Wednesday, March 07, 2007

Free Trade yang bersifat tricky

FTA: Jaminan kerajaan

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan memberi jaminan melindungi kepentingan negara dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang dihubungi Bernama hari ini berkata, perkara itu telah dibincang dengan mendalam di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat minggu depan.

“Kerajaan cukup prihatin mengenai fikiran dan kebimbangan rakyat berkaitan perkara ini. Saya ingin memberi keyakinan bahawa kepentingan negara akan sentiasa dilindungi dan tidak sekali-kali dikorbankan,” kata Abdullah.

Beberapa pihak telah menyuarakan kebimbangan bahawa FTA dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan negara itu dalam pelbagai perkara.

Sebanyak 18 perkara dirundingkan dalam FTA dengan Amerika Syarikat, antaranya barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

Kedua-dua negara mengadakan beberapa siri rundingan berkaitan perkara itu dan terakhir di Kota Kinabalu, bulan lalu.

Malaysia mempunyai pendirian bahawa rundingan tersebut tiada had waktu untuk mencapai persetujuan tetapi Amerika Syarikat berharap dapat menyelesaikannya pada Julai ini.

AT: US tidak pernah berbuat sesuatu perjanjian yang tidak menguntungkannya. Apatah lagi jika ia mahu segera diselesaikan. Sementara kelebihan-kelebihannya masih nampak samar-samar, kelebihan kepada pihak US sudah tampak ketara. Pertama ia mempunyai pelbagai produk untuk digunasemula, seperti teknologi lapuk yang sudah tidak digunakan, bersedia untuk dipindahkan ke negara membangun seperti Malaysia dengan keuntungan yang besar. Kedua, ia juga memberi peluang untuk mereka mengeksport produk pertanian mereka yang sudah maju, di samping memberi peluang saintis mereka membuat ujikaji di lapangan yang lebih transional dan meluas. Antara yang ditakuti seluruh dunia adalah product pertanian genetik yang kandungan kimianya mampu memberi kesan kepada kesihatan dan genetik manusia.
Ketiganya, secara tidak langsung ia akan menyebabkan kita bergantung secara langsung kepada prestasi ekonomi US dan jika difikir-fikir, ia seolah-olah membuat kita bekerja ke belakang, kerana telah sekian lama kita cuba mengelak untuk bergantung kepada ringgit, sehingga PM dulu pernah cadangkan dinnar di kalangan negara-negara Islam. Kita akan risau dengan kejatuhan wang dollar, sesuatu yang dulunya mimpi ngeri ahli ekonomi dan businessman dari Jepun dan Eropah, sebelum Tokyo menjadi kiblat ekonomi dan Europe menggunakan matawang Euro, sekaligus mnenyingkirkan pergantungan terhadap dollar. Ia akan meninggalkan kesan yang teruk terhadap pendirian-pendirian dan dasar-dasar Malaysia samada perdagangan serantau mahupun isu-isu sedunia mahupun dunia Islam.
Keempat mungkin tidak dapat dilihat secara kasar, namun ada kemungkinan berlaku. Pada masa ini sumber yang paling mahal bukan emas atau minyak, tetapi maklumat. Tidak mustahil ia salah satu agenda US dalam jangkamasa panjang. Kita cuma berharap ia tidak dibuat dengan keinginan dan kepentingan pihak-pihak tertentu, kerana jika itu yang berlaku, segala rasional perlunya perjanjian dengan Uncle Sam ini akan dipandang sebelah mata.

No comments: