Thursday, June 29, 2006

Makan tangan kiri

Dari blogger 'Asim: Kita biasa melihat saudara, kawan, hatta orang cerdik pandai minum dengan tangan kiri, ataupun menghirup kuah tomyam ke, sup ekor ke dengan tangan kiri.

Sesungguhnya amalan makan dan minum dgn tangan kiri itu amalan syaitan..mari jauhinya..

Dari Jabir ra katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kamu semua makan dengan tangan kiri, sebab sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri." (riwayat muslim) hadis 1631-riyadusSolihin,jld 2,bab 293

dari Ibn Umar ra bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu semua makan dengan tangan kirinya dan janganlah sekali-kali pula minum dengannya, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum pun dengan tangan kirinya."
(riwayat muslim)hadis 1632-riyadusSolihin,jld 2,bab 293

Kawan: Aku guna tangan kiri makan mee sup, tapi guna sudu, tak pe kan?
AT: ?????!

Thursday, June 22, 2006

Propaganda dalam Piala Dunia

Piala Dunia, jika dilihat dari perspektif yang lain, merupakan medan terbaik menyebar dakyah Kristian. Buktinya mudah. Setiap kali pemain yang menjadi idola membuat tanda salib, samada ketika menjaringkan gol mahupun ketika tamat separuh masa, pasti akan disorot lensa kamera secara gerak perlahan (slow motion). Bukan sahaja pemain, tetapi juga pengadil. Memang kebiasaannya bila pengadil meniup wisel penamat, kamera akan tertumpu kepadanya.
Apabila England bertemu Argentina di Piala Dunia 1986 (ke 1990?), peminat bolasepak Argentina menjadikan ia sebagai medan balas dendam lantaran Perang Falkland pada 1982. Begitu juga ketika Iran menewaskan USA ketika Piala Dunia 1998. Ia dilihat sebagai kemenangan perang oleh rakyatnya. Ketika Piala Dunia ini, sesuatu yang hodoh telah berlaku. Ketika meraikan kemenangan, salah seorang pemain Ghana telah mengibarkan bendera sebuah negara yang sudah tentu bukan bendera negaranya dan bukan juga negara yang memasuki pusingan akhir Piala Dunia ini. Israel. Ia berlaku ketika Ghana menentang Republik Czech. Ketika perlawanan menentang USA, seorang pemain Ghana juga, menunjukkan baju yang memaparkan Jesus versi Afrika. Ironinya, penjaring gol pertama perlawanan, Haminu Draman (Draman macam nama orang Terengganu) melakukan sujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Begitu juga Razak Pimpong dan beberapa pemain lain. Ia petanda yang bagus, memandangkan sebahagian besar penduduk negara itu beragama Kristian.

Tuesday, June 20, 2006

Posting dari Karachi II

Perbezaan masa, hmm 3 jam ngam ngam lebih lambat. Contohnya kalau di Malaysia pukul 7
petang, di Pakistan sekitar 4 petang. Maknanya siaran bolasepak Piala Dunia paling lambat sekitar 12 tengahmalam. Balik office terus tengok bola. Orang Pakistan yang berkemampuan boleh memiliki TV dengan pinggan sendiri. Dengan kata lain TV satelit. Hampir 90 saluran.

Namun suasana di kedai-kedai pada waktu malam adalah sangat tenang. Oleh kerana di rumah sudah ada TV yang menyiarkan siaran secara langsung, sangat jarang orang berkumpul di luar seperti di Malaysia. Atau mungkin juga orang Pakistan tidak kisah sangat kerana sukan nombor satu adalah kriket. Ada juga teman yang tersasul masa. Pukul 9 pagi Malaysia dah gelabah nak pergi customer site office. Sedangkan waktu tempatan baru jam 6 pagi. Biasalah.

Subuhnya sekitar 4 pagi, maknanya lewat satu jam dari Subuh di Malaysia. Oleh kerana
subuhnya awal, matahari keluar jam 5 pagi. Dari jam 5 pagi hingga 8 pagi, masa yang panjang untuk keluar rumah menuju tempat kerja. Sistem pengangkutan awam banyak walaupun tidak sanggup kunaiki. Oleh itu pergerakan orang di sini agak perlahan berbanding Jepun atau mungkin Malaysia. Satu lagi yang menarik ialah ia hanya dua jam perjalanan ke Jeddah. Mungkin lain kali sempat beli tiket ke sana untuk buat umrah.

