Selalu aku melalui tempat itu, namun tidak pernah kuziarahi. Namun semalam aku 'digerakkan' oleh sesuatu untuk melabuhkan kenderaanku di tempat itu. Kubur tempat tinggal yang pasti.
Di dalam pemerhatianku, ada banyak kubur di sini, paling tua kubur bertarikh 1928. Ada yang baru sekitar 2005. Ada yang memang meninggal tua. Ada ramai orang yang matinya muda, ada yang belasan tahun dan ada yang sekitar 20an. Mereka ini tentunya ada cita-cita yang belum dapat dilaksanakan ketika hidup, lantaran tidak tersangka bahawa nyawa akan diminta kembali oleh Tuhan. Begitulah kita, kadangkala dalam mengejar cita-cita duniawi kita terlupa bahawa Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. Jangan sampai kita terlalu mengejar dunia dan segala isinya sehingga kita terlupa bekalan kita nak bawa kepada Allah sebenarnya masih tak cukup.
Bak sabda Rasulullah, mereka yang paling bijak adalah yang selalu mengingat mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. WAllahu a'lam
No comments:
Post a Comment