Betul ke semalam Hari Air Sedunia? Entahler akupun tidak pasti. Yang pasti Tok Guruku itu memang rajin bercerita. Katanya semalam dia menerima lawatan seorang pakar environtalis dari Ireland. Braveheart Rocks! (Kejap bukan itu kat Scotland ke?). Beliau bercerita tentang kesan pencemaran air. Jadi bila air sungai ni terlalu bernutrien dengan pelbagai zat-zat tambahan, tanah dan airnya akan menjadi sangat-sangat subur. Kerana itu kiambang mudah tumbuh dan membiak dengan cepat. Fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja sungai yang bermasalah. Bila kiambang ini sudah menutup terlalu banyak permukaan air, matahari susah nak sampai ke bawah air. Udara juga terhalang kitarannya, menyebabkan ikan banyak yang mati. Akhirnya sungai bukan sahaja tidak sihat, bahkan busuk dan tidak sesuai dijadikan air minum. Kos merawatnya juga lebih besar berbanding air sungai biasa.
Dah tu takkan tak boleh menikmati kecantikan kiambang/lili.
Aku terlalu naive untuk bertanya apa yang menyebabkan air sungai menjadi terlalu bernutrien? Seorang anak murid Tok Guru yang baru masuk mengaji sempat mencelah untuk menjawab "Hasil kumbahan dan sampah sarap". Tok Guru menambah selain itu urea mengandungi nilai ammonia yang besar dan sangat 'berkhasiat'. Jadi apa yang boleh kita pelajari dari sini? Ntah, tapi nanti aku nak marah jiran dekat rumah emak yang buang sisa siang ikan dalam sungai. Suka-suka dia aje. Dah la tu nanti aku mengarut lagi.
No comments:
Post a Comment