18 Ramadhan
Masjid dah tak sesak
Budak-budak main sorok-sorok kat masjid tinggal 2-3 orang
Kereta dah boleh parking sebelah porch kereta tok imam
Jemaah nak dapat 4 baris pun agak mencabar
Kebelakangan ni terawih dah mula buat 8 sahaja
kalau nak buat 20 nanti siak dengan bilal sahaja jadi makmum
orang kita dengan semangat ramadhan hangat-hangat taik ayam
dah sejuk
dek frozen dept kat carrefour cari margerin
dah habis
dek menapak cari baju raya kat pertama complex
dah lekang
dek kepenatan mengecat dan menggantung
ganjaran 10 malam terakhir entah ke mana
hadiah lailatul qadr semakin sayup dari pandangan
No comments:
Post a Comment