Wednesday, April 04, 2007

Kawal kad kredit

Utusan - Kawal kad kredit -- Kerajaan arah bank hentikan promosi agresif secara melampau

Oleh HAMDEN RAMLI dan S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan mahu bank menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi’, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tindakan mempromosi kad kredit secara agresif oleh pihak bank perlu dihentikan kerana ia menyumbang kepada pengeluarannya secara melampau yang boleh ‘menjahanamkan satu generasi’ jika tidak dikawal.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, untuk itu satu perbincangan akan diadakan dengan institusi perbankan dalam tempoh terdekat bagi mencari pendekatan terbaik mengawal dan menangani masalah berkenaan.

Katanya, langkah kawalan penggunaan kad kredit itu turut mengambil kira faktor kemudahan pemberian kad kredit kepada golongan muda.

‘‘Kad kredit boleh menjahanamkan satu generasi jika tak dikawal. Ia ada ‘godaan’. Saya berjanji akan berbuat demikian (ada- kan kawalan),” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya terhadap usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

AT: Aduhai, bagus betul kalau kerajaan nak ambil tindakan mengawal promosi kad kredit. Sepatutnya kerajaan melakukan usaha ini sejak dahulu lagi. Sudah berapa ramai kawan-kawan yang berhutang ribuan ringgit dan tidak mampu menyelesaikan hutang kredit yang tinggi. Merbahayanya kad kredit ini kerana ada servis yang membolehkan pemegang kad mengeluarkan tunai dari mesin ATM. Untuk mengawal nafsu seboleh-bolehnya jangan cuba 'enable' kemudahan ini bila memohon kad. Suatu lagi langkah yang baik ialah memberi definisi jelas tentang tujuan menggunakan kad kredit. Ramai kawan yang pada mulanya menggunakan kad kredit untuk membeli minyak atas alasan tidak perlu bawa terlalu banyak tunai. Malangnya perbelanjaan di luar kawalan menyebabkan perbelanjaan lain turut juga menggunakan kad kredit. Akibatnya overbudget. Lagi tip-tip menggunakan kad kredit ialah merendahkan 'credit limit' dan tidak bertangguh membayar sebaik mendapat penyata. Tambahan pula ia ada unsur riba dan membenarkan bank mengenakan bunga setelah tempoh sebulan berlalu menyebabkan seolah-olah kita redha dengan amalan riba.

No comments: