Pernahkan anda terfikir, apatah yang memotivasi kita untuk bangun dari tempat tidur yang nyenyak setiap pagi? Apakah kekuatan yang mendorong kita untuk terus bangun dan meneruskan hidup kita sehari-hari?
Yusuf: Kena bangun kalau tak nanti terlepas sahur.
Betul juga
Bapa dia: Kalau tak puasapun kena bangun, nak solat berjemaah. Mana ada solat Subuh Gajah dalam Quran dan sunnah?
Betullah tu. Sebagai Muslim perkara itu bukan persoalan utama. Memang kita dituntut untuk bingkas selepas membuka mata di hari yang baru. Nak solat dan sahur kalau
Kawan bapa dia: Qiyamullail. Kalau buat 10 malam terakhir ni lagi bagus. Kalau boleh jangan tinggal.
Betul sangat.
Apakah motivasi untuk pergi kerja?
Blogger Brotherhoods "Bila kita tahu ada beberapa perut yang minta diisi akan kelaparan sekiranya kita tidak bekerja."
Itu semuanya nampak jelas. Ia tidak perlu motivasi, ia sudah jadi keperluan, ketaatan, tanggungjawab dan rutin yang perlu dilaksanakan.
Oleh itu bila bercakap dengan benda yang tiada kepentingan, tiada dalil untuk mengerjakan, tiada suruhan yang jelas dan tiada yang akan kelaparan sekiranya ia tidak dilakukan, apa yang harus dilakukan?
Apa yang merepek ni? OK terlalu filosofi. Mudahnya begini. Apa motivasi nak tulis blog ni? Tulis atau tidak tiada effect kepada hidup. Kita bukan punya blog ramai pengikut seperti bukunota, . Kita penulis suka-suka sahaja.
Galakan dari rakan-rakan dunia sebenar dan dunia siber sedikit sebanyak membantu. Tetapi ia tidak cukup. Lelaki Ini memerlukan sedikit suntikan. Oleh itu, apabila Zaujati yang baru melapor diri semalam sebagai guru ganti di Sek. Men Teknik Sepang (yang cantik dari jauh dan cantik dari dekat)
Aku mula memperuntukkan lebih masa untuk berfikir (belum menulis) tentang revolusi blog ini. Hasilnya ada beberapa penyegaran yang ingin kulakukan terhadap blog ini. Beberapa idea kreatif yang tidak sempat kupaternkan untuk dieksperimentasikan bermain di fikiran. Antaranya:
Ada ruangan membaca blog orang lain (Pembaca Blog Orang Lain)
Jejak Masjid
No comments:
Post a Comment