Tuesday, April 11, 2006

Di sini Di Sana

Minyak Lagi
Menurut statistik M&E yang berpengkalan di Sepanyol, Petronas mencatatkan skor antara terendah di dalam dua faktor berikut; iaitu pertama kegagalan menyediakan kod etika pekerja di alam menghadapi rasuah dan konflik kepentingan. Kedua di dalam aspek ketelusan perjalanan syarikat. Di kalangan 16 syarikat minyak seluruh dunia, Petronas dengan bangganya telah mencatat kedudukan pertama! (tapi dari belakang ler)

Majalah kontroversi Playboy Indonesia telah memulakan edidi sulungnya bulan ini. Model terkenal Malaysia Amber Chia menghiasi muka utama. Walaupun tidak sepenuhnya pornografi, ia bukan alasan untuk terus mengizinkan majalah berkenaan terus berada di sana dan di sini (cubaan untuk menyeludup berjaya dipatahkan). Dengan populasi Islam Indonesia dicatatkan antara terbesar di dunia, Playboy Indonesia dianggap propaganda yang bergerak secara halus di dalam merosakkan pemikiran masyarakat dan para belia.

Win-Win for MAS and AirAsia?
Dengan pengambilalihan 96 route MAS, Air Asia dilihat terus berkembang, apatah lagi bila PM juga menyuarakan supaya keduanya bekerjasama. Umpama Microsoft diarahkan untuk mengiktiraf Linux dan OpenSource Community. Kedudukan MAS terus merudum apabila mula melupus aset-aset yang membebankan kos operasi. 6,500 bekas kakitangan MAS pula mula mendapat majikan baru. Walaupun ia berkaitan aviation, sudah tentu ia bukan melibatkan DCA mahupun UNIKL-MIAT.

RMK9
Kecelaruan PM sekarang adalah memastikan RMK9 berjalan mengikut yang dirancang dan perbelanjaan(, walaupun tidak dapat ditelusi orang ramai) diuruskan sebaiknya. Namun sejauh mana perkataan sebaiknya itu masih abstrak dan berbeza mengikut pemahaman Menteri terbabit, pegawai kerajaan yang suka-suka disuruh berhenti oleh Siva (kalau nak makan gaji buta), ahli parlimen Ketereh yang nampak macam hero, kontraktor-kontraktor anak emas dan Abg Leman Beras kat Felda Aping Barat.
Kalau GLC sudah mengamalkan KPI yang sudah bersifat international, tidak bolehkah kita minta para menteri dan pegawai kerajaan yang pakai mata belalang dinilai dengan kaedah yang sama? Jika strategic role mereka diketahui, barulah mudah PM hendak menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang goyang kaki.
Kewangan biasa diaudit, namun adakah pernah kita mengaudit manifesto pilihanraya? Jika ya, OK. Jika tidak, relakah kita ditipu dan terus ditipu?

Perkembangan mutakhir Parlimen dewasa ini sering dipaparkan di TV3. Debat ahli Parlimen BN (dan sedikit pembangkang) dengan para menteri. Pelbagai isu; Naib Canselor, DEB, Undang-undang Keluarga Islam dsb. Kalau selalu ikuti visualnya, nampak seolah-olah para pembangkang sit back, relax and enjoy. YB-YB BN yang berhempas pulas menjadi watak antagonis yang mengimbangi nisbah BN-pembangkang yang besar. Ketereh, Muor mahupun Kinabatangan membelasah Menteri dan Timbalannya. Timbul persoalan nakal: Adakah ini usaha promosikan YB-YB BN, supaya nampak kita tidak perlukan pembangkang lagi dalam Parlimen?

Dato' Johan Jaafar
Kawan saya peminat setia TG (bukan Traffic Generator) Nik Aziz. Kalau tuduhan bahawa beliau sebagai pengerusi lebih memihak kepada penyokong kerajaan dalam Debat Perdana dianggap tidak berasas, apakah lagi yang lebih berasas dari itu? Terlihat jelas Johan tidak berupaya menjadi pengerusi yang adil. Setiap kali dia bercakap, terasa memualkan. Kelakuannya menyebabkan penyokong kerajaanpun rasa tidak selesa. Usahlah anggap penonton bodoh.

No comments: