Monday, June 05, 2006

Misteri Gula

Saya: Makcik nasi lemak singgit satu ye?
Makcik: Boleh
Saya: Err, tak de telur ke cik. Ni ada ikan bilis, sambal dengan timun aje.
Makcik: Harga minyak naik nak
Saya: ??? (Besarnya effect harga minyak naik, sampai makcik nasi lemak keluarkan telur dari menu asal, sekaligus tidak menjaga originality nasi lemak)
Makcik: :-) (Eleh nak telur pergilah beli nasi lemak 2 hinggit)

Memang dalam diam kita tidak boleh nafikan lagi bahawa kemelesetan ekonomi akan datang tak lama sahaja lagi. Bahkan sudahpun kita dapat rasakan. Bagi yang tidak kisah dengan kenaikan harga minyak kenderaan ataupun kenaikan harga kereta selepas turun 'sedikit', pasti akan terasa tergugat dengan kenaikan tariff elektrik yang baru. Walaupun ia akan hanya memberikan kesan terhadap pengguna RM43 ke atas, TNB sudah tidak ehsan terhadap tunggakan. Dulu boleh tunggu RM300 baru selesaikan bil, sekarang terus sahaja dapat surat merah kalau tertunggak.

TM juga, dan agak keji, apabila kenaikan bil bulanan dari RM21 ke RM29 tidak diwar-warkan secara besar-besaran. Yang marah macam mak cik jiran di kampung, terus beli handphone nak guna Maxis, nak AFUNDI Salima. Apa sahaja yang boleh naik, dinaikkan.

Apa cerita dengan misteri kekurangan gula? Tokeynya (kalau sebut cepat-cepat boleh bertukar menjadi Robocop) orang paling kaya di Malaysia. Kilangnya tiap-tiap hari buka dan beroperasi. Tebu tiap-tiap hari diproses. Kenapa pula boleh tidak cukup. Dari Kedah sampailah ke ibu kota dah dengar orang merungut tak ada gula.

Saya dan family memang kurang makan gula. Satu kilogram belum tentu habis satu bulan. Mengapa nak bising-bising? Namun saya juga pasti tergolong di kalangan orang-orang yang memaki bila membeli minuman di kedai 786. Seperti nasi lemak tadi, kenaikan harga gula boleh menyebabkan harga barang-barang makanan juga naik.


Mana stok gula? Sampai di Lembah Kelang sudah bercatu penjualannya? Mungkinkah depa pakat sorok gula supaya berlaku kenaikan harga.

Nampak gaya lepas ini darah kita yang naik dan menyampah.

No comments: