"Memang bukan rahsia lagi aku salah seorang dari orang yang hidup di dunia ini; memboikot. Ada orang boikot ayam, ada boikot tol, ada yang boikot Utusan atau TV3. Namun aku memboikot KFC, McD atau setengah-setengah product Nestle yang tiada alternatif yang sebaiknya. Ini contoh-contoh MNC yang tidak digemari kerana dikaitkan dengan usaha membantu Israel membunuh saudara-saudara seIslam di Palestin.
Aku berusaha untuk menjadi syadid di dalam hal-hal ini, namun betullah kata orang alim, nak berjihad ni dalam apa sahaja saluran, militer, ekonomi hatta kepada jihad nafsu pasti dugaannya besar. Tak mampu rasanya melawan. Jiwa sentiasa terdorong untuk buat benda yang dah mengaji sebagai tak sepatutnya dibuat; tetapi tetap dibuat juga. Kadang-kala terdorong pula untuk mencari kelonggaran, selagi tiada dalil syarie tentang sesuatu. Contohnya boikot KFC. Orang bijak pandai dan cendikiawan barat, malahan artis dan selebriti atas angin (melalui PETA) juga bergiat aktif menentang KFC yang diistilahkan sebagai "Kentucky Fried Cruelty" kerana pengendalian ayam yang tidak berperikemanusiaan. Jiwa ini juga sudah faham betapa pengendaliannya juga walaupun dijamin halal tetapi menimbulkan banyak keraguan. Tidak cukup dengan itu, masyarakat Islam mengklasifikasikan product ini sebagai pendokong Israel melalui dana-dana yang disalurkan (rujuk Inminds). Namun jihad ini sentiasa diuji....
Bila saudara jauh yang tidak masak dengan sikap dan perangai kita datang dari jauh ajak makan di KFC, terasa bergoyang sedikit mujahadah ini. Mujurlah kakak yang memahami menolak dan menganjurkan makan di rumah sahaja. Namun masalah datang lagi bila saudara terhormat dan tersegan sanggup tapau bawak balik untuk makan bersama. Ini sudah boleh dianggap menjatuhkan maruah kalau tidak menjamah. Terpusing-pusing mencari alasan tidak duduk makan bersama. Takkan nak cakap "Takpelah, saya makan kat dapur aje". Kan janggal tu bila semua dah berkumpul di depan kita nak masuk dapur. Akhirnya aku terus duduk dan makan macam biasa. Hidangan itu hanya kujamah setengah barrel
Selepas tetamu berlalu, adik bertanya mengapa makan juga walaupun boikot. Mudah aku menjawab, "Yang diboikot tu ialah membeli, tapi kalau ada orang lain yang beli, benda yang halal, terhidang depan mata, harus dimakan, kena ikut kata P. Ramlee, "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari". Makan ajelah".
Pandai betul sedara kita ni. Cerdik sungguh!
No comments:
Post a Comment