Selalunya keadaan di bandar Karachi adalah tenang dan aman walaupun tidak digalakkan
berjalan malam. Cuma kebetulan sekarang ini berlaku sedikit kekacauan apabila anak buah ketua samseng mengamuk dengan menghujani peluru di Korangi, gara-gara kematian ketua mereka di penjara. Kawasan rakyat miskin seperti Saddar juga tidak selamat untuk berjalan berlenggang-lengguk kerana penjenayah boleh merompak hanya untuk mendapatkan handphone.


Pemandangan dari bilik hotel
Beberapa tempat shopping high class adalah Forum dan Cliffton. Beberapa tempat harga patut adalah CSD dan Zaynab, selain bazar-bazar di Saddar. Tak shopping sangat, temankan rakan-rakan.


The Forum

Hanya tiga barang yang betul-betul murah. Karpet, pakaian kapas dan jaket kulit. Selain itu ia setanding dengan harga di Malaysia dan kadang-kala lebih mahal. Satu lagi kalau sampai sini cuba cari mangga Karachi. Murah RM1.20 sekilogram dan manis, mungkin kerana cuaca panasnya yang konsisten. Walaupun panas, Karachi sangat kuat berangin.

Kami pernah menjamu selera di Niihari, Boat Basin, selatan Karachi yang dekat dengan tepian pantai. Sekitar Rs1000 (RM64), enam orang yang kuat makan akan surrender dengan mudah. Kebab (kebabnya berbentuk kuih gulung dan plain kebabnya diikat dengan benang), nan dan tandorinya bukanlah asing, namun cuba gulai kambingnya, pasti tertawan. Kalau seminggu duduk sini memang confirm naik lagi sekilo dua.


Kuah kambing yang umph!


Percaya tak roti ni 24sen?


Pelikkan kebab dia?

Tempat kerja sekitar 10 kilometer sahaja dari hotel, oleh itu kami menggunakan teksi roda tiga atau istilahnya tut-tut sahaja kerana malas membayar pemandu teksi yang cekik darah, kadangkala mencecah Rs200 atau kira-kira RM12. Lagi pandai dia berbahasa Inggeris lebih tinggi demandnya. Naik tut-tut pula sekitar 50-70 Rupee sahaja, iaitu kira-kira RM3-4.

Thursday, June 15, 2006

Posting dari Karachi

Ini kali pertama aku ke luar negeri (kecuali kalau pergi Singapura boleh dianggap 'oversea'). Urusan kerja. Alhamdulillah Pakistan tidaklah terlalu asing dari aspek makanan, agama dan bahasanya. Bukan kerana aku boleh berbahasa Hindustan. Berada di sini dan mendengar penduduk tempatan, seolah-olah menyaksikan filem Hindi yang tak habis-habis.

Perjalanan ambil masa 5 jam. Walaupun pergi berempat tetapi dah habis topik berborak. Quran dan Koran. Tidur dan makan. Bosan sungguh dalam kapal terbang. Kalau dia sediakan satu padang bola main futsal mungkin OK juga.

Airportnya buat kita sedar mengapa rakyat kita bangga dengan KLIA walaupun harga minyak melambung. Jalannya memang kurang baik, seumpama Malaysia 70 atau 80an. Orang di sini kalau nak bawa kereta kena pastikan hon boleh berbunyi. Lagi kuat lagi bagus. Ini kerana laluan di tengah kota umpama jalan pasar malam. Orang bersimpang siur melintas. Bas-basnya berhias warna-warni tetapi secara teknikalnya takkan dilepaskan oleh JPJ untuk beroperasi.

Ramai yang naik motor dan mungkin secara kebetulan, kebanyakan penunggang yang kami temui samada memakai full face helmet (serius, bukan yang guna wiser tu) atau tidak guna helmet langsung. Aku berseluruh dengan mengatakan mungkin undang-undang di sini, sekiranya tak pakai helmet tidak mengapa, tetapi jika mahu pakai juga, sila pastikan ia helmet full face. heheh

Rakan-rakan ingatkan masalah keracunan atau cirit-birit kerana perut yang manja tak pernah jumpa bakteria (terima kasih Diamond Water Purifier) mungkin meragam gara-gara membiasakan diri dengan air di sini. Namun AlhamduliLlah aku OK.
Duitnya dalam rupee Pakistan. 1 rupee bersamaan kira-kira 60sen. Agak murah tetapi tidaklah murah sangat barang-barangnya. Orang di sini tidaklah semesra dan seperamah masyarakat kita dengan pelancong. Namun mereka komited untuk membantu sekiranya ditanya.
OK sambung lagi nanti...

