Wednesday, January 04, 2006

Hari Pertama di Tadika

Aduhai! Kelam kabut. Havoc. Kacau bilau. Anarchy.

Itu yang boleh kugambarkan sewaktu datang ke hari pertama perprasekolahan di premis tempat Zaujati bekerja. Anak-anak baru masuk tadika, kita boleh expect pelbagai perkara 'indah' berlaku. Ada yang ligat ke sana ke mari, ada yang di mulutnya sentiasa berkata " Tak nak" bila disuruh masuk kelas. Ada juga yang kejar bapa sampai keluar pagar sekolah. Ada yang menangis sepanjang pagi "Nak papa". Menurut seorang guru ada yang terkencing dalam seluar tetapi berita itu tidak dapat disahkan.
Namun satu perkara yang pasti. Kulihat semua guru ini sabar dan tenang melayan kerenah anak-anak murid berumur sekitar 4-6 tahun ini. Memanglah tough nak buka tadika ni. Kalau setakat nak bekerja atau nak berniaga memang tak berbaloi sangat. Mereka ini ada passion dan minat yang mendalam. Ada ibu-bapa yang tak sabar tunggu anak-anak yang meragam, tetapi para guru terus sabar. Hampir setiap guru mengendong seorang anak murid.
Tetapi bagai tak sedar masa berlalu, jam sudah pukul 12 tengahari. Ibu bapa sudah ramai berkumpul mengambil anak. Berakhirlah episod di hari pertama. Penatnya sukar digambarkan, hanya bantal mampu menjadi jawapan. Tetapi hari esok bakal tiba. Kuatkan semangat. We can do it!

1 comment:

Bukunota said...

berapa lama ko ambik cuti untuk hantar anak ke tadika? dan berapa lama ko berkira2 nak ambik cuti untuk hantar anak ke sekolah rendah nanti?

hehehe