Tuesday, October 02, 2007

Apa cerita terbaru?

Saya nukilkan cerita ini khas untuk Nazrulamir, Ammar, Asim, Azrin, Musa, Ekhwan, Isra, Sopi, Pista, Montok, Rijal, Asfa, Tada, Amir Hakimin, Fadrullah, Asriq, Zamir, Azlan dan Syazli serta yang mengenali. Korang semua dah lama tidak kutemui atau kuhubungi atau sms atau shout atau email atau sebarang wasilah komunikasi. Kalau baca blog ni recommunicate ler. Kalau tidak nasib la. Ni nak apdet sikit.

Mula-mula sekali hopefully takde yang tertinggal berita pemergian bapa ke RahmatuLLah. Boleh baca posting yang lama. Kusangka ia suatu tempoh suram di dalam hidup ini. Ia akan berlalu dan keadaan akan jadi seperti sedia kala. Rupanya ia tidak semudah yang disangka. Yang pergi tetap pergi namun waris yang tinggal tidak mungkin dapat meneruskan hidup seperti biasa. Paling tidak banyak pasti sedikit akan terkesan. Bagiku, ia seolah-olah mengubah hidup ini.

Kedua kesibukan urusan kerja. Sering ulang-alik Pakistan. Walaupun tidak sekerap PM pergi oversea tetapi selalulah juga kelepet 'pengajian'. Jadi Project Head juga cabaran yang perit. Tiada lagi keseronokan membuat ujikaji atau kerja-kerja development. ISO mungkin menyebabkan kita berpeluh, tetapi masuk CMMI, pastinya membuat kita terasa macam kurang darah naik ke kepala.

Kemudian urusan perpindahan pemain rumah. Sebenarnya saya lebih suka buat lepas raya. Zaujati berpandangan sebaliknya. Tambahan pula adik-adik ipar yang bertaburan di Mesir, Australia, Jawa, Sumatera dan Kelantan kebanyakannya balik berkumpul di rumah raya ni sebelum bertolak ke Ipoh. Tak muat lah apartment sewa tu. Bila pindah memang sangat banyak kerja. Bila dah selesai berkemas sibuk pula nak enhance. Kitchen Cabinet? Perabot jati? TV 41.23 inci? Air terjun? Pergola? Mana ada, enhance tu macam buat security sikit, lock dan sendal. Enhance tu macam gantung jam, bidai dan tempat sangkut berus gigi (thanks Edi pinjamkan drill dan tangga). Enhance tu macam menggantikan lalang-lalang di halaman rumah dengan rumput. Itu aje.

Kemudian urusan hujung minggu. Hampir setiap minggu hujung minggu kami adalah di Banting. Mak tinggal sorang. Inilah satu-satunya anak lelaki. Anak yang diharap untuk ganti kerja aruah ke pasar minggu, ke Econsave, ke kubur, ke tempat mak mencuci mata beli baja, orkid dan tanah hitam, ke masjid atau tempat mak bermarhaban. Itu tanggungjawab yang tidak boleh diganti oleh Along yang mula memahirkan diri membawa kereta dan tidak boleh diganti oleh adik yang sarat mengandung. Akibatnya diri ini semakin jauh dengan aktiviti-aktiviti sosial dan motivasi. Namun sekarang kalau mak happy saya senang hati. Tapi kalau mak sedih, nak buat apa kerja pun tak boleh.

Memang dah lama saya tidak menulis. Selama ini, blog ini, sehingga kini dekat di hati TV9. Banyak benda yang bila bermain di fikiran, pasti ingin diterjemahkan ke dalam blog. Tetapi memang kebelakangan ini tak berapa nak boleh menulis. Buat kali pertama tiada satu postingpun dalam satu bulan (September 2007). Hidup ini terasa lompang. Banyak faktor namun hanya diri sendiri yang mengerti mengapa.

Saya perlukan motivasi. Semua perlukan motivasi. Perlu segar. Bukan motif yang basi. Malam ni bermula pemburuan Malam Agung untuk dimiliki oleh pemburu-pemburu yang juga berjiwa besar macam Agong. Semoga ia menjadi motivasi yang cukup kuat untuk lebih bertenaga mengharungi hidup.

No comments: