Saturday, October 21, 2006

Ramadhan bakal pergi, Syawal kan tiba

Sudah tidak banyak yang tinggal buat para pecinta Ramadhan. Tatkala menahan penat dan mengantuk berterawih, memang terasa keberatannya. Namun tatkala ia semakin hampir untuk meninggalkan kita, pasti akan terasa rindu kepaadanya. Begitu juga dengan lailatul qadra. Sesungguhnya sungguh banyak dugaan di sepuluh malam terakhir, bak ngomel zaujati, pada masa inilah terlalu banyak temptation membeli-belah. Pakaian dijual dengan harga diskaun dan sebagainya, perabut dijual dengan harga promosi dan sebagainya. Ia ibarat sebuku roti. Kita disibukkan untuk mendapat kulit roti, yang sekaligus melencungkan perhatian kita dari menjamah bahagian yang lebih sedap yakni isi roti. Mungkin Allah sediakan penapis paling ekstrem buat hambanya yang mahukan nikmat lailatul qadr. Pada masa ini lebih penat berjaga malam, lantaran siang sibuk mengemas rumah, bershopping mahupun memandu jauh pulang ke kampung. Semua ini perlu juga dilakukan, tetapi ia juga mengancam peluang merebut isi roti yang berharga. Semoga Allah melancarkan urusan kita.

Selamat jalan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Semoga kita diberi umur setahun lagi untuk berjumpamu tahun depan.
Salam Idil Fitri. Maaf atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Sunday, October 15, 2006

Ziarah Rumah Yang Pasti

Selalu aku melalui tempat itu, namun tidak pernah kuziarahi. Namun semalam aku 'digerakkan' oleh sesuatu untuk melabuhkan kenderaanku di tempat itu. Kubur tempat tinggal yang pasti.

Di dalam pemerhatianku, ada banyak kubur di sini, paling tua kubur bertarikh 1928. Ada yang baru sekitar 2005. Ada yang memang meninggal tua. Ada ramai orang yang matinya muda, ada yang belasan tahun dan ada yang sekitar 20an. Mereka ini tentunya ada cita-cita yang belum dapat dilaksanakan ketika hidup, lantaran tidak tersangka bahawa nyawa akan diminta kembali oleh Tuhan. Begitulah kita, kadangkala dalam mengejar cita-cita duniawi kita terlupa bahawa Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. Jangan sampai kita terlalu mengejar dunia dan segala isinya sehingga kita terlupa bekalan kita nak bawa kepada Allah sebenarnya masih tak cukup.

Bak sabda Rasulullah, mereka yang paling bijak adalah yang selalu mengingat mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. WAllahu a'lam

Saturday, October 14, 2006

Customer Support

Email lama. Asal dalam bahasa Indonesia.

Perusahaan software di Sby sedang menangani seorang client
untuk Menginstall Kasih Sayang

Customer Service (CS) : Ya, ada yang boleh saya bantu?
Pelanggan (P) : Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal KASIH-SAYANG. Bolehkah anda membantu saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda siap melakukannya?
P : Baik, saya tidak mengerti secara teknik, tetapi saya sedia untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan
anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya
tetap boleh menginstalnya sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

CS : Tidak apa-apa. KASIH-SAYANG akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama karena akan overwritten dengan program lain.
KASIH-SAYANG akan overwrite MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan KASIH-SAYANG tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan
MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini selalu sehingga BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. KASIH-SAYANG mulai terinstal secara automatik. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan membaca mesej bahwa KASIH- SAYANG kan terus diinstal kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat mesej tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai terinstal?

CS : Ya, tapi ingat bahwa anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk mengupgradenya.
P : Oops. Saya mendapat mesej error. Apa yang harus saya lakukan?

CS : Apa mesejnya?
P: ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT". apa ertinya?

CS : Jangan risau, itu masalah biasa. Ertinya, program KASIH-SAYANG diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum bisa aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini berarti anda harus
meng-"KASIH-SAYANG"-i mesin anda sendiri sebelum meng-"KASIH-SAYANG"-i orang lain.

P: Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut "PASRAH"?
P: Ya, sudah.

CS : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART" MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan
overwrite file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang bermasalah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali

P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru.
SENYUM.MPG aktif dimonitor saya dan menandakan bahwa
DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dipindahturun ke HATI.Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk memindahturunnya.
Jadi KASIH-SAYANG telah terinstal dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari
sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P: Apa?

CS : KASIH-SAYANG adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai
anda akan menerimanya kembali.
P : Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

CS : Jangan lupa diberi ANTI VIRUS shg file-file penting di direktori
myHEART tidak rusak.
P : Ok...Ok...Thanks

Thursday, October 12, 2006

Kurma Membotakkan Kepala!

Assalamualaikum,

Dari ceramah Yg Bhg. Ustaz Ismail Kamus. :-)

Dari pemerhatian Us. Ismail Kamus, beliau menasihatkan bagi golongan kebanyakan supaya mengurangkan makan kurma terutama kurma nabi atau kurma Najwa.

Ini adalah kerana kurma ini boleh mendatangkan side effect kepada kesihatan
manusia, iaitu mendatangkan masalah kebotakan kepala terutama bagi rakyat
kebanyakan.

