Ini kali pertama aku ke luar negeri (kecuali kalau pergi Singapura boleh dianggap 'oversea'). Urusan kerja. Alhamdulillah Pakistan tidaklah terlalu asing dari aspek makanan, agama dan bahasanya. Bukan kerana aku boleh berbahasa Hindustan. Berada di sini dan mendengar penduduk tempatan, seolah-olah menyaksikan filem Hindi yang tak habis-habis.
Perjalanan ambil masa 5 jam. Walaupun pergi berempat tetapi dah habis topik berborak. Quran dan Koran. Tidur dan makan. Bosan sungguh dalam kapal terbang. Kalau dia sediakan satu padang bola main futsal mungkin OK juga.
Airportnya buat kita sedar mengapa rakyat kita bangga dengan KLIA walaupun harga minyak melambung. Jalannya memang kurang baik, seumpama Malaysia 70 atau 80an. Orang di sini kalau nak bawa kereta kena pastikan hon boleh berbunyi. Lagi kuat lagi bagus. Ini kerana laluan di tengah kota umpama jalan pasar malam. Orang bersimpang siur melintas. Bas-basnya berhias warna-warni tetapi secara teknikalnya takkan dilepaskan oleh JPJ untuk beroperasi.
Ramai yang naik motor dan mungkin secara kebetulan, kebanyakan penunggang yang kami temui samada memakai full face helmet (serius, bukan yang guna wiser tu) atau tidak guna helmet langsung. Aku berseluruh dengan mengatakan mungkin undang-undang di sini, sekiranya tak pakai helmet tidak mengapa, tetapi jika mahu pakai juga, sila pastikan ia helmet full face. heheh
Rakan-rakan ingatkan masalah keracunan atau cirit-birit kerana perut yang manja tak pernah jumpa bakteria (terima kasih Diamond Water Purifier) mungkin meragam gara-gara membiasakan diri dengan air di sini. Namun AlhamduliLlah aku OK.
Duitnya dalam rupee Pakistan. 1 rupee bersamaan kira-kira 60sen. Agak murah tetapi tidaklah murah sangat barang-barangnya. Orang di sini tidaklah semesra dan seperamah masyarakat kita dengan pelancong. Namun mereka komited untuk membantu sekiranya ditanya.
OK sambung lagi nanti...
No comments:
Post a Comment