Monday, January 16, 2006

2nd baby: Culture Shock

Kusangka culture shock tu berlaku pada remaja yang belajar di luar negeri sahaja. Rupanya tidak. Dapat 2nd baby pun boleh jadi culture shock. Camana tu? Ha... Gara-gara kehadiran Khaulah yang comel tu.
Sejak peralihan dari remaja kepada keadaan sekarang, ini antara kejutan yang paling mengesankan. Semasa remaja masuk ke dewasa, tak terasa sangat perubahan yang mendadak. Cara berfikir mungkin berubah tetapi tidak drastik. Rutin harian berubah agak ketara dengan pelbagai interest dan kewajiban, tetapi masih boleh mencari jalan keluar untuk bersendirian atau menghiburkan diri sendiri. Ketika bujang kepada berkahwin dan beranak seorang, juga begitu. Rutin harian berubah tetapi masih punya masa terluang. Kadang-kala Tha bersama Mama. Aku berehat. Adakalanya Tha bersama bapak. Mama berehat. Kalau Tha berehat, kami juga dapat berehat atau buat apa-apa yang patut. Cara berfikir dan bertindak juga berubah dan lebih jauh. Namun bila hadir insan baru dalam hidup ini, ia suatu cabaran yang mencabar, menyeronokkan tetapi memenatkan. Betapa tidak, kalau Tha berehat, kita belum tentu berehat kerana Khaulah belum mahu berehat.
Kalau nak kata mentally kami tidak bersedia, mungkin juga. Kami selalu membayangkan bila Kha lahir, tetapi tidak sedetail yang kami hadapi sekarang. Secara fizikal juga mungkin kami kurang fit, apatah lagi Mama masih berpantang.
Satu dua minggu ini kami fokus terhadap mereka di dalam usaha untuk mengadaptasi, namun ia mungkin memakan masa dan cuti tahunan. Ada bloggers yang boleh share experience?

No comments: