Layan saudara-mara berbuka di Surau (ke masjid) al Mardhiah Hillside Taman Melawati. Jumpa juak-juak UIA. Still alive and kicking. Blogger Yop and vocalis XPDC pun ada har har har.
Biasa berbuka di masjid ni dengan tamar dulu, lepas solat baru layan nasi bungkus atau nasi queue. Apa yang menjakonkan aku kat sini berbuka hidang satu meja 4 orang. Memang klasik. Menu malam Jumaat pula, apa lagi nasi minyak lauk standard. Siap kambing tu. Satu meja dengan 3 orang budak-budak. Memang aku terpaksa jalankan tanggungjawab sosial menghabiskan semua lauk kambing tu. Syukur tak pening kepala.
Lepas solat layan sembang dengan sedara-mara, pakcik surau jamu jagung cawan. Oleh kerana tema jagung, keluar pulak ais krim jagung. Kecil hati budak-budak kat situ kerana kami sahaja yang dok perabih ais krim.
Kadangkala berbuka mewah agak mengasyikkan. Namun bukan selalu. Kebetulan pihak surau meraikan satu bas kanak-kanak anak yatim berbuka bersama. Syukur kerana rezeki yang Allah beri.
No comments:
Post a Comment