Ini antara berita paling menyedihkan di hujung tahun 2007. Ketika di Karachi dahulu aku pernah melalui kawasan kediamannya yang dekat dengan Port Basin. Walaupun ketika itu beliau belum balik dari buangan tetapi rumahnya terjaga rapi dengan sepanduk dan potret besarnya menghiasi halaman rumah, untuk menggambarkan betapa besarnya sokongan rakyat terhadapnya. Beliau bukanlah pejuang Islam kerana pengaruh sekularisme dan jiwa nasionalis yang menebal. Sememangnya tiada pihak yang benar-benar mendapat keuntungan dari kematian bekas Perdana Menteri ini, bukan Musharraf, Taliban, al-Qaeda mahupun Nawaz Shariff melainkan masing-masing menuding jari atas sebab-sebab yang berbeza. Setakat ini musuh-musuh Islam sahaja yang bertepuk tangan kerana sesama muslim berbunuhan antara satu sama lain.
Agak sukar memastikan pilihanraya bulan ini akan berjalan dengan adil. Apa yang pasti kemungkinan besar Musharraf bekas pemerintah tentera yang menggulingkan Nawaz 10 tahun lalu akan terus berkuasa. Jika ini berlaku yang kasihannya adalah rakyat Pakistan. Prasarana yang teruk di Pakistan akan berterusan dan jurang kemiskinan yang terlalu besar akan terus menghantui buat suatu masa yang agak lama.
No comments:
Post a Comment