Monday, June 05, 2006

Bala Diundang Sengaja

Kita ni memang suka memperlekeh dan menipu secara terang-terangan
memperbodohkan ulama dan pecinta Islam nuktoh (takde tambah-tambah di belakangnya)
ingat tak?
pernah seketika dahulu
setelah satu konsert ini difatwakan merosak,
kita cool down dulu, tangguhkan karnival2 lain
kita ketengahkan nasyid-nasyid semuanya
biar para ulama tahu konsert kita takde unsur-unsur maksiat
lelaki perempuan bercampur bergesel dan berpeluk - itu bukan maksiat kerana Raihan yang nyanyi
banyak kondom dijumpai di sekitar tapak karnival yang berdekatan belukar - itu bukan kemungkaran kerana Hijjaz yang buat persembahan

kemudian kita buat di Terengganu dengan penuh ciri-ciri keIslaman. kitalah juara melaung

slogan yang kita sendiri tidak pernah hayati

kemudian namakan dengan nama lain supaya nampak ia tiada kaitan dengan karnival
walaupun konsert dibuat di tapak yang sama
bila dah senyap
kita buat balik
tanpa selindung-selindung lagi

macam kita tipu cikgu dengan perangai malaikat di dalam kelas
di luar pagar sekolah kita pancitkan tayar kereta dia

apalah ertinya hidup sebagai seorang Islam
kalau perintah dan larangan tiada bezanya

tertawa sorang-sorang tengok sandiwara manusia


tidak cukup dengan itu
masih berkaitan konsert dalam
kita import pula segala macam keburukan dari luar ke dalam
ketika warga Yogja dan sekitarnya berduka saudara-mara mereka gegak gempita menyambut idola mereka di Stadium Negara




Gambar dari NST

kitapun sama sahaja
seolah-olah bekalan untuk mati sudah cukup
barangkali sudah siap kita untuk mengundang bala lantaran kemurkaanNya
mungkin kita sudah bersedia menunggu balasan Tuhan


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"
Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
7:164

Misteri Gula

Saya: Makcik nasi lemak singgit satu ye?
Makcik: Boleh
Saya: Err, tak de telur ke cik. Ni ada ikan bilis, sambal dengan timun aje.
Makcik: Harga minyak naik nak
Saya: ??? (Besarnya effect harga minyak naik, sampai makcik nasi lemak keluarkan telur dari menu asal, sekaligus tidak menjaga originality nasi lemak)
Makcik: :-) (Eleh nak telur pergilah beli nasi lemak 2 hinggit)

Memang dalam diam kita tidak boleh nafikan lagi bahawa kemelesetan ekonomi akan datang tak lama sahaja lagi. Bahkan sudahpun kita dapat rasakan. Bagi yang tidak kisah dengan kenaikan harga minyak kenderaan ataupun kenaikan harga kereta selepas turun 'sedikit', pasti akan terasa tergugat dengan kenaikan tariff elektrik yang baru. Walaupun ia akan hanya memberikan kesan terhadap pengguna RM43 ke atas, TNB sudah tidak ehsan terhadap tunggakan. Dulu boleh tunggu RM300 baru selesaikan bil, sekarang terus sahaja dapat surat merah kalau tertunggak.

TM juga, dan agak keji, apabila kenaikan bil bulanan dari RM21 ke RM29 tidak diwar-warkan secara besar-besaran. Yang marah macam mak cik jiran di kampung, terus beli handphone nak guna Maxis, nak AFUNDI Salima. Apa sahaja yang boleh naik, dinaikkan.

Apa cerita dengan misteri kekurangan gula? Tokeynya (kalau sebut cepat-cepat boleh bertukar menjadi Robocop) orang paling kaya di Malaysia. Kilangnya tiap-tiap hari buka dan beroperasi. Tebu tiap-tiap hari diproses. Kenapa pula boleh tidak cukup. Dari Kedah sampailah ke ibu kota dah dengar orang merungut tak ada gula.

Saya dan family memang kurang makan gula. Satu kilogram belum tentu habis satu bulan. Mengapa nak bising-bising? Namun saya juga pasti tergolong di kalangan orang-orang yang memaki bila membeli minuman di kedai 786. Seperti nasi lemak tadi, kenaikan harga gula boleh menyebabkan harga barang-barang makanan juga naik.


Mana stok gula? Sampai di Lembah Kelang sudah bercatu penjualannya? Mungkinkah depa pakat sorok gula supaya berlaku kenaikan harga.

Nampak gaya lepas ini darah kita yang naik dan menyampah.