Tuesday, April 10, 2007

Kehilanganmu ditangisi



Bukan baru, bukan sekali
Tetapi sudah banyak dilaporkan
Kanak-kanak ini hilang tanpa kesan
Kalau sudah meninggal di mana kuburnya?
Jika sudah dibunuh di mana mayatnya?
Jika masih berada di sini, tiadakah yang perasan atau prihatin?

Bukan mudah melahirkan seorang anak.
Bukan mudah juga mendidik dan membesarkan
Pemergianmu di luar kerelaan ibu-bapamu
Di luar kemahuanmu
Tidak sempat untuk memberitahu atau meninggalkan kesan
Tiba-tiba sahaja engkau pergi

Kami pernah kehilangan Tha di suatu shopping complex
Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya di waktu itu
Mata mencari seolah-olah gelap dunia sekeliling
Tarik nafas seolah-olah tiada udara yang boleh dihembus
Kaki melangkah seolah-olah tidak jejak ke bumi

Alhamdulillah kami menemui dia di kaunter
Namun kami amat faham situasi itu
Apalah sangat kesengsaraan beberapa minit itu berbanding
Kesengsaraan kedua-dua mereka yang sehingga kini
Mencari dan mencari sehingga menarik perhatian nasional

Kami doakan anak itu selamat, tidak diapa-apakan dan kembali kepada keduanya.

No comments: