Kadangkala layan juga tajuk yang biol dan berat ni. Kalau baca posting sahaja dah
pening, belum bincang lagi. Celaru dan Cencaru makan petang.
Ceritanya begini. Semalam seorang rakan sekerja datang office ajak borak. Sekali tu terkeluar cerita tentang jin. Mamat ni orang panggil Tok Syeikh dengan bangga mengaku dia ada hubungan dengan jin. Ada sorang mamat simple ni, tapi berfikrah jelas cuba argue. Dia tanya kenapa minta tolong dengan jin? Dia kata bukan minta tolong, tapi arahkan. Kita jadi tuan jin tu, bukan berkawan dan minta tolong dari dia.
Dangkal sungguh kerana dia tak sedar sempadan antara menjadi tuan dan berkawan dengan jin itu sangat nipis dan hampir ke syirik. Namun dia berhujah lagi. Katanya kalau kita nak minum, kita minta tolong isteri kita bawakkan air. Tapi bukan isteri kita yang beri kita minum air, tapi tuhan. Begitu juga kalau kita demam, kita makan ubat. Ubat bukan penyembuh, dia cuma perantara. Begitu juga jin. Mamat huhahuha argue. Kenapa minta tolong dengan makhluk yang tak nampak. Kenapa tak minta tolong dengan makhluk yang nampak (manusia). Dia kata dia tiada jawapan. Tapi dia bawa hujah-hujah analogi dan mantik untuk menyokong pendapat boleh berhubungan dan minta pertolongan (atau menjadi tuan) dengan jin.
Bahaya pemikiran begini. Ramai 'ustaz-ustaz' yang tak berapa clear persoalan jin ni. Kita wajib percaya dia ada, tapi dia juga makhluk. Kita dilarang meminta pertolongan jin. Berat juga kalau bermain dengan analogi bahawa ubat itu medium atau perantara dengan tuhan. Sekolah mana pulak boleh samakan ubat sebagai alatan tak bernyawa menyembuhkan penyakit dengan jin? Atau persoalan bahawa kita perlukan perantaraan untuk meminta tolong dengan Tuhan? Nanti kejap. Adakah kita anggap ubat itu sebagai perantara antara kita dengan Tuhan?
Ada cadangan camana nak jawab persoalan ni?
No comments:
Post a Comment