Anak bapak, itu panggilan kami yang merujuk kepadannya. Memang ia strategi kami warisi dari Tuk Ayahnya. Dalam peringkat awal menerima adik, si abang biasanya masih mahu bermanja dan ingat adik merupakan semacam rival untuk mendapat perhatian. Jadi ayah akan memainkan peranan dan memanjakan si abang lebih-lebih supaya dia tidak terasa terpinggir oleh ibu yang perlu memberi perhatian lebih kepada si adik. Memang dalam transisi perhatian begini, agak struggle kerana ia efektif kalau kedua-dua parents ada, tetapi kalau ayah belum balik kerja, si abang memang memerlukan perhatian ibu. Mujur juga Thalhah gentlemen, jarang mengapa-apakan adik. Selalu kami tekankan bahawa dia adalah abang yang perlu sayang dan jaga adik.
Message untukmu Thalhah
Sudah tiga tahun umurmu ya Thalhah. Sudah mula mengerti arahan-arahan dan perkara-perkara mudah yang bapak minta atau ceritakan. Sudah boleh dilawan berborak. Dah tak pakai diapers kecuali malam, itupun sampai terjerit-jerit kami minta engkau ke tandas ketika masih di dalam toilet train. Harijadimu kami sambut sederhana, kerana Rasulullahpun takde siapa buatkan kek untuknya, baginda pun tak ajar kita untuk celebrate birthday. Cuma sekadar mengingati, dan mengulang-ngulang sebut tentang tuanya engkau sekarang ini. Kek lapis prun yang Mama tempah telah kami agih-agihkan ke ibu dan keluarga Wan di kampung.
Thalhah, sudah tiga tahun ni jangan asyik nak mengada-ngada. Ada banyak perkara yang perlu engkau fahami. Tumpuanmu bukan lagi kepada Mama semata-mata. Tetapi peringkat ini Shahmi, Muazam dan Hamzah adalah teman-temanmu yang akan engkau habiskan masa bersama. Banyak yang kulihat engkau belajar daripada mereka. Kepetahanmu menyebabkan aku kadangkala rimas menjawab soalan-soalanmu. Aku masih menanti-nanti bilakah masanya engkau akan bertanya soalan yang bermula dengan "Kenapa?". Ketika itu sudah tentu engkau semakin ingin tahu dan kompleks. Sekiranya engkau membaca catatanku ini, aku mahu engkau tahu leter dan cubitku bukan atas rasa marah. Aku dan mama akan cuba menghindari sekiranya kami menghukummu dalam keadaan marah. Kami sayangkan engkau.
Aku juga minta maaf kera tidak semua masa luangku, terutama di sebelah malam atau hujung minggu diperuntukkan untukmu, sedangkan engkau sangat-sangat membutuhkan masa dan kesempatan itu untuk bersamaku. Aku akan cuba memanfaatkan masa luang yang ada dengan sebaiknya insya Allah. Semoga suatu masa nanti aku boleh menceritakan mengapa dan bagaimana sesuatu perkara itu terpaksa dilakukan. Berjumpa lagi dalam catatan ke empat tahun.
No comments:
Post a Comment