Tiru style Suara Keadilan yang memang suka mengubah lirik lagu)

Wednesday, April 12, 2006

Pengertian Islam yang kabur

Membaca posting sayapkiri, saya juga teringin mengulas sedikit bab bertudung. Ia adalah pegangan umum umat Islam biasa. Refer surah An-Nur 31 dan lain-lain.
Ini perintah yang difahami hampir 9 dari 10 wanita Islam di negara ini.

Gambar Perhiasan

Ini pula yang dipelopori oleh Islam luarbiasa'. Ia bersifat fesyen dan pelbagai.

Ternyata dan jelas bahawa ada di kalangan kita yang masih keliru dengan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh.

Gambar yang menarik untuk renungan bersama.

Tuesday, April 11, 2006

Di sini Di Sana

Minyak Lagi
Menurut statistik M&E yang berpengkalan di Sepanyol, Petronas mencatatkan skor antara terendah di dalam dua faktor berikut; iaitu pertama kegagalan menyediakan kod etika pekerja di alam menghadapi rasuah dan konflik kepentingan. Kedua di dalam aspek ketelusan perjalanan syarikat. Di kalangan 16 syarikat minyak seluruh dunia, Petronas dengan bangganya telah mencatat kedudukan pertama! (tapi dari belakang ler)

Majalah kontroversi Playboy Indonesia telah memulakan edidi sulungnya bulan ini. Model terkenal Malaysia Amber Chia menghiasi muka utama. Walaupun tidak sepenuhnya pornografi, ia bukan alasan untuk terus mengizinkan majalah berkenaan terus berada di sana dan di sini (cubaan untuk menyeludup berjaya dipatahkan). Dengan populasi Islam Indonesia dicatatkan antara terbesar di dunia, Playboy Indonesia dianggap propaganda yang bergerak secara halus di dalam merosakkan pemikiran masyarakat dan para belia.

Win-Win for MAS and AirAsia?
Dengan pengambilalihan 96 route MAS, Air Asia dilihat terus berkembang, apatah lagi bila PM juga menyuarakan supaya keduanya bekerjasama. Umpama Microsoft diarahkan untuk mengiktiraf Linux dan OpenSource Community. Kedudukan MAS terus merudum apabila mula melupus aset-aset yang membebankan kos operasi. 6,500 bekas kakitangan MAS pula mula mendapat majikan baru. Walaupun ia berkaitan aviation, sudah tentu ia bukan melibatkan DCA mahupun UNIKL-MIAT.

RMK9
Kecelaruan PM sekarang adalah memastikan RMK9 berjalan mengikut yang dirancang dan perbelanjaan(, walaupun tidak dapat ditelusi orang ramai) diuruskan sebaiknya. Namun sejauh mana perkataan sebaiknya itu masih abstrak dan berbeza mengikut pemahaman Menteri terbabit, pegawai kerajaan yang suka-suka disuruh berhenti oleh Siva (kalau nak makan gaji buta), ahli parlimen Ketereh yang nampak macam hero, kontraktor-kontraktor anak emas dan Abg Leman Beras kat Felda Aping Barat.
Kalau GLC sudah mengamalkan KPI yang sudah bersifat international, tidak bolehkah kita minta para menteri dan pegawai kerajaan yang pakai mata belalang dinilai dengan kaedah yang sama? Jika strategic role mereka diketahui, barulah mudah PM hendak menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang goyang kaki.
Kewangan biasa diaudit, namun adakah pernah kita mengaudit manifesto pilihanraya? Jika ya, OK. Jika tidak, relakah kita ditipu dan terus ditipu?

Perkembangan mutakhir Parlimen dewasa ini sering dipaparkan di TV3. Debat ahli Parlimen BN (dan sedikit pembangkang) dengan para menteri. Pelbagai isu; Naib Canselor, DEB, Undang-undang Keluarga Islam dsb. Kalau selalu ikuti visualnya, nampak seolah-olah para pembangkang sit back, relax and enjoy. YB-YB BN yang berhempas pulas menjadi watak antagonis yang mengimbangi nisbah BN-pembangkang yang besar. Ketereh, Muor mahupun Kinabatangan membelasah Menteri dan Timbalannya. Timbul persoalan nakal: Adakah ini usaha promosikan YB-YB BN, supaya nampak kita tidak perlukan pembangkang lagi dalam Parlimen?

Dato' Johan Jaafar
Kawan saya peminat setia TG (bukan Traffic Generator) Nik Aziz. Kalau tuduhan bahawa beliau sebagai pengerusi lebih memihak kepada penyokong kerajaan dalam Debat Perdana dianggap tidak berasas, apakah lagi yang lebih berasas dari itu? Terlihat jelas Johan tidak berupaya menjadi pengerusi yang adil. Setiap kali dia bercakap, terasa memualkan. Kelakuannya menyebabkan penyokong kerajaanpun rasa tidak selesa. Usahlah anggap penonton bodoh.