Kesan sampingan kurma nabi ini diperakui oleh para doktor , akan wujudnya
masalah kebotakan bagi golongan rakyat kebanyakan jika di amalkan hari-hari.

Tapi yang pasti ramai tak percaya , termasuk lah saya .

Tapi Yg. Bhg Ustaz Ismail Kamus ada hujahnya ;










" Mana Tak BOTAK kepala, kalau hari - hari makan atau sedekah Kurma Najwa
yang harganya RM120 sekilo, orang kaya boleh le, ni kita bukan kepala je
BOTAK , poket pun Rabak. "


wassalam

Tuesday, October 03, 2006

Radio Pembina Minda

Ketika siaran radio lain sibuk dengan isu wanita muda mencari lelaki berusia, matang dan kaya, atau mendail bagai nak rak untuk mendapat peluang menelefon untuk bercakap hal-hal yang tak berfaedah, ataupun peluang menang hadiah yang belum tentu dapat melebihi bil telefon ataupun sms, ada satu siaran radio yang ternyata matang dan membina. IKIM banyak mengenengahkan tentang peluang menjadi usahawan, info tentang produk halal, perkembangan mutakhir umat Islam seluruh dunia, ulasan buku dan belajar bahasa, selain dari ceramah, bacaan al-Quran dan lagu-lagu nasyid yang menjadi trademarknya. Kepada sahabat-sahabat yang sudah barangkali bosan, bolehlah tune ke radio IKIM, lebih berinformasi dan menenangkan jiwa.

Sunday, October 01, 2006

Thalhah 3 Tahun

Anak bapak, itu panggilan kami yang merujuk kepadannya. Memang ia strategi kami warisi dari Tuk Ayahnya. Dalam peringkat awal menerima adik, si abang biasanya masih mahu bermanja dan ingat adik merupakan semacam rival untuk mendapat perhatian. Jadi ayah akan memainkan peranan dan memanjakan si abang lebih-lebih supaya dia tidak terasa terpinggir oleh ibu yang perlu memberi perhatian lebih kepada si adik. Memang dalam transisi perhatian begini, agak struggle kerana ia efektif kalau kedua-dua parents ada, tetapi kalau ayah belum balik kerja, si abang memang memerlukan perhatian ibu. Mujur juga Thalhah gentlemen, jarang mengapa-apakan adik. Selalu kami tekankan bahawa dia adalah abang yang perlu sayang dan jaga adik.

Message untukmu Thalhah
Sudah tiga tahun umurmu ya Thalhah. Sudah mula mengerti arahan-arahan dan perkara-perkara mudah yang bapak minta atau ceritakan. Sudah boleh dilawan berborak. Dah tak pakai diapers kecuali malam, itupun sampai terjerit-jerit kami minta engkau ke tandas ketika masih di dalam toilet train. Harijadimu kami sambut sederhana, kerana Rasulullahpun takde siapa buatkan kek untuknya, baginda pun tak ajar kita untuk celebrate birthday. Cuma sekadar mengingati, dan mengulang-ngulang sebut tentang tuanya engkau sekarang ini. Kek lapis prun yang Mama tempah telah kami agih-agihkan ke ibu dan keluarga Wan di kampung.

Thalhah, sudah tiga tahun ni jangan asyik nak mengada-ngada. Ada banyak perkara yang perlu engkau fahami. Tumpuanmu bukan lagi kepada Mama semata-mata. Tetapi peringkat ini Shahmi, Muazam dan Hamzah adalah teman-temanmu yang akan engkau habiskan masa bersama. Banyak yang kulihat engkau belajar daripada mereka. Kepetahanmu menyebabkan aku kadangkala rimas menjawab soalan-soalanmu. Aku masih menanti-nanti bilakah masanya engkau akan bertanya soalan yang bermula dengan "Kenapa?". Ketika itu sudah tentu engkau semakin ingin tahu dan kompleks. Sekiranya engkau membaca catatanku ini, aku mahu engkau tahu leter dan cubitku bukan atas rasa marah. Aku dan mama akan cuba menghindari sekiranya kami menghukummu dalam keadaan marah. Kami sayangkan engkau.

Aku juga minta maaf kera tidak semua masa luangku, terutama di sebelah malam atau hujung minggu diperuntukkan untukmu, sedangkan engkau sangat-sangat membutuhkan masa dan kesempatan itu untuk bersamaku. Aku akan cuba memanfaatkan masa luang yang ada dengan sebaiknya insya Allah. Semoga suatu masa nanti aku boleh menceritakan mengapa dan bagaimana sesuatu perkara itu terpaksa dilakukan. Berjumpa lagi dalam catatan ke empat tahun.

Ramadhan yang datang bersama hujan

Ramadhan yang kembali bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur hati seluruh bumi beramal
Dan zikir berpuput lembut

Ramadhan yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan mungkin turut mengiringi lailatul qadr ini

Begitu banyak rahmat bercurahan
Begitulah Ramadhan ini
Semesra terawih yang dirindui
Begitulah hati ini

Hujan yang sering turun bersama tahajud ini
Bersama sebak, bersama rindu
Ramadhan datang dan bakal pergi jua
Rindu lagi...

Lirik asal lagu Sudirman Hujan